Jumaat, 15 Mac 2013

Ni Bukan Ajaran Sesat Ka?

Amaran singkir imam jika beri ceramah politik di masjid
KUALA TERENGGANU – Golongan imam di negeri dinasihatkan supaya tidak menjadikan masjid sebagai tempat untuk menyampaikan ceramah berbaur politik termasuk berkempen untuk mana-mana parti politik.

Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Mohd Rozali Saleh berkata, sekiranya didapati golongan ini terlibat dengan perbuatan tersebut, tindakan tatatertib boleh diambil termasuk menyingkirkan mereka daripada menjalankan tugas.

Umumnya, imam-imam berkenaan sama ada kerajaan atau imam mukim tertakluk kepada setiap peraturan yang telah digariskan, iaitu tidak dibenarkan menyampaikan ceramah berbaur politik kepartian dalam masjid.

“Setakat ini, kita terima laporan daripada beberapa buah masjid khususnya di sekitar Kuala Terengganu dan Besut dan (kita) sedang memantau pergerakan imam-imam ini.

“Jika pada 2011 dan 2012 tiada tindakan diambil, saya percaya tahun ini pasti ada dikenakan tindakan termasuk disingkirkan jika masih berdegil walaupun telah diberikan amaran,” katanya selepas merasmikan Majlis Penutupan Program Kem Ibadah Orang-Sinar harian online

Dalam masjid nak bincang apa ya..mengaji kitab fiqh ,mengaji bab haid dan nifas,dah habis ulang lagi.ulang lagi tak kan tak reti-reti dan faham.Mai ustaz lain bincang tajuk sama.Takut sangat puak Umno nak mengaji dan berkuliah dalam masjid apabila masuk bab hukum hakam takut kena atas batang hidung.Ni la nasib kalau masjid dikuasai puak yang mahu umat Islam jadi jumud dan tidak mahu keluar daripada bawah tempurung.

Di Selangor dah ada perubahan ,orang Pas dan Umno boleh bincang politik dalam masjid.Ustaz nak cakap pasal politik pun boleh.Hanya ustaz yang penakut ja tak cakap politik dalam masjid .

Seronok la Umno kalau hanya bincang pasal solat,puasa ,zakat dan haji dalam masjid yang lain jangan dok cakap.Bab rasuah,salah guna kuasa jangan cakap dalam masjid!

3 ulasan:

  1. Pasal dlm UMNO mereka bkn tau maksud politik.Bg mereka dlm mentadbir keluarga,mentadbir jemaah,mentadbir kaum bkn politik.Sdg kn maksud politik ada lh ILMU pentadbiran dn pengurusan hidup.Klau dh tiada politk dlm kehidupan,bayang kn lh mcm mana bercelaru ny kehidupan kita.

    BalasPadam
  2. Kenapa mahu sekat perbincangan? Hukum- hukum Allah ada dlm quran dan juga kitab2 yg terdahulu.Hukuman dlm kitab Nabi Musa: surah maidah ayat32, 33, 34. Hukum mencuri ayat 38, 39. Kalau si pencuri bertaubat, hukuman tidak boleh dijalankan ,Allah penerima taubat. Hukuman dera bagi penzina: Annisak ayat 15, 16.Ada 4 org saksi, jika benar, penjara sampai mati (penjara seumur hidup) atau hukuman lain, iaitu disakiti kedua2nya sehingga bertaubat, palinglah kamu daripada keduanya. Allah penerima taubat lagi penyayang. Mereka disebat,utk rasa sakit, insaf,dan taubat. Jangan diteruskan sebatan ,jika bertaubat, berpalinglah. Annisak ayat 58 -amanah dan jujur, hukum dgn adil.Adil lebih hampir kpd taqwa.Hal2 keimanan, mukmin, fasik, munafik perlu penjelasan, sumbernya quran dan hadith. kenapa nak sorok ajaran Allah dan rasul?

    BalasPadam
  3. Puak-puak kat dalam sana tu menghina ilmu mereka bila sanggup jadi BARUA kepada prmimpin "Parti Setan Yang Dikenali". Dibeberapa negeri, sejak merdeka lagi yang menjaga institusi begini adalah BARUA-BARUA, penakut nak berkata yang benar. Mereka takder telur,. Tak caya, pergi lah interview mereka dan amati jawapan dan pandangan mereka, pasti telur-telur akan terkeluar.

    BalasPadam