Ahad, 17 Mac 2013

Muhyiddin Yaasin tembak peluru kapur

TPM masih enggan tunjuk bukti 'porak poranda'
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin masih enggan mendedahkan maklumat dokumen yang didakwanya mengenai rancangan pembangkang untuk menggagalkan pilihan raya melalui keadaan porak-peranda.

"Nantilah sampai masa yang sesuai," katanya ketika ditanya bila pendedahan dokumen itu akan dilakukan.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengumumkan nama Sasterawan Negara ke-12 di Putrajaya hari ini.

Rabu lalu, ketika berucap di majlis sepetang bersama masyarakat di kawasan Parlimen Hulu Selangor, di Bandar Bukit Sentosa dekat Kuala Kubu Baru, Muhyiddin mendakwa menerima beberapa dokumen.

Beliau berkata, dokumen yang boleh dipercayai itu mendakwa pembangkang merancang untuk menggagalkan pilihan raya umum ke-13.

Katanya, rancangan itu akan diadakan dengan mewujudkan keadaan porak peranda kerana gementar dengan sokongan rakyat kepada BN yang sudah mula meningkat. -Malaysiakini.

Zaman sekarang cakap bohong,penipu dan kaki fitnah boleh jadi menteri,Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri.Malu la sikit kepada negara luar yang bukan dipimpin orang bukan Islam apabila berbohong dan kaki kedarah rasuah gerenti tak ada tempat dalam kerajaan.

Insiden Lahad Datu Umno mau rakyat percaya bulat-bulat apa yang media arus perdana sajikan kepada rakyat.Kalau Muhyiddin sendiri cakap bohong macam mana kita nak percaya perkara lain?Lagi aaaa,,kalau orang Umno sendiri dah mula hilang kepercayaan kepada pemimpin depa takkan kita nak percaya dengan Umno lagi!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan