Rabu, 8 Disember 2010

BN tak ada hujah lain ka nak bodohkan rakyat naik harga minyak

Kata Awang Adek Timbalan Menteri Kewangan kenaikkan harga minyak untuk kurangkan penyeledupan minyak petrol dan diesel ke negara jiran. Lagi satu Awang Adek kata kenaikan harga minyak untuk penyelarasan harga di peringkat antarabangsa . Malaysia negara pengeluar minyak bukan macam negara yang tak ada minyak terpaksa import daripada negara lain.

Kalau nak buat penyelarasan harga petrol dan diesel ikut negara jiran dan antarabangsa awat tak ikut negara yang harga minyaknya murah seperti Iran , Venezuela dan Arab Saudi awat ikut negara yang bukan pengeluar minyak?

Nak basmi penyeludupan minyak ke negara jiran pun tak ada kesungguhan sampai bila pun tak selesai. Macam juga nak basmi pengedaran dadah sampai bila pun tak akan tamat malah makin ramai anak muda Melayu masuk Pusat Serenti kerana jadi penagih dadah. Ini semua alasan bodoh untuk naik harga barang , bodohkan rakyat yang tidak mudah diperbodohkan Umno-BN.

Berkaitan;
Pengurangan Subsidi diyakini dapat kurangkan seludup petrol,gula-TMI
Subsidi :Langkah Putrajaya bakal keringkan saku rakyat, ramal The Economist-TMI
Kenaikan 4 dalam 1:Pas naikkan kain rentang-Malaysiakini

1 ulasan:

  1. UMNO BN sentiasa mberi alasan yg bernas tentang kanaikan harga barang yg dibuat supaya org melayu tidak melenting dan trus mnyokong UMNO BN...bijak sungguh mereka ni...

    BalasPadam