Isnin, 29 Julai 2013

Oiii senang ja jawab..

Hare Krishnan tak pernah larikan diri, kata isteri
Isteri kepada Insp Inspector S Hare Krishnan berkata, suaminya yang merupakan suspek keempat dalam kes kematian dalam tahanan N Dhamendran tidak pernah melarikan diri dari siasatan.
Shaarmini Balakrishnan memberitahu Malaysiakini bahawa Hare Krishnan tidak kembali bertugas selepas tamat tempoh bercuti pada 15 Jun kerana suaminya itu dimaklumkan telah digantung tugas.

Oleh yang demikian, Hare Khrishan mendapatkan khidmat seorang peguam yang seterusnya menghantar surat kepada polis.

Surat berkenaanm, dakwanya, tidak dijawab oleh polis.

“(Surat berkenaan) semuanya tidak dijawab. Beliau tidak pernah melarikan diri. Peguamnya juga boleh dihubungi,” kata Shaarmini.

Katanya, peguam yang mewakili suaminya itu dari firma Sri Kumar Ganapati and Co.

Menurutnya lagi, Hare Krishnan juga membuat satu kenyataan bersumpah yang didakwa menyatakan bahawa pegawai polis itu tidak bersalah dalam kes Dhamendran.-M'kini

Oii senang nya jawab kalu kita dapat-dapat ja keluaq seminggu macam kena ketit dengan tebuan muka,body jadi hulk hogan habih kena bantai..mau tang depa sembunyi balik pintu cari tak jumpa la..

Kesian Shahrizat..'anak-anak' pakat dok perambat

Shahrizat digesa berundur, jangan sekat cabaran
Ketua Wanita Umno Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Jalil digesa berundur daripada jawatannya dan tidak menggunakan alasan 'perlawanan emak dan anak' bagi menghalang cabaran bekas ketua Puteri Umno Datuk Azalina Othman Said. 

Bekas setiausaha wanita Umno Malaysia, Datuk Faridah Abu Hassan berkata Shahrizat dahulu juga mencabar Datuk Seri Rafidah Aziz untuk jawatan itu walaupun didakwa pernah bersumpah atas nama Allah untuk tidak berbuat demikian.

"Jadi sekarang ini, kenapa pula dia nak kata Azalina jangan bertanding?

"Shahrizat tak boleh sekat mana-mana pihak untuk bertanding dan pertandingan tidak memecahbelahkan perpaduan wanita," katanya sewaktu mengulas perkembangan terkini pergerakan itu menjelang pemilihan parti hujung tahun ini.

Beliau ditemui selepas mesyuarat agung tahunan Umno cawangan Jalan Foss yang diketuainya di Kuala Lumpur malam tadi.

Bercakap lanjut, Faridah turut menggariskan dua sebab Shahrizat perlu berundur pada pemilihan kelak - prestasi Wanita Umno mutakhir ini dan skandal pinjaman RM250 juta National Feedlot Corporation (NFC).

Jelasnya Shahrizat kerap melaungkan tentang keperluan kabinet diisi oleh 30 peratus kaum wanita namun, selepas pilihan raya lalu hanya seorang sahaja exco wanita Umno terpilih menganggotai jemaah menteri.   

"Pengundurannya perlu (dilakukan) supaya PRU nanti kita boleh ambil hati orang muda untuk menyokong BN kembali.

"Kalau Shahrizat melaungkan 30 peratus (perwakilan), tolong namakan pada saya bilangan wanita Umno yang jadi anggota parlimen.

"Sekarang ini di kalangan exco yang jadi anggota parlimen cuma satu iaitu (MP Beaufort) Datuk Azizah Mohd Dun.

"Datuk Noriah Kasnon (MP Sungai Besar) bukan exco Wanita, Datuk Halimah Sadique (MP Tenggara) bukan exco Wanita Umno," katanya.

Shahrizat juga, kata Faridah tidak wajar menggunakan alasan beliau tiada kaitan dengan skandal NFC.

Beliau sendiri mendakwa menerima SMS agar mengerahkan Wanita Umno ke mahkamah untuk menyokong Shahrizat setiap kali perbicaraan NFC berlangsung.

Beliau juga tidak yakin Shahrizat akan terus kekal popular dalam pergerakan itu memandangkan Shahrizat kini bukan lagi menteri mahu pun pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK)

"Melalui majlis itu dia boleh beri program kepada wanita di setiap bahagian, dalam setahun adalah dalam RM50 ke RM60,000.

"Jadi sekarang ini dia tak jadi menteri lagi, dia tak jadi pengerusi MPWK lagi, apa lagi yang dia boleh sumbang kepada wanita? 

"Tak ada apa-apa," kata Faridah yang menjadi exco Wanita sewaktu ia diketuai Rafidah Aziz.-Malaysiakini

Kesian SHahrizat sudah jatuh ditimpa tangga..anak-anak pakat dok perambat haha..

Ahad, 28 Julai 2013

Khamis, 25 Julai 2013

Haha syok la satu sen tak payah bayaq

KASB setuju ambil alih pinjaman RM250 juta, kata Pengerusi NFCorp

Syarikat usahasama Malaysian-Japanese, Kirimitonas Agro Sdn Bhd (KASB) bersetuju mengambil alih pinjaman RM250 juta projek penternakan lembu, kata National Feedlot Corporation (NFCorp).
Pengerusinya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, berkata syarikat itu bersetuju dengan terma itu walaupun Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah pernah menyatakan tiada keputusan berhubung hal itu dua minggu lalu
“KASB setuju membuat membayar semula pinjaman kerajaan itu secara penuh," katanya pada sidang media di Restoran Meatworks yang dikendalikan ahli keluarganya di Kuala Lumpur, hari ini.
KASB ialah usahasama secara 60:40 antara Otoshitos Sdn Bhd dan Hannan Food Company dari Jepun, antara sebuah syarikat penternakan lembu terkenal di negara itu.
Salleh kini berdepan pertuduhan jenayah pecah amanah RM47.3 juta kerana menyalah guna dana NFC untuk membeli kondomunium mewah dan lot tanah.
Skandal itu terbongkar berikutan Laporan Ketua Audit Negara mendapati projek berkenaan jauh dari memuaskan manakala saksi pula mendedahkan dana itu disalah guna untuk membeli hartanah.
Pada 9 Julai lalu, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menyatakan KASB tidak mengambil alih hutang RM250 juta dan kerajaan rugi RM163 juta jika perjanjian itu diteruskan.
Hari ini, Rafizi berkata, NFC bukan dalam posisi untuk terbabit dalam perjanjian kerana ia bersifat projek kerajaan.
“Pinjaman didahulu kerajaan, tanah di Gemas yang menempatkan projek berkenaan milik kerajaan. Jadi sepatutnya kerajaanlah yang buat keputusan
"Dua minggu lalu, saya bertanya kepada Menteri Kewangan II di Parliamen mengenai isu ini dan beliau jawab, kerajaan tidak membuat keputusan terhadap pengambilalihan itu," katanya. - 25 Julai, 2013.-M'insider
Ha ha syok la satu sen tak payah bayaq..hadiah Ramadhan dan Aidilfitri..

Kucing pon tak makan ikan masin,sua ikan temenung dia terkamla..

Calon Pas di Kuala Besut Che' Long dah kalah..macam-macam ayat kalah keluaq..ini perkara biasa macam Coach bolasepak la..ayat kalah akan menyusul untuk pertahankan diri.

Rata-rata saya diberitahu rakyat di Kuala Besut ramainya berpendapatan rendah dan berada di bawah paras kemiskinan.Inilah masanya untuk mereka dapat sedikit wang bila ada pilihanraya kecil.

Pengumuman macam-macam projek di alam impian yang bernilai beratus juta ringgit diumumkan sebagai umpan supaya pengundi pilih BN.Masalah tunai janji atau tidak tak penting, yang penting BN kena menang kalau tidak Mat Said dan Najib kena terajang keluar daripada jawatan yang mereka sandang..

Ni antara komen yang saya tulih dalam FB pasal PRK Kuala Besut saja nak copy balik masuk dalam blog;

Kucing pon tak makan ikan masin,sua ikan temenung dia terkamla..

Tadi pi bank..officer bank tanya..menang ka kalah..aku kata kalah..dia kata pasai pa kalah,blackout lagi ka?Adoii!

Woii dok riuh tak habis- habis lagi kalah..kalah ka menang ka apa nak kisah..kalah dapat pahala..menang pun dapat pahala..

Kakitangan awam dapat RM500..ni rakyat dok tunggu duit BR1M 1200 yang dijanjikan Muhyiddin Yaasin masa pru 13 hari tu..mana dia..nak raya tak berapa hari dah..bagi la cepat..bole bagi kaRM1200..sedangkan kakitangan awam dapat RM500 ja..aku rasa la..projek RM400 juta lebih yang diumumkan Muhyiddin di Kuala Besut tu hanya igauan ja..maklumlah bulan posa ni cakap lepas makan soq bukan boleh kira ..dia lalok semacam ja

Politik ni macam main bola la pulak..bila kalah coach tak baguih,striker lembik,goal keeper tak cekap..bila menang komen lain pulak..duit ikat dibetis tendang macam mana pon tak masuk..

Hijrah la hijrah..kalau tak hijrah sampai tua dok bawah ketiak Umno..berusahalah hidup agar jadi senang supaya tidak ditelan Umno..

Orang gila pon kenai nilai duit tambah la yang tak gila..memang patut pon syaiton menang..

Laa pakat dok heran apa kalah dengan majoriti 2592 undi..yang patut heran kalau menang...calon BN kata depa menang kerana menyelami hati rakyat..betoi la tu selami dengan projek RM400juta..Mat Said boleh tidoq lena..

Cuba perhatikan di mana ada kemiskinan di situlah Umno-BN hurung macam semut hurung gula.Mereka dilayan macam anak raja bila ada pilihanraya..cakap saja nak apa semua bagi..

Baca;
Projek hampir setengan bilion faktor kemenangan BN,kata Muhyiddin-M'insider

Ahad, 21 Julai 2013

Tun Madey perlecehkan BR1M Najib haha..apa tandanya?

BR1M Gagal Bantu Prestasi BN pada PRU13,kata Mahathir

Pemberian tunai tidak membantu parti pemerintah pada pilihan raya umum  ke-13 (PRU13) kerana rakyat menganggap mereka berhak memiliki wang mereka sendiri, kata Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar).
"Sebenarnya, pemberian itu langsung tidak berkesan. Penerima bantuan terutama penyokong pembangkang, tidak berterima kasih kerana menganggap ia wang mereka. Itu duit cukai bukan wang kerajaan atau BN," katanya.
Bekas Perdana Menteri selama 22 tahun sekali gus paling lama dalam sejarah tanah air itu berkata demikian pada temu bual dalam rencana Utusan Malaysia hari ini.-http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/br1m-gagal-bantu-prestasi-bn-pada-pru13-kata-dr-mahathir
Ha ha apa sebab Tun Madey bantai Najib..bulan posa pulak tu..mesti ada sebab..kalau tidak masakan  pokok bergoyang kalau tiada angin yang bertiup..
Gerakan menjatuhkan Najib kini sedang berjalan dengan deras..Tun Madey dah meluat dengan Najib..sebelum pru 13 Tun Madey pernah berkata jika prestasi Najib tidak memuaskan Najib kena pergi dan berundur..siapa PM baru..Muhyiddin atau siapa?
Siapa akan cabar Najib jawatan Presiden Umno?

Jumaat, 19 Julai 2013

Hadiah istimewa sempena Ramadhan dan Aidilfitri

Ni hadiah sempena bulan Ramadhan dan Aidilfitri tak lama lagi..dok geram harga ayam mahai tak habis lagi depa dok keja tambah beban rakyat..maklumlah rakyat kaya2 belaka..tol free tak mau,minyak murah tak mau,pendidikan percuma tak mau..ambik haa ambik!

Tarif elektrik mungkin dinaikkan
KUALA LUMPUR - Ada kemungkinan  tarif elektrik disemak naik kerana kerajaan berkemungkinan mengurangkan subsidi bagi tenaga elektrik, kata Tenaga Nasional hari ini.
  
