Jumaat, 19 Julai 2013

Hadiah istimewa sempena Ramadhan dan Aidilfitri

Ni hadiah sempena bulan Ramadhan dan Aidilfitri tak lama lagi..dok geram harga ayam mahai tak habis lagi depa dok keja tambah beban rakyat..maklumlah rakyat kaya2 belaka..tol free tak mau,minyak murah tak mau,pendidikan percuma tak mau..ambik haa ambik!

Tarif elektrik mungkin dinaikkan
KUALA LUMPUR - Ada kemungkinan  tarif elektrik disemak naik kerana kerajaan berkemungkinan mengurangkan subsidi bagi tenaga elektrik, kata Tenaga Nasional hari ini.
  
Pengerusinya, Tan Sri Leo Moggie, berkata kerajaan telah memberikan subsidi tarif yang besar sekarang khususnya bagi gas.
  
"Jadi, keputusan sama ada tarif akan kekal sama atau dinaikkan, tidak akan dibuat oleh TNB, tetapi akan diputuskan oleh kerajaan.
  
"Sebagai sebuah negara, sukar bagi kita mengekalkan tahap subsidi yang dinikmati sekarang.
  
"Jadi, kesan ke atas kos tarif kuasa bergantung kepada kedudukan subsidi ini," katanya pada satu sidang akhbar selepas mengumumkan keputusan kewangan suku ketiga syarikat itu hari ini.
  
Moggie berkata demikian sebagai jawapan kepada spekulasi bahawa syarikat utiliti kuasa negara itu mungkin menaikkan tarif elektrik selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 yang diadakan pada 5 Mei.
  
Kerajaan memberikan subsidi tarif kuasa sejak 2008 dan isi rumah yang menggunakan elektrik sebanyak RM20 ke bawah sebulan dikecualikan daripada membayar bil.
  
Moggie berkata penggunaan kuasa dengan cekap oleh pengeluar dan pengguna adalah faktor utama untuk menyokong industri kuasa.
  
"Jika semua orang aktif menggunakan tenaga elektrik dengan cara yang lebih cekap selagi mungkin, ini akan membantu mengurangkan sebarang kesan," tegas beliau.
  
Pada Januari, kerajaan berkata rebat ke atas bil bulanan tenaga elektrik di bawah RM20 telah diperluaskan kepada semua pengguna domestik yang layak hingga Disember tahun ini.
  
Tahun lepas, kerajaan membelanjakan RM146 juta bagi 1.1 juta pengguna domestik di seluruh negara. - Bernama

Isnin, 15 Julai 2013

PRK Kuala Besut: Jangan mintak teloq rebus mintak kepala gajah pun dapat

Untung kalau ada pilihanraya kecil di Malaysia..pengundi ditatang macam minyak yang penuh..projek mee segera,pengumuman segera projek,majlis pecah tanah semua  ada .Tu belum kira lagi habuan wang ringgit yang turun mencurah-curah atas nama nak tolong rakyat yang sebenarnya adalah rasuah politik supaya pengundi terus sokong BN.

PRK Kuala Besut berlangsung di bulan posa bulan yang penuh keberkatan, kerahmatan dan keampunan..ada depa tu pikiaq pasal ni semua?Gencatan senjata dan perang politik katanya tidak akan serang peribadi lawan..BN kata la..bab lain?Bagi rasuah politik dalam bentuk harta benda dan wang ringgit dengan tujuan sokong BN tu sedekah dan amal jariah ka?Tapi apa nak kisah bagi rasuah bulan posa bukan nak batal posa..tak gitu?

Antara yang saya tulih dalam FB;
Gelombang biru cukup faham apa kelemahan orang Melayu..time ni semua janji nak bagi free..nak bagi saja..sekupang tak payah bayaq..percaya jangan tak percaya...setan semua dah kena gari di bulan posa ni..akal nak menipu dok berjalan 24 jam non stop..

Bulan2 posa ni jangan la bertuhankan harta benda yang ditabur Umno..boleh tak makan lepas Subuh sampai Maghrib selama sebulan..takkan tak boleh berhenti jadi hamba Umno?

Celah la ni orang Kuala Besut tak heran pon harga ayam mahai ka, barang naik ka..duit dan habuan turun mencurah2..yang naya tempat lain la.

Pengundi PRK Kuala Besut jangan mintak yang murah-murah mintak yang mahai-mahai kat 'Bank Umno'..teloq rebus tak main la..kurang -kurang kepala gajah,not RM100 cap Agong..nak raya ni barang naik harga!Mintak jangan tak mintak semua boleh dapat..nak berbini dapat,nak berlaki pon dapat..

'Menteri Cap Ayam'

Menteri: Elak makan ayam kalau harga naik
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaaan Datuk Hasan Malek hari ini mengajak orang ramai 'menukar' selera daripada memakan ayam kepada menu lain seperti ikan dan daging sebagai usaha mengekang kenaikan harga ternakan itu.

Beliau berkata langkah itu dianggap perlu memandangkan terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil kesempatan menjelang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri dengan menaikkan harga ayam sewenang-wenangnya.-Sinar Harian Online.

Tak ada beza menteri yang ada sekarang dengan yang dulu.semua haru tak boleh pakai..yang dulu gula mahai dia suruh jangan makan gula banyak nanti kena kencin manis haha..Yang sekarang ni ayam mahai jangan makan ayam habis cerita..

Apa yang tak mahai cuba cakap..minyak petrol mahai,tol mahai..yang murah makan free..makan suap cepat kaya..jangan dok pertikai harga ayam mahai rakyat Malaysia semua kaya-kaya belaka..PR offer minyak petrol murah,bebas tol.pendidikan percuma hang pa tolak..jadi apa peduli barang mahai..mak cik pengguna kata harga ayam mahai kami tetap akan beliiii...nak kata apa bila cakap macam tu?

Jumaat, 12 Julai 2013

Posa-posa ni lagi syok lawan syaiton..lawan sampai tergantung, sampai kaki naik atas!

Sapa yang akan menang pertarungan antara Pas dan Umno,antara PR dan BN dalam prk Kuala Besut?Jika pengundi di Kuala Besut cerdik depa pilih Pas la..bukan apa dok nampak sangat dah Mat Said MB Terengganu tu tak boleh pakai otak kemetot ada ka patut selepas pru 13 dia kata hanya kawasan Umno-BN menang saja akan dibina rumah mampu milik.Kawasan Pas dan PR menang buat sendiri!

Jika Pas menang maka dun Terengganu akan jadi seri 16 UmnoBN-16 Pas dan PR..jadi lawanlah sampai dun Terengganu tergantung biaq bagi depa rasa sikit jangan riak dan bongkak dengan sedikit kuasa yang ada.

Ramai dok kata Pas akan kalah dalam PRK Kuala Besut.Memang Pas kalah..dan dok kalah dah. la ni tunggu nak menang ja..Pas syok nak menang..Umno-BN (parti syaiton yang dikenali) pulak takut kalah..takut tegantung kaki naik ke atas!

Buat apa nak sokong Umno di Terengganu..buat Masjid..masjid runtuh,buat stadium..stadium runtuh,stesen bas runtuh semua runtuh bangg oii.Ni semua berpunca daripada buat projek tak ikut spek,rasuah,makan suap dan tumbuk rusuk.

Calon Umno dan pemimpin Umno kata bulan posa ni kita akan berkempen secara berhikmah kita akan buat tahlil,kenduri arwah,bagi sumbangan.cara sihat la tu..awat ingat buat benda macam tu semua dosa dan salahguna kuasa boleh langsai,boleh kira setel?Besa la tu bulan posa ni kaki tangan syaiton kena rantai.. syaiton memang bijak menipu kalau tidak bukan syaiton namanya kalau tak pandai menipu!

Baca;
Hanya Pas,BN bertanding di PRK Kuala Besut-Harakahdaily

Khamis, 11 Julai 2013

Syok juga dengar nasyid ni..ostaz apa komen?

Posa-posa ni malas nak komen dalam blog tulih dalam FB lagi syok..dok tengok youtube jumpa video ni best la jugak bulan-bulan posa ni tengok video ni.Baguih untuk tontonan kanak-kanak daripada dok melayan video tak ketawan hala.Mesej yang disampaikan bagus sekali walaupun lagu ni dah banyak kali disiarkan tapi kali ni dalam versi yang lebih menarik dan rap!

Selasa, 9 Julai 2013

Selamat berpuasa Ramadhan Al-Mubarak

Selamat berpuasa kepada seluruh kaum Muslimin dan Muslimat .Moga puasa kita semua diterima Allah SWT.
2:183

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa-Surah Al-Baqarah ayat 183

Sabtu, 6 Julai 2013

Kebangkitan Islam Umpama Air Yang Mengalir Deras-TGNA


MESIR : Wajah Sebenar Amerika Terdedah

Saya membaca berita penahanan bekas Al-Mursyidul Am khwanul Muslimin, Sheikh Muhammad Mehdi Akif oleh tentera Mesir dengan penuh kesal dan simpati. Beliau yang sudah berusia lebih 80 tahun sewajarnya tidak perlu ditahan sedemikian rupa, apalah sangat kudrat seorang tua yang sudah uzur untuk menentang kekuatan tentera Mesir? Teringat saya pertemuan dengan beliau ketika beliau menziarahi kami di Kelantan tahun lepas. Pada waktu itu turut menyambut beliau ialah Almarhum Ustaz Yahya Othman yang juga telah uzur namun menggagahkan dirinya untuk meraikan kehadiran orang penting di dalam gerakan Ikhwanul Muslimin tersebut.

Hakikatnya inilah dia wajah sebenar Amerika dan Israel. Merekalah yang melaungkan demokrasi dan merekalah yang menodainya. Morsi ditabalkan sebagai presiden melalui pilihanraya yang sah bukan melalui revolusi jalanan, sewajibnya beliau diberikan peluang untuk mentadbir sehingga tamat penggal. Namun, musuh-musuhnya tidak senang duduk dan tidak mungkin dapat membiarkan pentadbiran Morsi berjalan lancar. Justeru tidak pelik jika Amerika yang kononnya selama ini menjadi juara demokrasi tiba-tiba menyokong rampasan kuasa yang dilakukan oleh tentera di Mesir. Tidak terkecuali pihak yang memberikan sokongan ialah negara-negara yang terkenal selama ini menjadi alat Amerika di Timur Tengah.

Allah SWT seringkali mengingatkan kita di dalam Surah al-Fatihah yang kita baca di dalam solat bahawa golongan Yahudi dan Nasrani ialah golongan yang sesat dan dimurkai. Padahal Allah SWT boleh menggunakan kalimah Yahudi dan Nasrani di dalam surah tersebut, namun ia tidak berlaku. Allah SWT menggunakan kalimah yang menandakan sifat mereka iaitu golongan yang sesat dan golongan yang dimurkai. Ia jelas menunjukkan bahawa sekalipun Yahudi dan Nasrani di zaman Rasulullah SAW telah pupus namun sifat mereka diwarisi oleh anak cucu mereka sehingga ke hari kiamat.

Israel mewakili Yahudi dan Amerika mewakili Nasrani sentiasa beruasaha memadamkan cahaya Allah SWT. Mereka lupa bahawa kebangkitan Islam ini umpama air yang mengalir deras. Jika disekat di tepi, ke tengahlah ia mengalir, jika dihalang di tengah, ia menerobos ke atas dan ke bawah. Jika semua arah ia ditahan, ia akan menunggu untuk menghancurkan banteng penghalang. Hari ini, rampasan tentera di Mesir hanya akan menyaksikan kebangkitan lebih besar rakyat Mesir menghancurkan gerombolan secular yang berhajat untuk kembali ke tampuk kuasa.

Saya yakin, Amerika dan Israel akan berterusan memainkan jarum mereka di Timur Tengah. Mereka melaungkan slogan demokrasi namun apabila demokrasi menikam mereka, tanpa malu-malu mereka akan mencabul demokrasi. Lihat sahaja, adakah mereka menghormati pilihan rakyat di Algeria ketika FIS digulingkan? Adakah mereka menghormati pilihan rakyat ketika Najmuddin Erbakan dinafikan hak untuk berkuasa di Turki? Demikian juga yang berlaku di Gaza dan Tebing Barat ketika Hamas memenangi pilihanraya, adakah mereka berpegang kepada prinsip demokrasi?

Itulah Yahudi dan Amerika. Justeru, mereka yang tidak menghormati pilihan rakyat secara demokrasi dan berusaha menggulingkan kerajaan sah dengan membeli wakil rakyat dan sebagainya adalah saudara mara kepada Yahudi dan Amerika. Tidak ketinggalan juga yang melakukan penipuan besar-besaran di dalam pilihanraya lalu mendakwa inilah demokrasi, pun tergolong dalam golongan yang sama.

Berdoalah. Semua pencinta Islam wajib berdoa agar dikembalikan semula pemerintahan Mesir kepada yang berhak.

Salam hormat.

Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)

Bertarikh : 27 Syaaban 1434H bersamaan 6 Julai 2013M

Khamis, 4 Julai 2013

Kesian Perkasa kena perkosa

Sebelum pru 13 sebut saja nama Perkasa dan Braheng Ali memang ada kaitan dengan Umno.Bak kata orang di mana ada Umno di situ ada Perkasa.Di mana ada Perkasa di situ ada Umno.Tapi tu duluuuu masa sebelum pilihanraya..la ni dah jadi lain pulak.Umno sebut nama Perkasa pon dah tak mau dah tak kelapaq dah..hang-hang..aku..aku la! haha..

Ni bukan apa puncanya Umno-BN banyak hilang kerusi dalam parlimen dan tak dapat 2/3 majoriti dalam parlimen.Salah satu puncanya orang bukan Melayu tolak BN kerana Perkasa..itu pendapat Umno.Masa Perkasa dok kelupuq rata ceruk buat jasa kepada Umno,berdemontrasi setiap minggu di Penang,di Selangor dan Kedah sebelum pru 13 Umno sentiasa bersama Pertubuhan Perkosa..la ni tak dak apa dah..Perkasa takat baling kasut ja la.Perkasa dah jadi kain buruk di mata Umno.Habis madu sepah dibuang..kena perkosa abang sendiri.

Berbuih mulut Braheng Ali dok perleceh Najib kini..sebab apa..takkan sebab tak dipelawe jadi senator atau jadi pengerusi mana-mana GLC?Bila kalah dan tak dapat apa mula buat perangai..Pak Braheng dok tibai Najib nak humban Najib dalam perhimpunan Umno ka?Peluang baik untuk tim lawan Najib boleh pakat dengan Braheng Ali humban Najib sebagai Presiden Umno.

Baca;
Adun diberi amaran kaitkan Umno-Perkasa-M'kini

Tabung Haji, UIA Nasib La

Semua orang politik mau kawal segala-galanya.Untuk apa kalau bukan untuk kepentingan politik pemerintah.Senang nak jaga,nak doktrinkan supaya jangan lawan kerajaan,kena taat kepada pemerintah.

Sudah tentu ramai yang celik dan tidak buta fikiran terkejut apabila Rais Yatim dinobatkan sebagai Presiden baru Universiti Islam Malaysia (UIA).Tidak ada orang lain ka di kalangan tokoh akademik dan kakitangan kerajaan untuk pegang jawatan tu?Kenapa dipilih orang yang diragui daripada segi moral untuk dilantik jadi Presiden UIA?

Orang ramai baru saja terkejut dengan pemilihan ahli parlimen Umno Abdul Azeez Abdul Rahim yang dilantik sebagai Pengerusi Tabung Haji.Simpan duit dalam Tabung Haji bukan macam bubuh duit dalam tabung buluh,tabung cap ayam,goncang-goncang boleh ambik duit keluar.Rasa seriyau pon ada ni..jadi macam harimau dok jaga kandang lembu.

Nampak sangat kata Najib kini sedang kawal segala-galanya termasuklah universiti dan Tabung Haji.

"Panjangnya ekor serban bukan jamiman seseorang ulama itu celik politik."-TGNA

TGNA tulih dalam FB
Mesir : Detik Hitam Sedang Berulang

Saya melahirkan rasa sedih dan simpati terhadap apa yang sedang berlaku di Mesir sekarang. Pada saya, inilah saat di mana detik hitam sedang berulang semula dalam sejarah Mesir. 

Saya menyaksikan sidang media tentera yang mengumumkan rampasan kuasa dan diberitakan bahawa Sheikh Al-Azhar juga turut bersama-sama dengan tentera menyokong rampasan kuasa menggulingkan Dr Muhammad Mursi. Ini tandanya tentera tidak yakin dengan kekuatan mereka sendiri lantas menjadikan ulama sebagai sandaran untuk meyakinkan rakyat. Di mana-mana sahaja, ada ulama dipergunakan untuk menentang gerakan Islam. Tebalnya kulit kitab yang dipelajari dan panjangnya ekor serban bukan jamiman seseorang ulama itu celik politik.

Sheikh al-Azhar ialah satu jawatan, jawatan tersebut buat masa sekarang dipegang oleh penjawatnya. Namun ilmu yang ada pada Sheikh al-Azhar turut dimiliki oleh orang lain. Belum tentu jawatan ini kekal dan Allah SWT berhak menggantikan orang lain ke jawatan itu pada bila-bila masa. Samalah juga dengan jawatan mufti. Sesiapa yang menjawat jawatan ini usah sesekali menyangka ia akan kekal selama-lamanya. Sudah berlalu banyak orang yang hanya menjadi alat kepada gerakan sekular untuk melawan Islam. Tiba masanya, mereka dilontarkan ke tepi tanpa sesiapa bepaling lagi ke arah mereka.

Saya yakin rakyat Mesir tidak akan berdiam diri dengan perkembangan ini. Mursi menaiki takhta presiden dengan pilihanraya yang sah bukan dengan jalan penipuan melalui jalanraya. Jika Hugo Chavez, Presiden Venezuela yang pernah digulingkan tentera suatu masa dahulu namun akhirnya kembali semula ke tampuk kuasa kerana tekanan rakyat, saya tidak nampak ia mustahil berulang di Mesir. Kudeta dan diktator bukannya pilihan manusia lagi di era sekarang.

Insya-allah, sebagaimana Sungai Nil yang tidak berhenti mengalir, begitu juga nadi kebangkitan rakyat di Mesir pasti akan terus bergerak. Pada saya, fi zhilalil quran dan maalim fit toriq sedang melahirkan generasinya pada hari ini!

Doa dan solidariti untuk Mesir.

HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)

Bertarikh : 25 Syaaban 1434H bersamaan 4 Julai 2013M



Baca juga;Mursi and Deputy arrested by the military-Crescent Online

Selasa, 2 Julai 2013

Pi la hang pa berambus

RCI: Warga asing beritahu terima kad pengenalan di hutan, kedai kopi

Warga asing yang dipanggil memberi keterangan di Inkuiri Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pendatang asing di Sabah hari ini memberitahu panel  mereka memperolehi kad pengenalan di dalam hutan ketika bekerja di kem balak di Kinabantangan, dan juga di kedai kopi di Kota Kinabalu.
Mameng Saleng, 63, berasal dari Sulawesi memberitahu panel RCI beliau telah menerima kad pengenalan sewaktu bekerja dengan syarikat pembalakan pada 1980an selepas majikannya ketika itu mempelawa kad pengenalan tersebut kepada pekerjanya.
"Pada 1983 pengurus tanya saya mahu IC atau tidak, saya kata mahu ...," katanya kepada panel RCI yang diketuai bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong merujuk kepada kad pengenalan.
Mameng yang memasuki Sabah pada 1981 mengakui, segala urusan dokumentasi kad pengenalan yang ditawarkan kepadanya dilakukan di kem balak berkenaan, tanpa beliau perlu pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
"Saya tangkap gambar, isi borang semua di kem ... tiada surat akuan diperlukan," katanya ketika menjawab soalan pegawai penyiasat RCI.
"Masa itu ada dua lelaki (urus pemberian kad pengenalan) ... saya tidak kenal," katanya, dan menambah, proses mendapatkan kad pengenalan itu hanya mengambil masa sekitar dua bulan.
Bagi tujuan itu, beliau hanya perlu membayar sejumlah RM150, dan tidak pernah terlepas peluang mengundi ketika pilihan raya umum.
Sementara itu, Ahmad Soso, 53, mengakui menerima kad pengenalan di sebuah kedai kopi di Kota Kinabalu selepas bertemu seorang individu berketurunan Bugis bersama tujuh rakannya.
Ahmad yang lahir di Sulawesi berkata beliau hanya perlu membayar RM10 duti stem bagi memperolehi kad pengenalan, tanpa perlu menghadirkan diri ke JPN.-M'insider.
Puak-puak pengkhianat negara,jual negara ni yang patut berambus dari Malaysia bukannya yang dok kritik Umno-BN,SPR,JPN,Polis disuruh halau dari Malaysia.Hang pa duit banyak boleh merasuah rata cerok dunia untuk jadi warganegara lain..

Rasa macam Tabung Haji dan jadi macam Tabung Umno la pulak

Tabung Haji bukan Tabung Umno.Yang ni semua orang faham.Tabung Haji adalah duit pencarum yang simpan duit nak pi kerjakan ibadah Umrah dan Haji disamping dapat dividen setiap tahun kalau carum dengan Tabung Haji.
Awat tak lantik orang lain yang tak ada kena mengena dengan Umno atau yang tak aktif politik untuk jadi Pengerusi Tabung Haji?Lekeh sangat ka, dah tak dak sangat ka orang lain selain si Abdul Azez tu?

Aku pun ada simpan duit dalam Tabung Haji bukan hang pa saja.Sikit banyak itu duit aku.Jadi aku jugak layak komen sebab aku pon pencarum dalam Tabung Haji.Eeee rasa Tabung Haji dah jadi macam Tabung Umno la pulak...

Rasa seram sejuk kaki tangan bila dengaq si Azeez tu dilantik jadi Pengerusi Tabung Haji..bukan apa beringat sebelum kena!Kata orang tua-tua 'dok kirim daging kat harimau pukoi berapa nak boleh makan!'
Baca;
Abdul Azeez Abdul Rahim dilantik Pengerusi Tabung Haji-M'insider