Jumaat, 1 Oktober 2010

Khalid Samad cabar Brahim Ali jadi calon Perkasa di Galas



Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad cabar Presiden Perkasa Brahim Ali jadi calon Perkasa dalam prk Dun Galas yang akan diumumkan SPR minggu depan untuk buktikan 'keperkasaan' di kalangan orang Melayu. Kata Khalid Samad dalam blog beliau PRK Galas -Peluang Bagi Perkasa ;

Kita sering dihidangkan dengan ‘aksi pertelagahan’ di antara PERKASA dan semua yang lain, termasuk juga UMNO, di mana PERKASA mendabik dada sebagai satu-satunya badan yang memperjuangkan kepentingan Melayu. PERKASA ‘menolak’ UMNO dan UMNO pula ‘menolak’ PERKASA dan segala kenyataan yang menyatakan bahawa ‘aksi pertelagahan’ dan ‘tolak-menolak’ adalah sandiwara semata-mata telah dinafi dengan keras oleh kedua-dua pihak. Sebagai bukti ketidak serasian perjuangan PERKASA dengan UMNO, YB Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO, telah menyatakan secara terbuka bahawa beliau akan meninggalkan UMNO sekiranya UMNO menerima perjuangan PERKASA.

Pilihanraya kecil Galas sebenarnya merupakan peluang terbaik untuk PERKASA membuktikan sejauhmana perjuangan mereka disokong oleh ahli UMNO peringkat akar umbi dan masyarakat Melayu secara amnya. Ianya merupakan peluang baik untuk membuktikan samada dakwaan mereka sebagai pejuang Melayu yang sebenarnya diterima oleh orang Melayu atau mereka hanya syok sendiri.

Galas merupakan kerusi majoriti Melayu di dalam kawasan Parlimen Gua Musang, iaitu Parlimen kubu kuat UMNO, yang tidak berjaya dimenangi PAS walaupun pada zaman tsunami politik 2008. Bagi saya, ianya merupakan kerusi yang ‘ideal’ untuk PERKASA mencabar kedudukan UMNO sebagai parti yang memperjuangkan kepentingan Melayu demi membuktikan bahawa masyarakat Melayu lebih bersetuju dengan pendirian dan pendekatan mereka berbanding dengan pendekatan UMNO. Ianya merupakan kerusi ‘ideal’ untuk dijadikan sebagai kerusi ‘debut’ atau pemunculan pertama di muka umum bagi PERKASA yang akan menandakan kemasukkan PERKASA ke dalam arena politik secara serius. Oleh kerana kerusi ‘debut’ adalah penting maka calon yang terbaik untuk diturunkan bagi pihak PERKASA adalah Presidennya sendiri, iaitu Dato’ Ibrahim Ali.Baca semua klik tajuk di atas.


Tunggu apa lagi Brahim ni la masanya ...

3 ulasan:

  1. salam...
    mari sama2 kt nantikan sejauh mana melayu di sana menerima UMNO yg memperjuangkan melayu...

    BalasPadam
  2. YA... BETUL BRAHIM TUNJUK KAN LAH SEMANGAT PEKASA YG PUNYA KERIS DI PINGANG SEBAGAI SENJATA TEREDISI PAHLAWAN MELAYU.BARU ORANG UMNO SEDOR SIKIT.

    BalasPadam