Selasa, 23 Ogos 2011

Seorang demi seorang diktator tua tumbang

Gaddafi dah hilang tiga anaknya ditahan

Bermula dengan kejatuhan rejim Ben Ali bekas Presiden Tunisia , Mubarak bekas Presiden Mesir kini Presiden Libya Kolonel Muammar Gaddafi menerima nasib yang sama seperti Ben Ali dan HOsni Mubarak.Sebelum jatuh masing-masing bercakap besar mampu bertahan mengekang kebangkitan rakyat mereka tapi akhirnya mereka tewas.

Setelah berkuasa selama 42 tahun Muammar Gaddafi kena terima hakikat bahawa beliau telah hilang kuasa apabila bandar Tripoli jatuh kepada pihak pejuang yang melawan Gaddafi yang turut dibantu tentera asing Nato.Memang kita tidak suka dengan kehadiran tentera asing campurtangan di Libya tapi itulah yang terjadi kepada nasib negara Libya yang hampir sama macam Iraq.

Kehadiran tentera asing di Libya mungkin kerana Libya negara Afrika terbesar pengeluar hasil minyak daripada benua tersebut.Nato tidak campurtangan di Mesir dan Tunisia kerana dua negara tersebut tidak sama sepeti Libya yang ada banyak minyak.

Apa pun rakyat Libya sendiri sudah muak dan bosan dengan Presiden mereka sendiri Gaddafi yang ada kuasa mutlak dalam menentukan sebarang urusan pentadbiran negara.Undang-undang berada di tangan Gaddafi dan anak-anaknya bukan pada lain-lain badan kerajaan di negara tersebut.Rakyat jadi geram, marah dan dendam kepada Presiden Gaddafi.Akhirnya perasaan dendam dan marah mereka diluahkan dengan mengangkat senjata melawan kezaliman Gaddafi tanpa rasa takut dan sanggup mati untuk bebaskan Libya daripada cengkaman Gaddafi selama 42 tahun.

Kini Gaddafi sudah dianggap tewas dan menghilangkan diri manakala anak-anaknya telah ditangkap.Apa lagi yang mampu dilakukan Gaddafi?

Pemimpin yang berjiwa rakyat, adil dan menjaga kebajikan rakyat tidak akan jadi seperti Gaddafi, Ben Ali dan Mubarak.Rakyat akan menyanjung tinggi pemimpin yang adil terhadap rakyatnya walaupun selama mana ia berkuasa.Tapi kalau zalim, tangkap rakyat tanpa bicara di mahkamah, tendang dan terajang rakyat yang tangan kosong sesuka hati lepas tu tak mengaku kata pukul rakyat, terajang rakyat yang berhimpun secara aman tunggulah saat-saat kehancurannya !

Pemimpin yang boros, perabih harta rakyat untuk kayakan anak-bini dan kroni sudah tentu tak senang duduk dengan apa yang terjadi di dunia Arab-Afrika ketika ini.Tempiasnya tetap ada , tidur mereka tak lena memikirkan nasib mereka jika kalah dalam pilihanraya akan datang.

Umno-Bn dah berkuasa di negara ini selama 53 tahun kena ingat bahawa tidak ada kerajaan yang kekal berkuasa selama-lamanya.Hanya kerajaan Allah SWT saja yang kekal.Semoga apa yang terjadi di Libya tidak terjadi di negara kita.Kita akan tumbangkan BN melalui sistem pilihanraya yang adil dan telus.Tunaikan 8 tuntutan Bersih 2.0 kalau tidak rakyat terpaksa turun sekali lagi dijalanraya untuk Bersih 3.0.

Berkaitan;
Pockets of resistance as rebels claim Tripoli -Aljazeera
Fighting rages for Libyan Capital-BBC News


Isnin, 22 Ogos 2011

Umno -BN main silap mata

Selepas demo Bersih 2.0 Julai lalu yang menekan kerajaan supaya 8 tuntutan Bersih 2.0 untuk reformasikan pilihanraya di negara ini, PM Najib pun cadangkan penubuhan Jawatankuasa Khas Parlimen mengenai reformasi pilihanraya.

Harus diingat hingga sekarang tak ada satu pun tuntutan Bersih 2.0 ditunaikan kerajaan Umno-BN yang dah berkuasa 50 tahun lebih di negara ini.Yang ada cadangan penubuhan Jawatankuasa Khas Parlimen mengenai pilihanraya.

Pas dan PR yang tertarik dengan cadangan PM Najib nak tubuh JK Parlimen ini terlupa kata tak ada satu pun tuntutan Bersih 2.0 mengenai sistem pilihanraya mau dilaksanakan dalam pilihanraya.Malah Pas dan PR minta jadi ketua Jawatankuasa Khas Parlimen yang nak ditubuhkan Najib untuk baik pulih pilihanraya.

Mendengar akan permintaan Pas dan PR nak jadi ketua JK Parlimen itu maka berkatalah sang Menteri Di Jabatan Perdana Menteri , Datuk Nazri Aziz yang pandai cakap tapi cakapnya tak berapa cerdik dan pandai main silap mata berkata 'Muktamad, Menteri BN ketuai panel khas parlimen'.Padan muka hang pa terpengaruh dengan perangai lunak pemimpin Umno-Bn yang pandai putar belit bila bercakap.Lepas tu PM Najib pula kata PRU 13 boleh dipanggil bila-bila, tak terikat dengan panel parlimen.

Saya katakan ini semua cadangan demi cadangan hanya sekadar untuk menyejukkan darah rakyat yang marah dengan sistem pilihanraya yang kotor di negara ini.Kalau pilihanraya diadakan sebulan dua ini apa fungsi yang boleh dimainkan JK Parlimen tersebut tanpa melaksanakan 8 tuntutan Bersih 2.0 supaya pilihanraya jadi telus ?Tambah -tambah bila Nazri tu kata ketua JK Parlimen mesti orang BN!Link
Peranan JK ini bila berketuakan orang BN hanya akan jadi macam SPR yang hanya jadi jurucakap Umno bila buka mulut.Jadi macam lain-lain ketua organisasi kerajaan yang penting bila buka mulut saja cakap macam ikut lubang keluar taik!

Dulu-dulu kalau kita pergi ke pasar malam kita akan lihat orang meniaga ubat tradisional .Untuk lariskan jualannya maka tukang jual ubat akan main pertunjukkan silap mata dan keluarkan haiwan liar untuk dipertontonkan kepada orang ramai yang lalu-lalang supaya berhimpun beramai-ramai di tempat tukang jual ubat berniaga.Umno-BN pun lebih kurang orang meniaga ubat di pasar malam saja tak lebih daripada itu.

Takziah kepada keluarga Allahyarham Azizi Hj Abdullah penulis novel dan cerpen yang telah meninggal dunia.Moga roh beliau dicucuri rahmat dan diampun kan segala dosa.

Sabtu, 20 Ogos 2011

Tak habis-habis dengan cakap bodoh


SPR dakwa kesilapan daftar pemilih hanya 0.0001 %-Malaysiakini

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof hari ini mengakui memang terdapat kesilapan dalam daftar pemilih tetapi mendakwa ia cuma mewakili hanya 0.0001 peratus daripada sejumlah 12.4 juta pengundi berdaftar.

"Meskipun jumlahnya kecil, hanya 0.0001 peratus berbanding 12.4 juta, tetapi kita masih membersihkannya setiap hari,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat SPR di Putrajaya hari ini.

abdul aziz yusof spr by election bukit gantang selambau 120209 06Abdul Aziz mengulas laporan media mengenai kesilapan yang terdapat dalam daftar pemilih termasuk pengundi yang mempunyai dua identiti, seorang pengundi yang diberikan nama 'Kg Baru' dan pengundi dengan nombor MyKad yang tidak wujud.

"Kita manusia, kita semua buat kesilapan... wartawan juga kadang-kadang buat laporan salah. Sama juga dengan kerani saya... Tolong jangan tonjolkan (kesilapan kami), ini tidak adil.”

Beliau juga membidas pihak pembangkang dan media Internet kerana memperbesar-besarkan apa yang didakwanya sebagai “kesilapan kecil”.

"Harap-harap mereka yang berminat membersihkan daftar pemilih bersama kami - PAS dan satu lagi yang selalu hubungi kami - Malaysiakini, saya tidak tahu sama ada kamu (wartawan Malaysiakini) ada di sini atau tidak - jika kamu ada perangkaannya, sila hantar kepada kami supaya kami dapat mengesahkannya. Kenapa tidak kita bersama membersihkannya (daftar pemilih)?

"Tetapi (sebaliknya) mereka laporkan di media, satu atau dua kes dan mereka memperbesar-besarkannya, menjadikan seolah-olah tiga perempat daftar pemilih itu kotor ; tetapi jumlah sebenar amat kecil,” kata Abdul Aziz.-M'kini.

Sejak pilihanraya diadakan hingga sekarang perkara yang sama timbul.Dulu hanya pengundi hantu.Pilihanraya 2004 di Selangor tambah masa mengundi hingga 2 jam.Kini isu besar rakyat asing, pendatang haram boleh jadi pengundi dikatakannya hanya sebesar kuman.Mula-mula memangla kecil peratusnya tapi bila dah lama-lama kalu tak dibongkar boleh jadi api yang marak menyala.

Kalau tak dibongkar sapa yang untung? Ha ha Umno -Bn yang untung.Umno-Bn akan terus berkuasa perintah negara ini jika pilihanraya tidak telus ..sampai kiamat ! Sampai bila-bila pemimpin Umno akan terselamat daripada segala skandal salah guna kuasa jika pilihanraya penuh dengan penipuan!

Jumaat, 19 Ogos 2011

Askar pencen cakap tolong pangkah undi , askar belum pencen nafi tolong pangkah

Baca dua laporan berita di bawah dan fikir dengan sedalam-dalamya siapa yang cakap bohong.Kalau askar pencen sokong PR depa dituduh makan upah dan kena peralat tapi kalau sokong Umno itu baru dikira cakapnya betul!

Bekas tentera mengaku 'tolong pangkah' undi
-Harakahdaily

Empat bekas anggota tentera mengakui pilihanraya di negara ini tidak bersih dan tidak adil, sehingga mereka sendiri mengakui pernah memangkah ribuan kertas undi pos anggota-anggota tentera lain dan kertas-kertas undi isteri anggota tentera, atas arahan pegawai atasannya.

Ketika itu, mereka melakukannya tanpa rasa bersalah setelah diarahkan berbuat demikian, tambahan pula mereka sendiri tidak pernah mengambil berat soal pilihanraya, pembuangan undi dan politik tanah air.

Seorang bekas tentera, Mohamed Nasir Ahmad, 50, mengakui pernah memangkah 400 kertas undi pos bagi pihak anggota tentera lain pada pilihanraya umum tahun 1986 lalu ketika bertugas di Sabah. (Duduk: Pertama dari kanan, Mejar (B) Risman Mastor (berkopiah), Mohamed Nasir Ahmad dan paling kiri (bersebelahan dengan Suhaizan Kaiat), Mohd Kamil Omar. Berdiri: Pertama dari kanan, Kamaruzaman Ibrahim. )

Menurut beliau, perbuatan itu dilakukan setelah menerima arahan pegawai atasannya dan arahan itu pula dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab sesuai dengan disiplin tentera.

"Saya bertugas di bahagian perkeranian. Saya bertugas di Sabah selama 4 tahun. Sebelum bertugas di Sabah, saya pernah bertugas di Mindef dan kemudian di beberapa tempat lain lagi.

"Walaupun arahan dan pekerjaan itu hanya sekali sahaja saya terima dan saya lakukan sepanjang saya berkhidmat dalam tentera sehingga saya bersara cukup tempoh pada tahun 1998 lalu, tetapi saya tetap rasa bersalah sehingga sekarang," jelasnya pada sidang media di Pejabat Agong PAS, di sini, hari ini.

Seorang lagi bekas anggota tentera, Kamarulzaman Ibrahim, 53, mengakui telah memangkah ribuan kertas undi pos selama 3 hari sehingga lenguh.

Perbuatan tersebut dilakukan setelah menerima arahan dari pegawai atasannya pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-7 pada tahun 1986 lalu ketika sedang bertugas di Kem Terendak, Melaka.

Beliau yang bertugas sebagai kerani tadbir menjelaskan, selain memangkah kertas-kertas undi pos tentera sebanyak dua karung dengan angka ribuan itu, beliau turut menandatangan setiap borang yang dikepilkan bersama kertas-kertas undi tersebut.

"Ketika memangkah kertas-kertas undi itu, saya terpaksa menggunakan tiga jenis pen berlainan warna bagi mengelak dikesan. Jumlahnya memang banyak, sebanyak 2 karung, tetapi saya tak tahu jumlahnya, yang nyata ribuan, hingga lenguh tangan.

"Pen tiga batang ada dalam kocek saya dan saya isu borang sampai terpaksa tanggal baju kerana panas sebab dulu mana ada kipas. Saya perlu isi banyak nama dan pangkah banyak borang, jadi pen nak kena banyak,” katanya yang bersara pada tahun 1991 lalu.

Beliau yang tinggal di Johor turut mengakui kertas-kertas undi pos yang dipangkahnya itu melibatkan anggota-anggota tentera di seluruh negara dan melibatkan pengundian untuk kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun).

"Saya berbuat demikian kerana "sekadar menurut perintah." Kini saya sedar apa yang saya lakukan itu adalah salah. Jadi saya turut tampil membuat pengakuan pada hari ini supaya semua orang tahu mengenai kepincangan pilihanraya di negara kita," katanya.

Sementara itu, Mejar (B) Risman Mastor, 64, pula mengakui turut diarahkan memangkah puluhan kertas undi pos ketika bertugas di Kem Kampung Sawah, Port Dickson, Negeri Sembilan pada PRU tahun 1978 lalu.

"Jika kepada rakan-rakan saya yang lain, mereka diarahkan memangkah BN, kepada saya berbeza pula. Saya diarah oleh pegawai atasan saya supaya memangkah pembangkang sebagai tanda protes kepada kerajaan.

“Puncanya, ketika itu kami marah pasal gaji sebab ketika itu gaji kami sangat rendah jika hendak dibandingkan dengan guru. Kami dianaktirikan, kami berjuang demi negara, kawan-kawan kami ada yang kudung kaki, kami berjuang demi mempertahankan negara, tapi apa yang kami dapat?”

"Disebabkan tidak puas hati dengan perkara itu, pegawai atasan kami telah mengarahkan saya memberikan undi kepada pembangkang, walaupun jumlahnya sekitar 20 hingga 30 kertas undi sahaja," katanya yang bersara pada tahun 1996 lalu.

Manakala seorang lagi bekas tentera, Mohd Kamil Omar, 49, dari unit Komandor TUDM menjelaskan, meskipun tidak pernah menerima arahan memangkah kertas-kertas undi pos, tapi beberapa karung kertas undi pos yang telah dipangkah oleh rakan-rakannya bagi pihak rakan-rakan tenteranya yang lain pernah dilihat dengan jelas di hadapan matanya sendiri.

"Namun ketika itu, kami anggota tentera tidak mempedulikan sangat tentang politik, tentang pilihanraya. Kami tak pernah mengambil tahu sama ada pilihan raya di negeri kita besih atau tidak, adil atau tidak.

"Kini menerusi perjuangan Bersih 2.0, barulah banyak anggota tentera yang sedar mengenai perkara itu. Mujur jugalah adanya perjuangan Bersih 2.0. Kalau tidak banyak anggota tentera akan terus tidak mengetahui perkara itu, malah ada yang langsung tak tahu hak mereka sendiri dalam pilihanraya," ujar beliau.

Kunjungan mereka ke Pejabat Agung PAS ditemani Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi, Dewan Pemuda PAS Malaysia yang juga Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat.-Harakahdaily

Tentera sangkal undi diseleweng-Malaysiakini

Angkatan Tentera Malaysia hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan manipulasi undi pos yang dibuat oleh empat bekas anggotanya semalam.

NONEPanglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin (kanan) bagaimanapun tidak menyalahkan bekas anggota berkenaan yang didakwanya "mungkin telah dipergunakan sebagai alat."

"Saya sudah periksa (dakwaan itu). Sebab itu saya berani menyangkal.

"(Dakwaan) itu tidak betul, tidak ada kesahihannya," katanya lagi yang mencabar supaya bukti dikemukakan untuk mengukuhkan dakwaan.

Beliau sebaliknya menyalahkan Pemuda PAS yang menganjurkan sidang media menampilkan empat orang bekas tentera tersebut.

"Saya tidak mahu salahkan bekas tentera saya. Mungkin mereka ada kekurangan masing-masing.

"Saya boleh ibaratkan (tindakan Pemuda PAS) sebagai tindakan pengkhianatan sebab ambil kesempatan," katanya lagi ketika ditanya sama ada angkatan tentera akan mengambil tindakan ke atas bekas anggota berkenaan.

Ketika ditemui selepas itu, Zulkifeli dengan tegas berkata tindakan memangkah undi bagi pihak anggota lain seperti didakwa itu "tidak boleh berlaku."

"Macam mana ia boleh berlaku, kita tidak akan benarkan ia berlaku," tambah Zulkifeli lagi, mengulas dakwaan yang ditimbulkan bekas anggota tentera itu bahawa mereka diarahkan untuk memangkah ribuan kertas undi semasa pilihan raya sebelum ini.Baca semua di sini.

Semua dah jadi SPR nafi, nafi, nafi tengok-tengok memang betoi pun rakyat asing boleh jadi pengundi di negara ini kerana dah dapat IC.Kita koreklah segala kebusukan pemerintah tapi hanya dengan satu ayat saja iaitu "kami nafi' semua kira settle!

Selepas Mas , Tony Fernandez kuasai kelab bolasepak Inggeris Queens Park Rangers

Tony Fernandez kini pemilik baru kelab Queens Park Rangers-M'insider

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes hari ini muncul sebagai pemilik majoriti baru kelab bola sepak Perdana Inggeris, Queens Park Rangers (QPR) dengan memiliki 66 peratus saham.

Menurut laporan The Guardian hari ini, beliau memiliki pegangan itu dengan membelinya pada harga £35 juta (RM168 juta).

Fernandes (gambar) dilaporkan membeli keseluruhan pegangan dimiliki Bernie Ecclestone dan harga itu juga dikatakan sama dengan kadar pelaburan Ecclestone dan rakannya Flavio Briatore pada 2007.

Dengan perkembangan ini, Fernandes menjadi tokoh terbaru dalam senarai ahli perniagaan dari Asia melabur dalam kelab-kelab bola sepak Inggeris. Sebelum ini, bekas Perdana Menteri Thailand yang kini dalam buangan, Thaksin Shinawatra membeli Manchester City dan hartawan Hong Kong Carson Yeung membeli Birmingham City.

“Saya sentiasa mahu terlibat dalam bola sepak dan rayuan sebuah Kelab London seperti QPR, adalah satu peluang yang sukar untuk diketepikan begitu sahaja,” kata Fernandes lagi.

“QPR merupakan berlian mentah dan moga-moga saya boleh menyumbang untuk menjadikannya satu berlian. Saya mahu peminat-peminat bangga dengan apa yang kami lakukan dan terlibat bersama sejauh yang boleh,” kata beliau lagi.

Laporan semalam menyebut beliau bakal membeli saham pemilik Formula 1 Ecclestone yang merupakan pemegang saham utama dalam QPR dengan urus janji itu kemungkinan diumumkan dalam waktu terdekat.

Ecclestone memegang 66 peratus saham kelab itu, bersama-sama hartawan besi dan keluli dari India Lakshmi Mittal, seorang lagi pemegang saham utama dengan 33 peratus dan bekas ketua pasukan Renault Formula 1, Flavio Briatore memiliki satu peratus.

Ecclestone merupakan pemegang saham utama kelab itu sejak lima tahun lepas dan beliau telah sejak sekian lama mahu menjualnya.

Fernandes, yang juga pemilik pasukan Team Lotus Formula 1, menghangatkan lagi spekulasi pengambilalihan itu pada Sabtu lalu apabila beliau menyaksikan kekalahan pasukan itu 4-0 kepada Bolton dari kotak pengarah di Loftus Road.

Wall Streets Journal semalam melaporkan Fernandes bakal membeli 51 peratus pegangan dalam kelab itu daripada Ecclestone dan beliau dikatakan akan membeli saham itu bersama-sama Mittal, yang sudah memiliki sepertiga saham kelab itu.

Sebuah lagi akhbar, Financial Times juga melaporkan Fernandes bakal mengambil alih saham majoriti QPR seawal Isnin tetapi mengingatkan urus janji itu masih belum dimeterai dan mungkin akan tertangguh atau malahan batal berikutan pihak-pihak perlu mencapai persetujuan pada butiran muktahir.

Fernandes, peminat West Ham, telah beberapa kali cuba dan gagal membeli West Ham United, kelab bola sepak utama di timur London.

Minggu lepas, Fernandes menerusi Tune Air telah memperoleh kawalan tidak rasmi Malaysian Airline System dengan memegang 20.5 peratus saham dalam syarikat penerbangan kebangsaan itu menerusi perjanjian pertukaran saham dengan cabang pelaburan kerajaan Khazanah Nasional, yang sebagai balasannya akan memegang 10 peratus saham dalam AirAsia Berhad.

Tahun lepas, Forbes Asia menilai kekayaan peribadi Fernandes sebanyak AS$330 juta (RM982 juta), meletakkannya pada ranking ke-19 dalam senarai orang paling kaya di Malaysia.-The malaysian insider


Khamis, 18 Ogos 2011

Umno terjaga tengah malam pun akan sebut DAP!-TGNA


Nik Aziz:Umno politikkan bacaan al-Quran Pulau Pinang tapi bisu isu Melaka-M'insider

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata Umno sewajarnya tidak memainkan isu larangan bacaan al-Quran melalui pembesar suara di Pulau Pinang kerana keputusan dibuat oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri dan tidak ada kaitan langsung dengan kerajaan negeri dipimpin Pakatan Rakyat.

Tegas Mursyidul Am PAS , pada pandangannya tidak munasabah Umno mahu ‘mencari balah’ dengan Mufti dalam isu yang tidak ada kepentingan politik.

“Tapi nampaknya, sangkaan saya agak tersasar. Umno yang saya lihat sudah sampai saat kejatuhannya barangkali akan cuba berpaut dengan apa jua dahan untuk mengelakkannya daripada jatuh terhempas dan patah tulang,” katanya.

Menteri Besar Kelantan menambah isu yang langsung tiada kaitan dengan kerajaan negeri dipolitikkan.

“Barangkali, jika tiba-tiba terjaga di tengah malam sekalipun, perkataan yang akan terpancul keluar ialah ‘DAP!’

“Dalam isu ini, saya bukan menyokong kerajaan negeri Pulau Pinang, tetapi saya menyokong pandangan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang. Buta maklumatkah golongan ini?” kata Nik Aziz lagi.

Nik Aziz menambah, isu ini sebenarnya sengaja dipolitikkan sehingga menjadi polemik.

“Saya ingin bertanya kepada Umno, sejak bila mereka beria-ia mahu mempertahankan Islam ini?

“Sebelum tangan menggapai ke atas, lihat dahulu lantai berpijak. Dasar Umno sendiri ialah kebangsaan dan sekular,” katanya lagi.

Beliau juga berkata Islam tidak pernah ada dalam agenda perjuangan Umno. “Justeru, apabila kerajaan Melaka melanjutkan tempoh pusat hiburan beberapa bulan lepas, tidak ada sebarang suara yang menentang daripada Umno.

“Ada pula yang sibuk mahu menggantikan PAS sebagai pembela Islam,” katanya lagi.

Nik Aziz berkata, ia sebenarnya satu pengiktirafan terhadap PAS yang telah berjuang sekian lama membela Islam. Katanya, barangkali pihak ini ‘tidak tergamak’ untuk menggantikan Umno untuk memperjuangkan Islam.

“Masakan tidak, bila pula pernah Umno berjuang untuk Islam?” katanya lagi.

Nik Aziz mengulangi bahawa bacaan al-Quran di pembesar suara sebelum solat Subuh bukanlah sesuatu yang diajar oleh Islam, jika ia terbukti menganggu dan ada aduan, maka sewajarnya Jawatankuasa Fatwa Negeri mengeluarkan pandangan.

“Di Kelantan dengan kebanyakan masyarakatnya Muslim mungkin tidak mengira ini sebagai satu masalah, tetapi di Pulau Pinang mungkin keadaannya berbeza. Rasulullah s.a.w sendiri pernah melarang seorang sahabat yang mengangkat suara di dalam masjid untuk berzikir sehingga mengganggu orang lain,” katanya lagi.

Sehubungan itu kata Nik Aziz, “saya menyeru kepada Umno, janganlah menjadi tukang solek yang menghodohkan wajah Islam.”

Katanya, Islam tertegak di atas hujah, bukan di atas emosi.

“Apa jua isu, perdebatkan dengan ilmiah bukan dengan provokasi. Sayangnya, saya lihat Umno sangat cenderung untuk menjadikan sesuatu isu sebagai kontoversi kerana dengan talian hayat inilah mereka bernyawa.

“Hakikatnya, isu perkauman dan pertembungan agama ini sengaja ditimbulkan untuk mengeruhkan suasana,” kata beliau sambil menambah, “Umno mengharapkan dengan kekeruhan ini, mereka mampu muncul sebagai juara.”

“Mereka lupa, hasil kerja tangan mereka ini bakal menjadikan suasana lebih tidak tenteram dan menjauhkan masyarakat daripada Islam.

“Ingatlah, dalam mengendalikan sebarang isu, ambillah pertimbangan kemuliaan bulan Ramadan yang sedang kita lalui sekarang,” katanya lagi.-M'insider

Bukan takat isu Melaka tapi mahu gelapkan skandal SPR yang jadikan pendatang haram sebagai pengundi. Mat Indone, Minah Indone, Mat Bangla boleh jadi pengundi.Isu ini semakin parah kalau tidak takkan 12 ribu warga emas umur dikeluarkan daripada senarai pengundi berdaftar ha ha.Isu ini mahu ditutup rapat, digelapkan daripada fikiran rakyat.

Isu bini PM dengan cincin permata RM24 juta yang diimport daripada USA, isu kekejaman polis semasa demo Bersih 2.0 yang tidak dilupa oleh rakyat menyebabkan Umno jadi bengong dan kelam kabut.Jika pru diadakan sekarang kemungkinan besar BN hilang banyak kerusi.Ini yang dibimbangkan Umno-BN . So untuk hilangkan isu besar negara isu agama dijadikan modal untuk orang Melayu terus menyokong Umno.Orang Cina dan India dah tekad mahu tumbangkan BN, hanya tinggal orang Melayu yang tak tau apa-apa masih bersama Umno.

Umno akan terus ratibkan DAP! DAP! DAP! kepada orang Melayu tapi dalam masa yang sama sahabat Umno , MCA terus menerus menghina Islam termasuk akhbar milik parti MCA 'The Star' yang menyiarkan masakan babi sempena Ramadhan.Akhbar Utusan Malaysia sendiri siarkan kartun yang hina hukum Islam dalam kes jenayah rogol dan zina dalam Islam.

Presiden MCA Chua Soi Lek sendiri jadi jaguh hina Islam tapi didiamkan Umno kerana puak-puak Umno ini hidup di celah kelangkang taukeh-taukeh MCA untuk cari makan.Chua Soi Lek hina hukum Islam dalam bab bersalam dalam Islam.

Berikut antara kenyataan presiden MCA itu yang didakwa telah menghina Islam.

1) Mengaitkan Negara Islam sebagai negara teokratik dengan mengatakan:

“The Prime Minister and other Umno stalwarts are fully aware of MCA’s stand on turning this country into a theocratic Islamic State” (sila rujuk laporan akhbar The Star bertarikh 02/05/2011 di bawah tajuk ‘MCA strongly against Islamic State’. Sila baca di http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/5/2/nation/8592015&sec=nation).

2) Mencerca dan menghina ajaran Islam yang melarang perempuan dan lelaki berlainan muhrim dari bersentuhan apabila mengkritik tindakan calon PAS di Pilihanraya Kecil DUN Tenang , Cikgu Normala Sudirman yang tidak bersalam dengan lelaki dan juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail yang memakai sarung tangan apabila bersalam dengan lelaki. Beliau menyatakan:

“Normala will not come here to a Chinese temple, she doesn't even shake hands with the people. I have received complaints about this. She is like Anwar Ibrahim's wife. She wears gloves when she shakes hands. If you can accept this kind of Islamic value, go ahead and vote for PAS”. (sila rujuk laporan portal berita Malaysia-Chronicle bertarikh 20/01/2011 di bawah tajuk ‘Chua slams Normala, Wan Azizah for wearing gloves when shaking hands’. Sila baca di http://www.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=6591:chua-slams-normala-azizah-for-wearing-gloves-when-shaking-hands&Itemid=2).

3) Cuba memprovokasi dan/atau menyindir sambutan Hari Raya Aidil Adha dengan menggambarkan seolah-olah Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Kelantan memaksa supaya kedai-kedai ditutup pada Hari Raya Aidiladha. Beliau menyatakan:

“Becoz of hari raya haji all shops seem to be closed for celebration or by directive from local authority? It's quiet in Kota Bahru”. (Sila rujuk akaun Twitter Dato Dr Chua Soi Lek bertarikh 17/11/2010. Sila baca di http://twitter.com/#!/drchuaSL).

4) Mengaitkan Islam sebagai punca banyak negara yang mempunyai majoriti rakyat beragama Islam menjadi negara tidak demokratik, mundur, tidak mencapai taraf pembangunan global, dipaliti rasuah dan lain-lain lagi. Antara lain beliau dilaporkan sebagai berkata :

“Do not be too optimistic that once PAS rules the government, the country will be free from corruption and other problems. Bear in mind, some of the most corrupted countries are Muslim-majority nations..... He noted that the book listed down the common characteristics of 57 Muslim-majority countries in the world which, among other things, claimed that the nations were less democratic because of its emphasis on religion. Although these countries have Cabinets and elections, they also have the Council of Muslim Elders, which enjoys absolute power to override the decisions or policies made by the government. Since these countries formulate their policy using religion as its basis, policies forLinkmulated will not be on par with the global development requirement”. Sila rujuk laporan portal berita The Malaysian Insider bertarikh 06/08/2010 di bawah tajuk ‘Soi Lek fires broadside at Umno, PAS’. Sila baca di http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/soi-lek-fires-broadside-at-umno-pas/).Baca di sini.

Kita sibuk dengan isu agama tapi dalam masa yang sama ada yang pikir pasal syarikat penerbangan negara MAS dah kena telan dengan Air Asia..Ini semua ajaran APCO agen Yahudi yang bijak main peranan sebagai penasihat Umno-BN untuk buat isu supaya segala jenis skandal Umno-BN perintah negara dihapuskan daripada pemikiran kita dengan timbulkan isu bangsa dan agama.Sampai bila kita nak dibodohkan oleh Umno wahai bani Melayu?

Menarik;
Bekas tentera mengaku 'tolong pangkah' undi-Harakahdaily

Rabu, 17 Ogos 2011

Marina Mahathir juga dapat upah RM50 bila hadir demo Bersih?


Berkatalah Pak Menteri yang kontroversi dengan isu 'Amah' mengenai isu himpunan aman Bersih 2.0 yang terus menerus dingati rakyat sampai bila-bila bahawa peserta Bersih 2.0 diupah RM50. Kata Pak Menteri tu dalam laporan Malaysiakini;

Ada peserta diupah RM50 seorang untuk memakai baju kuning dan menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu, dakwa Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim.

rais yatim pc 020709 01Beliau berkata selain itu, mereka juga diberi makan dan perkara tersebut didedahkan dalam satu laporan yang dikeluarkan kementerian berkenaan.

"Ini jelas membuktikan upah politik itu berlaku dalam tindakan dan tindak-tanduk pemakai baju kuning atau pemimpin-pemimpin mereka," katanya pada majlis berbuka puasa di Felda Lui Timur semalam.

Rais berkata bukan semua peserta perhimpunan itu mempunyai matlamat yang jelas, kecuali sebahagian dengan matlamat politik sendiri.-M'kini

Lepas tu baca pula komen pembaca yang disiarkan dalam bahasa inggeris oleh Malaysiakini;

Did Marina Mahathir also get RM50 from Bersih?

My blood shot up when I read the article 'Bersih rally participants get RM50 each, claims Rais'. Wow, are we not in Ramadan season? How can that sly smiling, senile old dolt Rais Yatim tell such a lie?

For crying out loud, just because Umno bribes the poor rural folks to vote for them, that does not mean others do the same. If Umno dares, come and pay the urban voters RM200 per person to vote for you and let's see the results.

You can be sure we will take your money - the rest, we'll leave to your imagination.

For Rais' information, my family and my friends went to the Bersih rally despite our fears of tear gas and of being arrested because we are so sick of being pushed around and being lied to by the ruling party - as though we are dumbos.

We are also fed up of not being able to do anything to fight you except to wait for election time and knowing your age-old tricks of gerrymandering and phantom/illegal voters plus a sudden appearance of postal votes when your candidates are on the losing end.

We are sick, sick, sick, of seeing and hearing from Umno politicians like yourself.

Please take back your statement and apologise before all the rally participants sue you. For a start, go ask Marina Mahathir if she received RM50.

Thanks for putting up with my angst at the rate Malaysia is going downhill, all because greedy people want to grab more.

Grrrrrrrrrrrr.

Ha ha Rais Yatim sama macam lain-lain pemimpin Umno dan pegawai kerajaan yang bercakap ikut kehendak Umno bukan bercakap berdasarkan fakta dan realiti.Depa bercakap macam otak longkang! Langsung tak boleh dipercayai.Mengarut saja lebih.

Malang ..negara kita memang amat malang kerana dapat pemimpin yang berotak taraf longkang dan jamban saja!Bila buka mulut saja terus nampak kebodohan .Depa ingat depa cerdik bila bercakap.

Selasa, 16 Ogos 2011

'Cek sumpah..cek tak buat pun hubungan seks'

Umi masih anak dara...
Ummi lafaz sumpah tak ada seks dengan Baginda-Mkini

Ummi Hafilda hari melafazkan sumpah laknat mendakwa dirinya tidak pernah mengadakan hubungan seks dengan Nor Azman Abdullah @ Baginda Minda seperti yang didakwa oleh lelaki itu.

Sumpah itu dilafazkan di mahkamah Kuala Lumpur setelah memfailkan permohonan penghakiman ingkar terhadap Baginda hari ini.

“Wallahi, Wabillahi, Watallahi...

“Saya buat sumpah ini di bulan Ramadan yang suci bahawa saya tidak pernah mengadakan hubungan seks dengan Baginda Minda.

“Jika saya menipu, maka saya akan dilaknat,” katanya.

Ummi Hafilda diiringi oleh Penasihat Undang-undang Mohd Khairul Azam Abdul Aziz.

Beliau mengemukakan permohonan itu setelah Baginda gagal menghadirkan diri di mahkamah seperti yang disyaratkan pada 8 Ogos lalu.

Menurut Mohd Khairul, Malaysiakini, yang dinamakan oleh Ummi Hafilda sebagai defenden kedua, hadir apabila kes itu disebutkan.

“Kami telah failkan dokumen berkaitan ke atas dirinya termasuk mengiklan di Harian Metro tetapi dia (Baginda) gagal hadirkan diri,” katanya.Pada 25 April lalu, Ummi Hafilda memfailkan semula saman fitnah yang sebelum ini dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi 13 April lalu, selepas peguam kedua-dua pihak tidak hadir ketika ia pertama kali disebut.

Dalam saman itu beliau mendakwa Baginda dalam satu temuramah di lobi Parlimen telah mengeluarkan kenyataan bersifat fitnah serta menyerangnya secara peribadi.

Ummi Hafilda mendakwa kenyataan Baginda itu dibuat untuk memalukannya dan berniat jahat seolah-olah beliau seorang wanita yang mempunyai banyak skandal serta amat tidak jujur, selain terlibat dengan bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mengakibatkan pertuduhan liwat terhadap ketua pembangkang itu.

Mkini Dotcom Sdn Bhd pula didakwa telah secara cuai membenarkan penerbitan, penulisan dan penyiaran artikel bersifat fitnah itu di lamanweb www.malaysiakini.com pada 15 Mac lalu.

Beliau menuntut gantirugi am RM100 juta dan perintah injunksi bagi menghalang kedua-dua defendan daripada terus membuat kenyataan fitnah terhadapnya. -Mkini.

Sumpah jangan tak sumpah.Adakah dengan sumpah semua kes boleh selesai macam tu saja.Trio Datuk T juga bersumpah laknat dalam isu video seks lucah yang ditayangkan di Hotel Carcosa awal tahun ini dan kini isu tersebut senyap begitu saja hingga kini polis masih belum dedahkan identiti pelaku video seks tersebut walaupun dikatakan tulen.

Baca berita fail ;
Sumpah laknat Datuk T tak ikut ajaran Islam -Ustaz Shamsul-Keadilandaily.com



Najib demam atau Anwar demam?

Saya jarang tulis dan komen pasal isu liwat yang sedang dibicarakan terhadap pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim.Tapi apabila PM Najib enggan jadi saksi pembela dan enggan jawab soalan dalam isu liwat tersebut telah mengingatkan saya kata -kata Najib di Labis , Johor 18 Januari 2011 yang berkata kepada Anwar Ibrahim ;

“Dah cukuplah pembohongan, janji banyak tak boleh buat, ini nak debat dengan saya pula, buang masa. Saya boleh debat dengan dia, saya tak takut, saya dengan menteri saya tahu segala maklumat.

“Jangan cuba nak cabar saya, kalau saya dedahkan segala-galanya, ada orang yang demam nanti,”.

Ini lah peluang buat Najib untuk buatkan Anwar Ibrahim demam! Tapi kenapa pula pilih untuk berdiam diri dan tak mau jawab soalan?Mungkin Najib pun pikir jugak silap haribulan semua rahsia sendiri dan Rosmah Mansor akan terbongkar!

Sehingga ini, pihak pembela telah menemubual 19 saksi termasuk Najib, Rosmah dan Mohd Rodwan yang menjadi aide-de-camp Najib ketika beliau menjadi timbalan perdana menteri (TPM).

Bagaimanapun Najib, Rosmah, dan Rodwan ketika ditemubual Jumaat lalu, berkata, tidak mahu menjadi saksi pembela dan enggan untuk menjawab soalan yang dikemukakan.

mumtaz jaafar 120510Peguambela telah menemubual lima saksi beberapa minggu lalu,
termasuk bekas atlit negara, Datuk Mumtaz Jaafar (kiri), yang dikatakan rakan karib Rosmah, Khairil Annas Jusoh - bekas pegawai khas Najib ketika menjadi TPM dan Dr Mohamad Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi, yang merupakan orang pertama memeriksa Saiful.

Dr Anantha Raj Daniel dari Hospital Kuala Lumpur dan saudara perempuan Saiful - Saidati - juga telah ditemubual.

Selain Musa dan dua bekas orang gaji Indonesia itu, mereka yang belum ditemubual ialah ibu bekas tunang Saiful, Sharehah Md Salim; jururawat hospital Pusrawi, Yazihan Jusoh, dan pengawal peribadi Anwar, Mohd Rasid Mohd Rosdi.Baca di sini.

Air Asia -Mas: 'Lu tolong gua , gua tolong lu'

Air Asia-Mas:Sejarah akan berulang kata Mahfuz-M'kini

Naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mendakwa pertukaran saham syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang dimiliki rakyat dengan syarikat penerbangan tambang murah Air Asia yang dimiliki individu dilihat "mengulangi sejarah lama" iaitu perpindahan MAS kepada Tan Sri Tajudin Ramli.

NONESelain itu, dakwa Mahfuz, penyelesaian luar mahkamah saman syarikat berkaitan kerajaan (GLC) terhadap Tajudin yang didakwanya mempunyai kaitan, adalah "manifestasi kegagalan dasar dan program penswastaan" mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Kedua-dua perkara ini merupakan simbol kronisme dan rasuah yang paling hebat dan penswastaan atas dasar 'who do you know' dan 'lu tolong gua, gua tolong lu'.

"Walaupun Tun Dr Mahathir telah bersara selama lebih kurang tujuh tahun, ingin saya katakan tetapi rakyat masih terbeban dengan bayaran, kebobrokan pemerintahan 22 tahunnya," katanya.

Sehubungan itu, katanya pertukaran saham Air Asia yang lebih tinggi berbanding saham MAS akan sekali lagi menyaksikan sejarah berulang seperti mana perpindahan MAS, syarikat yang dimiliki rakyat dan negara kepada Tajudin Ramli

Mahfuz mendakwa hal itu menunjukkan berlakunya permulaan kembali kepada zaman lama yang berkemungkinan suatu hari nanti Air Asia boleh mengambil alih MAS secara sepenuhnya. Ketelusan tinggi

"Ini satu perkara yang tidak mustahil, kalau pendekatan seumpama ini dilihat tidak mempunyai satu ketelusan yang sangat tinggi," katanya.

Minggu lalu, MAS dan AirAsia memeterai rangka kerja kerjasama komprehensif (CCF) untuk meneroka peluang sinergi dalam pelbagai bidang di bawah sektor penerbangan.

Di bawah perjanjian ini, Tune Air Sdn Bhd, pemegang saham terbesar dalam AirAsia, akan mengambil-alih 20.5 peratus saham dalam MAS manakala Kazanah Nasional Berhad pula akan memiliki pegangan 10 peratus saham AirAsia dan terus menjadi pemegang saham utama dan tunggal terbesar MAS.

"Menyatakan kerajaan masih mempunyai 'golden share', tetapi akhirnya ternyata yang untung adalah Tajudin Ramli, yang rugi adalah rakyat," katanya.

Mengulas lanjut, Mahfuz berkata beliau tidak pasti sama ada urusan pembelian saham tersebut sebelum itu diadakan mesyuarat agung dengan mendapat persetujuan pemegang saham minoriti.

"Saya juga meminta dalam isu penjualan pembelian (saham) MAS -Air Asia ini, kerajaan harus menjelaskan berapa liabiliti kedua-dua syarikat ini... Sebab rakyat ingin tahu mana liabiliti yang lebih besar, sama ada liabiliti mas kebih besar atau liabiliti air asia yang lebih besar.

"Berapa tunai yang Air Asia ada dan berapa tunai yang MAS ada, berapakah keuntungan yang dibuat oleh kedua-dua syarikat ini. Perlu diperjelaskan oleh kerajaan," katanya.

Mengulas lanjut, Mahfuz berkata MAS suatu ketika dahulu setaraf dengan Singapore Airline, Cathay Pasific dan Ittihad, tetapi kini syarikat berkenaan didakwa menanggung kerugian dan tidak dapat bersaing maju.

Bagaimanapun, beliau berkata lebih menyedihkan apabila perpindahan hak milik rakyat kepada Tajudin yang didakwanya menyebabkan MAS kerugian RM8 billion dan tidak dipertanggungjawab atas kerugian tersebut.

"Tiada siapa yang dipertanggungjawab atas segala kecurian sebanyak lapan billion, walapun pada peringkat awal sebelum itu ada usaha untuk mengheret Tajudin Ramli (ke mahkamah).

"Tetapi sekarang sudah ada keputusan untuk menyelesaikan atau menarik balik kes terhadap Tajudin Ramli daripada GLC-GLC yang terlibat," katanya yang juga ahli parlimen Pokok Sena.

Isnin, 15 Ogos 2011

Timbalan Ketua Polis Negara Cakap 'Bodoh'



London Rakyat Mengamuk, Malaysia Polis Mengamuk-Harakahdaily

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyifatkan kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang menyamakan rusuhan di London dengan perhimpunan perhimpunan Bersih 2.0, 9 Julai lalu sebagai 'bodoh'.

Sambil ketawa, beliau berkata, kedua-duanya sangat berbeza dari segi suasana dan matlamatnya.

"Saya tak tahulah kebodohan tahap mana kenyataan timbalan ketua polis negara ini.

"Di London rakyat mengamuk tapi di Malaysia polis mengamuk," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.

Mohamad berkata, dalam beberapa siri himpunan di Malaysia, ia bermula aman sehinggalah terdapat gangguan dan provokasi dari pihak polis.

"Saya sebut kepada peserta himpunan, jangan terbalikkan walaupun satu pasu bunga dan ternyata ia berlangsung aman.

"Polis seharusnya hadapi himpunan secara aman, kalau rusuhan memanglah kena hadapi secara rusuhan," katanya yang terpaksa menjalani pembedahan lutut akibat terjatuh ketika dilanggar kereta polis pada perhimpunan Bersih 2.0.

