Khamis, 9 Disember 2010

Minyak Naik :Bukti Menteri Cakap Bohong Dan Putar Belit


Arkib Berita Kosmo 3 November 2010 Harga Ron 95 Kekal Tahun Ini;

KUALA LUMPUR - Pemilik kenderaan boleh berasa lega apabila harga minyak RON 95 dan diesel dijangka kekal masing-masing pada RM1.85 seliter dan RM1.75 sehingga hujung tahun ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jangkaan itu dibuat berikutan tiada perbincangan ke arah kenaikan harga kedua-dua jenis bahan api itu di peringkat Kabinet sehingga semalam.

Beliau berharap orang ramai tidak cepat panik apatah lagi dipengaruhi dengan kenaikan harga RON 97 sebanyak lima sen seliter kepada RM2.15 berkuat kuasa semalam.

"Kita dapat kawal harga RON 95 menerusi subsidi 22 sen setiap liter tetapi harga RON 97 berbeza kerana ia ditentukan oleh pasaran," kata beliau ketika dihubungi semalam.

Beliau mengulas laporan kenaikan harga RON 97 itu semalam iaitu yang terbaru selepas kenaikan terakhir pada Julai lalu.-Kosmo online 3 nov 2010.

Rakyat kena tipu , kena kencing dengan menteri kaki putar alam. Ini bukan berita fitnah tapi betu-betul punya cerita. Mengaku tak mau naik harga minyak baru sebulan cakap dah naik harga minyak diesel dan petrol. Puak -puak Umno kaki jilat dan jadi pencacai Umno mungkin kata apa nak kisah naik 0.05 sen seliter, o.15 sen seliter , itu cakap orang makan upah, makan suap nak bela Umno-Bn walaupun BN suka cakap bohong. Tuiiih!

Saya tak suka buat cerita fitnah macam gerombolan Umno sapa tak betoi saya tibai tapi kena ada bukti yang sahih. Berita fitnah mungkin ada untung , tapi untung dunia, akhirat disambar api neraka .Rugi!

Tu cakap menteri , cakap pemimpin Umno bukan takat tipu Melayu tapi tipu rakyat Malaysia yang dok jilat Umno-BN 'Satu Malaysia'.

Yang betoinya pada 3 Disember lalu, berkuatkuasa pada jam 12.01 minit pagi, harga petrol RON95 telah dinaikkan 5 sen menjadikannya berharga RM1.90 seliter. Dua hari setelah itu, petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter. Kenaikan itu dikatakan kerana harga minyak dunia yang diapungkan sejak Julai lalu.

Selain itu, harga diesel pula dinaikkan 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter, manakala gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram. Harga gula pula dinaikkan 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.Baca di sini.

Negeri 'orang putih' depa cukup pantang kalau pemimpin depa cakap bohong dan penipu walaupun mereka bukan orang Islam. Paling cepat pemimpin mereka boleh jatuh ialah dengan cakap bohong. Negeri kita lagi banyak cakap bohong dan penipu lagi payah nak jatuh, malah dipuji kerana pandai tipu Melayu dan rakyat Malaysia.

"Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong ley jadi menteri"

1 ulasan:

  1. antara sifat2 org munafik, bila berjanji tidak tepati, stiasa berdusta dlm percakapan...

    BalasPadam