Selasa, 14 Disember 2010

Sebut Nama Altantuya Wikileaks Tak Boleh Pakai

PM Najib dilaporkan The Malaysian Insider sebagai berkata Jangan ambil kisah dakwaan Wikileaks, kata Najib. Sebab apa? Dalam laporan wikileaks itu ada dakwaan kaitkan PM Najib dengan pembunuhan Altantuya. Kalau Wikileaks dedahkan laporan kes bontot rakyat Malaysia kena percaya. Sapa nak percaya , percaya la sapa pun tak boleh nak halang.

Antara lain laporan wikileaks itu dedahkan Khairy Jamaludin yang ditikam dari belakang oleh puak-puak Umno sendiri kerana Khairy naik dalam Umno kerana Pak Lah.

Antara lain laporan itu mendedahkan;

Menurut salah satu kabel yang didedahkan WikiLeaks, Bilahari Kausikan yang kini merupakan Setiausaha Tetap Kementerian Luar Singapura, didakwa memberitahu Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat David Sedney bahawa “ada kemungkinan besar berlakunya konflik perkauman di Malaysia” yang akan menyebabkan orang Cina meninggalkan Malaysia dan “menyusahkan” Singapura.

Mengenai kepimpinan BN pula, kata beliau, “masalah utama Malaysia adalah tiadanya pemimpin yang berwibawa.”

Ini kerana Najib perlu menang dalam pertarungan politik untuk mengelakkan didakwa, secara jelas mengaitkan Perdana Menteri dengan skandal pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu dan Presiden Umno itu terancam disebabkan kes pembunuhan tersebut.

Seorang lagi pegawai diplomatik bernama Peter Ho pula dikatakan mengutuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana “membaling batu” kepada penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Dia juga mendakwa Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin akan ditikam dalam Umno kerana tiada orang yang menyukainya kerana beliau naik dalam politik akibat pertalian keluarga.

Ho juga didakwa mengulangi tuduhan yang mengaitkan Perdana Menteri dengan pembunuhan Altantuya dan menyifatkan Najib seorang yang suka mengambil kesempatan-TMI. Baca semua klik tajuk.

Pendedahan Wikileaks tentu boleh pakai kalau tak sebut nama Altantuya yang mati dibom dengan sejenis bom yang bernama C4 di Puncak Alam. Sebut cerita bontot boleh tapi kalau sebut nama Altantuya tak boleh menyeramkan .Ni yang buat RM tak senang duduk ni!

4 ulasan:

  1. bila satu kbenaran nak didedahkan..ada jek alasan yg menyahihkan kebenaran tersebut dr mulut mereka melalui media2 masa pro UMNO BN..seolah2 media yg xpro UMNO BN ni hanya bt tuduhan melulu dan tanpa bukti..tpi sume rakyat kat Malaysia ni dah tau spe pembunuh altantuya tpi pihak yg terlibat masih pekakkan telinga, butakan mata dan kakukan tingkahlaku...sbb pe jadi cam ni..sbb kuasa dan pangkat lebih utama dr mendedahkan kebenaran tersebut

    BalasPadam
  2. Dalam kes Altantuya, sekurangnya kita dengar juga sumpah dari Najib menafikan terlibat.
    Tapi, yang peliknya, dalam kes bontot kita tak dengar pulak lagi Anuar mahu bersumpah menafikan.

    Tak pelik ke... Bab maruah harga diri.. tak rugi apa pun kalau bersumpah dengan nama Allah kalau dah tak buat.. Ini tidak....banyak je songelnya...tak ada sumpah menyumpah la..bla..bla..

    Saiful pun tak menafikan dia diliwat apabila ditanya ketika di Mekah..

    Si Anuar tak pernah pulak kita dengar dia ke Mekah.. Aii...takkan tak sampai seru lagi..Takkan tak mampu pulak...US, Jerman, Australia brader cukup rajin pi...

    Wahai Misai Merah, hang kan best fren Mat Sabu... Aii...tak pernah pula aku dengar Mat Sabu meminta maaf secara public dalam ceramah pasai gelaran Al-Juburi pada Anuar...

    Sudah-sudah la... Munafik berselerak di akhir zaman...Dah la munafik...bodoh bangang pulak tu...

    BalasPadam
  3. nak bersihkan maruah diri...masuk court la brader...

    masuk court pon takdak telo....

    sumpah sumpit ni mane bole percaya ...macam lu cakap munafik bersepah sekarang ni...sape sape pon bole sumpah...

    BalasPadam
  4. upin - lu hari2 bersumpah ke?

    BalasPadam