Tambahnya, rusuhan yang berlaku di London itu tidak ada kaitan dengan sistem politik sebaliknya kerana masalah kesempitan hidup akibat kemerosotan ekonomi.

"Perdana Menteri Britain sendiri kata, rusuhan itu tak ada kena-mengena dengan politik.

"Tapi himpunan Bersih 2.0 menuntut pilihan raya yang adil," katanya.

Rusuhan di London, terutamanya di Tottenham bermula Sabtu lalu selepas seorang suspek mati ditembak polis.

Rusuhan bermula di Tottenham, kemudian merebak ke Wood Green, Enfield Town, Ponders End dan Brixton melibatkan pelbagai kelakuan ganas dan merebak ke seluruh kawasan lain di London.

Dalam rusuhan itu Polis Metropolitan London diserang manakala kedai dirompak dan bangunan dibaling batu.

Mereka membantah apabila Mark Duggan, pemuda beruisa 29 tahun ditembak polis mati ketika polis berusaha menangkap pengedah dadah kokain dan ahli 'Star Gang' sedangkan beliau tidak bersenjata.-Harakahdaily

Ya negara kita kaya dengan pemimpin dan pegawai kerajaan yang bukan pekak telinga tapi pekak dan bahlol dalam bercakap dan berkata-kata ha ha.. Cakap dulu baru pikir apa yang cakap tu betul ka tidak.Sama saja macam Pengerusi SPR bila bercakap isu yang dibangkitkan pendatang haram boleh jadi warganegara lepas tu boleh jadi pengundi.Dia kata negara lain pun ada masalah macam ni!

Klik dua video di atas dan pikir apa yang Timbalan Ketua Polis Negara tu kata betoi ka tidak.Satu di Tottenham , London yang diserang oleh penunjuk perasaan minggu lepas dan satu di negara kita.

Sabtu, 13 Ogos 2011

Pengerusi SPR cakap sebiji macam Pak Pandir

Negara kita amat malang kerana dapat pemimpin dan pegawai kerajaan yang pandai kelentong dan suka tipu rakyat bila bercakap.Dah la cakap kelentong dan berlagak pandai bila bercakap tapi depa tak sedar secara tak langsung nampakkan bodoh sangat la bila depa bercakap.Nak cakap kelentong dan putar alam pun biar la nampak real sikit.Ni dak cakap macam ikut saluran najis bukan ikut mulut ha ha..

SPR Jangan besarkan isu, tiada dunia daftar pemilihnya sempurna-M'insider

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan dakwaan bahawa badan pengurusan pilihan raya itu sengaja membenarkan pemastautin tetap menjadi pengundi yang sah.

Sebaliknya Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (gambar) berkata, ia hanya kesilapan teknikal yang berlaku semasa proses pendataan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Bagaimanapun jelas beliau, pihaknya difahamkan Pakatan Rakyat telah menyemak semakan daftar pemilih melalui laman web JPN dan bukan Sistem Pengkongsian Maklumat Antara Agensi (Alis) yang datanya lebih lengkap dan tepat.

Justeru jelas, Abdul Aziz, pihaknya telah melakukan semakan dengan Alis dan mendapati pemastautin tetap yang didakwa Pakatan Rakyat adalah warganegara yang sah serta layak untuk mengundi.

“Dalam daftar pemilih kita ada lebih kurang 12.3 juta pengundi dan sudah tentu akan berlaku kesilapan sana dan sini, seluruh dunia pun ada masalah yang sama ... tiada dunia yang daftar pemilihnya sempurna.

“SPR bersihkan daftar pemilih hari-hari, ada yang meninggal dunia, ada yang lucut warganegara, ada yang nama bertindan dan sebagainya ... kita lakukan semakan hari-hari dan kalau ada keraguan kita akan semak dengan JPN,” katanya pada sidang media di sini.

Tambah Abdul Aziz, pihak tidak sama sekali membenarkan pemastautin tetap didaftarkan sebagai pengundi.

“Dakwaan mengatakan kita daftarkan pemastautin tetap sebagai pengundi adalah tidak benar sama sekali, SPR tidak akan benarkan pemastautin tetap sebagai pengundi jika mereka bukan warganegara.-Minsider

“Kalau pemastautin tetap kita akan tolak tapi kadang-kadang berlaku kesilapan ... ada yang terlepas satu dua nama,” katanya.

Isu daftar menjadi hangat baru-baru ini ekoran pendedahan mengenai tindakan menukar status kewarganegaraan pemastautin tetap kepada warganegara dalam tempoh yang singkat dan ia mendapat bantahan kepimpinan Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun perkara itu dinafikan oleh JPN dan SPR.

Pakatan Rakyat turut meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengadakan sidang tergempar Parlimen bagi membahaskan perkara itu.

Justeru tegas Abdul Aziz, SPR tidak pernah merancang untuk membenarkan kesilapan itu termasuk isu pemastautin tetap atau pengundi bertindan.

“Proses (bersihkan daftar pemilih) mengambil masa yang lama kerana kita mahu pastikan orang yang kita nak potong adalah orang yang betul, kita tidak mahu salah potong orang lain (dalam daftar pemilih).

“Janganlah perbesarkan kesilapan ini, semua yang berlaku ini tidak dirancang oleh SPR, SPR bukan sengaja mahu benarkan mereka mengundi dua kali, kadang-kadang akan berlaku kesilapan semasa pendataan (oleh JPN), silap letak dan kami akan semak, kalau tak betul kami akan buang,” katanya menjawab segala persoalan yang timbul mengenai isu daftar pemilih.

Tambah beliau, pihaknya juga memutuskan untuk memotong senarai nama pengundi yang berumur 90 tahun ke atas sekiranya mereka “tidak aktif” — yang dianggarkan seramai 12,000 orang.

“Kita putuskan hari ini pengundi yang berumur 90 tahun ke atas kita akan potong, JPN akan beritahu sama ada pengundi itu aktif atau tidak.

“Tapi kalau masa mengundi mereka ada datang kita akan betulkan semula, tidak aktif ini boleh berlaku macam-macam cara ... kita akan berhubung dengan JPN,” katanya menambah satu pertemuan dengan Kementerian Dalam Negeri akan diadakan minggu depan bagi menaiktaraf sistem Alis.-Minsider

Apa kata Pak Pandir kepada bininya Mak Andeh dalam cerita rakyat apabila anaknya mati? Kata Pak Pandir kepada Mak Andeh;

"Andeh, Andeh! Bukannya kita sahaja yang mati anak rupanya, orang lain pun ada juga yang mati anaknya, perempuan juga dan rupanya pun semacam betul-betul dengan anak kita."Baca di sini.