Isnin, 9 Februari 2009

Cabaran besar buat PAS dan Pakatan Rakyat di Bukit Gantang dan Bukit Selambau


Takziah buat keluarga Allahyarham hj Roslan shaharom ahli parlimen Bukit Gantang yang meninggal dunia. Moga Allah mencucuri rahmat keatasnya.Gendang perang pilihanraya kecil bermula lagi di parlimen Bukit Gantang dan Dun Bukit Selambau,Kedah.Arumugam dah letak jawatan Exco dan wakil rakyat Bukit Selambau.Kedua2 kerusi parlimen dan dun tersebut menambah panas situasi sedia ada yang kelam kabut di Perak kerana ada dua MB dalam satu negeri.satu MB haram satu MB halal...MB haram diketuai datuk Zambry,MB halal diketuai Datuk SERI Mohammad Nizar.Disebut HARAM kerana Tok Guru Nik Aziz yang sebut.Pas dah gerenti akan letak calonnya di parlimen Bukit Gantang kerana itu memang kerusi Pas.Inilah masanya rakyat Perak untuk menunjukkan undi protes kepada UMNO-BN kerana menipu dan menggulingkan kerajaan Pakatan rakyat di Perak sehingga jadi kacau bilau,haru biru sampai rakyat pun dah jadi meluat dan tak hormat lagi pada Sultan Perak kerana menyebelahi Umno-Bn dalam membuat keputusan yang dianggap tidak adil.Pas mesti bekerja keras bersama "adik-beradiknya" mempertahankan kerusi Parlimen Bukit Gantang demi maruah dan perjuangan Pas bersama Pakatan rakyat.Hentikan pertelingkahan antara Karpal Singh dan Anwar Ibrahim yang hanya merugikan sokongan rakyat kepada Pakatan rakyat!..Cabaran Pakatan rakyat juga akan diuji di Dun Bukit Selambau ,Kedah walaupun kerusi Dun tersebut milik Pakatan rakyat.Dalam keadaan sekarang Pas dilihat lebih layak untuk meletakkan calonnya, imej Pas belum tercalar dari segi calon yang melompat parti,lebih bermoral dan tidak belot.Penerimaan kaum Cina dan India kepada Pas pun semakin meningkat sejak kebelakangan ini ditambah dengan wujudnya Kelab Penyokong Pas dua kaum tersebut.Bagaimanapun kalau pemimpin PKR dan DAP terus berperang mulut lawan mengata hang la,kau la, pe**q pak hang, bu**h pak hang tak tau la boleh menang ke dak...jagalah dua kerusi tu supaya tak terlepas ke BN ,kalau BN dapat dua kerusi tu habis la maruah Pakatan rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan