Isnin, 20 Disember 2010

Agak-agak Dr Asri nak pilih parti apa?


Adakah Dr Asri Zainal Abidin bekas mufti Perlis akan menyertai pertubuhan politik? Politik corak mana bekas mufti tu nak pilih? Pas, PKR atau Umno?Kalau Dr Asri masuk Umno bermakna beliau akan bersama golongan muda yang dikatakan ulama masuk Umno. Zaman la cukup senang nak digelar ulama.Habis ngaji kat Al-Azhar , Arab Saudi, Jordan dah boleh dipanggil ulama.

Asri akan umum parti pilihannya apabila PRU 13 dipanggil-The Malaysian Insider

Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin akan membuat keputusan parti politik yang beliau hendak sokong apabila pilihan raya umum ke-13 dipanggil, yang disebut-sebut akan diadakan awal tahun depan.

“Pilihan raya umum pun belum dipanggil, dan apabila pilihan raya umum diadakan, saya akan menyatakan parti yang saya akan sokong nanti,” kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika ditemui di sisi Konvensyen Pakatan Rakyat Kedua di sini hari ini.

Mohd Asri menghadiri majlis perasmian Konvensyen Pakatan Rakyat yang diadakan Dewan Millenium di sini dan dilihat menghabiskan masa sehingga tengah hari tadi mengikuti perjalanan konvensyen.

Ketika ditanya sama ada keputusan itu bermakna akan menyertai mana-mana parti kelak, Mohd Asri berkata, “tengok dulu. Saya sedang melihat..”

“Perkara itu saya masih memikirkan, saya sedang melihat perkembangan politik, iklim dan cuaca politik negara ini,” kata pensyarah Universiti Sains Malaysia ini dengan senyuman.

Ini kali pertama beliau menghadiri konvensyen Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun Mohd Asri bukan asing dalam majlis-majlis anjuran Umno dan PAS. Beliau pernah menghadiri muktamar agung tahunan PAS yang diadakan di Kota Baru Jun lalu. Akhir Jun lalu, Mohd Asri menegaskan, beliau tidak menyertai mana-mana parti politik buat masa sekarang dan “tidak bercadang untuk memilih jalan itu” walaupun disebut-sebut akan memasuki Umno.

“Ingin saya tegaskan kepada rakyat Malaysia bahawa saya sehingga kini tidak menyertai mana-mana parti politik,” kata beliau ketika itu. Ulama yang dilihat sebagai aliran pemikiran ‘progresif’ ini menjadi tumpuan aktif Umno dan PAS sejak lebih setahun lalu.

Beliau telah memberi bayangan sedang memikirkan perkara tersebut sejak akhir tahun lalu. Bagaimanapun pada pertemuan hari ini, Mohd Asri memberitahu The Malaysian Insider, beliau masih berharap Kelantan akan kekal ditadbir oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada pilihan raya umum ke-13.

“Kelantan mesti ditadbir oleh Datuk Nik Aziz, PAS sebab beliau sudah membuktikan pentadbiran Kelantan sebagai pentadbiran contoh, yang harus diamalkan oleh mana-mana parti yang memerintah negara ini,” katanya.-TMI.

Berkaitan;

Asri:Tahan 200 pengikut Syiah bukti Malaysia tuju era Talibanisasi-TMI

1 ulasan:

  1. Datuk Nik Abdul Aziz menjadikan Nabi Muhammad S.A.W sbgai contoh...jika Nabi Muhammad S.A.W djadikan contoh dlm setiap perbuatan dan khidupan manusia..maka amanlah dunia ni...

    BalasPadam