Ahad, 22 Februari 2009

Polis Mesti Siasat myKMU.net

Laman web myKMU.net dalam ulasannya tentang isu penggantungan MB Perak dan 6 exco haram tu menghasut orang ramai supaya di bunuh sahaja S.Sivakumar, Speaker dun Perak.Pihak polis mesti menyiasat laman web tersebut,sama seperti menyiasat laporan polis yang dibuat oleh umno-bn terhadap pemimpin parti2 Pakatan rakyat.Hasutan bunuh sebegini amat merbahaya dan boleh menimbulkan suasana tegang dikalangan rakyat.Cukuplah hanya sekadar tuduh-menuduh janganlah sampai hendak berbunuh2 pula.Pemimpin umno tidak bersuara dalam hal ini kerana myKMU.net adalah agen umno.Cuba kalau laman web pro pakatan rakyat berbuat demikian aku agak dah lama pejabat kena selongkar,komputer di rampas dan orang yang terlibat akan diseret kebalai polis dan di lokap beberapa hari.Jika hasutan bunuh ini tidak diambil apa2 tindakan ,negara kita akan jadi seperti negara "koboi" kita boleh tembak,bunuh sesiapa saja yang kita suka.Jangan cakap suruh bunuh bukan Melayu,yang Melayu pun dah ramai terkorban akibat hasutan puak2 umno ni.Peristiwa Memali,Lubuk Merbau dan Batu Buruk menjadi contoh orang Melayu terbunuh dan ditembak tanpa ada perikemanusiaan oleh "Tentera Bersekutu" umno iaitu polis dan SB.Mereka terbunuh semata2 hanya demi kepentingan politik kotor dan jijik umno yang tidak merasa puas dengan kuasa yang ada.Apakah laman web tersebut tidak ingat?Bunuh pemimpin tidak akan selesai masalah.Seorang terbunuh berpuluh ribu lagi akan bangun memberontak,dendam kesumat akan bermaharaja lela, apakah ini yang kita mahu?Israel begitu berani membunuh rakyat Palestine kerana Amerika ada di belakangnya.myKMU ni berani sangat suruh bunuh orang bukan Melayu ni berlindung di balik pintu siapa?Umno jangan ingat polis,SB,SPRM berada di belakang ,kamu boleh buat apa saja termasuk bunuh orang sesuka hati.Rakyat kalau bangun memberontak tidak kira Melayu,Cina dan India ,apakah umno mampu melawannya?Binasa pulut kerana santan,binasa badan kerana mulut! .Zaman sekarang nak ugut orang hantar peluru hidup,dah jadi macam hantar kuih "pau"saja tak ada rasa apa2...Bertindaklah Polis demi keselamatan rakyat yang membayar gaji kamu semua,bini kamu dan anak2 kamu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan