Jumaat, 15 Mac 2013

'Kat pejabat Suara Keadilan tak ada orang Sulu'

Polis serbu pejabat Suara Keadilan,cubaan geledah dan rampas komputer
Sekumpulan enam polis menyerbu pejabat Suara Keadilan untuk menggeledah dan merampas komputer, di sini kira-kira jam 10.15 pagi ini.


Mereka adalah pasukan penyiasatan dari Johor Baharu dalam kes kenyataan Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkaitan kontroversi isu Lahad Datu yang dimuat naik portalKeadilan Daily, 1 Mac lalu.
Ketika serbuan, beberapa kakitangan Suara Keadilansedang bertugas di tingkat 2 bangunan pejabat di Jalan Metro Pudu, Cheras.
Polis terbabit memaklumkan kedatangan mereka untuk merampas komputer yang terlibat dalam penghasilan berita kenyataan Ahli Parlimen Batu itu.
Mereka turut menunjukkan waran geledah pejabat.
Bagaimanapun, peguam Latheefa Koya yang dihubungi kakitangan syarikat mengarahkan polis berurusan dengannya.
Selepas menghubungi Latheefa, polis terbabit mengalih alasan untuk mendapatkan nota tulisan wartawan Keadilan Daily, Aisha Geoffrey, yang sebelum ini telah dua kali ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya untuk memberi keterangan.
Bagaimanapun, Aisha yang bercuti hari ini diminta peguam ke pejabat untuk menyerahkan nota tersebut kepada polis.
Polis kemudian beredar tanpa mengambil apa-apa daripada pejabat kira-kira setengah jam, dan memberitahu mereka mahu menunggu Aisha.  – NS (Keadilandaily.com)
Mari kita berdoa semoga hayat Umno-BN dikuburkan di liang lahad dalam pru 13 akan datang.Masih ada sedikit kuasa di hujung nyawa masih tak sedar diri ,bongkak dan cuba perbodohkan rakyat.Masih banyak kerja lain yang polis patut lakukan bukan hanya jadikan parti yang lawan Umno sebagai sasaran mereka.

Adakah anda simpati kepada BN dalam isu di Lahad Datu yang diceroboh Tentera Sulu?Atau adakah anda hanya simpati dan berkeyakinan kepada tentera dan pihak keselamatan dalam berperang dengan tentera Sulu?Jika anda simpati kepada BN dalam suasana bahang pilihanraya sekarang yang cuba jadi hero dan raih simpati politik murahan anda telah berjaya dibaham Umno-BN dan mereka akan terus berkuasa selepas pru 13!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan