Isnin, 31 Disember 2012

Najib -Rosmah liabiliti kepada Umno.Selamatkan Umno atau Najib-Rosmah?


Penganalisis politik Awang Abdillah menulis dalam FMT dalam bahasa inggeris Which will it be :Najib or Umno?Antara lain beliau tulis Though Najib is not as weak as his predecessor, he has nothing better to offer – no good leadership traits and no political and economic models on nation-building.
Umno members, from top to bottom, are very concerned about the party’s future.
What they hear are only hollow slogans and rhetoric such as the 1Malaysia concept, transformation plan, financial painkillers like BR1M, KR1M, TR1M and other crap that play on the mindsets of the people.
Bahasa Melayu nya lebih kurang bunyi begini,"Walaupun Najib tidaklah  lemah sebagai pemimpin terdahulu, dia tidak mempunyai apa-apa yang lebih baik untuk ditawarkan ,tidak ada ciri-ciri kepimpinan yang baik dan tiada model politik dan ekonomi ke atas pembinaan negara.
Ahli UMNO, dari atas ke bawah, sangat bimbang mengenai masa depan parti itu.
Apa yang mereka dengar adalah hanya kosong slogan dan retorik seperti konsep 1Malaysia, pelan transformasi, ubat penahan sakit kewangan seperti BR1M, KR1M, TR1M dan crap lain yang bermain di minda rakyat."

Kata Awang Abdillah sebaliknya Najib beri lebih kuasa kepada isteri beliau Rosmah Mansor ," He gave more political clout to Rosmah who is neither an elected MP nor a cabinet minister than the delegates.
She has travelled all over the country and overseas acting as if she is the de facto premier overshadowing the cabinet ministers and extends her sphere of influence over their ministries and their respective departments and agencies."Bahasa Melayunya lebih kurang bunyi begini,"Beliau memberi lebih kuasa politik untuk Rosmah yang bukan seorang Ahli Parlimen yang dipilih mahupun seorang menteri kabinet daripada perwakilan.
Beliau (Rosmah) telah mengembara di seluruh negara dan luar negara yang bertindak seolah-olah dia adalah Perdana Menteri de facto overshadowing menteri-menteri kabinet dan memanjangkan sfera pengaruh ke atas kementerian dan jabatan-jabatan dan agensi-agensi masing-masing mereka."

Umno kini kata penganlisis politik tu punyai pilihan samada singkir Najib atau selamatkan Umno.Golongan elit Umno begitu bimbang dengan kuasa yang ada pada Rosmah yang dibiarkan Najib.Satu cara nak selamatkan Umno yang dah nak tenggelam tu dengan singkirkan Najib.
The party elite groups are so alarmed by the power wielded and abused by Rosmah and condoned by her husband.
Never in the history of Malaysian politics has the wife of a premier wielded so much personal control over the affairs of the government.
Hence the Umno elite groups believe the only way to save their party is to plot for Najib and company’s downfall before the polls.

Kata penulis Awang Abdillah lagi,"As reported in the news media, she very often accompanied the PM in overseas trips, to ensure the spell is not broken.
In the three years plus since Najib became the premier, Rosmah has allegedly enriched herself with businesses worth billions of ringgit through government contracts awarded to companies connected with her.
Many within Umno believe Najib and his spouse are the main liabilities that would bring the downfall of Umno.
Now it is a choice of either saving Umno or Najib.

Bahasa Melayunya lebih kurang begini,"Seperti yang dilaporkan dalam media berita, dia (Rosmah) sangat kerap mengiringi PM dalam perjalanan di luar negara..Dalam tempoh tiga tahun ditambah sejak Najib menjadi perdana menteri, Rosmah telah didakwa memperkayakan dirinya dengan perniagaan bernilai berbilion ringgit melalui kontrak kerajaan yang diberikan kepada syarikat-syarikat yang berkaitan dengan beliau.
Ramai dalam Umno percaya Najib dan isteri beliau adalah liabiliti utama yang akan membawa kejatuhan Umno.Jadi Umno sekarang ada pilihan samaada nak selamatkan Umno atau Najib."Baca semua di sini.

Bagi saya biar dua-dua tumbang dalam pru 13 akan datang!Kini Deepak towkey karpet juga jadi ancaman kepada Najib.


HAPPY NEW YEAR 2013.AZAMKAN TEKAD TOLAK UMNO-BN DALAM PRU 13.PELUANG KEEMASAN INI TAKKAN BERULANG JIKA KITA TIDAK GUNAKAN UNDI KITA DENGAN SEBAIK MUNGKIN.

Soi Lek kata blogger Umno tak ada moral,Tee Kiat kata Soi Lek kena jumpa pakar sakit jiwa


Tee Keat: Agak lucu Soi Lek label blogger Umno ‘tak bermoral-M'insider

Tindakan Dr Chua Soi Lek mengecam blogger pro Umno sebagai "tidak bermoral" adalah melucukan, kerana tahap akhlak presiden MCA itu dipersoalkan umum, kata bekas Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat. Tee Keat yang dihubungi The Malaysian Insider berkata, kecaman yang dibuat Soi Lek terhadap blogger pro Umno itu juga amat mengejutkan beliau.
"Saya cukup terkejut membaca kenyataan CSL (Dr Chua Soi Lek) membidas kumpulan blogger UMNO (yg wawancarakan dia baru-baru ini) sebagai "tak bermoral" kerana menghebahkan isi kandungan percakapannya yg tertentu dlm wawancara itu.
"Kenyataan itu telah tersiar dlm akhbar Cina pagi tadi . Saya rasa sungguh melucukan krn label 'tak bermoral' itu dilontarkan oleh CSL yg sememangnya tahap akhlak dirinya dipersoalkan umum," kata Tee Keat  dalam SMS kepada The Malaysian Insider.
Dr Chua malam tadi mengecam tindakan blogger Umno yang dakwanya telah memutar belit kenyataannya ketika pertemuan dengan mereka Rabu lalu, dan menuduh blogger pro Umno itu tidak beretika.
Presiden MCA itu menegaskan, beliau kecewa dengan tindakan segelintir blogger tersebut yang mendedahkan butiran perjumpaan mereka malah menegaskan beliau tidak akan berjumpa dengan mereka lagi kerana dakwanya ingin menghancurkan MCA.
"Saya sangat kecewa dengan blogger pro Umno ... mereka tidak ikhlas tentang apa yang telah dibincangkan.
"Ia perjumpaan tertutup dan saya ada bercakap tentang persiapan MCA hadapi pilihan raya umum ... Ada sesetengahnya hanya gurauan dan tidak patut didedahkan," jelasnya menyuarakan rasa kecewa dengan tindakan blogger Umno tersebut.
"Mereka tiada etika melaporkan dan kefahaman dalam apa yang dibincangkan ... mereka melanggar janji itu," tegasnya kepada pemberita ketika sidang media selepas majlis makan malam bersama NGO dari Bandar Tun Razak di sini.
Soi Lek bagaimanapun turut menegaskan beliau tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap mereka serta tidak lagi akan melayan sebarang permintaan daripada blogger tersebut selepas ini.
"Jangan datang dan kacau saya lagi, mereka lebih suka 'spin' daripada membantu MCA ... Saya telah dimainkan oleh blogger pro Umno," katanya lagi, dan menambah, akan lebih berhati-hati dengan blogger Umno.
"Saya akan lebih berhati-hati, saya mempertikaikan tujuan mereka ... adakah mereka mahu bantu MCA atau hancurkan MCA," tegasnya.
Ketika pertemuan dengan blogger pro Umno Rabu lalu, Dr Chua dilaporkan berkata Ong menggunakan "faktornya" untuk mendapatkan sokongan di Melaka bagi mensabotaj beliau.
Menurut Syed Akbar Ali , blogger pro-Umno yang menghadiri pertemuan itu, presiden MCA itu turut menjangkakan Ong akan meninggalkan parti jika berlaku penggantungan Parlimen.
"Melihat kembali isu kurangnya sokongan dan beliau berbicara tentang Ong Tee Keat cuba mensabotajnya di Melaka. Dr Chua merasakan jika berlakunya penggantungan Parlimen selepas pilihan raya, Ong Tee Keat mungkin akan mengemas begnya dan pergi. Seperti Chua Jui Ming," kata pemilik blog syedsoutsidethebox.blogspot.com.
Jelas Tee Keat, beliau hanya "mencadangkan" kepada Dr Chua untuk berjumpa pakar sakit jiwa bagi mencari penawar untuk gejala membidas tidak tentu arah yang dihidapi pemimpin MCA itu.
"Saya hanya cadang perakukan pakar sakit jiwa kpd CSL agar dpt mencari penawar bagi gejala yg dia hidapi — jelas terbukti dlm tutur-kata dia yg membidas tak tentu pasal,( bukan ke rumah sakit jiwa," katanya, merujuk kepada kenyataannya sebelum yang meminta Dr Chua berjumpa pakar sakit jiwa.-M'insider

Dua kali lima,lima kali dua.Serupa ja puak ni tak ada beza apa pon.

Ahad, 30 Disember 2012

Berani ka buat siaran langsung Umno tuduh Pas kapirkan Umno

Seorang anggota keselamatan kata kat saya,"Isu kapir mengkapir ni ditimbulkan semula kerana nak tutup isu Deepak towkey karpet yang bongkar kes pembunuhan Altantuya."Umno nak main lagu apa kalau tak main lagu kapir-mengkapir.Hari-hari Deepak dok terjah sebut nama Najib-Rosmah dalam penipuan akuan bersumpah P.Balasubramaniam yang bisa gegarkan segala bulu jubur dan lain-lain bulu orang yang berkaitan.



Komen Rais Yatim yang cakap berbelit-belit isu basi ini yang digarap semula untuk beli undi orang Melayu yang termakan umpan Umno,"Pihak RTM boleh siarkan kenyataannya sekiranya kandungannya sesuai dan ada nilai berita. Tetapi pada masa yang sama, Abdul Hadi perlu memberi peluang kepada pihak lain memberi pandangan mereka kerana amanatnya ini telah dibuat pada 1981,"

Haha nak nilai berita macam mana?Cuba cakap.Bila sampai klimaks isu yang dimainkan Umno ni ianya akan diputarbelitkan dengan seribu alasan supaya semuanya tak jadi.

Aku tak berani la macam MB Pahang yang nak potong telinga kalau BN kalah di Bentong.Tapi buat la dulu secara live kalau berani..jangan temberang ja.

Kini ramai orang di masjid dan surau juga di kedai kopi pakat hairan kenapa Umno nak sangat dituduh kapir.Ada orang kata kat saya ahli Umno di Sabah yang bukan Islam memang kapiaq sungguh.

BN bagi RM500 pun orang tak sokong BN,populariti Najib tak naik-naik jadi Umno terpaksa putar 30 tahun ke belakang untuk bodohkan orang Melayu dengan isu basi ini.

Jumaat, 28 Disember 2012

Orang Melayu masih sokong Umno walaupun makan rasuah macam makan nasi

Rasuah :Ketua Pemuda Umno Pandan dipenjara 8 tahun
Ketua Umno Bahagian Pandan dihukum penjara lapan tahun dan didenda RM977,560 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini selepas didapati bersalah terhadap 10 pertuduhan rasuah membabitkan RM193,512 antara Mei 2006 hingga Mac 2007.
    
Hakim Rozilah Salleh membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap Abd Ghani Ismail, 46, di akhir kes pembelaan.
    
Dalam penghakimannya, beliau berkata keterangan tertuduh adalah bersifat penafian semata-mata serta satu pembelaan yang berbentuk “difikirkan kemudian".
    
"Penjelasan tertuduh semasa pembelaannya adalah tidak konsisten, ia direka bagi menyesuaikan keterangan saksi pendakwaan," katanya.
    
Rozilah turut tidak membenarkan Abd Ghani untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.
    
Mahkamah mengambil kira bantahan yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Roziza Sidek yang berhujah bahawa tiada sebarang alasan yang membolehkan mahkamah menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara berikutan ia bukan sesuatu keadaan yang istimewa.
    
Bagi pertuduhan pertama, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lima tahun serta denda RM120,945 terhadap tertuduh yang didakwa secara rasuah memperoleh satu suapan daripada seorang kontraktor Abdul Rahman Yaacob (sudah meninggal dunia) sebanyak RM24,189.
    
Ia sebagai balasan menolong Abdul Rahman mendapatkan Tender Zon SP 23 iaitu kerja perkhidmatan kutipan sisa pepejal di Taman Lembah Maju dan Taman Kencana serta Tender Zon PB 16 iaitu kerja pembersihan kawasan di Pandan Cahaya daripada
MPAJ.
    
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Restoran Islah Tomyam, Jalan 5/76B, Desa Pandan di sini pada 9 malam, 4 Ogos 2006.
    
Untuk pertuduhan kedua dan ketiga, tertuduh dikenakan hukuman penjara tiga tahun serta denda RM120,945 bagi kesalahan menerima rasuah daripada Abdul Rahman berjumlah RM24,189.
    
Rozilah turut menjatuhkan hukuman lima tahun penjara serta denda berjumlah RM725,670 bagi enam lagi pertuduhan lain yang dikenakan terhadap Abd Ghani bagi kesalahan sama iaitu menerima rasuah sebanyak RM145,134 daripada Abdul Rahman.
    
Bagi pertuduhan kedua hingga kesembilan itu, tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut di hadapan Blok E 15, Jalan 4/76B, Desa Pandan di ibunegara, antara 20 Oktober 2006 hingga 31 Mac 2007.
    
Bagaimanapun mahkamah membenarkan hukuman penjara bagi sembilan pertuduhan tersebut berjalan serentak iaitu lima tahun.
    
Sementara itu bagi pertuduhan ke-10 Abd Ghani dihukum penjara tiga tahun serta denda RM10,000 bagi kesalahan memperoleh suapan bagi dirinya iaitu pelantikan Syarikat Lembah Rimbun sebagai sub-kontraktor kepada Syarikat Dwisakti Mewah Sdn Bhd yang mana dia mempunyai kepentingan dalam Syarikat Lembah Rimbun, di No. 27, Jalan Pandan 7, Pandan Jaya pada 1 Mei 2006.
    
Ia sebagai upah menolong Syarikat Dwisakti Mewah Sdn Bhd mendapatkan Tender Zon SP 21 iaitu kerja pelupusan sisa pepejal di kawasan Bandar Pandan Indah daripada MPAJ.
    
Bagi kesemua pertuduhan itu dia didakwa mengikut Seksyen 11 (a) dan Seksyen 10 (a)(aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 16 Akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan.
    
Terdahulu ketika penghakiman dibacakan, Abd Ghani yang diwakili peguam Md Yunos Shariff,  pitam di kandang tertuduh secara tiba-tiba sehingga prosiding terpaksa ditangguhkan selama lima belas minit sebelum diteruskan semula.Bernama

Utusan Meloya pulak pusing tajuk Bekas ahli MPAJ dijel 8 tahun tanpa menyebut Ketua Umno Pandan.Tak ngaku la kata Umno ni perasuah konon.Setiap hari media Umno burukkan PR langsung tak ada yang elok tapi yang masuk penjara pemimpin Umno.Yang tibai duit rakyat ialah Umno.

Apa komen Fathul Bari?Adakah ini tidak berdosa bersubahat duduk dalam kelompok parti rasuah yang dah busuk hingga ke usus?Apa komen profesor kangkung yang sokong Umno?Apa komen Hasan Ali,Zul Noordin yang berlagak suci dari segala dosa dan noda?

Tu baru sapu duit sisa pepejal belum lagi duit lembu NFC RM250 juta.Belum lagi skandal jual beli kapal selam Scorpene.Yang bawah dibiarkan masuk penjara pemimpin yang atas diselamatkan.

Berbuih-buih Perkasa dan Pekida suruh orang Melayu sokong Umno kononnya demi Melayu,Islam dan negara walaupun pemimpin Umno kaki rasuah dan kaki kencing Melayu.

Sebab itu lah Umno kata jika Umno tumbang Melayu merempat kerana jika kalah semua pemimpin Umno masuk penjara.Mereka perdayakan Melayu, rendahkan otak Melayu kerana mereka ingat kita orang Melayu mudah diperkotak-katikkan Umno.

Masih percayakah kita orang Melayu dengan pemimpin Umno macam Khir Toyo dan Noh Omar untuk jaga Melayu?Percayakah kita kepada Najib dan Muhyiddin yang kini menjual janji duit dan bajet ke sana -sini untuk beli undi menjelang pru 13?

Khamis, 27 Disember 2012

Fathul Bari kena keluar daripada lubuk syaitan yang dikenali sebelum desak Pas keluar PR

Ustaz Umno Fathul Bari saran Pas keluar Pakatan kononnya Pas dah gadaikan prinsip perjuangannya.Dalam perlembagaan Pas tak ada pulak ubah apa-apa yang berkaitan macam yang Fathul Bari budak hingusan Umno tu kata.Saya sokong Pas kerana dasar yang Pas bawa iaitu Islam dan seruan Pas ialah Allahhuakbar dan juga ditulih seperti berikut;

FASAL 5. Tujuan PAS ialah :
  1. Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana didalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.

  2. Mempertahan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.Baca di sini.Saya sokong Pas sebab ni la bukan sokong membabi buta kerana pemimpin Pas.Kalau sokong kerana pemimpin,tengok-tengok pemimpin tu lari kejar habuan dunia kita pon angkat kaki sama.Pas itu comel dan molek dah kalau salah bukan Pas tapi pemimpin Pas.Teruk-teruk pemimpin Pas tak la kedarah rasuah sampai beratus juta, tibai duit haram macam Umno Sabah sampai RM40 juta.Macam pemimpin Umno yang keluarganya didakwa tibai duit lembu NFC RM250 juta.Semua kedarah rasuah kira juta-juta tak mainla puluh ribu.Tak rasa berdosa ka subahat dok dalam parti syaitan?
Fathul hang keluar la dulu daripada lubuk parti syaitan yang dikenali sebelum suruh Pas keluar PR.Hang suruh la Umno keluar BN kerana Chua Soi Lek Presiden MCA perlekehkan Hudud ikut suka dan didiamkan oleh Najib tanpa kata apa-apa.

Umno bukan takat gadai Islam dengan harga sekupang dua tapi banyak juga tanah rezab Melayu kena gadai.Berjuang bangsa konon..

