Sabtu, 28 Februari 2009

"Umpama Anjing Makan Muntahnya"

Insiden serangan ala kumpulan gangster yang berlaku di bangunan parlimen oleh segerombolan pemuda umno pada khamis lalu begitu memalukan rakyat Malaysia yang cintakan adab dan tatasusila budaya timur.Selalunya apabila dewan parlimen bersidang akan adalah lawatan pelajar daripada mana-mana sekolah untuk melihat secara langsung bagaimana sidang parlimen berjalan.Entah pada hari tu ada ketidak budak-budak sekolah nampak kejadian di luar dewan tu tak taulah.Kalau nampak bolehlah budak2 sekolah jadikan alasan kenapa mereka melawan cikgu,pukul cikgu,tendang cikgu,sembur cat kereta cikgu kerana "murid-murid besar" mereka pun sama macam mereka.Apatah lagi "guru paling besar" mereka yang ada di Kementerian Pelajaran, Hisahamudin tu otak dia pun sama macam keldai2 yang nak tumbuk" Raja Singh" yang jadi OKU tu.Ulasan oleh Ketua penerangan umno Malaysia, Mat Taib pula berbunyi lebih kurang begini"Karpal dulu dah besa kena lempang dah pasai hina raja,patut beliau jadi pengajaran supaya jangan diulang-ulang benda yang sama"(astro awani berita jam 7.45).Ulasan macam ni bukan nak mengurangkan ketegangan tapi menambah tahil pemuda umno untuk terus bersikap kurang ajar tak kira di mana2 tempat hatta di bangunan parlimen tempat terbentuknya segala jenis undang2.Pemuda umno yang terlibat ugut "Raja Singh tu dan turut berkelai dengan ank "Raja Singh", Gobind menganggap bangunan parlimen macam tempat berebut tapak pasar malam,kedai kopi tumbuk kawan tak bayar utang,bar tumbuk orang sebab "minum" banyak,pusat dangdut bertumbuk pasai berebut GRO sebab itu pemuda umno buat macam tu.Aku hairan kenapa pihak polis dan petugas keselamatan lambat bertindak untuk meleraikan pergaduhan tersebut.Kenapa biar sampai dua tiga puluh minit baru nak bertindak?Seolah-olah polis takut dengan pemuda umno tu.Dulu semasa penyokong pakatan rakyat buat demo bantah lantik MB haram kat Perak,pemimpin umno kata Pakatan rakyat biadab,kurang ajar.menjejaskan ekonomi,menakutkan pelabur, tapi bila pemuda umno terpa ke parlimen cari "Raja Singh"yang berkerusi roda tu ugut2 boleh pulak.Kata Mat Taib lagi"kerana mulut badan binasa".Ha eloklah tu ketua penerangan umno Malaysia cakap macam tu, sama macam otak JKK umno dalam kampung ja.Dengar2 cerita pemuda umno yang sorang tu anak guru silat,takkan nak lawan OKU kot.Aku syorkan kepada ahli parlimen pakatan rakyat lepas ni kena belajaq seni mempertahankan diri bila nak masuk parlimen.Tak kiralah belajaq main tomoi ka,ibu gayung ka,shaolin,kung fu atau kalaripayat ka janji kena belajaq habuan nak tepis kot2 penumbuk sesat hinggap kat muka.Biar pemuda umno tau rabu-khamis, jumaat selang2.Inilah umno parti yang tamak lagi gelojoh,tak cukup dengan kuasa yang ada,tidak dapat membezakan antara yang baik dengan jahat,antara yang terlarang atau tidak,sama macam peribahasa Melayu di atas.Undang-undang hanya untuk rakyat yang menentang umno, tapi untuk umno dan rakan2nya tak perlu undang2, boleh "cowteam".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan