Jumaat, 13 Februari 2009
Khir toyo bawa "penyapu" ke Pulau Pinang
Dilaporkan,Khir Toyo calon ketua pemuda umno telah pergi berdemontrasi di hadapan rumah Karpal Singh di Pulau Pinang bersama ahli2 dan penyokong umno.Hebat sungguh makhluk yang bernama khir toyo ini,tak puas berdemo bela sultan di Selangor sampai ke Pulau Pinang tunjukkan amarahnya pada Karpal Singh.Nasib baik polis FRU berkawal di hadapan pintu rumah Karpal, kalau tidak sudah tentu dibedalnya Karpal dengan "penyapu" sial yang memalitkan Khir dengan kekalahan umno-bn dalam PRU-12 yang lalu.Malaysia Kini melaporkan Khir dan rakan2nya di bawa ke balai polis berhampiran untuk diambil "statement"kerana berdemo secara haram.Tak abis dengancerita lembu korban, khir buka pula cerita nak bela raja2 Melayu di negeri yang tak ada sultan tu..Umno Pulau Pinang mungkin dah tak ada orang lain nak dipanggil jadi ketua demontrasi haram tu sebab tu Khir sanggup turun sampai ke Pulau Pinang.Sebenarnya kelantangan Khir Toyo tak lain tak bukan hanya sekadar nak meraih undi ahli2 umno untuk pemilihan jawatan Ketua Pemuda Umno Mac akan datang.Khairy menantu Pak lah ,Mukhriz anak Tun Mahathir yang turut merebut jawatan ketua pemuda umno turut menjadi jaguh membela sultan dan raja2 semuanya sama tujuan supaya dilihat berkebolehan oleh ahli2 umno untuk memegang jawatan tersebut.Adakah "penyapu" Khir akan terus membawa sial kepada khir dalam merebut jawatan ketua pemuda umno nanti?Sama2lah kita tengok nanti..pada Khir janganlah nak "perambat" Karpal dengan penyapu pula ,tenang2 lah fikiran yang sudah tu sudah laa..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan