Rabu, 29 Disember 2010

Apa sudah jadi dengan GLC di Kedah, tak masuk tender dapat projek

Berita perletakan jawatan Mahfuz Omar yang juga ahli parlimen Pokok Sena sebagai pengerusi syarikat GLC Kedah Sato Sdn Bhd telah pun diketahui sejak semalam lagi dengan pendedahan awal blogger penarik beca. Hari ini berita tersebut dah jadi kenyataan bahawa memang betoi pun Mahfuz dah letak jawatan kerana tidak bersetuju dengan tindakan syarikat Kedah Sato Sdn Bhd yang berikan tender projek kepada pihak yang tidak masuk tender.Awat jadi lagu tu?

Mahfuz letak jawatan pengerusi GLC Kedah-The Malaysian Insider/Bernama

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata beliau telah melepaskan jawatan Pengerusi Syarikat Kedah Sato Sdn Bhd, anak syarikat milik kerajaan Kedah berkuatkuasa serta merta.

Katanya surat peletakan jawatan telah diserahkan kepada pihak pengurusan Kedah Sato minggu lalu yang merupakan anak syarikat Bina Darulaman Berhad (BDB).

“Tak perlu saya dedahkan sebabnya, elok pihak media bertanya sendiri kepada Kedah Sato,” katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata memandangkan berita itu sudah tersebar sama ada melalui internet ataupun dari mulut ke mulut, beliau mengambil sikap terbuka dengan tidak menafikannya kerana tidak mahu berbohong kepada umum.

“Memang betul apa yang anda dengar. Saya tidak nafikan...,” katanya.

Ditanya beliau telah memaklumkan kepada Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Anggota Parlimen Pokok Sena itu berkata: “Mereka sedia maklum kenapa saya bertindak begitu kerana saya telah jelaskan dalam surat peletakan jawatan saya. Mereka ada jawapannya,” katanya.

Desas desus tentang peletakan jawatan Mahfuz sebagai Pengerusi Kedah Sato tersebar sejak akhir-akhir ini dikatakan berpunca daripada Mahfuz yang tidak bersetuju dengan penganugerahan projek kepada pihak yang tidak mengambil bahagian dalam tender dan tidak mengikut peraturan.

1 ulasan:

  1. Mahfuz oi..hang kata hang terer.. Terer taik kucing. Awat hang takut sangat ka dengan geng mamak YB Amirudin tu? Itula...GMD BDB tu, Jahubar Mamak, orang dah buang awai-awai lagi zaman Sanusi dulu..kaki makan persen... Hangpa perintah, hangpa pi kutip balik..percaya sangat-sangat kat puak keling.. La..amik habuan..Dengan hang-hang sekali kena kencing..

    BalasPadam