Khamis, 26 Februari 2009

Kenapa Ada "Orang" Nak Pertahan Pak Lah Jadi PM?

Semakin dekat talian hayat Pak Lah jadi PM terdapat sesetengah pemimpin dalam Pakatan rakyat maukan Pak lah terus jadi PM sehingga pru -13 akan datang.Kenapa pemimpin Pakatan rakyat berfikir begitu?Ada yang kata dripada kita lawan Najib lebih baik kita lawan Pak lah ,sebab Pak lah tak seganas Najib dalam berpolitik.Aku rakyat biasa ni tak berapa suka dengan orang yang berfikiran begitu.Betul.Najib memang rakus,gila kuasa dan tamak dalam berpolitik kalau tidak takkan dirampasnya Perak daripada tangan Pakatan rakyat.Takut sangatkah kita dengan Najib ni,sampai tak bagi Pak lah berenti?Pak lah yang mencipta projek Islam Hadhari sehingga menang besar dalam pilihanraya 2004 telah ditolak dalam pru-12 yang lalu mengakui yang Islam hadhari ciptaanya telah berakhir dan sekarang Pak lah pun dah tak sebut lagi dah Islam Hadhari.Dikemuncak Islam Hadhari dulu ramai tok2 guru pondok.ustaz2 hatta pemimpin Pas mengatakan Islam Hadhari sesat,bidaah,syirik dan macam2 lagilah sampai ada yang kata Pak lah nabi Islam hadhari.Sekarang ni bila Pak lah nak berenti jadi PM ramai pula orang Pakatan sokong Pak lah terus jadi PM.Kenapa sekarang kita nak peluk Pak lah,tarik kaki Pak lah supaya jangan letak jawatan sebagai PM?Mungkin juga strategi pemimpin Pakatan nak laga2kan Pak lah-Najib supaya umno terus berkecamuk,itu aku tak tak tau la.Tapi dulu berapi-api pemimpin Pas tiupkan semangat jihad kedada2 orang Pas dengan mengambil contoh pejuang2 terdahulu dalam mempertahankan Islam seperti Khalifah Omar al-Khatab.Omar mokhtar,Salahuddin al -Ayyubi dan banyak lagi lah,tapi sekarang tiba2 tidak begitu berani untuk menghadapi Najib sebagai PM.Ilmu apa yang Najib pakai sampai kita tak berani nak berdepan dengan beliau.Waktu ni la kita nak guna semangat jihad lawan Najib jangan dok kira nak muqabalah ja.Apakah kita takut 2-3 negeri lagi hilang dari tangan Pakatan rakyat bila Najib berkuasa penuh atau Tuhan akan cabut semua negeri yang kita ada?Bagi aku sebesar zarrah pun tak percaya dengan umno ni .Ingatlah akan rakyat Perak yang sanggup berguling di jalanraya,yang menangis sampai bengkak mata yang tak tidur beberapa hari mengenangkan negeri pakatan dirampas umno, tiba2 ada "orang"pakatan nak pertahan Pak lah pula!Lagi cepat Najib jadi PM lagi cepat Umno hancur .Ingatlah gajah dengan gajah berkelai pelanduk di tengah mati terpijak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan