Khamis, 4 April 2013

PRU 13:Peluang untuk rakyat merdeka kali kedua

55 tahun rakyat negara ini dijajah Umno-BN yang menguasai kerajaan pusat.55 tahun juga beribu -ribu kontena dan salah laku pemimpin Umno-BN juga bersepah-sepah di seluruh negara.Rakyat yang tidak peka dengan salah laku pemimin Umno dibuai dengan wang ringgit yang ditabur supaya mereka terus menyokong BN setiap kali berlakunya pilihanraya.

Kini wujud kesedaran di kalangan rakyat walaupun tak semua bahawa apa saja yang diberikan pemerintah kepada rakyat itu adalah wang negara dan wang pembayar cukai bukan harta pusaka Umno-BN.Dulu kita tak ada media alternatif atau media baru macam sekarang.Semua berita kini di hujung jari kita tidak lagi bergantung kepada media arus perdana yang dikuasai Umno-BN sejak merdeka hingga sekarang.Mereka tak boleh lagi nak kencing kita sesuka hati lagi.Mereka ,UMno-BN kini macam cacing yang kepanasan kerana rakyat lebih peka dengan salah laku,rasuah dan penyelewengan wang rakyat yang menjadi barah dalam pentadbiran negara.Jika kita terus jadikan BN sebagai pemerintah selepas pru 13 segala macam penyakit salahguna kuasa tidak lagi akan mampu diubati.Cara terbaik hapuskan semua penyakit ini ialah dengan hapuskan kuasa Umno-BN di peringkat persekutuan dan negeri.

Kita akan jadi rakyat yang benar-benar merdeka daripada penjajahan minda,merdeka seluruh jiwa dan raga jika semua berani buat perubahan dalam pru 13 ini yang kata pemimpin Umno sebagai ibu segala pilihanraya.Malah depa sanggup pertahankan Putrajaya dengan apa cara sekalipun!Pedulikan depa nak pertahankan Putrajaya dengan apa cara sekalipun tapi mereka kena ingat kuasa rakyat lagi hebat daripada sebarang kuasa yang ada kepada regim yang dah tua ini.Jangan lepaskan peluang keemasan ini yang hanya hadir untuk kali ini bukan untuk pru yang ke 14 tapi ini kali lah!

Tak guna kita merungut,membebel selepas pru 13 kerana kos sara hidup kita meningkat kerana kerajaan yang ada ini tidak mampu tolong rakyat turunkan harga petrol,hapuskan tol dan kekang kenaikan harga barang yang semakin melampau.Mereka hanya bagi duit untuk rakyat undi depa dan selepas pru jika parti setan dikenali terus berkuasa kita akan tanggung segala wang yang mereka hulurkan sebelum pilihanraya.Hapuskan kuasa Umno-BN di hari mengundi jika anda mahu merdeka daripada terus dijajah BN buat selamanya.Setan memang bijak menipu jka anda tepedaya lagi anda akan menyesal buat selama-lamanya.

Bijak tak bijak syaitan yang dikenali tipu orang Melayu yang beragama Islam dengan mainkan isu kalimah Allah yang kononnya merekalah juara pertahankan Islam.Di belakang merekalah juara mengimport Kitab Bible berbahasa Melayu yang ada kalimah Allah.Mereka jadikan nama Allah SWT sebagai barang mainan dan dipolitikkan untuk menipu orang Melayu supaya terus jadi hamba abdi mereka, sokong mereka supaya tak hilang kuasa.

Puak Syaitan Yang Dikenali kini merayu-rayu kepada rakyat supaya bagi lagi mandat kepada mereka untuk terus berkuasa.Tak maluka dok berlakon tak habis-habis minta simpati rakyat?

Rabu, 3 April 2013

"Jangan bagi mandat baru kepada BN perintah negara ini", kata Mahasiswa



PISANG EMAS DIBAWA BELAYAR
MASAK SEBIJI DI ATAS PETI
HUTANG BN RAKYAT BAYAR
TOLAK BN DI PETI UNDI

Najib tak yakin BN menang lagi pru 13

PM jamin peralihan kuasa akan aman
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini memberi jaminan bahawa sebarang peralihan kuasa selepas pilihan raya umum ke-13, jika ada, akan berlangsung dengan aman.

Bercakap ketika mengumumkan pembubaran Parlimen hari ini, Najib menegaskan, kerajaan sedia ada sentiasa menjunjung prinsip demokrasi, tekad tranformasi politik yang dilaungkan serta komitmen dalam menghormati suara rakyat.

"Saya ingin jamin, kerajaan sedia ada akan meneruskan tugas sesuai dengan undang-undang sehingga selesai pilihan raya. 

"Saya juga ingin menyeru, jika berlaku sebarang peralihan kuasa, ia akan berlangsung secara aman dan terbit. Ini iltizam kita untuk menjunjung prinsip demokrasi," katanya.-M'kini

Punya ketaq nak bubar parlimen Najib tersasul kata 'Rabu 3 April 2012' parlimen dibubarkan

Cuba dengar baik-baik pada minit 0,25-0.30

Parlimen sudah dibubarkan jom kita lawan tumbangkan 'parti syaitan yang dikenali'

Akhirnya Parlimen dibubarkan

 Dewan Rakyat telah sah dibubarkan, pembubaran tersebut baru sahaja diumumkan oleh Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi dalam penampilan secara langsung melalui stesen televisyen nasional sekaligus memberikan laluan untuk pilihan raya umum (PRU) ke-13 diadakan.
The Malaysian Insider difahamkan pilihan raya umum bakal diadakan selewat-lewatnya 20 April ataupun seminggu selepas itu pada 27 April, bergantung kepada kesediaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Perdana menteri mengatakan telah bertemu Yang Di-Pertuan Agong pagi ini dan mendapat perkenan Tuanku untuk membubarkan  Parlimen. Difahamkan 11 Dewan Undangan Negeri (DUN) juga akan dibubar hari ini dan esok untuk memberi laluan kepada PRU.
DUN Negeri Sembilan telahpun terbubar secara automatik pada 27 Mac lalu manakala Sarawak telah  mengadakan pilihan raya negeri pada April 2011.
Pilihan raya terakhir yang berlangsung di dalam negara adalah pada 8 Mac 2008, namun Najib yang memegang tampuk pemerintahan  empat tahun lalu telah mengambil masa agak lama untuk membubar Parlimen kali ini.
“Jika saya perdana menteri, saya sudah pun mengadakan pilihan raya tahun lepas. Semua penantian ini... sebulan, dua bulan, tiga  bulan... ia tidak akan berakhir,” kata mentor Najib dan juga bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semasa sidang media  pada 27 Mac lalu.
Najib merupakan perdana menteri paling lama tanpa mandat sendiri daripada rakyat, mengatasi bapanya Tun Abdul Razak Hussein  yang berkhidmat sebagai perdana menteri Malaysia kedua daripada 22 September 1970 hingga hari pilihan raya pada 24 Ogos 1974.
SPR akan bertemu dalam beberapa hari lagi untuk menetapkan tarikh penamaan calon dan hari mengundi yang mesti diadakan dalam  tempoh 60 hari bermula dengan notis pembubaran disetiap DUN yang masih belum dibubarkan.
Ahli politik daripada parti pemerintah Barisan Nasional (BN) dan pembangkang Pakatan Rakyat (PR) akan bertarung untuk merebut 222 kerusi  parlimen dan 505 kerusi DUN pada Pilihan Raya 2013, The Malaysian Insider difahamkan ia bakal berlangsung dalam tempoh sebulan  ini.
Sumber juga mendedahan akan terdapat ramai muka baru walaupun Najib selaku pengerusi BN turut dijangka akan mengekalkan beberapa pemimpin veteran untuk kesinambungan, terutamanya mereka memperoleh markah tinggi dalam kad laporan tahunan kerajaan yang telah diumumkannya pada 19 Mac.
Pemimpin negara berusia 59 tahun tersebut yang mana penilaian kelulusan peribadi kekal melebihi 65 peratus telah menjelajah ke  seluruh negara sejak beberapa bulan ini bagi melonjakkan sokongan kepada beliau dan BN pada pilihan raya kali ini.
Beliau juga melaungkan kejayaan program transformasi kerajaan sejak tiga tahun lalu dan memberikan pemberian wang tunai kepada semua  demografik dalam pelbagai bentuk skim bertujuan untuk membantu lima juta keluarga yang berhadapan dengan impak  ekonomi global.
Langkah tersebut telah dikritik sebagai langkah untuk memancing pengundi pada pilihan raya umum yang bakal menjelang,  termasuklah kenyataan kontroversi Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyamakannya sebagai  memberikan makan kepada haiwan untuk mendapatkan sokongan.
Penganalisis menekankan inisiatif dibawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) telah  menyumbang kepada perkembangan KDNK negara 6.4 peratus dari setahun ke setahun dalam suku keempat tahun lepas.
Seramai 13.3 juta pengundi, termasuk 3,000 yang menetap di luar negara telah mendaftarkan diri sebagai pengundi pada pilihan raya  kali ini yang dilihat paling sengit dan penting untuk seluruh rakyat Malaysia.
Pegawai rasmi kerajaan menjangka kerajaan sedia ada akan mendapat majoriti tradisi dua pertiga mereka dengan memenangi  sekurang-kurangnya 160 kerusi walaupun pada masa sama juga PR yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim juga yakin untuk  menang.
Kajian bebas menunjukkan BN mungkin boleh memenangi pilihan raya tetapi tipis dengan memperoleh 117 kerusi berbanding PR  dengan 105 kerusi sahaja.-The Malaysian insider

Hari ni hari Rabu 3-4-13 ramalan saya hari pembubaran yang akan bawa malapetaka buat Umno-BN-:)

Ketua Wanita PKR cabar Menteri Wanita (Najib) bertanding di parlimen Ampang

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin yang juga ahli parlimen Ampang mencabar PM Najib bertanding di parlimen Ampang dalam pru 13 .Beliau buat cabaran itu dalam ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Kampung Dato' Sulaiman Menteri ,Johor malam tadi.Kata Zuraida ,"Najib seorang PM yang paling pengecut kerana tidak berani bubar Parlimen dan Najib yang juga merangkap Menteri Wanita saya cabar bertanding dengan saya di parlimen Ampang."

Kalau ada lagi macam Nan Yaakob jadi MB apa boleh buat

Saya tak kata MB Pahang Adnan Yaakob tu bodo ka tak cerdikka tapi u all semua boleh pikir sendiri la apabila dia buka mulut berkata-kata.Semalam Nan Yaakob ulas isu pembubaran parlimen Nan Yaakob kata  jika parlimen bubar hari ni Dun Pahang pun turut bubar.Nan Yaakob sambung lagi dengan kata,“Tapi, saya percaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ada strateginya tersendiri. Lagipun, banyak lagi perancangan seperti Program Transformasi Kerajaan (GTP), Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) yang perlukan perhatian,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Baucar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 di Kompleks SUKPA, di sini, hari ini.

Woii nak tunggu GTP dan ETP tak payah buat pru la buat ja tahun depan.Takat jadi MB nak bagi duit BR1M ja Ketua Cawangan Umno pun boleh bagi.Nan Yaakob juga pernah kata nak potong telinga kalau PR menang di parlimen Bentong."... DAP tidak boleh menang di Bentong. Tidak boleh menang. Jika DAP menang di Bentong, anda potong teliga saya, saya terjun Sungai Pahang. (DAP) tidak boleh menang," katanya.Kiasan pun kalau nampak tak cerdik sebagai MB nampak bingai, buat malu orang Pahang ja.

Apa boleh buat yang tu ja yang ada di Pahang layak jadi MB.Sejarah buktikan bahawa Nan Yaakob juga pernah buat isyarat lucah semasa kempen pilihanraya di Pahang.Tapi beliau tetap dipilih sebagai MB.Umno kalau pasal cerita bab seks dan lucah ni depa memang juara la sejak dulu ,kini dan selamanya.