Rabu, 26 Disember 2012

Biarkan Umno dengan lagu Kapiaq dan kangkungnya

Amanat:Presiden Pas jangan terus membisu

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang didesak supaya tidak terus membisu terhadap isu tuntutan masyarakat supaya beliau menarik kembali amanatnya yang mengkafirkan UMNO pada 1981.
Tokoh ilmuwan Islam, Prof. Emeritus Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abd. Majid berkata, menurut prinsip Islam, Abdul Hadi perlu memperbetulkan semula kesalahannya supaya masyarakat tidak terus keliru.
Beliau berkata, Pas sendiri telah melanggar amanat yang dibuatnya kerana menjalinkan kerjasama dengan DAP atas dasar tahaluf.
"Kita minta supaya Abdul Hadi respons kepada tuntutan masyarakat supaya dia membetulkan balik apa yang salah. Itu prinsip Islam, kalau kita buat sesuatu yang salah maka kita perlu betulkan balik.
"Kalau dia kata dahulu tidak boleh kerjasama dengan kafir, kemudian dia buat kerjasama dengan DAP, dia kata dalam parti dia boleh atas dasar tahaluf, jadi sekarang dia kena betulkan masyarakat semua, jangan betulkan dalam parti dia sahaja, itu yang kita minta," katanya.-Utusan Meloya

Kalau takat jadi profesor macam ni lebih baik jadi ahli parlimen kedai kopi.Bercakap ikut lubang taik memang macam ni ikut suka nak kata apa pon.Sebelum cakap fikir dulu,toleh kanan dan kiri baru cakap.


Sekarang ni ramai yang tuduh Pas kafirkan Umno tapi dalam masa yang kangkong ni sendiri dakwa Umno kapiaq secara tak langsung hanya kerana 'Amanat Haji Hadi' yang langsung tak kata Umno kapiaq.

Yang jelas dan terbukti sejarah Umno hantar memorandum kepada Majlis Raja-Raja supaya buang perkataan Islam kepada pertubuhan Islam,Ngo dan majlis agama tak berani pulak nak respon.Orang yang benci Islam ialah Umno kalau tidak takkan sampai tahap nak buang Islam kepada pertubuhan Islam.Hang respon la kalau berani.Awat takut periuk nasi terbalik ka?Hang respon la Tun Madey kata BN PARTI SYAITAN YANG DIKENALI kalau berani sangat!

Biarlah Umno yang syok sangat nak jadi kapiaq tu menari ikut lagu lama.Rakyat tak lah bodoh dan buta fikiran macam penyokong Umno.Bekas ahli Pas yang kena pecat nak nyanyi lagu Umno Kapiaq hang pa nyanyi lah puas-puas.Kangkong ni patut jumpa Nakhaie Haji Ahmad bekas Naib Yang di Pertua Pas tanya betoi ka Umno kapiaq.

Woiittt! rakyat nak harga minyak turun,harga barang turun,harga kereta turun,tol dihapuskan, kamera AES diterbalikkan  bukan nak dengaq lagu Umno yang nak sangat jadi kapiaq!

Dengar ni Umno , dengar ni kangkong ..rakyat nak yang ini jangan nak kalihkan isu

Rabu, 19 Disember 2012

"Mufti Musang Berjangut"

Ada orang sms kat saya,"Kalau guna jubah mufti main politik macam filem Musang Berjanggut la  dok dalam peti..harus sana harus sini.Nampak muka dengan janggut dia pon sama jahat dalam peti."
Harakah bil 1802 edisi Jumaat ,dapatkan di pasaran 

Ustaz Umno Fathul Bari tumpang semangkok ulas isu kafir mengkafir melalui hujah yang dikutip di tepi jalan sebagai bukti.Kalau betul nak sangat bukti pi la jumpa Presiden Pas.Bila nak pilihanraya Umno ungkit kembali isu kafir-mengkafir.Umno sendiri buat debat olok-olok isu kafir mengkafir tapi dalam debat olok-olok tu pun Umno dah kalah belum lagi debat yang betul.Tak caya tanya Tun Madey.Modal basi isu ini kini diangkat semula kerana Umno  tak boleh cakap isu lain.Nak cakap bab rasuah Umno memang kaki rasuah.Nak cakap bab zalim Umno memang zalim walaupun kepada bangsa sendiri.So cakap lah isu kafir mengkafir sebagai modal politik oleh budak-budak hingus dalam Umno yang baru kenal politik.

Saya nak tanya yang Umno nak sangat jadi kapiaq ni pasal apa?Apa tok mufti komen dengan RM40 juta duit haram Umno Sabah.Apa Tok Mufti komen,apa ustaz Umno komen dengan RM196.8 bilion pengaliran keluar wang haram dari negara ini ke negara lain?

Umno makan rasuah macam makan nasi tok mufti mana pun tak kata apa.Kalau nak jadi kapiaq senang la hang pa pakat makan babi.

Jangan main politik dalam jubah mufti-Harakahdaily
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyeru para mufti agar menjaga nama baik mereka dan tidak bermain politik partisan untuk kepentingan pihak tertentu.

Ingatan itu berhubung kenyataan beberapa orang mufti yang mendesak agar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menarik balik apa yang didakwa sebagai 'Amanat Haji Hadi'.
"Boleh berbincang dengan cara yang elok dan tak perlu bermain politik partisan di dalam jubah mufti.

"Jangan jual harga mufti dengan murah," tulisnya dalam Facebook petang tadi.

Menurut Menteri Besar Kelantan itu lagi, beliau secara peribadi sangat mengenali Tuan Guru Abdul Hadi dan meyakini bahawa ilmu yang dimiliki oleh Presiden PAS itu tidak lebih rendah daripada ilmu yang dimiliki oleh para mufti.

"Bahkan beliau merupakan lulusan Madinah yang cemerlang.

"Jadi saya menyeru kepada para mufti, jangan beranggapan Presiden PAS sebagai orang yang tidak tahu hukum hakam," katanya.

Sebelum ini, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh dilaporkan menggesa Tuan Guru Abdul Hadi menarik balik amanat mendakwa Umno kafir, yang pernah dikeluarkan lebih tiga dekad lalu.

Harussani berkata, tidak mudah untuk meletakkan orang itu kafir dan, perkara itu sudah pun dijelaskan yang mana ia bukan masalah parti, sementara Wan Zahidi pula berkata, amanat tersebut tidak berbahaya kepada Umno sebaliknya kepada diri Hadi sendiri.

Amanat Tuan Guru Abdul Hadi merujuk kepada satu sedutan ceramah umum yang disampaikan oleh beliau di Kampung Benggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981.

Berkaitan;

Sabtu, 15 Disember 2012

Sumpah Najib tak kenal Altantuya benar atau palsu?

Arkib berita Utusan 23/8/2008
Ramai orang pakat timbulkan persoalan ini apabila towkey karpet Deepak Jaikishan pecah lubang isu akuan bersumpah 1 dan 2 P.Balasubramaniam penyiasat persendirian yang kini berada di luar negara.

Deepak dakwa Najib ada peranan dalam isu SD Bala -Malaysiakini
Ahli perniagaan Deepak Jaikishan mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memainkan peranan utama dalam tindakan penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang menarik balik pengakuan berkanun (SD) pertamanya pada tahun 2008.

Dalam satu wawancara dengan Harakah, seperti dimuatkan di Youtube, Deepak mendakwa Najib berbuat demikian demi mengelakkan tindakan yang mungkin diambil seteru dalam Umno bagi menghalang cita-cita Najib menjadi perdana menteri.
"Tetapi satu faction lagi dalam Umno yang tidak mahu Datuk Najib menjadi perdana menteri, mereka ada kepentingan mereka, mereka dudah bersedia.

"Salah seorang ahli kumpulan ini akan keluar dan berikan SD dan menceritakan siapa yang arahkan dia melakukan perbuatan kejam ini dan siapa yang mengarah orang itu, ini sangat high level," kata Deepak.

Pada masa itu, Najib merupakan timbalan perdana menteri. Beliau kemudiannya dilantik menjadi perdana menteri pada 2009 selepas Tun Abdullah Ahmad Badawi terpaksa berundur ekoran pencapaian buruk dalam pilihan raya umum 2008.

SD pertama Balasubramaniam, didedahkan pada 3 Julai 2008, mengandungi kenyataan bersumpahnya bahawa Najib mempunyai kaitan dengan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu yang mati dibunuh.

Pada hari berikutnnya, Balasubramaniam membuat satu lagi SD dan mendakwa bahawa dakwaan dalam SD pertama adalah palsu.
"Jadi objektif untuk tukar SD bukan kerana takut sangat dengan SD si Bala ini. Objektif utama besar dari itu, mereka kena hentikan langkah seterusnya.

"(Pada) malam itu juga kena siap, kena U-turn (tukar pengakuan Bala), kena tutup (perkara itu), itulah yang masalah utamanya.

Deepak mendakwa beliau menerima satu panggilan telefon daripada isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor pada senja 3 Julai 2008.

Deepak mendakwa Rosmah meminta bantuannya memandangkan beliau mengenali Balasubramaniam, yang mendedahkan SD pertama pada pagi hari tersebut.

Susulan itu, Deepak mendakwa beliau mengunjungi kediaman rasmi Najib di Putrajaya dan memberitahu Najib bahawa Balasubramaniam enggan bekerjasama.

"Pertama (Najib) telefon satu lawyer, lepas itu dia telefon adik dia, lawyer juga. Lepas bincang, dia minta saya agar mencari jalan untuk jumpa dia dan cari jalan supaya (Balasubramaniam) setuju, untuk batalkan SD dia.

"Saya telefon Bala... Dia kata dia nak jumpa Datuk Seri atau Datin Seri kalau nak dia menarik balik dia punya SD," dakwa Deepak.

Deepak mendakwa Najib kemudiannya mencadangkan supaya adiknya Nazim yang seorang arkitek dan usahawan, untuk mewakilinya.

Dakwanya, pertemuan itu seterusnya berlangsung sekitar tengah malam di sebuah pusat membeli-belah di Damansara.

Dakwanya lagi, rundingan melibatkan sejumlah wang yang tidak didedahkan itu kemudiannya berlangsung dan Nazim seterusnya menghubungi Najib untuk mengatur seorang peguam untuk menderaf SD kedua di sebuah hotel mewah di Kuala Lumpur.

Dalam video berkenaan, Harakah memadamkan nama seorang peguam yang disebut Deepak.

Susulan itu, satu sidang media diadakan secara tergesa-gesa pada keesokan harinya.

Deepak mendakwa peguam berkenaan tidak mahu hadir, yang memaksanya memanggil seorang peguam lain untuk menemani Balasubramaniam bagi bertemu media.

Deepak mendakwa, beliau mendedahkan maklumat ini untuk menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk mengambil tindakan dan melindungi integriti insitusi tersebut.

"Saya yakin dalam SPRM mesti ada orang yang baik. Tidak mungkin semua orang hendak dengar cakap sepasang suami isteri. Kita ada 28 juta manusia di Malaysia," katanya.
Harakah bil 1801
VIDEO l 14.39 mins

Siasatan kes Altantuya perlu dibuat semula-Karpal -Harakahdaily
 Pendedahan ahli perniagaan Deepak Jaikishan tentang akuan bersumpah (SD) yang dibuat oleh P Balasubramaniam memerlukan kes pembunuhan Altantuya Shaariibu disiasat semula.

Pengerusi DAP, Karpal Singh, seorang peguam senior membuat cadangan itu ketika memberikan ucapan pembukaan di Kongres DAP pagi ini.

Karpal juga meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjawab segala pendedahan yang dibuat oleh Deepak itu.

Deepak dalam wawancara dengan media termasuk Harakahdaily mendedahkan beliau diarahkan oleh Najib untuk berbincang dengan P Balasubramaniam agar menarik balik pengakuan bersumpahnya yang mendakwa Najib terlibat dalam pembunuhan gadis Monggolia, Altantuya Shaariibu.

Deepak juga mendakwa, adik Najib, Nazim Razak telah bertemu dengan Bala dan bersetuju membayar wang jutaan ringgit bagi membolehkan Bala membuat perubahan kepada SDnya itu.

Turut serta dalam pertemuan itu adalah isterinya yang sedang sarat mengandung.

Hasilnya, Bala telah membuat SD 2 dan mengubah segala penyataan yang beliau buat dalam SDnya yang pertama.


Rabu, 12 Disember 2012

Tun Madey kata isu Lynas,Bersih 3.0 hanya diada-adakan, tuduhan Deepak macam mana?

Kata Tun Madey Isu Lynas,Himpunan Bersih diada-adakan.Tapi tuduhan Deepak towkey karpet yang ada hubungan dengan Najib-Rosmah macammana.Najib hingga kini seperti biasa diam tak berani kata apa segala tuduhan Deepak terhadap kes pembunuhan Altantuya dalam isu akuan bersumpah 1 dan 2 P.Bala yang didakwa ada kaitan dengan Najib.Sebagai seorang PM Najib tidak sepatutnya ambil langkah berdiam diri seolah-olah tidak ada apa yang berlaku.
Begitu juga dengan tuduhan bekas Ketua Polis Negara Musa Hasan yang kata Menteri campurtangan urusan polis adakah ini semua diada-adakan?

Bom dari Deepak:SD 2 Bala sekat hal lebih besar-Harakahdaily

Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan (gambar) mendedahkan, penglibatan beliau untuk membuat akuan bersumpah kedua (SD 2) P Balasubramaniam bukan untuk menyelesaikan isu SD itu saja tetapi menyekat pendedahan yang lebih besar.

"Satu faction lagi dalam Umno yang tidak mahu Datuk Najib menjadi Perdana Menteri, mereka ada kepentingan mereka.

"Mereka sudah bersedia, salah seorang ahli kumpulan ini akan keluar dan berikan SD dan menceritakan siapa yang arahkan dia melakukan perbuatan kejam ini (pembunuh Altantuya) dan siapa yang mengarah orang itu. Ini sangat high level.

"Jadi objektif untuk tukar SD bukan kerana takut sangat dengan SD si Bala ni. Objektif utama besar dari itu.

"Mereka kena hentikan langkah seterusnya. Malam itu jugak kena siap, kena U-turn, kena tutup. Itulah yang masalah utamanya," cerita Deepak dalam sidang media khas dengan Harakah.

Deepak dalam sidang media kali ini menceritakan dengan jelas bagaimana beliau boleh terlibat dengan SD 2 yang dibuat oleh PI Bala ini.


Berikut adalah cerita penuh Deepak kepada Harakahdaily.

"Kalau boleh kita bincang secara terperinci bagaimana SD ini bermula.

Saya mendapat panggilan pada hari SD itu dibuat pada jam 6-7 malam. Saya dipanggil oleh Datin Rosmah Mansor melalui telefon.

Dia suruh saya cari jalan menyelesaikan masalah dia. Saya pernah jumpa dengan Bala satu dua kali sebelumm itu tetapi tidak kenal rapat dia.

Saya call kawan saya untuk cuba berjumpa dengan dia tetapi dia keberatan dan tidak mahu berjumpa.

Saya telefon Datin Seri dan berkata, ini susah dan tak nampak jalan penyelesaian benda ini. Sebelum inipun saya banyak bantu Datin mana-mana perkara yang dia perlukan. Saya cubalah kalau ada kawan.

Saya kata kepada Datin, hal ini bukan senang untuk diselesaikan. Dia pun minta saya "datang rumah sekarang dan jumpa suami saya. Biar Datuk Seri buat keputuan bagaimana".

Saya pergi ke rumah mereka. Datin dan Datuk tinggal di Sri Satria. Kadang-kadang dia orang duduk di Sri Duta dan kadang-kadang Sri Satria. Malam itu mereka duduk di Sri Satria.

Saya masuk rumah lebih kurang lapan lebih malam dan saya bercakap dengan Datuk Seri mengenai keadaan ini dan orang ini tidak mahu jumpa dan kata dia sudah buat SD yang benar dan dia tidak mahu berjumpa pun dengan saya. Saya tidak tahu bagaimana nak menyelesaikan benda inilah.

Pertama dia telefon satu lawyer. Lepas itu dia telefon adik dia, lawyer juga. Lepas bincang, dia minta saya agar mencari jalan untuk jumpa dia (Bala) dan cari jalan supaya dia setuju, untuk batalkan SD dia.

Saya telefon Bala, kita bincang atas telefon. Dia kata, dia nak jumpa Datuk Seri atau Datin Seri kalau nak dia menarik balik dia punya SD.

Dia pun jenis orang yang keras. Dia cakap dia tak tipu, apa yang dia letak dalam SD pertama semuanya benar.

Saya pun susahlah macamana dia nak jumpa Datuk Seri dan Datin Seri. Saya beritahu Datuk Seri, kita berada dalam suasana yang susah. Masa itu Datin Seri pun ada dalam bilik belakang, tingkat pertama. Dia nak jumpa Datuk Seri atau Datin Seri. No way lah, nak keluar masuk pun susah, ada bodyguard semua.

Datuk Seri propose (cadangkan) Datuk Nazim yang jumpa Bala. Saya bagi dia tahu, dia (Bala) cakap ok, boleh jumpa, tetapi dia nak bincang dengan saya sesuatu dulu.

Saya pergi ke Rawang di satu restoran Cina, duduk dengan dia dekat sana. Saya, dia, sepupu saya yang kenal dia dan seorang pegawai polis bekas D9 yang nama dia Suresh.

Bincang-bincang, dia kata kalau buat SD 2 dia takut, bagaimana dia nak protect dia dan famili. Saya kata, yang terbaik awak tinggalkan Malaysialah. Kita boleh uruskan kalau dia mahu. Kalau awak nak kekal di Malaysia, tak ada isulah sebab kerajaan bersama kamu.

Lepas itu kita bincang hal duitlah. Dia minta satu jumlah yang sangat besar dan saya tidak fikir saya boleh urus untuk dapatkannya. Saya hanya peniaga karpet bukan ada perniagaan bilion untuk keluarkan jumlah itukan. Saya kata, lebih baik awak cakap dengan Datuk Nazimlah.

Saya minta Datuk Nazim datang ke Rawang tetapi dia tidak mahu. Dia mahu kita pergi ke The Curve, dekat Mutiara Damansara.

Jadi kami pergi The Curve, ketika itu hari dah malam dah dekat jam 12 ke 1 pagi. Datuk Nazim bawa isteri dia sekali, isteri dia ketika itu sedang mengandung. Susahlah, isteri tak mahu tinggalkan suaminya.

Bala tak mahu bercakap dengan saya, dia mahu runding terus dengan mereka. Dia fikir kalau runding dengan saya, saya ada kuasa ke nak lindung dia, nak penuhkan permintaannya dari segi kewangan yang dia minta. Saya tak ada.

Dia bincang dengan Datuk Nazim, dia kata dia nak sejumlah wang, mahu dia dilindungi dan mahu meninggalkan negara ini. So dia (Nazim) promise (janji) dengan dialah tetapi kamu kena tukar SD itu.

Nazim kemudian telefon dan bincang dengan  abang dia, siapa yang akan siapkan SD.

Datuk Seri Najib pilih seorang peguam (nama disembunyikan sehingga pengesahan) dan anaknya untuk siapkan dokumen. Selepas itu kita pergi ke KL Hilton, saya ambil bilik untuk Bala sementara peguam siapkan SD. Mereka terus berkomunikasi antara adik dan dia serta peguam semua, apa yang nak dimasukkan ke dalam SD dan sebagainya.

Selepas itu, peguam datang ke KL Hilton ke bilik dan duduk. Siapkan laptop dia dan bincang semua. Siapkan versi terakhir dan Bala tandatangan malam itu.

Kemudian mereka nak buat sidang media. Bila nak buat PC, saya tak kenal siapa-siapa masa tu, saya low profile. Jadi saya hubungi Ketua Setiausaha Datuk Najib, you kena uruskan sebab saya tidak tahu siapa yang hendak di bawa, mainstrem ke, internet ke, saya tidak kenal siapa-siapa.

Last minute, peguam tidak mahu bersama Bala dan tidak mahu nama dia ada di situ. Saya kena hubungi kawan saya, yang juga peguam, tetapi dia tidak terlibat dengan hal itu. Saya kata, awak hanya datang dan duduk dengan Bala. Bala pun masa itu sangat tertekan.

Peguam saya pergi bersama dengan Bala, mereka pergi ke Prince Hotel kira jam 9 - 10 pagi. Pergi Prince Hotel dan umumkan SD yang telah disiapkan malam itu. Peguam saya bernama Arulapalam tetapi dia tidak terlibat dalam membuat SD itu, dia seorang peguam yang senior. Itu
yang berlaku. Objektifnya mahu pusing (riverse) SD Bala.

Banyak orang fikir, dia mahu menukar SD yang Bala bagi, tetapi sebenarnya ia lebih dari itu. Sebab utama SD itu, seorang yang terlibat dalam kes itu, kes Altantuya, telah  bersetuju untuk memberitahu cerita sebenar. Opposition side mahu mempastikan cerita sebenarlah.

Tetapi satu faction lagi dalam Umno yang tidak mahu Datuk Najib menjadi Perdana Menteri, mereka ada kepentingan mereka. Mereka sudah bersedia, salah seorang ahli kumpulan ini akan keluar dan berikan SD dan menceritakan siapa yang arahkan dia melakukan perbuatan kejam ini dan siapa yang mengarah orang itu. Ini sangat high level.

Jadi objektif untuk tukar SD bukan kerana takut sangat dengan SD si Bala ni. Objektif utama besar dari itu. Mereka kena hentikan langkah seterusnya. Malam itu jugak kena siap, kena U-turn, kena tutup. Itulah yang masalah utamanya.

Banyak orang melihat SD 1, SD 2. Sebenarnya tidak ada kena mengena SD 1 atau SD 2 atau 3. Yang utama adalah kebenaran yang akan keluar, seorang yang terlibat secara langsung, direct involve, dia nak datang nak buat SD menyatakan siapakah yang arahkan dia dan orang itu diarahkan oleh siapa. Ini yang utama dan sesuatu yang sangat serius.

Selepas kes Bala, saya telah dipanggil oleh SPRM dan siasat tetapi SPRM lebih berminat untuk tutup hal itu. Mereka tahu kebenaran seluruhnya tetapi mereka mahu tutup. Jadi tidak ada tindakanlah. Sebab itu kes tutup.

Saya minta, SPRM buka balik penyiasatan kes ini, dedahkan kebenaran, jelaskan apa sebenarnya berlaku. Mengapa perkara ini dibiarkan saja dengan cara ini dan asas kenapa kes ini ditutup.

Saya yakin dalam SPRM mesti ada orang yang baik. Tidak mungkin semua orang nak dengar cakap sepasang suami isteri, kita ada 28 juta manusia kat Malaysia, kenapa tidak nak dengan pandangan sepasang suami isteri sahaja. Bertindak untuk kebenaran tak salah.

Jadi saya minta SPRM dan polis siasat perkara sebenar-benarnya. IGP sekarang atau IGP sebelum ini, sesiapapun, biarlah kebenaran keluar.

Sekurang-kurangnya kita menghormati pihak penguatkuasa kita menjalankan tugas bukan mengikut arahan sepasang suami isteri sahaja. Negara ini lebih dari itu. Itu saja."
Baca juga;
Deepak mahu terbit buku tentang Rosmah, Altantuya-malaysiakini
Deepak dakwa adik PM bayar PI Bala-malaysiakini

Isnin, 10 Disember 2012

Dekat pru 13 ni taik pun jadi wangi

Apabila saya baca Isu muflis ;Pemuda Umno guna media sosial dapatkan respon saya teringat bekas CEO Mas Tajuddin Ramli yang berhutang dengan Pengurusan Danaharta Nasional Berhad sebanyak RM589 juta yang dilupuskan begitu saja.
Biar betul bro..cara mana nak atasi anak muda dan golongan dewasa yang berjumlah seramai 242,846 orang yang diistihar muflis supaya jadi tak muflis?Adakah nak buat macam Tajuddin Ramli?
Ramai golongan pelajar yang hutang duit PTPTN tak bayar disenarai hitam dan tidak boleh keluar negara,loan kereta pun tak lepas.Nak elak macam mana ni?
Janganla kerana nak tarik undi anak muda nak kelentong kata semua boleh setel macam tu saja.Biasala time nak pilihanraya raya ni taik pun jadi wangi hahaha
Kenapa tak janji hapuskan tol,turunkan harga minyak petrol dan kawal kenaikan harga barang yang melambung setiap hari?Ada berani?
Di Selangor seorang Adun Umno-BN yang dapat tender uruskan asrama KUIS bagi harga cekik darah  dengan kadar sewa yang melampau.Selesai la yang ni dulu kalau nak cakap bab muflis.

Suruh musang jaga ayam boleh percaya ka?

Pegawai SPR punyai hak demokrasi untuk sertai parti politik,kata Pengerusi-The Malaysian insider

Pegawai-pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai hak demokrasi untuk menyertai parti politik tetapi mereka tidak boleh memihak semasa menjalankan tugas, kata pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.
Kenyataan pengerusi SPR itu bertujuan menjawab tuduhan PAS terdapat pegawai kanan SPR cawangan negeri Sabah mempunyai jawatan penting di peringkat pemuda Umno bahagian Kinabatangan.
Sikap memihak SPR terus dipersoalkan oleh pembangkang dan aktivis Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
“Tidak salah untuk mana-mana pegawai SPR menyertai parti politik. Tidak kisahlah sama ada menyertai PAS, PKR ataupun Umno.
“Itu hak demokrasi,” kata Abdul Aziz kepada The Malaysian Insider apabila dihubungi berkenaan isu tersebut.
Walaubagaimanapun, Abdul Aziz menegaskan pegawai SPR tersebut haruslah tidak bersikap memihak atau menyalahgunakan kuasa semasa menjalankan tugas.
Beliau juga menegaskan SPR mengalu-alukan jika terdapat kebenaran ke atas tuduhan oleh PR jika pegawai itu menyalahguna kuasa dan menggesa mereka membuat aduan serta memberi bukti untuk mengukuhkan dakwaan tersebut.
“Jika ada bukti yang mengatakan pegawai itu bersalah, sila kemukakan bukti. Kalau boleh berikan nama, jawatan dan gambar kalau ada.
“Kami akan siasat tanpa memilih siapapun pegawai tersebut,” kata Abdul Aziz.
Bekas pegawai tinggi kerajaan itu juga bersetuju seseorang pegawai SPR yang menyertai parti politik perlulah tidak mencampur-aduk antara tugasannya dengan ideologi politik dan berpendapat ia adalah menyalahi etika kod kerja seorang penjawat awam.
Pengerusi SPR juga memberitahu tidak terdapat peraturan ataupun undang-undang yang menghalang mana-mana penjawat awam untuk menyertai mana-mana parti politik cuma jika seseorang itu aktif dalam parti mereka perlu menghantar permohonan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Ketua pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu mahu SPR menerangkan bagaimana terdapat pegawai mereka memegang jawatan dalam parti politik sambil menambah sikap berdiam diri menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap kredebiliti SPR selaku organisasi yang bertanggungjawab memastikan pelaksanaan demokrasi di negara ini.
“Sekiranya SPR tetap memilih untuk terus membisu dalam isu ini pihak dewan pemuda PAS tidak akan teragak-agak untuk mendedahkan butiran yang lebih lanjut berkaitan individu ini,” kata beliau.
Isu pegawai SPR mempunyai jawatan dalam Umno bukan sesuatu baru, malahan Abdul Aziz sendiri dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar pernah dituduh oleh pembangkang masih lagi menjadi ahli Umno.
Ekoran pendedahan itu pada Mei lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz tampil membuat penjelasan menafikan pengerusi SPR itu masih ahli Umno seperti yang didakwa setiausaha agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail .
Beliau bagaimanapun berkata, Abdul Aziz pernah didaftarkan sebagai ahli Umno kira-kira 30 tahun yang lalu di bahagian Ampang.
“Pengerusi SPR sudah mengesahkan bahawa beliau bukan lagi ahli Umno. Beliau sendiri sudah pastikan mengenai perkara berkenaan,” kata Nazri.

Khamis, 29 November 2012

"Najib..jawab tuduhan-tuduhan Deepak dahulu",kata Tim Pres Pas

Tuduhan Deepak:Projek mega cah keting dalam Umno-Harakahdaily
 Pendedahan demi pendedahan Deepak Jaikishan menandakan bermulanya "projek mega cah keting berprofil tinggi dalam Umno," kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Beliau berkata, pendedahan-pendedahan ahli perniagaan itu juga menyebabkan apa sahaja yang dikatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dibalas dengan satu tempelakan sahaja iaitu "jawab Deepak dahulu"

"Najib boleh bertempik bermegah dengan beribu retorik sekalipun, tetapi apa sahaja yang beliau kata terutama sepanjang Perhimpunan Agung Umno kini akan dibalas dengan satu tempelakan sahaja sahaja iaitu 'jawab tuduhan-tuduhan Deepak dahulu'.

"Walaupun Najib buat-buat tak tahu tetapi dia tahu dan semua orang tahu bahawa apa sahaja yang dia cakap tidak ada gunanya lagi kerana orang hanya mahu dengar penjelasan beliau mengenai tuduhan-tuduhan Deepak sahaja," katanya.

Ditanya mengenai kemungkinan Deepak juga akan melakukan u-turn seperti yang berlaku dalam Akuan Bersumpah (SD) kedua penyiasat persendirian P Balasubramaniam dahulu, Mohamad berkata kemungkinan itu tidak boleh ditolak kerana Najib mungkin akan menggunakan segalanya kuasanya sebagai Perdana Menteri dalam keadaan terdesak ini.

"(Isteri Najib, Datin Seri) Rosmah (Mansor) juga tak mungkin duduk sahaja dan berdiam diri dalam keadaan sekarang.

"Semua orang tahu dialah yang paling berkuasa sehingga didakwa di sana-sini bahawa (bekas Perdana Menteri, Tun) Dr Mahathir (Mohamad) pun takut kepadanya.

"Dengan kuasanya yang katanya begitu hebat itu, tentu Rosmah akan buat sesuatu," kata Mohamad (gambar).

Tetapi, kata Mohamad, sama seperti kes Balasubramaniam dahulu di mana orang hanya percaya kepada SDnya yang pertama sahaja.

Mengulas lanjut mengenai apa yang disifatkannya sebagai "projek mega cah keting berprofil tinggi dalam Umno," beliau berkata, semua mata kini memandang ke arah Dr Mahathir dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Setakat itu sahaja saya diberitahu, semua mata memandang ke arah Dr Mahathir dan Muhyiddin bila Deepak membuat pendedahan demi pendedahan yang menyusahkan Najib," kata Mohamad.

Antara lain, Deepak mendedahkan bahawa SD kedua yang dibuat secara tergesa-gesa oleh Balasubramaniam, untuk menarik balik tuduhan awalnya yang mengaitkan Najib dengan Altantuya Shaariibuu, adalah sebahagian daripada usaha untuk menggagalkan satu pengakuan yang dirancang berhubung pembunuhan wanita Mongolia itu.-Harakahdaily


Patut la Perhimpunan Umno kutuk Pas dan PR rupanya ada 'bom besar meletup'

Perhimpunan agung Umno sedang berlangsung di PWTC.Timbalan Presiden Umno Muhyiddin Yaasin muqaddimah terus tutuh dan bantai Pas,Dap dan PKR.Wanita Umno,Puteri Umno dan Pemuda Umno kutuk Pas dan PR.Tak ada apa dibincangkan cuma depa cari jalan nak tarik anak muda sokong Umno-BN dalam pilihanraya.Bukan nak bincang macammana nak bangunkan ekonomi anak muda,poket anak muda ada simpanan tunai untuk masa depan.

Takat buat perhimpunan tahunan nak kutuk Pas dan PR itu dah jadi kerja harian TV3, media prima milik Umno dan RTM sejak merdeka hingga sekarang.Rakyat dah sedar cara mainan kotor Umno bukan macam dulu lagi.

Ini menunjukkan bahawa ada benda lain dan agenda lain supaya rakyat tidak tahu dan diperbodohkan dengan cari modal lapuk kutuk Pas dan PR dalam perhimpunan Umno.Perwakilan juga dinasihatkan supaya bahas secara positif ucapan dasar Presiden Umno.Hahaha yang negatif kalau cakap nanti kena pecat.Tengok tengah kelam kabut UMno buat perhimpuann timbul manusia yang bernama Deepak Jaikishan bongkar isu pembunuhan Altantuya yang didakwa ada kaitan dengan keluarga Najib.Ini kerja siapa kalau bukan kerja orang dalam Umno sendiri nak bunuh karier politik Najib ala kamikaze haha.Najib sedar bahawa Depak kini sedang bongkar semua rahsia secara berani tanpa rasa takut di luar dewan perhimpunan agung Umno.Najib sedar dan sedar semua ini.

Deepak sedang meletupkan 'bom ala C4' yang memuntahkan segala isi perut isu Altantuya.Patutla dalam persidangan Umno para perwakilan sibuk mengutuk Pas dan PR untuk alihkan isu yang kini semakin panas yang bisa lucutkan segala jenis bulu yang ada di badan.Bekas Ketua Polis Negara tiba-tiba mengejutkan semua pihak kata Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein yang juga sepupu Najib campurtangan dalam PDRM.Ini semua berlaku serentak ketika bani Melayu Umno sedang bersidang.

Maka berceritalah semua para perwakilan wanita Umno ,Pemuda dan Puteri Umno nak bela Islam hingga ke akhir hayat dengan nada dan muka yang berapi-api dan rasa sedih kerana Islam kononya diperkotak-katikkan oleh Pas.Sebaklah dada makcik-makcik Umno meleleh airmata tanpa sedar kerana pemimpin Umno sedang menjual agama dengan air liur.Perkara kecik dalam akhbar milik Umno Utusan,Berita Harian dan Metro siarkan keputusan nombor ekor ,sport Toto pun tak boleh nak hapus sembang deras nak berjuang Islam!

Mari kita tengok adakah Najib ada keberanian dan ada kejantanan untuk jawab isu yang ditimbulkan Deepak dalam perhimpunan agung Umno.

Husam:Najib tak boleh diam lagi isu Deepak-Malaysiakini

Naib presiden PAS Datuk Husam Musa berkata Datuk Seri Najib Razak tidak boleh lagi berdiam diri dengan dakwaan terbaru Deepak Jaikishan memandangkan usahawan itu mengaitkan keluarga perdana menteri dengan isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Katanya, Deepak "secara langsung dan tidak langsung" mengaitkan perdana menteri dalam isu pembunuhan berkenaan – dalam dakwaan yang dibuat sejurus sebelum perhimpunan agung Umno.

"Najib harus mengambil langkah memberikan penjelasan sepenuhnyna. Jika tidak, selain dirinya, Umno adalah pihak yang akan terkesan," kata Husam yang turut memberi peringatan bahawa pilihan raya juga semakin hampir.

Husam seterusnya mencadangkan supaya Umno "melepaskan Najib" demi kelangsungan parti itu dalam pilihan raya umum nanti.

Katanya, beliau melihat Najib kini berada dalam kedudukan "begitu lemah" apabila timbul dakwaan baru daripada Deepak itu – seperti disiarkan dalam tiga portal berita termasuk Malaysiakini.

Husam juga membayangkan kemungkinan wujud campurtangan pihak tertentu dalam tindakan Deepak.

"Saya yakin, Deepak tidak berani membuat kenyataan jika beliau tidak mendapat apa-apa jaminan oleh sesiapa. Bermakna, ada pihak dalam menggerakkan tindakan Deepak.

"Deepak bukan ahli politik tetapi kenyataannya dibuat menjelang perhimpunan agung Umno – menampakkan pertimbangan politik telah diambil kira.

"Najib ternyata sudah begitu lemah dan hayat politiknya kini bergantung kepada ihsan rakan separtinya (agar) tidak mengambil apa-apa langkah susulan.

"Satu kenyataan oleh (bekas perdana menteri) Tun Dr Mahathir (Mohamad) atau (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) cukup untuk menamatkan hayat politik Najib sebelum pilihan raya umum ke-13," tambahnya.

Husam berkata demikian dengan memetik kenyataan Deepak dalam wawancara bersama Harakahdaily, di mana peniaga permaidani itu antara lainnya menyebut mengenai nasib yang dialaminya ekoran penglibatan dalam pengakuan bersumpah penyiasat persendirian P Balasubramaniam.

Dalam wawancara itu, Deepak turut menyebut:

"Sebenarnya dia (Bala) bukan marah dengan kita. Dia marah dengan orang yang telah janji dengan dia. Bukan saya.

"Saya rasa selepas semua inilah, apabila ia sudah terdedah, kita telah dianggap bersalah kerana tidak dapat memuaskan semua kehendak Bala.

"Sebenarnya bukan kita yang terlibat dalam masalah ini, bukan kita yang terlibat dalam kes Altantuya.

"Kita pada malam itu menolong saja tetapi dipersalahkan kerana tidak dapat memenuhi kemahuan Bala," kata Deepak.
Balasubramaniam pada 3 Julai 2008 membuat pengakuanbersumpah mendakwa hubungan awal Najib dengan Altantuya Najib.

Dalam dokumen bertarikh 1 Julai itu, Balasubramaniam turut mendakwa turut mendakwa maklumat mengenai Najib yang didedahkan kepada polis tidak dimasukkan dalam kenyataan beramarannya.

Beliau kemudiannya menarik balik pengakuan berkenaan melalui pengakuan bersumpah kedua, dengan alasan pengakuan pertama itu dibuat dalam keadaan tertekan.
Balasubramaniam yang menghilangkan diri daripada negara itu bagaimanapun muncul semula pada November 2009 – dengandakwaan bahawa beliau menarik balik pengakuan bersumpah pertama selepas ditawarkan RM5 juta oleh Deepak.
Deepak sendiri dalam wawancaranya dengan Malaysiakini beberapa hari lalu berkata beliau mengesali penglibatannya dalam usaha membuatkan Balasubramaniam membuat pengakuan bersumpah kedua sehingga menggugurkan pengakuan pertama.

Berkaitan;
Gambar atas Deepak Jaikishan

Wahai bani melayu bolehkah penipu dan pembunuh menjadi pemimpin kamu?

Kata Dr Dzul pulak 
Kemunculan seiiringan dgn PAU sangat tidak disenangi ya..kesian Pres Umno tu ": Deepak & Musa Hassan SUDAH MUNCUL!! TERBAIK!

Selasa, 27 November 2012

Ada yang luruh jantung bila sebut nama Altantuya dan Scorpene

Lambat laun semuanya akan terbongkar.Rakyat hingga kini masih tertanya-tanya siapa yang arahkan dua anggota polis UTK untuk bunuh wanita cantik dari Monggolia yang bernama Altantuya yang dibom hingga berkecai.
Rakyat juga jadi pelik bin ajaib walaupun Tun Madey memperli PR dengan kata Karpal Singh dan Tok Guru Hadi Awang lebih layak jadi PM.Dia tak sebut pun nama Najib.

Mungkin Tun Madey dah bau cium yang amat busuk sebusuk mayat yang dibiarkan berhari-hari tanpa diuruskan.Sebut nama lain boleh jangan sebut nama Altantuya dan Scorpene nanti ada yang luruh jantung, badan berpeluh walaupun duduk dalam aircond.Tak guna ada rakan Tweeter sampai sejuta kalau Altantuya dan Scorpene menghantui diri.Rakyat takut dengan pengundi hantu tapi ada orang takut dengan bayangan Altantuya.

Berita menarik hari ini yang bisa buatkan Bik Mama dan Najib tidur tak lena makan tak kenyang;
Cerita sebenar Deepak Jaikishan kawan Rosmah-Harakahdaily
Deepak kesal terlibat dengan SD Bala-Malaysiakini
Nota bicara pembunuhan Altantuya untuk siasatan Scorpene?-Malaysiakini
Rekod kes pembunuhan Altantuya akan diteliti hakim Scorpene-Keadilandaily.com
Kes Scorpene 'bapak' segala jenayah di M'sia-Chegubard-Keadilandaily.com
PM dan Razak Baginda mungkin disepina-Peguam Scorpene-Keadilandaily.com

Sabtu, 24 November 2012

Cara Najib cakap macam Umno-Bn dah nak habis umur

Kata PM Najib,"Barisan Nasional BN sudah bersedia untuk berubah kata Najib yang juga pengerusi gabungan 13 parti itu “ BN bukan parti yang tidak fleksibel Kami bersedia untuk berubah “Perubahan boleh berlaku di negara kita dan kita telah buktikan bahawa tidak semestinya kita menukar kerajaan kita boleh membawa perubahan yang besar dengan kerajaan sama ” kata Najib dalam ucapannya di perhimpunan Barisan 1 Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra PWTC hari ini.-The Malaysian Insider.

Bila Najib kata lagu tu saya teringat akan orang yang terlentang tak boleh bangun dah nak habis umur.Dia nampak malaikat maut datang nak ambil nyawa dan rasa gementar yang amat sangat.Lalu terbayanglah akan segala apa yang dilakukannya semasa hidupnya.Nyawanya sudah mau dicabut oleh malaikat Izrael dan dia pon mau bertaubat tapi sudah terlambat kerana taubatnya sudah ditolak oleh Allah swt.Dia nak buat kebajikan sana kebajikan sini, mau sedekah segala harta kekayaannya tapi semasa sihatnya amat bakhil dan berkira kedekut pahit tapi bila nyawa dihujung hayat semua nak disedekahnya.Jawabnya sudah terlambat.Moga kita semua tak termasuk dalam golongan seperti ini.

Kita jadi rakyat yang bermaruah tidak akan tunduk dengan nilai kebendaan yang ditabur hanya setakat RM500 dan RM250 supaya undi parti syaitan.Kalau tak ada pru 13 mampoih parti syaitan tak bagi!Mereka sanggup habiskan wang rakyat berbilion ringgit hanya dengan satu tujuan untuk beli rakyat dengan duit bukan nak tolong rakyat.Mereka mau kuasa yang ada di Putrajaya tidak terlepas kepada lawan mereka.Sebulan dua lagi nak pru 13 baru teringat nak berubah takkan kita nak kena tipu hidup-hidup dengan parti syaitan?

Umno kuasai semua media utama di negara ini.Baik tv mau pun radio untuk sebarkan propaganda mereka 24 jam tapi mereka masih takut untuk berdepan dengan rakyat dalam pilihanraya.Pihak parti lawan terpaksa guna media alternatif seperti tv internet,blog,FB dan tweeter untuk suarakan ideologi parti mereka tu pun Umno-BN takut yang amat.Ruang kebebasan media untuk parti lawan Umno guna samarata tidak dibenarkan sama sekali.Benarlah kata orang politik jika kebebasan media dibenarkan guna samarata seperti yang Umno dapat dah lama Umno tumbang!

Belum mensyuarat mulut perwakilan Umno dah kena gam

The Malaysian insider melaporkan 'Jangan sentuh isu sensitif', kata Ku Nan kepada perwakilan Umno.“Ada benda yang boleh dibahaskan tapi kalau boleh jangan sentuh isu sensitif “Kalau boleh jangan sakiti hati orang lain ” kata Tengku Adnan dalam sidang media sempena taklimat untuk Perhimpunan Agung Umno PAU yang ke 66 yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra PWTC dari 27 November hingga 1 Disember ini.

Haa jangan sentuh sikit pun 'Murshidul Am BN' Chua Soi Lek hina Hudud dan Islam.Jangan sentuh na kalau sentuh nanti undi orang Cina lari.

Jangan sentuh juga rakyat kini dok pertikai pemimpin Umno-BN dapat tanah berpuluh ekar di Selangor.Kaya hanya untuk pemimpin Umno-BN. Ahli di bawah merempat itu dah jadi budaya Umno sejak dulu, kini dan selamanya.Jangan sentuh na nanti pemimpin di atas sensitif.
Perwakilan juga jangan sentuh pemberian kontrak mega kepada syarikat kroni nanti segala sumbangan 10 persen ,20 persen komisen hilang.

Perwakilan Umno jangan persoalkan Felda jual minyak sawit kepada Zionis Israel yang setiap hari bunuh umat Islam Palestine.Gantung mafla Palestine dibatang tengkuk tapi jual minyak sawit kepada Zionis Israel! Poorah!

Perwakilan Umno disyorkan hanya bercakap kutuk Pas,kutuk PKR dan kutuk Dap pemimpin di atas tentu gembira sebab isu sensitif libatkan hal masing-masing terselamat daripada dibongkar.

Perwakilan Umno boleh kata Pas kuda Dap,PKR dan Anwar pro Israel,Dap anti Melayu  gerenti tak sensitif.Kutuk Dap boleh tapi jangan kutuk Chua Soi Lek sudah la.TV3 dok siar tiap-tiap malam pun yang ni lah kepada orang Melayu supaya orang Melayu terus sokong Umno, supaya Umno terus berkuasa di Putrajaya.

Selagi cakap bohong dan putar belit Umno laku ,Umno akan terus berkuasa tindas pemikiran Melayu.Tapi ingat kata lah menatang apa pun kalau rakyat nak bangkit, rakyat nak ubah dalam pru 13 akan datang parti syaitan tetap akan kalah.
Umno ko,ko Umno!

Jumaat, 23 November 2012

Ng Suee Lim kata beliau ditarbiah oleh Pas 4 tahun setengah supaya tidak cakap fitnah,tobat lahum jangan bagi BN tawan Selangor

Malam tadi dalam ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di seksyen 24, Shah Alam Adun Sekinchan (Dap)Ng Suee Lim  kata beliau tidak cakap fitnah dalam isu pemilikan tanah oleh pemimpin Umno-BN di Selangor.Kata Ng Suee Lim,"Saya tidak cakap fitnah.Saya ditarbiah oleh Pas sejak 4 tahun setengah yang lalu jangan cakap fitnah.Saya tahu dosa fitnah itu lebih besar daripada membunuh dalam Islam."

Ceramah Ng Suee Lim yang pandai bercakap bahasa Banjar dan Jawa berjaya memikat orangramai yang mendengar ceramah beliau.Kata Ng Suee Lim lagi ,"Kita akan londehkan Umno-BN Selangor tak lama lagi.Jangan bagi Umno-BN tawan Selangor.Tobat lahum jangan bagi."

"Saya cabar Umno-BN bagi balik tanah yang mereka sapu.Tapi mereka diam tak kata apa.Umno munafik dalam Islam jika tak bagi balik tanah yang mereka sapu",kata Ng Suee Lim.
Ng Suee Lim juga cabar SB (special branch) yang hadir dalam ceramah Jelajah Merdeka Rakyat itu catit apa yang beliau cakap."SB tolong catit Noh Omar sapu tanah 30 ekar.Depan Melayu cakap Hidup Melayu.Belakang Melayu sapu tanah.Ini Yb Ng Suee Lim cakap",kata Ng .Ng juga kata beliau akan buat laporan kepada SPRM terhadap Khir Toyo dan Noh Omar dalam masa terdekat.

