Ahad, 5 Disember 2010

Demo Air Selangor : Amukan 'Barua Dan Babi' Mengamuk Sakan!


Saya hari ini bersama anak saya hadir ke Masjid Negara sebagai penduduk Selangor dan ribuan para penunjuk perasaan dan pendemontrasi daripada seluruh Selangor dan warga kota tidak lain dan tidak bukan hanya sekadar untuk menentang kenaikkan harga air oleh pihak Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan menuntut kerajaan persekutuan dan Syabas menyerahkan air anugerah Allah SWT kepada kerajaan negeri Selangor untuk uruskan air Selangor.

Kami datang bukan mau berlawan dengan polis atau kerajaan Umno-Bn tapi kami datang untuk meluahkan perasaan dan tunjuk perasaan

terhadap syarikat swasta yang jadi lintah darat dalam menguruskan harga air di Selangor!Bukan datang nak bertempur dengan polis yang bertindak zalim, kejam, ganas dan hilang timbang rasa keperimanusiaan terhadap orangramai, kanak-kanak, warga emas, kaum wanita dengan menangkap para penunjuk perasaan, dikasari pihak polis,melepaskan tembakan gas pemedih mata , tembakan meriam air oleh pihak FRU, mengejar para penunjuk perasaan hingga ke perkarangan tangga Masjid Negara dan lepaskan gas pemedih mata dalam perkarangan Masjid Negara.

Ribuan warga Selangor dan KL yang datang tanpa mengira agama dan bangsa berkumpul secara aman diperkarangan Masjid Negara mula berarak ke Jalan Sultan Hishamudin untuk menuju ke Istana Negara selepas waktu solat Zohor.

Bagaimanapun mereka dihalang pihak polis yang sudah mengepung segenap jalan menuju ke Istana Negara dengan membuat hadangan menghalang para penunjuk perasaan untuk mengiringi MB Selangor hantar memorandum kepada Yang Dipertuan Agong.Berlaku tolak menolak antara pihak polis dan para penunjuk perasaan di Jalan Sultan Hishamudin hingga berakhir dengan tembakan gas pemedih mata.

Bermula daripada pukul 2 petang hingga 3petang pihak FRU berterusan lepaskan gas pemedih mata dan meriam air kepada penunjuk perasaan yang tidak berganjak dan sanggup bertahan hinggalah mereka kembali semula ke Masjid Negara.Pihak Bomba pula turut membantu menyediakan bekalan air kepada lori FRU yang kehabisan air akibat begitu galak menyembur penunjuk perasaan.

Selesai bacaan doa di tangga Masjid Negara oleh Ustaz Badrulamin untuk bersurai pihak polis, FRU dan SB terus menyerang dan mengejar para penunjuk perasaan dan bermulalah tangkapan oleh pihak polis terhadap para pendemontrasi diperkarangan Masjid Negara.Ribuan orangramai bertempiaran lari menyelamatkan diri naik ke tingkat atas Masjid Negara sementara pihak polis menunggu di bawah.

Inilah hadiah daripada pihak pemerintah Umno-Bn yang berkuasa, Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara, Ketua Polis Kuala Lumpur yang berkuasa ke atas polis dan FRU dengan menzalimi rakyat yang datang dengan tangan kosong untuk berlawan dengan syarikat swasta SYABAS sebagai penutup tirai kalendar 2010.

Kebangkitan anak muda, golongan mahasiswa, rakyat berbilang kaum semua lapisan umur hari ini menjadi tanda dan amaran yang amat jelas merbahaya kepada kerajaan zalim Umno-Bn untuk tumbang dalam pru 13 akan datang.

Syabas anak muda dan para mahasiswa yang tidak gentar dan mula bangun melawan kezalimanUmno-Bn yang melayan para demontrasi macam pendatang haram! (Semua gambar adalah daripada koleksi saya sendiri klik imej untuk besarkan).

Nak tambah lagi sikit , pihak polis jelas mengamalkan sikap talam dua muka (double standard) terhadap para penunjuk perasaan yang menyokong Umno-Bn dengan yang menyokong kerajaan PR di Selangor. Puak GAPS yang berdemo depan Istana Kayangan , Shah Alam Jumaat lalu langsung tak ditangkap, tak ditahan malah bagi laluan mudah dan dilayan mesra kerana NGO ni adalah talibarut Umno-Bn.

Hari ini puak baju hitam dan GAPS yang pro Umno-Bn turut berdemo lagi yang jumlahnya hanya 200 orang juga tak 'disentuh dan dijentik' polis dan FRU.

Hidup kalau jadi barua kepada pemerintah yang zalim memang celaka. Bukan takat di dunia di akhirat juga akan ditimpa celaka. Mereka ingat mereka makan gaji duit ahli ahli Umno-Bn , mereka tidak sedar gaji mereka adalah hasil titik peluh dan keringat rakyat yang berbilang agama dan bangsa.

Berkaitan;
Rakyat tuntut hak air, FRU guna air Syabas tembak air asid-Suara-Keadilan .com
Tidak padan polis tangkap peserta himpunan-Harakahdaily
Himpunan bersurai , 50 ditangkap-Harkahdaily
Peserta bantah kenaikan air kena gas-Harakahdaily
48 penyokong baju merah ditangkap-Malaysiakini
MB S'ngor:Polis tak tunai janji , saya kesal-Malaysiakini
Demo air:Polis tembak gas pemedih mata-Malaysiakini
52 termasuk lima pelajar ditahan, Suhakam kecam polis-TMI
MB S'ngor serah Istana Negara memo polis guna gas pemedih mata perarakan-TMI

5 ulasan:

  1. BRAVO !

    Sekarang ni kita pastikan siapa exco, adun, MP dan pemimpin parti2 PR Selangor yg tak hadir program kerajaan Selangor ni. Sampai bila nak menipu ahli para penunjuk rasa. Cukup ke setakat niat je. Elaun ambil. Pencen dapat. MAMPUIS.

    BalasPadam
  2. Geng Babi (cina) & Lembu (india) tak ramai pun yang nak berdemo.

    Geng Kemut pun dah nampak LOST...kemut pun dah tak kuat dah..

    Geng Lalat Hijau pulak yang terlebih-lebih...dok hurung saja tau...

    BalasPadam
  3. Hampeh,

    Ini bukan demo kepala lembu maa..ini demo rakyat S'ngor loo lawan private company ..u punya 'point' tarak masuk buku loo..serupa longkang punya air.Mau kasi air murah loo , lu xmaw ka?Lu Mana duduk , Johor punya olang ka?Hai yaa busuk punya komen pun mau cakap ka?Ini air punya hal tarak kira bangsa maa..

    BalasPadam
  4. Nama pun kumpul kat Masjid Negara tentu ramai Melayu-Islam kumpul.Apa nak kisah Melayu ramai demo, polis dan FRU pun ramai Melayu..ha ha

    BalasPadam
  5. bodo...sedangkn harga belacan pn bleh naik inikn plak air..nk air free p cedok sendri,p la rawat sndri bgi jernih bru la gentle..ni wt dmontrasi pe dpt?kedah,penang pn da naik tarif air tpi slangor x?bleh ke??jgn mudah trtipu whai rkyat slangor dgn mnyet2 ni...brg mkin lma mkin mhal,kos mkin mningkat mna bleh nk than knaikn tarif air....ko nk jual burger tpi msih kekal hrga rm1.20.niaga plak tgh2 KL...sewa kedai je da rm3 ratus..bleh ke x nk maintain hrga lama??buka la otak tu luas2...jgn sempitkn lgi wahai rakyat selangor....

    BalasPadam