Negeri Pahang paling besar dan luas di Semenanjung tapi otak MB besaq semut pun tak ada untuk jadi contoh yang baik.


Najib berdebar garu telinga
Rosmah menjerit tarik gebar
Rakyat ternganga menunggu berita
Mendengar berita parlimen tak bubar

Selasa, 2 April 2013

Duit Petronas bukan harta pusaka Umno


Najib gesa pekerja Petronas sokong BN, umum pemberian RM1,000

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan hari ini “tanda penghargaan” RM1,000 kepada semua pekerja syarikat minyak negara Petronas, menjelang pilihan raya yang dijangka tidak lama lagi.
Najib, yang juga Menteri Kewangan bertanggungjawab untuk menjaga Petronas, mengatakan pemberian tunai itu adalah tanda penghargaan Putrajaya diatas sumbangan syarikat tersebut kepada ekonomi.
“Ahli lembaga pengarah dan pihak pengurusan telah mencadangkan pemberian kecil untuk menggembirakan pekerja.
“Akhirnya, saya bercadang untuk menerima cadangan tersebut. Sebanyak RM1,000 akan diberikan kepada semua pekerja sebagai tanda penghargaan jadi belanjakannya dengan bijak,” katanya dihadapan 4,000 pekerja Petronas di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini.-M'insider.
Bagi BR1M kena sokong BN,bagi tayar kat drebar Teksi kena sokong BN,bagi laptop kat anak Felda kena sokong BN,bagi duit Petronas kena sokong BN.Ingat harta negara harta pusaka Umno-BN?Royalti minyak untuk rakyat Kelantan awat tak berani bagi?
Nak menang pru kena merasuah dan beli undi.Agak-agak kalau Umno tak merasuah duit boleh ka Umno-Bn berkuasa lagi?

Najib pecah rekod dunia sebagai pemimpin yang suka tabur wang dan janji untuk menang pilihanraya.Perkara ini jika berlaku di Jepun,Korea Selatan,Amerika Syarikat sudah lama diheret ke penjara.

Ustaz Dap cabar Lebai Umno debat dalam bahasa Arab

Ustaz DAP cabar ulama pro-Umno debat
Ustaz DAP Syed Araniri Syed Ahmad Al Idrus mencabar dua ulama pro-Umno untuk berdebat dalam Bahasa Arab.

Syed Araniri yang juga ketua DAP Taman Wira berkata, surat cabaran bertarikh 26 Mac itu ditujukan kepada pegawai khas agama kepada menteri besar Terengganu, Kamal Sadin dan pengasas sebuah sekolah agama Abdullah Sa'amah.

NONECabaran itu dibuat ekoran Kamal dan Abdullah berpendapat bahawa haram bagi umat Islam menyokong DAP, kata Syed Araniri.

"Kenyataan mereka tidak bertanggungjawab dan tidak bermoral, dan bertujuan mencetuskan perbalahan dan ketegangan antara kaum dan agama," katanya.

Beliau juga menuduh Kamal dan Abdullah mengeluarkan fatwa secara sewenang-wenangnya untuk tujuan publisiti diri sendiri.

Debat dalam Bahasa Arab, jika menjadi kenyataan, merupakan yang pertama seumpamanya dalam situasi politik negara ini.-Gambar dan berita Malaysiakini

Zulkifli Noordin kaki temberang?

Saya baca dalam blog Penarikbeca15.blogspot.com apabila Zulkifli Noordin pusing jam ke belakang dakwaan beliau hina agama Hindu semasa beliau duduk dalam Pas lagi dan berceramah depan orang Pas.Kata Penarik Beca;
"Pernah sekali saya bertemu dengan Zulkifli Nordin dalam ceramah PAS. Waktu itu saya jadi drebar seorang penceramah PAS. Zulkifli Nordin datang dengan Pak Salleh Bakar. Memang waktu itu mereka selalu bergerak berdua. Zulkifli Nordin berceramah dan Pak Salleh pula baca puisi.

Ketika makan di rumah tuan rumah di mana ceramah itu diadakan, saya kata kepada Zulkifli Nordin, "Awat hang ni ceramah kira nak membohong ja?!" Dengan muka yang langsung tak nampak rasa bersalah, Zulkifli Nordin hanya tersenyum sahaja. Seorang pekerja Pejabat Agung PAS yang selalu memandu kereta yang dinaiki oleh Ustaz Fadzil menceritakan bahawa Almarhum Presiden PAS itu tidak suka berjumpa dengan Zulkifli Nordin."
Baca di
sini.

Seronok jadi pencacai Umno na..cukup dengan penafian dalam media mereka tak akan didakwa.Kalau Tian Chua,Anwar ,pemimpin Pas buat lagu tu kena baling batu,kena serang dengan kayu dan telor tak kira la isu apa pon pantas dan cepat diheret ke balai polis,didesak mohon maaf.

Isnin, 1 April 2013

Lahad Datu:Semakin kelakar

Persoalan timbul apa hubungan Datuk Seri Muhammad Ridzwan yang menyerah diri kepada pihak polis yang dikaitkan dengan kes Lahad Datu dengan beberapa pemimpin Umno termasuk Najib?Gambaq 'Datuk Lahad Datu' tu begitu mesra sekali dengan pemimpin Umno.Ini bukan sandiwara tapi betul-betul.

Persoalan juga timbul dengan gelagat samseng Umno yang buat kacau depan pejabat PKR yang tuduh Anwar dan Tian Chua sebagai pengkhianat negara dalam isu Lahad Datu.Bila samseng Umno nak tunjuk berani depan Datuk Muhammad Ridzwan yang mesra pemimpin Umno?

Adakah 'Datuk Lahad Datu' tu akan kata beliau diperalatkan oleh parti pembangkang termasuklah Anwar supaya biayai pengganas Sulu serang Lahad Datu?Macam-macam boleh jadi!

Satu persatu dalang Lahad Datu dicari rupanya duduk dalam kelambu Umno!Papagomo yang jadi juara fitnah dan pakar dalam sebar fitnah seks juga adalah blogger yang mesra pemimpin Umno.Semua Umnoooo habis tu takkan nak tuduh orang lain?Haha

Baca ;
'Datuk Seri' yang dicari dilihat bersama Najib-Harakahdaily
Muhammad Ridzwan serah diri bantu siasatan-Malaysiakini
Perisik negara diguna untuk politik BN-Left Jen Ghaffir-Keadilandaily.com

Muhyiddin tak sabar dah nak ganti Najib

Muhyiddin Yaasin macam dah tak sabar nak ganti Najib selepas pru 13 dengan berkata;

"Saya tidak fikir perdana menteri akan tunggu habis tamat tempoh parlimen lima tahun, baru beliau akan bubar.
"Saya rasa tak fikir begitu, pilihan raya akan diadakan dalam tempoh beberapa minggu bulan April ini," kata Muhyiddin  semasa berucap dalam satu majlis Himpunan Barisan 1Malaysia di Titiwangsa petang ini.
Muhyiddin juga menyedari tentang rungutan orang ramai yang mula bertanya bilakah pilihan raya akan diadakan tetapi berharap mereka bersabar dan apabila tiba masanya laksanakanlah tanggungjawab masing-masing.
"Pilihan raya tidak lama lagi... saya tahu rakyat kata lama menunggu, penat menunggu.
"Tapi saya yakin mereka yang lama menunggu ini adalah kerana tidak sabar untuk memangkah Barisan Nasional," kata Muhyiddin yang disambut dengan sorakan hadirin yang terdiri daripada wakil-wakil badan bukan kerajaan dan masyarakat setempat.-petikan laporan The malaysian insider
Bukan rakyat tak sabar nak undi BN tapi rakyat dah tak sabar nak tumbangkan BN sementara Muhyiddin syok sendiri nak jadi PM jika BN berkuasa lagi.Muhyiddin saja buat gempaq menakut-nakutkan Najib dengan tarikh pembubaran parlimen.