Isu berkaitan;
Adun Kuang bohong, tapak tadika dibina bangunan komersial-Selangorku.com
'BN rebut tanah bernilai RM20 juta di Selangor'-Malaysiakini
Umno juga 'rakyat' tak salah untuk miliki tanah awam, kata Adun Kuang-M'insider

Khamis, 22 November 2012

Rosmah dah pening bila nak buat pru 13-Khalid Samad

Kata Khalid Samad ahli parlimen Shah Alam dalam ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Sekyen 24, Shah Alam,"Dulu orang tanya saya bila tarikh pru 13 akan diumumkan saya jawab hanya Allah SWT dan Rosmah saja yang tahu, sekarang ni bila orang tanya saya bila tarikh pru 13 saya kata hanya Allah SWT saja yang tahu.Rosmah dah pening.Perisik tentera, polis dan syarikat yang BN lantik buat risikan jika pru 13 diadakan sekarang BN akan tumbang."
Kata Khalid lagi, "Umno sibuk mainkan isu samaada TGHA atau Anwar yang akan jadi PM tapi yang pasti bukan Najib.Tun Mahathir pulak mau Karpal Singh jadi PM tapi juga bukan Najib.Siapa jadi PM tak penting yang penting bagi kita tumbangkan BN dalam pru 13."
Mengulas isu doa Umno Ko, KO Umno pulak kata Khalid Samad ,"Rakyat Kelantan sudah 22 tahun dizalimi Umno, doa itu bertujuan keluarkan orang Melayu daripada politik sempit Umno."

Kamera AES: Mahfuz kata BN perompak


BN menang ‘pengundian AES’ di Dewan Rakyat-The Malaysian Insider

Barisan Nasional (BN) hari ini menang dalam pengundian untuk melaksankan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di Dewan Rakyat walaupun terdapat usaha wakil rakyat pembangkang untuk menghalang sistem itu dilaksanakan.
Rang Undang-Undang Perbekalan Belanjawan 2013 bagi Kementerian Pengangkutan kemudiannya diluluskan oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia selepas proses pengundian menunjukkan 78 ahli Parlimen bersetuju, dan 49 tidak bersetuju.
Sejurus pengundian dilaksanakan, Pandikar Amin memutuskan untuk menamatkan segera sesi penggulungan apabila Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha menerima asakan bertubi-tubi daripada ahli parlimen pembangkang yang bangkit mempersoalkan AES sejak tengahari tadi.
Keadaan itu mencetuskan kekecohan di Dewan Rakyat ketika Kong membahaskan penggulungan dan beliau dihujani pelbagai persoalan dan dakwaan mengenai pemasangan kamera AES serta keberkesanannya mengurangkan jumlah kematian.
Situasi itu kemudiannya semakin gamat apabila Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, yang juga berjuang melalui NGO Kempen Anti Saman Ekor (Kase) membangkitkan persoalan mengenai dua syarikat utama yang mendapat tender pemasangan kamera AES, iaitu Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd.
Mahfuz menegaskan, melalui maklumat daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), ATES Sdn Bhd merupakan syarikat berdaftar pada 12 Februari 2009 dan perniagannya berasaskan konsesi yang diperoleh daripada kerajaan termasuk sistem penguatkuasaan trafik automatik.
Manakala Beta Tegap Sdn Bhd yang didaftar pada 7 Februari 2004 mendapat kelulusan kerajaan menjalankan operasi membekalkan barangan dan perkhidmatan, menguji, serta memasang AES.
"Macam mana dua syarikat ini tahu dia boleh dapat jaminan tender daripada kerajaan sedangkan Kabinet luluskan AES pada tahun 2006 dan saringan pemilihan tender dilakukan tahun 2008?
"Dia daftar syarikat semata-mata nak dapat tender ... ini menunjukkan ada perkara yg tak kena ... ini bukan untuk menyelamatkan nyawa manusia tapi untuk mengkayakan kroni, merompak hak rakyat. Ini perompak jalanan.
"Kamu (BN) nak sokong kamu boleh sokong ...  kamu pun jadi perompak, kerajaan menggunakan kamera untuk menyelamatkan manusia ... bohong!" tegas Mahfuz beremosi.
Dakwaan Mahfuz itu kemudiannya disambut secara sinis Ahli Parlimen Hulu Terengganu Mohd Nor Othman.
"Memang BN perompak," katanya.
Ahli Parlimen Batu Gajah, Fong Po Kuan dari DAP kemudian bangun mencelah dan mendesak perjanjian pemberian tender antara dua syarikat terbabit dengan Kementerian Pengangkutan yang menjadi Akta Rahsia Rasmi didedahkan kepada umum.
Kong turut dilihat tenang menerima asakan-asakan pemimpin pembangkang, dan menepis dakwaan yang dilemparkan kepadanya berkata,"Ahli-ahli Yang Berhormat tak nak dengar jawapan saya ... sengaja nak putar belit dan kelirukan Dewan.
"... tapi tidak mengapa, darah tinggi saya belum naik," katanya.

Rabu, 21 November 2012

Sabah tumbang Muhyiddin pun dah tak boleh jadi PM

Makin jelas bahawa Umno-BN kini berada dalam kekalutan yang amat sangat.Takut kalah di Sabah jadi punca Najib hingga kini tidak berani bubar parlimen.Jadi tak hairanlah kalau Muhyiddin yang kini sibuk mengintai kerusi PM kata akan pertahankan Sabah dengan segala upaya.Kalau Sabah tumbang maka peluang Muhyiddin untuk jadi PM ganti Najib selepas pru 13 akan punah ranah.

Muhyiddin: 'BN tidak boleh kehilangan Sabah'

Barisan Nasional (BN) akan berusaha habis-habisan untuk mempertahankan Sabah pada pilihan raya umum akan datang, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini.
Beliau berkata, ada pihak tersalah faham dengan menyifatkan Sabah sebagai 'deposit tetap' BN, sedangkan sebenarnya negeri ini sama pentingnya dengan negeri lain.

"Sabah sangat penting bagi kita (BN). Kita tidak boleh kehilangan Sabah. Kita perlu pertahankannya dengan sedaya upaya," katanya pada majlis sarapan pagi dengan anggota Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) dan veteran Umno di sini. Turut hadir Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.-Sinar harian online.

Bila Izrail datang memanggil jasad terbujur dipembaringan..semua habis ,semua koyak..angan-angan nak jadi PM , angan -angan nak jadi PM semua nak jadi PM Haha..cuba tanya Tun Madey kalau dilahirkan semula muda remaja mau dak jadi PM..kini Tun Madey adalah PM di belakang Bik Mama bukan di belakang Najib.

Selasa, 20 November 2012

"90% pelanggan saya tolak BN"

Berita terkini dari Shah Alam
Seorang tawkey kedai tayar memberitahu saya semua pelanggan yang datang ke kedainya tak kira Melayu, Cina atau pun India 90% bercakap tolak BN pru 13.Tawkey tersebut berkata demikian apabila saya tanya ,"Apa macam pru 13 akan datang ?"
"Ini kali habisla BN,kalau cakap pasal politik aaa..90 % pelanggan saya tolak BN, mereka cakap ini kali mau ubah", kata tawkey kedai tayar tu kepada saya.
Beliau turut puji Khalid Samad ahli parlimen Shah Alam kerana suarakan hak rakyat dalam parlimen.Beliau yang juga dapat kontrak daripada TNB,Pos Malaysia ,MBSA dan Telekom berkata berkata pru 13 kemungkinan besar selepas Tahun Baru Cina.


Ahad, 18 November 2012

Ketua Jati mabuk ubat terlebih dos

Saya ketawa apabila Hasan Ali kata "Pilihan raya kali ini adalah pilihan raya yang menjadi penentu untuk bangsa Melayu, agama Islam di bumi Malaysia.
"Bayangkan tuan-tuan kalau pakatan pembangkang menang kita diberitahu bahawa mereka nak menjadikan Malaysia ini satu republik dan ini kemungkinan akan berlaku kalau saudara mengundi pakatan pembangkang, memenangkan mereka," Baca di sini.
Hasan Ali yang kena pecat daripada Pas mungkin mabuk ubat sebab makan ubat tak ikut time.Terlebih dos agaknya.Hasan Ali juga pernah kata beliau akan masuk Pas semula jika golongan parasit disingkirkan daripada Pas.Orang gila talak memang cakap macam-macam sampai tak sedar apa yang dicakapnya.Kalau PR teringin nak buat republik yang Hasan terhegeh-hegeh pelawa diri sendiri nak masuk Pas semula tu pasal apa? Haha
Betullah apa yang disebut Presiden Pas dalam ucapan penggulungannya "Kena ingat, BN jadi kuat dan menang pun sebab mereka pakai tongkat, dengan penipuan, politik wang, guna jentera kerajaan.

"Umpama kalau kita main bola, pemain BN 30, penjaga gol mereka 10 orang, lepas tu pula pengadil pun sepak bola masuk gol yang dijaga oleh seorang sahaja penjaga gol," katanya diringi sorakan dan tepukan para perwakilan. 

Justeru, beliau mengajak semua perwakilan terus yakin dengan PAS kerana PAS merupakan bahtera yang paling kukuh dan kuat kerana dapat bertahan sehingga ke hari ini. 

"Bahtera PAS terus bertahan walaupun menghadapi perjalanan yang jauh dan dilanda ribut. Tetapi jangan kita terjun! Kalau mabuk makan ubat kalau pening rehat sebentar. Jangan terjun sebab dibawah ada jerung!," Baca di sini.

Menarik;
Selepas 25 tahun buat dosa SB minta maaf pada Pas-Harakahdaily