Pengerusinya, Tan Sri Leo Moggie, berkata kerajaan telah memberikan subsidi tarif yang besar sekarang khususnya bagi gas.
  
"Jadi, keputusan sama ada tarif akan kekal sama atau dinaikkan, tidak akan dibuat oleh TNB, tetapi akan diputuskan oleh kerajaan.
  
"Sebagai sebuah negara, sukar bagi kita mengekalkan tahap subsidi yang dinikmati sekarang.
  
"Jadi, kesan ke atas kos tarif kuasa bergantung kepada kedudukan subsidi ini," katanya pada satu sidang akhbar selepas mengumumkan keputusan kewangan suku ketiga syarikat itu hari ini.
  
Moggie berkata demikian sebagai jawapan kepada spekulasi bahawa syarikat utiliti kuasa negara itu mungkin menaikkan tarif elektrik selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 yang diadakan pada 5 Mei.
  
Kerajaan memberikan subsidi tarif kuasa sejak 2008 dan isi rumah yang menggunakan elektrik sebanyak RM20 ke bawah sebulan dikecualikan daripada membayar bil.
  
Moggie berkata penggunaan kuasa dengan cekap oleh pengeluar dan pengguna adalah faktor utama untuk menyokong industri kuasa.
  
"Jika semua orang aktif menggunakan tenaga elektrik dengan cara yang lebih cekap selagi mungkin, ini akan membantu mengurangkan sebarang kesan," tegas beliau.
  
Pada Januari, kerajaan berkata rebat ke atas bil bulanan tenaga elektrik di bawah RM20 telah diperluaskan kepada semua pengguna domestik yang layak hingga Disember tahun ini.
  
Tahun lepas, kerajaan membelanjakan RM146 juta bagi 1.1 juta pengguna domestik di seluruh negara. - Bernama

Isnin, 15 Julai 2013

PRK Kuala Besut: Jangan mintak teloq rebus mintak kepala gajah pun dapat

Untung kalau ada pilihanraya kecil di Malaysia..pengundi ditatang macam minyak yang penuh..projek mee segera,pengumuman segera projek,majlis pecah tanah semua  ada .Tu belum kira lagi habuan wang ringgit yang turun mencurah-curah atas nama nak tolong rakyat yang sebenarnya adalah rasuah politik supaya pengundi terus sokong BN.

PRK Kuala Besut berlangsung di bulan posa bulan yang penuh keberkatan, kerahmatan dan keampunan..ada depa tu pikiaq pasal ni semua?Gencatan senjata dan perang politik katanya tidak akan serang peribadi lawan..BN kata la..bab lain?Bagi rasuah politik dalam bentuk harta benda dan wang ringgit dengan tujuan sokong BN tu sedekah dan amal jariah ka?Tapi apa nak kisah bagi rasuah bulan posa bukan nak batal posa..tak gitu?

Antara yang saya tulih dalam FB;
Gelombang biru cukup faham apa kelemahan orang Melayu..time ni semua janji nak bagi free..nak bagi saja..sekupang tak payah bayaq..percaya jangan tak percaya...setan semua dah kena gari di bulan posa ni..akal nak menipu dok berjalan 24 jam non stop..

Bulan2 posa ni jangan la bertuhankan harta benda yang ditabur Umno..boleh tak makan lepas Subuh sampai Maghrib selama sebulan..takkan tak boleh berhenti jadi hamba Umno?

Celah la ni orang Kuala Besut tak heran pon harga ayam mahai ka, barang naik ka..duit dan habuan turun mencurah2..yang naya tempat lain la.

Pengundi PRK Kuala Besut jangan mintak yang murah-murah mintak yang mahai-mahai kat 'Bank Umno'..teloq rebus tak main la..kurang -kurang kepala gajah,not RM100 cap Agong..nak raya ni barang naik harga!Mintak jangan tak mintak semua boleh dapat..nak berbini dapat,nak berlaki pon dapat..

'Menteri Cap Ayam'

Menteri: Elak makan ayam kalau harga naik
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaaan Datuk Hasan Malek hari ini mengajak orang ramai 'menukar' selera daripada memakan ayam kepada menu lain seperti ikan dan daging sebagai usaha mengekang kenaikan harga ternakan itu.

Beliau berkata langkah itu dianggap perlu memandangkan terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil kesempatan menjelang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri dengan menaikkan harga ayam sewenang-wenangnya.-Sinar Harian Online.

Tak ada beza menteri yang ada sekarang dengan yang dulu.semua haru tak boleh pakai..yang dulu gula mahai dia suruh jangan makan gula banyak nanti kena kencin manis haha..Yang sekarang ni ayam mahai jangan makan ayam habis cerita..

Apa yang tak mahai cuba cakap..minyak petrol mahai,tol mahai..yang murah makan free..makan suap cepat kaya..jangan dok pertikai harga ayam mahai rakyat Malaysia semua kaya-kaya belaka..PR offer minyak petrol murah,bebas tol.pendidikan percuma hang pa tolak..jadi apa peduli barang mahai..mak cik pengguna kata harga ayam mahai kami tetap akan beliiii...nak kata apa bila cakap macam tu?

Jumaat, 12 Julai 2013

Posa-posa ni lagi syok lawan syaiton..lawan sampai tergantung, sampai kaki naik atas!

Sapa yang akan menang pertarungan antara Pas dan Umno,antara PR dan BN dalam prk Kuala Besut?Jika pengundi di Kuala Besut cerdik depa pilih Pas la..bukan apa dok nampak sangat dah Mat Said MB Terengganu tu tak boleh pakai otak kemetot ada ka patut selepas pru 13 dia kata hanya kawasan Umno-BN menang saja akan dibina rumah mampu milik.Kawasan Pas dan PR menang buat sendiri!

Jika Pas menang maka dun Terengganu akan jadi seri 16 UmnoBN-16 Pas dan PR..jadi lawanlah sampai dun Terengganu tergantung biaq bagi depa rasa sikit jangan riak dan bongkak dengan sedikit kuasa yang ada.

Ramai dok kata Pas akan kalah dalam PRK Kuala Besut.Memang Pas kalah..dan dok kalah dah. la ni tunggu nak menang ja..Pas syok nak menang..Umno-BN (parti syaiton yang dikenali) pulak takut kalah..takut tegantung kaki naik ke atas!

Buat apa nak sokong Umno di Terengganu..buat Masjid..masjid runtuh,buat stadium..stadium runtuh,stesen bas runtuh semua runtuh bangg oii.Ni semua berpunca daripada buat projek tak ikut spek,rasuah,makan suap dan tumbuk rusuk.

Calon Umno dan pemimpin Umno kata bulan posa ni kita akan berkempen secara berhikmah kita akan buat tahlil,kenduri arwah,bagi sumbangan.cara sihat la tu..awat ingat buat benda macam tu semua dosa dan salahguna kuasa boleh langsai,boleh kira setel?Besa la tu bulan posa ni kaki tangan syaiton kena rantai.. syaiton memang bijak menipu kalau tidak bukan syaiton namanya kalau tak pandai menipu!

Baca;
Hanya Pas,BN bertanding di PRK Kuala Besut-Harakahdaily

Khamis, 11 Julai 2013

Syok juga dengar nasyid ni..ostaz apa komen?

Posa-posa ni malas nak komen dalam blog tulih dalam FB lagi syok..dok tengok youtube jumpa video ni best la jugak bulan-bulan posa ni tengok video ni.Baguih untuk tontonan kanak-kanak daripada dok melayan video tak ketawan hala.Mesej yang disampaikan bagus sekali walaupun lagu ni dah banyak kali disiarkan tapi kali ni dalam versi yang lebih menarik dan rap!

Selasa, 9 Julai 2013

Selamat berpuasa Ramadhan Al-Mubarak

Selamat berpuasa kepada seluruh kaum Muslimin dan Muslimat .Moga puasa kita semua diterima Allah SWT.
2:183

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa-Surah Al-Baqarah ayat 183