Isnin, 18 Julai 2011

Akibat kezaliman polis kepala lutut Timbalan Presiden Pas kena pasang skru

Sewaktu saya ziarah Mat Sabu Timbalan Presiden Pas di Hospital KPJ , Seksyen 20 Shah Alam , Mat Sabu menunjukkan gambar x-ray kepada saya yang menunjukkan kepala lutut beliau yang dibedah telah dimasukkan sebatang skru untuk membolehkan beliau berjalan semula.

Mat Sabu telah dilanggar oleh Land Rover polis pada 9 julai lalu ketika menaiki motor untuk sertai Himpunan Bersih 2.0.

Video Bersih 2.0 versi polis nak tunjuk apa?

TPM minta polis segera kemuka bukti-Utusan

Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta polis supaya menyegerakan siaran rakaman video serta bukti lain bagi mempertahankan tindakan mereka ketika mengendalikan perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai lalu.

Timbalan Perdana Menteri berkata, perkara itu perlu dilakukan segera bagi menangkis tohmahan pembangkang, media alternatif dan media asing yang mendakwa polis bertindak kejam serta di luar bidang kuasa mereka bagi menyuraikan para peserta perhimpunan haram tersebut.

"Jadi untuk mematahkan pembohongan, putar-belit pembangkang, kalau polis dah bersedia dengan bahan bukti, sama ada dalam bentuk video, perbuatan umum, elok juga perkara ini dikemukakan supaya rakyat boleh menilai siapa di pihak yang benar.

"Jangan hanya lihat satu pihak membuat tuntutan mereka (pembangkang dan Bersih) seolah-olah langkah yang dibuat oleh pihak berkuasa itu agak luar biasa," katanya pada sidang akhbar selepas meninjau keadaan Pasar Raja Bot di Jalan Chow Kit, di sini hari ini.

Isnin lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberitahu polis akan menggunakan rakaman video semasa perhimpunan itu sebagai bukti untuk mendakwa pihak tertentu khususnya media asing yang membuat tuduhan tidak berasas terhadap pasukan keselamatan.-Meloya.

Pemimpin Umno BN memang dah gila ..mereka patut dihantar ke pusat rawatan mental di Tanjung Rambutan dan Tampoi! Bercakap tak tengok kiri kanan , depan dan belakang.Polis nak tunjuk video apa kepada rakyat? Sapa mau tengok video Bersih 2.0 keluaran polis?Rakyat di seluruh dunia dah seminggu tengok perangai polis layan rakyat Malaysia bila berdemontrasi secara aman. Ha Ha gila memang gila!

Muhyiddin...ini bukan tahun 1985 di mana berlakunya peristiwa pembunuhan beramai-ramai ustaz dan anak muridnya di Memali oleh pihak polis! Pihak Umno-Bn telah melakonkan semula adegan pembunuhan tersebut yang berbeza daripada apa yang sebenarnya berlaku di Memali.Bagi Umno-BN hanya polis saja yang betul rakyat yang tak berdosa dituduh perderhaka dan komunis hanya untuk halalkan kerja polis yang zalim itu.

Muhyiddin... ini zaman internet, zaman ada akaun facebook dan twitter, camera hp dan 3G.Kebanyakakn anak muda yang sertai demontrasi semua ada perkara ini.Macam mana nak sorok kisah polis buat pesta pukul rakyat, pesta sepak,terajang dan maki hamun rakyat pada 9 Julai lalu?

Semua media alternatif dan dunia dah laporkan apa yang dilakukan pihak polis pada hari yang sama kecuali Utusan Meloya, Berita Hairan , Media Prima dan tv kerajaan.Memalukan!

Takziah kepada keluarga Allahyarhamah Dr Lo' Lo' Ahli Parlimen Titiwangsa (Pas) yang telah meninggal dunia malam tadi.Semoga Allayarhamah diampunkan segala dosa oleh Allah SWT dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan bertakwa.Alfatihah.







Ahad, 17 Julai 2011

Pejuang Bersih 2.0 arwah Baharuddin terus dikenang selepas seminggu demo Bersih 2.0 berlalu

Allahyarham Baharuddin Ahmad pejuang Bersih 2.0 yang menuntut SPR melakukan perubahan pada suruhanjaya itu yang didakwa keluarganya patah empat tulang dada dan patah tiga gigi terus dikenang selepas seminggu berlalunya demo Bersih 2.0 yang mencatat sejarah hitam negara.Beliau mati akibat terkena gas pemedih mata yang dilepaskan oleh pihak polis.Semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman oleh Allah SWT.

Hingga kini pihak polis dan pemerintah langsung tidak menziarahi keluarga beliau dan ucapkan takziah.Memang dasar pemerintah yang zalim dan kurang ajar terhadap rakyat marhaen seperti Allahyarham.Langsung tak mau mengaku silap! Nak tangkap lagi rakyat pakai baju Bersih 2.o ada la!

Belasungkawa untuk Baharuddin di KLCC-Malayskini

Ketika tindakan keras terhadap pihak pro-BERSIH 2.0 berterusan, kira-kira 50 orang hari ini berpakaian kuning berarak di tengah-tengah Kuala Lumpur tanpa sebarang rintangan.

generation 709 in klcc mourns baharuddin 2Bertentangan sama sekali dengan perhimpunan genap seminggu lalu, polis anehnya tidak kelihatan walaupun kumpulan itu sudah berkumpul selama sejam.

Bagi menuntut keadilan terhadap Baharudin Ahmad yang meninggal dunia selepas menyertai perhimpunan BERSIH pada 0 Julai, kumpulan itu berjalan daripada taman KLCC ke kompleks membeli belah
Avenue K.

Ia merupakan jalan yang sama dilalui almarhum ketika melarikan diri daripada serangan gas pemedih mata oleh pihak polis.

Anak saudaranya, Azhar Kassim antaranya peserta perhimpunan yang sekali gus dilihat menyuntik emosi.-M'kini

Rakyat semakin tidak gentar dengan pemerintah yang zalim walaupun telah dilanyak oleh pihak polis Umno-Bn pada 9 Julai lalu.Mereka telah belajar daripada pengalaman demo Bersih 9 Julai bahawa mereka berada di pihak yang benar dalam memperjuangkan hak rakyat yang dianiayai pihak polis dan BN.Syabas anak muda suara anda telah didengar seluruh dunia dan rakyat dunia telah nampak bahawa pihak berkuasa Malaysia berada di pihak yang salah kerana melanyak para demonstran 9 julai lalu.

Sabtu, 16 Julai 2011

Bersih langgar hak asasi ?..kah kah kah

Semua diminta baca dengan terbalik kalau tidak bisa rosakkan fikiran anda yang suci bersih daripada dirosakkan oleh si mangkuk hayun di bawah;

Bersih, pembangkang langgar hak asasi majoriti rakyat-Meloya

Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) menyelar pembangkang yang cuba berselindung di sebalik hak asasi manusia untuk memburuk-burukkan imej polis dalam menguatkuasakan undang-undang termasuk menahan penyokong perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) Sabtu lalu.

Naib Pengerusi MAYC, Budiman Mohd. Zohdi berkata, tindakan itu tidak bertanggungjawab kerana mempergunakan hak asasi manusia untuk 'menghalalkan' perbuatan mereka melanggar undang-undang dan mencetuskan kekacauan.

Katanya, sekiranya pihak pembangkang sama ada PKR, DAP atau Pas mahu membicarakan soal hak asasi manusia, mereka seharusnya melihat secara menyeluruh terutamanya kepada majoriti rakyat yang menentang perhimpunan Bersih itu.

"Mereka (pembangkang) mempersoalkan tindakan polis terhadap penyokong Bersih atas nama hak asasi manusia. Bagaimana pula dengan majoriti rakyat yang menentang perhimpunan haram itu, apakah mereka tidak mempunyai hak asasi?

"Majoriti rakyat yang menentang perhimpunan Bersih juga mempunyai hak asasi mereka sendiri untuk bergerak bebas, hak untuk hidup dalam aman tanpa kekacauan dan sebagainya.

"Jika demikian, saya melihat Bersih dan para pemimpin pakatan pembangkang sebenarnya telah melanggar hak asasi majoriti rakyat negara ini apabila menganjur serta menyertai perhimpunan haram berkenaan dengan niat untuk mencetuskan huru-hara dan kekacauan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pada 10 Julai lalu, Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga dalam satu kenyataan disiarkan sebuah portal berita mengkritik tindakan polis yang didakwanya bertindak kasar ketika menyuraikan perhimpunan haram itu dan meminta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mengadakan siasatan berhubung dakwaan tersebut.

Mengulas perkara tersebut, Budiman juga meminta Suhakam agar mengadakan siasatan terhadap pencabulan yang dilakukan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu selain pemimpin pakatan pembangkang terhadap hak asasi majoriti rakyat yang tidak menyokong Bersih tetapi menerima kesan akibat penganjuran perhimpunan haram yang diadakan Sabtu lalu.-Meloya.

Polis ada hak asasi pukul rakyat tak bersenjata...ha ha ha
Polis ada hak asasi sepak, terajang rakyat yang tangan kosong ketika berdemo ha ha ha
Land Rover polis ada hak asasi langgar Mat Sabu hingga tak boleh berjalan ha ha ha
Polis ada hak asasi kerjakan rakyat tak bermaya sampai setengah mati..
Polis ada hak asasi tembak gas pemedih mata ke kepala Khalid Samad MP Shah Alam sampai kena jahit 6 jahitan...
Suhakam langgar hak asasi sebab kecam polis buat pesta pukul rakyat ha ha ha

Ini fatwa malukan belia ha ha..bodek tak habis-habis

Adakah tuntutan Bersih 2.0 minta SPR guna dakwat celup jari langgar hak asasi? Ha ha
Adakah tuntutan Bersih 2.0 minta SPR tambah waktu berkempen 21 hari langgar hak asasi?

Polis tutup jalan ke KL , halang rakyat ke KL 9 Julai itu hak asasi ha ha
Polis tangkap rakyat pakai baju kuning Bersih itu hak asasi..ha ha

Hak asasi untuk Umno , Perkasa boleh berdemo hingga jalan jem atas jambatan Pulau Pinang sampai 4 jam!
Hak asasi hanya untuk gerombolan, untuk Bersih dan rakyat langgar hak asasi!

Jam Omega cari tak jumpa yang jumpa cincin berlian Bik Mama USDollar 24 juta

Telah hebohlah satu Malaysia bagai nak rak bahawa isteri PM Najib Rosmah Mansor didakwa beli sebentuk cincin berlian yang diimport daripada New York yang berharga USDollar 24 juta.Wow! mahalnya tak terkira.Laporan ini juga dimainkan blog Umno tapi saya meronda dalam Utusan Meloya dan Berita Hairan dan media arus perdana tidak ada pulak laporan mengenainya.

Yang ada di Utusan Meloya ialah Ulama tolak demontrasi, komitmen guru resipi kejayaan pelajar kata Rosmah, nak termuntah baca!Mungkin Rosmah Mansor dan PM Najib yang berada di London pulang ke Malaysia barulah nak buat kenyataan rasmi mengenai sebentuk cincin permata berlian yang teramat mahal itu.Kita tunggu penjelasan Rosmah.

Dulu kita dihebohkan dengan jam Omega Anwar Ibrahim yang didakwa Datuk T dalam video lucah yang disebarkan oleh tiga serangkai Rahim Thamby Chik and the gang.Hingga kini jam itu tak timbul-timbul hilang tah ke mana.

Kata Aspan Alias blogger Umno yang suka kritik Umno dalam blog beliau mengenai cincin berlian yang didakwa milik Rosmah Mansor saya copy n paste;

Satu lagi yang saya tidak berhenti berfikir ialah bagaimanalah empunya cincin ini mendapatkan sumber kewangannya untuk membayar harga cincin yang semahal itu? Di mana agaknya wang itu datang? Tidak ada orang yang bergaji besar sehingga mampu membeli berlian setinggi itu harganya. Si dia yang membeli barang pakaian wanita ini mesti sama kayanya dengan Aristotle Onassis.Tentulah wang sebesar itu datangnya daripada ‘passive income’ dan wang yang didapati tanpa melakukan apa-apa kerja.

Jika cincinnya berharga sampai RM74 juta agaknya berapalah agaknya wang simpanannya? Jika harga cincin itu hanya 1% daripada jumlah keseluruhan wang dan harta yang ada, tentulah empunya cincin ini mempunyai wang dan asset berpuluh billion ringgit. Ini bermakna si dia ini duduk dan tidur bersama wang yang banyak. Jumlah itu merupakan 10% daripada peruntukan satu kementerian. Kaya betul wanita ini.

Hanya saya berharap sumber wang yang diperolehi ini bukan dari sumber dalaman negara kita. Kalau ianya datang dari sumber dalaman ianya sudah pasti datang dari kantong negara. Jika tidak kemungkinan besarnya hanya satu; dia mempunyai mesin mencetak wang.Baca semua di sini.

Ahli parlimen Pokok Sena Mahfuz mengulas perkara yang sama dalam Free malaysiatoday berkata;

Prime Minister’s wife Rosmah Mansor’s alleged RM73 million diamond ring has left many in Pakatan Rakyat curious.

PAS Pokok Sena MP Mahfuz Omar asked how Prime Minister Najib Tun Razak got his hands on the funds needed to buy the ring.

“If the allegation is true, where did the money to buy this blue diamond come from?” he asked.

The ring was supposedly supplied by New York-based jewellers Jacob & Co. Pictures showing the ring moving through customs at the Kuala Lumpur International Airport in April this year were released online this week.

The pictures, which first appeared on the pro-Pakatan blog Milo Suam, showed that the ring was last “inspected” by Rosmah.

Former PKR Youth leader Badrul Hisham Shaharin (also known as Chegubard) lodged a report with the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) over the jewel.

Mahfuz said that Rosmah had no official governmental position, and would have to rely on her husband, Najib, for the purchase of the ring.

However, Mahfuz pointed out that Najib could not have saved enough to buy the ring from the combined salaries of his two portfolios – that of prime minister and finance minister.

“Is there another party involved?” Mahfuz asked, and wondered if the ring may have been a gift to the prime minister’s wife in exchange for some unknown government favour.Baca semua di sini.

Adakah kisah cincin berlian ini akan jadi macam laporan yang mengatakan seorang Menteri yang pernah mahu membakar jambatan Umno semasa dalam parti semangat 46 dulu yang didakwa perkosa amahnya dan dinafikan oleh beliau akhirnya semua settle begitu saja.

Jumaat, 15 Julai 2011

Ini caranya nak ajar polis yang ingat rakyat buta undang-undang



Bersih 2.0:Ahli Pas fail saman ke atas Hishammuddin, tiga yang lain-M'insider

Seorang ahli PAS memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Shah Alam di sini terhadap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan tiga yang lain memohon deklarasi bahawa tangkapan ke atasnya pada 24 Jun lalu didakwa “tidak sah.”

Musafri Abdullah Azmi, 27, berkata penahanan yang dibuat kira-kira pukul 11.20 malam di Dewan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan, Padang Jawa di Klang adalah tidak sah selain tidak dimaklumkan alasan dia ditahan.

Dalam writ saman yang difailkan melalui Tetuan Abang & Associates hari ini, Musafri menuntut mahkamah membuat satu deklarasi berhubung tangkapannya itu.

Dia memohon agar mahkamah membuat satu deklarasi bahawa tangkapan yang dibuat pada 24 Jun lalu tidak sah dan mahu deklarasi bahawa rampasan berupa lapan helai kemeja-T berwarna kuning bertulis “Bersih 2.0 Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil” adalah tidak sah dan mahu ia dikembalikan semula.

Selain itu, Musafri juga mahu mahkamah membuat satu deklarasi bahawa polis menyalahgunakan kuasa, menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan, ganti rugi teruk, kos dan lain-lain perintah yang difikirkan adil.

Selain Hishammuddin, Musafri menamakan pegawai penangkap, pegawai yang mengambil keterangan Inspektor Misbahudin Hamdan dan Ketua Polis Shah Alam ACP Zahedi Ayob sebagai defendan.

Tindakan hari ini merupakan yang pertama dalam siri saman yang bakal difailkan ekoran perhimpunan Bersih 2.0 dan Musafri adalah individu pertama yang ditahan di Selangor.

Sementara itu Pengarah Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Selangor Zainal Said berkata, tindakan yang diambil polis ke atas Musafri adalah tidak sah dari sudut undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.

“Tangkapan yang dilakukan polis ini adalah tidak sah, dalam undang-undang setiap rakyat ada hak ke atas hartanya dan polis tiada hak untuk merampasnya.

“Ini bukan soal warna kuning atau warna apa, apa yang dilakukan polis ini bertentangan dengan undang-undang dan Perlembagaan,” katanya pada sidang media selepas memfailkan saman pemula.

Jelas beliau, pihaknya mahu agar saman pemula yang dibuat itu akan menjadi panduan kepada mana-mana individu yang turut ditahan atas perkara sama.

“Ini hanya permulaan dan saya harap mana-mana yang ditahan atas perkara sama juga boleh maklumkan kepada kami,” katanya.

Musafri tidak hadir di mahkamah kerana ada urusan lain.

Berkuat kuasa 1 Julai lalu, Putrajaya mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai sebuah pertubuhan haram.

Selain itu, Hishammuddin juga mengumumkan kemeja-T Bersih 2.0 yang dijual dan dipakai adalah bahan haram dan menyalahi undang-undang-undang negara.

Ekoran daripada pengumuman Hishammuddin itu, lebih 200 aktivis Bersih 2.0 dan pemimpin politik Pakatan Rakyat telah ditahan sebelum 9 Julai lalu.

Sabtu lalu, lebih 1,600 orang ditahan kerana menyertai perhimpunan Bersih 2.0.

Sabtu lalu, ribuan rakyat Malaysia telah menyertai Himpunan Bersih 2.0 untuk menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.

Malu wooo cakap bohong!


Doktor :Kami beri banyak bukti jika dicabar-M'kini

Para doktor yang menyaksikan tindakan pihak polis di Hospital Tung Shin, bersedia untuk memberi bukti lanjut jika kenyataan yang dikeluarkan semalam disangkal oleh kerajaan. Bagaimanapun, mereka tidak akan mendedahkan maklumat lanjut mengenai kejadian tersebut sehinggalah kenyataan mereka dicabar oleh pihak berkuasa, kata jurucakap mereka, Dr Sheikh Johari Bux hari ini.

"Jika itu (penafian) timbul, kita akan berbincang sebagai satu kumpulan dan mengambil langkah-langkah yang diperlukan," kata Dr Sheikh Johari, seorang perunding obstetrik dan sakit puan. "Jika tidak, kita akan biarkannya setakat itu," katanya, sambil menambah bahawa mereka hanya akan memberi respons pada "masa yang sesuai" dan di hadapan peguam. Sheikh Johari berkata maklumat yang mereka ada bukanlah sesuatu yang "rahsia". Ia juga bukan niat mereka untuk melawan sesiapa, "apa yang kami mahu ialah hanya bercakap benar," tambahnya. "Apa yang kita minta ialah mereka yang di atas supaya telus." Kenyataan doktor berkenaan, yang dikeluarkan malam tadi dan ditandatangani oleh 11 pegawai kanan perubatan, mengutuk pihak berkuasa kerana bertindak ke atas peserta perhimpunan BERSIH 2.0 dalam perkarangan hospital tersebut Sabtu lalu.

Perbuatan itu melanggar pengiktirafan universal hospital sebagai tempat perlindungan. Ia adalah kenyataan pertama yang dibuat oleh pegawai perubatan berikutan penafian pihak polis dan Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai bahawa polis menembak gas pemedih mata dan meriam air ke dalam perkarangan hospital itu pada 9 Julai. Selain Sheikh Johari, doktor-doktor lain yang menandatangani kenyataan itu adalah Dr Musa Nordin, Dr Ng Kwee Boon, Dr Ng Swee Choon, Dr Ronald Mcoy, Dr David Quek, Dr Mary Cardozo, Dr Farouk Musa, Dr Mazeni Alwi, Dr Pixie Low dan Dr Steve Wong.-M'kini

Kerajaan BN nafi kata tembak gas pemedih mata ke hospital.Nafi semua boleh nafi tapi saya sendiri dua kali selamatkan diri dalam Hospital Tung Shin tu.Memang polis tak tembak gas pemedih mata dalam hospital tapi gas pemedih mata ditembak di perkarangan hospital!

Dua gambar di atas ialah para demonstran yang selamatkan diri dalam hospital Tung Shin selepas ditembak gas pemedih mata dan dikejar pihak polis.Mereka bukan pesakit hospital tersebut.(Gambar daripada camera hp saya)Klik gambar untuk besarkan.Pada mulanya semua para demonstran berada di luar perkarangan hospital tapi bila pihak polis tembak gas pemedih mata semua yang berada di luar lari masuk dalam hospital Tung Shin.Helikopter pula berlegar-legar di sekitar hospital tersebut.

Yahudi laknat bom hospital di Gaza polis kita baru lepaskan gas pemedih mata diperkarangan hospital.Ha Ha jangan cakap bohong malu woooo!

Gambar bawah daripada blog tukar tiub.Baca di sini.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhv_di7D6PhjfF6_2G19I0s2XOkhcfGT1RM4XnrJm9-3RNQ9GLGbF0jgoDUCDlZZwG9CRCx9Uu_jSO3rpBLbn3wDjVm0ATof_GGxttty_PRFUPjDWH4OJzyWsR9ggWihbFGjlo_Dd6jFz4/s1600/RATU+QUUEN.jpg

Khamis, 14 Julai 2011

"Kalau tengok (perdana menteri) yang sudah-sudah itu, (Najib) memang kejamlah,"-Pak Samad Said

Dengar apa kata Sasterawan Negara A.Samad Said wahai anak muda tentang Najib PM Malaysia.

Samad Said:Najib 'memang kejamlah'-M'kini

Sasterawan Negara Datuk A Samad Said menyifatkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri yang "memang kejam" berbanding dengan beberapa perdana menteri sebelum ini.

"Kalau tengok (perdana menteri) yang sudah-sudah itu, (Najib) memang kejamlah," katanya ketika diminta membandingkan pentadbiran Najib dan dua penyandang sebelumnya - Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

NONEMenceritakan kembali "kebengisan" polis dalam menangani perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu, A Samad (kiri) mendakwa pentadbiran Najib sekarang mengarah kepada menjadikan Malaysia negara kuku besi.

Ketika diwawancara Malaysiakini di sebuah restoran di Bangsar hari ini, A Samad berkata, perkara itu boleh dilihat melalui rakaman video dan gambar di internet yang mana kerajaan "berantakan dengan orang awam".

"Youtube siarkan, kita boleh lihat semua dan (dia) tak boleh tipu. Cuma, malangnya dalam akhbar-akhbar (dan) media utama, sudah tentu kamu nampak berat sebelah," katanya yang mesra dengan panggilan Pak Samad.

"Tapi kalau (di) Youtube, tak boleh tipu. Kamu kata tidak jentik-jentik, (itu) pun nampak (di Youtube). Kamu kata tidak ada orang yang dipijak, (tetapi ada) yang ditendang berulang kali," katanya.

Kepimpinan 'bangsawan'

Sehubungan itu, A Samad mendesak Najib meletakkan jawatan, selaras dengan kempen sama di Facebook yang kini sudah digemari hampir 200,000 orang.

"Ya, saya mahu (beliau letak jawatan). Saya ikut (perkembangannya) dalam Facebook, amat bagus (kempen itu). Kalau di Jepun, orang lain buat salah pun, menteri itu tunduk depan orang.

"Ada perdana menteri Jepun tidak sampai satu penggal pun, (letak jawatan). Tapi di sini tentu, orang sangat mengidam kuasa," katanya sambil menambah kerajaan tidak lagi memerintah "dengan sukaan umum".

Bagaimanapun, ditanya tentang perdana menteri mana yang yang paling bagus, A Samad tidak menjawabnya secara langsung, sebaliknya menyebut tentang penguasaan "bangsawan" bagi jawatan itu.

Katanya, sepanjang lebih 50 tahun kemerdekaan, kecuali Dr Mahathir, kesemua perdana menteri disandang oleh golongan itu yang disifatkannya "hidup mudah".

"Laporan-laporan yang sampai ke telinga (mereka) itu, semuanya yang cantik sahaja. Jadi, mereka tidak merasakan (kesusahan rakyat).

"Saya merasakan sudah waktunya, kepimpinan harus datang dari bawah, bukan dari atas," tegasnya lagi.Ditanya berapa lama BN boleh bertahan untuk memerintah negara ini, sasterawan yang membiasakan dirinya dengan panggilan "bapak" berkata beliau sukar untuk meramalkannya.

"Tetapi bapak harapkan dalam pilihan raya akan datang, mereka undur ataupun jatuh. Itu harapan saya," katanya.




A Samad Said diwawancara Wee Yu Meng, Jimadie Shah Othman, Abdul Rahim Sabri dan Nigel Aw.-Malaysiakini

Pemimpin BN cakap bohong sampai luar negara

Menteri Dalam Negeri yang juga sepupu Najib , Hishamuddin Hussein, Ketua Polis Negara dan Timbalannya menafikan bahawa pihak polis bertindak kasar dan ganas terhadap para demontran Bersih 2.0.Hishamuddin malah memberi amaran akan ambil tindakan kepada media asing dan juga tempatan yang mengulas demo Bersih 2.0

Ha ha ..tak habis -habis yang sorang ni dengan amaran demi amaran tapi hampeh! Siapa sebenarnya kaki pembohong yang kata Polis yang jadi kuda tunggangan BN tak ganas semasa demo Bersih 2.0? Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kutuk kerajaan Malaysia dan polis yang bertindak ganas demo Bersih 2.0, Singapura kutuk, Indonesia kutuk, yang tak kutuk hanya JKKP (Jawatankuasa kampung dan keselamatan persekutuan) ,Umno dan gerombolan termasuklah tok mufti dan tok lebai yang jadi tukang karut Umno.

Satu dunia kutuk kata kerajaan BN yang perintah Malaysia bertindak ganas nak nafi apa lagi?Ini perangai Umno kalau dunia kutuk pembangkang di Malaysia tu benar tapi kalau dunia kutuk BN tu tak betoi..ha ha.takkan video dalam youtube dan gambar yang diambil aljazeera, BBC news semua gambar tipu?Puak gerombolan hanya percaya video Datuk T tapi video yang paparkan kezaliman pemerintah zalim terhadap demo Bersih yang dilihat diseluruh dunia mereka tolak dan kata tak betoi!

Di Malaysia kaki pembohong boleh kekal dan berkuasa perintah negara ini tapi di luar negara tak kira negara bukan Islam sekali pun pemimpin kaki pembohong akan jatuh tersungkur ditolak rakyat.Di Malaysia buat zalim kepada rakyat boleh ditutup hanya dengan sekampit beras, gula, kopi dan susu.Semua settle! Pemimpin BN cakap bohong bukan hanya kepada rakyat Malaysia tapi sampai luar negara.

Berkaitan;
Bersih2.0:Human Right Watch gesa Putrajaya adakan siasatan terbuka-M'insider
Kekerasan polis:Suhakam nafi kenyataan Tiong Lai-Harakahdaily
Bersih :11 doktor hospital Tung Shin dakwa polis guna gas pemedih-M'insider
Bersih 2.0:Pelajar saksi warga tua dihenyak polis-M'kini

Rabu, 13 Julai 2011

Dr Asri debik ulama pro Umno dan tok mufti makan gaji duit rakyat

Ketika seluruh dunia mengutuk kekejaman kerajaan Malaysia yang diperintah Umno-Bn terhadap demontran Bersih 2.0, masih ada pencacai-pencacai setia dan pak yet Umno mempertahankan salahlaku pihak polis yang diperkudakan Umno-Bn memukul, menyepak, menendang,menjerkah macam anjing gila kepada para penunjuk perasaan Bersih 2.0 9 julai lalu.Malah warga emas yang setengah mati diikat dan dibiarkan beberapa lama tanpa bantuan pihak ambulan.

Ustaz-ustaz pro Umno dan mufti yang makan gaji duit rakyat bediam diri hanya menyalak sebelum demo Bersih 2.0 dengan mengatakan demo Bersih 2.0 haram.Bagi mereka bertindak zalim kepada rakyat yang tak bersenjata malah dikerjakan hingga mati tidak haram dan berdosa.Hanya berani keluar fatwa kata haram kepada sesiapa yang hadir demo Bersih 2.0 tapi tak berani buka mulut bila pihak berkuasa bertindak zalim kepada rakyat!

Dr Asri :'Islam tak beri pemerintah lesen lakukan apa saja'-M'insider

Dalam pandangan dilihat menyentuh kesan perhimpunan Bersih 2.0 Sabtu lalu, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, Putrajaya telah mempergunakan pemimpin agama untuk mempertahankan kuasa sebagaimana disaksikan di rantau Timur Tengah.

Bekas mufti Perlis berkata pemerintah di Timur Tengah yang sebahagian besarnya adalah “korupsi dan zalim” mempergunakan pemimpin agama untuk membela mereka.

“Mereka (pemimpin agama) memahami nas-nas al-Quran dan Hadis secara literal dan menganggap urusan muamalat dan siasah sama seperti ibadat khusus yang tidak boleh dilakukan pembaharuan dan tokok tambah,” kata tokoh agama yang memperlihatkan pendirian progresif.

Tenaga akademik dari Universiti Sains Malaysia ini memberitahu, keadaan itu wujud apabila kelompok terbabit mentafsir hadis-hadis politik secara literal, yang seakan-akan Islam memberikan ‘lesen’ besar kepada pemerintah untuk melanyak rakyat dan rakyat pula diikat kaki, tangan dan mulut dengan nas-nas agama dari bertindak atau membantah.

“Lebih hodoh lagi, hanya nas-nas yang ‘kelihatan’ propemerintah sahaja yang dibaca, diforumkan, diwar-war dalam pelbagai saluran sedangkan nas-nas yang memberikan amaran terhadap kezaliman pemerintah tidak pula dicanangkan,” kata beliau.

Di Malaysia kata Asri, “kita dapat melihat fonomena ini semasa isu demonstrasi panas baru-baru ini dalam masyarakat.”

“Di sini bukan bertujuan menyokong atau menentang demonstrasi aman, tetapi sekadar ingin membincangkan kefahaman sesetengah pihak mengenai hadis-hadis berkaitan,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Sabtu lalu, ribuan rakyat Malaysia telah menyertai Himpunan Bersih 2.0 anjuran Bersih 2.0 untuk menuntut transformasi pilihan raya yang perlu dilaksanakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Gabungan 62 pertubuhan bukan kerajaan dan disokong Pakatan Rakyat mengemukakan lapan tuntutan yang perlu dilaksanakan iaitu membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Lebih 1,600 peserta termasuk pimpinan Bersih 2.0 dan Pakatan Rakyat ditahan.

Jelas Asri, tindakan berbentuk keganasan tidak boleh dilakukan terhadap rakyat sekiranya tiada pententangan dilakukan termasuk perkara yang boleh menyebabkan kerosakan yang lebih besar.

“Hadis tentang taat dan patut sekali pun dirampas harta dan dipukul itu, ia merujuk kepada keadaan di mana jika penentangan dilakukan akan menyebabkan kerosakan yang lebih besar seperti pemerintah akan membunuh atau memusnah orang lain yang tidak bersalah sedang kita tidak mampu memberikan sebarang kesan kepada mereka.

“Ini terutama di zaman dahulu yang terkenal dengan penumpahan darah. Begitu juga di bawah rejim-rejim yang zalim yang hanya merugikan para penentang dan negara secara umumnya,” katanya.

Jelas beliau, keadaan kini sudah berubah yang mana setiap negara terikat dengan peraturan antarabangsa terutamanya mengenai hak asasi manusia.

Namun, katanya, apabila dunia berubah negara-negara terikat dengan peraturan antarabangsa mengenai hak asasi rakyat.

“Juga, apabila negara-negara itu meletakkan dalam perlembagaan mereka tentang hak-hak rakyat, dalam ertikata lain membantah pemerintah dalam negara demokrasi aman itu adalah sesuatu yang tidak boleh dianggap menentang negara kerana diiktiraf dan dijamin oleh perlembagaan negara dan persetujuan antarabangsa,” katanya.

“Maka, konteks Hadis sudah berbeza,” kata Asri sambil menambah, “Islam bukanlah agama yang memberikan lesen kepada pemerintah untuk berbuat apa sahaja dan rakyat wajib mendiamkan diri.”

Oleh itu tegas beliau, jangan bawa tafsiran zaman Abbasiyyah ke zaman yang sudah berubah.

Dengan mengambil contoh daripada Hadis, Asri berkata “Rasulullah sendiri sebagai pemerintah membenarkan diri Baginda dibalas.”

Tegas beliau, pemerintah tidak dibenarkan sama sekali untuk bertindak sewenang-wenangnya apatah bertindak ganas terhadap rakyat.

“Jika pemerintah itu diberikan wewenang untuk memukul dan mengambil tanpa dipersoalkan, apakah ertinya sesuatu pemerintahan itu?

“Apakah mereka seperti penzalim dan perompak berlesen yang dilindungi oleh nas-nas agama? Maha Suci Allah dari menurunkan agama yang seperti itu,” katanya.

Bersih supporters are detained by police during protests in downtown Kuala Lumpur [Damir Sagolj/Reuters]-Aljazeera

Sah bangang bila bercakap



Dengar dan saksikan menteri yang jadikan harta kerajaan dan rakyat sebagai harta mak bapak Umno yang punya bila bercakap.

Letak jawatan jika tidak bersetuju-Meloya

Kakitangan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) dan Jabatan Penerangan disaran meletak jawatan sekiranya tidak berhasrat menyokong dasar-dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menyarankan sedemikian kerana tindakan itu secara terang-terangan terpesong daripada tanggungjawab utama yang diamanahkan kepada mereka.

"Pekerjaan ini adalah untuk bersama kerajaan. Ketika mula-mula menyertai (jabatan-jabatan tersebut), kita sudah tekankan anda perlu membantu kerajaan.

"Sebagai contoh, Jabatan Penerangan tugasnya adalah menyampaikan dasar-dasar kerajaan supaya rakyat tidak keliru. Jika menentang kerajaan, kita bakal berdepan dengan masalah akauntabiliti pada masa depan dan inilah yang harus kita hindari," katanya.

Pemimpin Umno jadikan kakitangan kerajaan macam kerja di pejabat penerangan Umno

Polis juga kena kerja untuk Umno bukan untuk rakyat walaupun makan gaji duit rakyat

Siapa bayar gaji kakitangan kerajaan?

Bahlol dan bangang bila bercakap.

Umno tanamkan fikiran yang bangang kepada rakyat..balai polis Umno punya, balai bomba Umno punya, dewan orangramai Umno punya,jalanraya Umno punya, Putrajaya Umno punya.Bila dah kalah baru sedar kata ini semua hak rakyat bukan Umno yang punya.

Gaji Rais Yatim siapa yang bayar...?Rakyat menyampah dengan Umno bukan dengan kakitangan kerajaan!

'Hanya tinggal Malaysia dan Myanmar saja amalkan undang-undang jakun'-Timbalan Presiden Pas

Petang kelmarin saya pergi ziarah Hj Muhammad Sabu Timbalan Presiden Pas (gambar) di rumahnya di seksyen 19 , Shah Alam.Kebetulan time saya datang dalam pukul 6.45 petang tak ada siapa di rumahnya hanya isterinya Kak Normah saja yang ada.

Di tepi sofa yang Mat Sabu duduk ada sebatang tongkat dan kerusia roda.Dia cuba bangun untuk berdiri untuk tunjuk kata boleh berdiri tapi memang tak ada kudrat.Mat Sabu dilanggar kenderaan polis jenis Land Rover pada 9 julai lalu hari DEMO Bersih 2.0 berlangsung ketika bermotosikal dan alami kecederaan di bahagian lutut yang agak teruk dan terpaksa menggunakan kerusi roda.

Sambil bersembang Mat Sabu kata Malaysia sekarang menanggung malu yang amat sangat kepada dunia luar kerana layan demo Bersih 2.0 dengan begitu zalim.Malah jiran kita Singapura dan Indonesia turut kutuk Malaysia kerana bersikap zalim kepada demo Bersih 2.0 9 julai lalu.

Kata Mat Sabu lagi, "Sekarang ni dalam dunia ni hanya ada dua negara saja yang amalkan undang-undang jakun (undang-undang rimba) iaitu Malaysia dan Myanmar.Cukup teruk.Malaysia lagi teruk daripada Mynmar, pakai baju kuning pun tangkap."

Mat Sabu juga menegaskan sekiranya 8 tuntutan Bersih 2.0 tak ditunaikan kemungkinan besar dalam masa terdekat satu lagi demo besar-besaran akan berlaku.Mat Sabu juga mempersoalkan sikap polis yang bekerja untuk Umno bukan berkhidmat untuk rakyat."Polis yang bekerja untuk Umno kena ingat, kalau BN tumbang sekali dengan polis tumbang tapi jika polis berkhidmat untuk rakyat mereka akan kekal.Sebagai contoh polis bekerja untuk Umno ialah semasa pihak Umno berdemontrasi atas jambatan Pulau Pinang hingga jalan sesak hingga 4 jam tapi pihak polis hanya tengok dan lihat saja tak buat apa-apa tindakan.Ini menunjukkan polis bekerja untuk Umno." kata Mat Sabu.

Kak Normah pula memberitahu beberapa hari sebelum demo Bersih 2.0 polis ada datang ke rumah mencari suaminya tapi Mat Sabu tiada di rumah.Pihak polis meminta kad pengenalan Kak Normah tapi tak diberikan.

Sambil dok sembang saya bertanya kepada Mat Sabu, "Bang Mat..macam mana ni orang dok heboh pasai cincin Rosmah berpuluh juta yang diimport daripada USA.?"

Jawab Mat Sabu sambil berseloroh, "Uhhh habaq pi la kata berapa puluh juta pun orang kita yang tak reti apa akan jawab...alaaaa biaq pi la dia ada duit..dia boleh beli."

Mengakhiri perbualan Mat Sabu kata ,"Baru sebulan jadi Timbalan Presiden dah kena tangkap dan tak boleh berjalan." Saya kata kat Mat Sabu bergurau, "Baru sebulan Bang Mat jadi TP bukan takat Bang Mat kena tangkap Presiden Pas pun kena tangkap."

Menarik;
Suhakam jamin siasat dakwaan 'pesta pukul rakyat'
-Free Malaysia Today
Bersih 2.0:Suhakam dakwa tindakan polis cabuli hak asasi -M'insider
Polis tindak melampau ke atas peserta Bersih 2.0, kata Majlis Peguam-M'insider
Bersih 2.0:Malaysia perlekeh demokrasi , kata PBB-M'insider