Isnin, 3 Januari 2011

Menteri Rogol Amah Semakin Ketakutan! Melayu Masih Tak Kisah

Menteri kabinet Najib yang jadi perogol amah semakin ketakutan apabila Malaysiakini pulak mengeluarkan laporan berkaitan kes rogol tersebut hari ini setelah Harakahdaily melaporkannya sejak seminggu yang lalu.

Mangsa rogol rayu identiti tidak terdedah-Malaysiakini

NGO Indonesia yang memperjuangkan kes dakwaan rogol oleh seorang menteri kabinet semasa pentadbiran mantan perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata mangsa dan keluarganya merayu agar identiti mereka dirahsiakan.

Ini kerana mereka bimbang impak skandal itu ke atas mereka dan kemungkinan menteri berkenaan yang kini berkhidmat di bawah pentadbiran perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mempunyai kesan kepada mereka meskipun berada di Indonesia.

Menurut sepucuk surat yang didakwa ditulis oleh adik perempuan mangsa - yang disiarkan di beberapa blog - dan dihantar ke kedutaan Indonesia dan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, kejadian rogol itu terus dirahsiakan kerana “menteri berkenaan mempunyai banyak wang dan kenalan di Indonesia.”

“Adalah dikhuatiri sesuatu akan berlaku kepada keluarga dan kakak saya seperti yang berlaku dalam kes Altantuya di Malaysia,” petik surat yang ditulis pada pertengahan 2007 itu yang merujuk kepada pembunuhan kejam warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Ketika dihubungi ketika itu, pengarah Migrant Care yang berpangkalan di Jakarta, Anis Hidayah memberitahu Malaysiakini mereka tidak boleh menghebahkan kes itu kerana mangsa dan keluarganya- meskipun telah menjalani sesi kaunseling - menolak untuk membuat kenyataan umum dan mengheret menteri berkenaan ke mahkamah.

Isu yang tertersorok selama tiga tahun itu muncul semula di alam siber sejak beberapa minggu lalu apabila ia dikatakan didedah oleh laman WikiLeaks.

Ketua pengarang The Malay Mail, Datuk Ahirudin Attan juga menulis mengenai pendedahan WikiLeak dalam blog Rocky Bru kelolaannya. Menurut beliau Pejabat Perdana Menteri yang ketika itu di bawah Abdullah juga menerima laporan berkenaan.

Pada 27 Disember 2009, kumpulan pelindung pendatang asing, Tenaganita mendesak kejadian rogol yang didakwa berlaku pada 19 Jun 2007 itu disiasat.

Pada laporan bertarikh Ogos 2007, Anis berkata perjumpaannya dengan mangsa berkenaan pada 24 Julai tahun yang sama di rumah mangsa di Madukara, Banjarnegara Jawa Tengah untuk mendapatkan maklumat.

Setelah dipujuk, mangsa berkenaan yang telah bekerja selama lapan tahun sebagai pembantu rumah kepada menteri berkenaan, akhirnya mengakui majikannya itu telah merogolnya.

Mangsa bagaimanapun merayu kepada Anis dan dua aktivis Migrant Care supaya kes perogolannya tidak dihebahkan kerana “bimbang malu ke atas dirinya, keluarga dan juga masyarakat di kampung mereka.”

Katanya, “beliau hanya orang kecil berbanding (menteri itu) adalah orang besar, jadi beliau amat takut dan meminta kes rogol itu ditutup,” petik laporan Anis.-Malaysiakini.

Woi! bala dah sampai dok tunggu apa lagi dalam Umno-Bn cepat-cepat keluar sebelum stunami muncul tanpa diduga. Putrajaya pun tak boleh pertahankan lagi malah rakyat kena sepak keluar segala pak menteri yang jijik dan kotor jadi perogol amah Indone.Inikah budaya Pak Menteri yang kaya dengan adat perpatih sampai letih kerjakan amah Indone! kalau tak betul saman Harakahdaily,saman Malaysiakini, saman wikileaks, saman rocky bru, jangan saman aku ha ha..

Tun Mahathir belum komen, PM Najib belum komen, Muhyiddin hilang suara,Pak Lah terus zzzzzzz, Rais Yatim sudah hilang...mana mau lari aaaa..Utusan Meloya buat -buat tak nampak, Berita Hairan tak terkejut sebab dah tahu lebih awal ha ha.

Tunggu ..semangat Melayu akan terus disalak, isu PR derhaka Raja akan diligatkan kalahkan piring hitam lagu A.Ramlee, semua ini mau tutup kasi rapat menteri rogol amah agar orang Melayu kata ini semua bohong! Melayu tak kisah , akak tak kisah , mak cik felda Tenang tak kisah yang kisah kalau harga kepala sawit dan getah jatuh! Dun Tenang Umno akan menang sebab Melayu tak kisah semua ni.Kita kisah kalau tak dapat jalan tar, tanah merah satu busut, kain pelikat sepasang , kain batik amah indone sepasang, duit upah undi BN rm1o.

Inilah kabinet bapa borek anak rintik, cikgu kencing berdiri anak murid kencing berlari.

Pertemuan Pas-Umno akan didedahkan dalam masa 24 jam?

Ketika tumpuan diberikan kepada kerajaan PR di Selangor yang dilanda 'Khusrin' (Rugi) kerana bermenantukan si Khusrin sebagai SUK kini tumpuan juga diberikan kepada isu yang 'tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas' isu Pas-Umno.

Kalau MB Selangor kata isu Khusrin sebagai 'drama minggu ini' kita juga akan menyaksikan drama Pas -Umno yang bakal didedahkan TGNA dalam masa 24 jam . Isunya tak lain tak bukan isu pertemuan pemimpin utama Pas dan Umno Disember lepas. Ada yang kata salahkah Pas-Umno berjumpa? Salah tak salah kita tunggu dulu apa komen pemimpin Pas dalam masa terdekat.

Kalau tuduhan rogol kepada seorang menteri kabinet Najib yang terpalit merogol amah hingga kini masih tidur lena mimpi yang menyeramkan malah mengigau -ngigau tak tak jawab apa , ahli-ahli Pas sedang menunggu-nunggu akan jawapan pemimpin tertinggi mereka untuk jelaskan segalanya.

Yang lebih jelek lagi ialah hinaan sesama blogger yang menyokong Pas dan PR dalam isu ini. Macam blogger Umno yang berkelahi hang aku gara -gara terbongkar isu Menteri rogol amah. Daripada isu pertemuan Pas-Umno dah jadi macam budak-budak kalah main goli.Bila dah kalah mula nak ungkit-ungkit hal-hal peribadi yang tiada kaitan dengan tajuk yang dibincangkan. Nak tunjuk kata mereka terlalu cerdik orang lain semua bodoh. Salah tak salah, betul atau tidak tak perlu dajalkan peribadi blogger lain untuk pusing tajuk.Nak kata budak umoq dah tua tapi kata orang bila dah tua perangai kembali jadi budak-budak.

Berkaitan;
Ada perkara dibincang dengan PM-Harakahdaily
Nik Aziz akui bertemu PM, penjelasan dalam 24 jam-Malaysiakini

Jerat makan tuan, padan muka Umno!

Dun Tergempar Bagi Kembalikan Kuasa Sultan-Malaysiakini

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan mengadakan sidang dewan undangan negeri tergempar bagi meminda perlembagaan negeri bagi membolehkan mereka melantik setiausaha kerajaan negeri, penasihat kewangan dan penasihat undang-undang.

Keputusan itu diambil setelah perjumpaan Khalid dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Mestika, Shah Alam, hari ini di mana baginda bertitah beliau tidak mempunyai kuasa untuk menerima ataupun menolak perlantikkan yang dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

"Ini kerana kuasa telah dirampas pada 1993 semasa krisis perlembagaan, di mana Perlembagaan Selangor dipinda untuk memberi kuasa kepada kerajaan pusat,” kata Khalid pada sidang media yang penuh sesak dengan kehadiran wartawan.

Menurut Khalid, Baginda mencadangkan kepada kerajaaan negeri bagi membincangkan perkara berkenaan dengan SPA untuk mencari “jalan penyelesaian yang terbaik”.

Sehubungan itu, katanya, beliau tidak akan mengahadiri upacara mengangkat sumpah oleh Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri yang baru yang dijadualkan pada 6 Januari ini.

Selain itu, menurut Khalid, Khusrin juga tidak akan dibenarkan menghadiri mesyuarat exco atau menjalankan tugas-tugas rasmi sehingga isu berkenaan selesai.

Khalid, bagaimanapun mengakui perlantikkan Khusrin sebagai "sah" dan berkata beliau boleh melaksanakan tugas-tugas tidak rasmi seperti menyelia pegawai daerah.

Sehingga kini, Khalid belum berjumpa dengan Khusrin meskipun bekas pengarah Jabatan Agama Islam Selangor itu melaporkan dirinya hari ini.-Malaysiakini.

Raja pun dah sedar tidak ada apa-apa lagi kuasa kerana telah dijilat sang penderhaka yang bernama Umno. Bila hilang kuasa Umno baling batu sembunyi tangan kata penentang Khusrin sebagai penderhaka Raja. Kalau Raja pun dah sedar orang Melayu yang bertuhankan Umno tunggu apa lagi dengan Umno. Nak cucuk Raja.. sekarang rakyat dah nampak siapa yang cabut kuasa Raja. Raja-Raja Melayu dah lama sedar akan hilang kuasa akibat tangan-tangan penderhaka Umno ini sekarang Raja terpaksa buka mulut kata tak ada kuasa . Padan muka Umno! Sapa yang tak nampak lagi mainan kotor Umno yang cuba ISA kan orang sesuka hati ikut suka la ...

Berkaitan;
Sultan belum perkenan , Selangor tidak rai SUK-Harakahdaily
Khusrin:MB enggan jumpa saya-Malaysiakini
Isu SUK:Dun panggil sidang khas , SPA diminta kaji semula lantikan Khusrin-The malaysian Insider
SUK Selangor:Saya tiada agenda politik , kata Khusrin-The Malaysian Insider

Mat Sabu terlepas


Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Mohamad Sabu dan sembilan rakannya hari ini dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret di sini daripada pertuduhan menghalang tugas penjawat awam tiga tahun lepas.

Majistret Mohd Izham Ali ketika menyampaikan keputusan itu berkata keputusan itu dibuat berdasarkan tiga sebab utama.

Katanya tiga sebab itu ialah terdapat keraguan terhadap waran tangkap yang dikeluarkan oleh mahkamah, percanggahan keterangan dua saksi pendakwa iaitu saksi kesepuluh Supt Mohd Nasir Salleh dan saksi ke-11 Idris Rejap dan tiada keterangan spesifik mengenai tertuduh telah menolak penjawat awam.

Sembilan tertuduh yang lain ialah Mohd Binyamin Ishak, 48, Fuadzi Suharat, 48, Md Lazim Osman, 54, Abdul Razak Ramili, 46, Mohd Subri Mohd Said, 46, Zamarul ‘Aini Abdul Malik, 40, Zainul Azrun Zainal Abidin, 39, Abdul Rahim Mat Ariff, 62, dan Mohamad Salleh, 51.

Mereka dituduh enggan membuka pintu kenderaan dan telah menolak pegawai dan anggota polis dalam menjalankan tugas pada 7.45 malam, 9 Disember 2007 di hadapan Plaza Tol Plus Bukit Tambun (laluan keluar Lebuh Raya Utara-Selatan Kuala Lumpur-Pulau Pinang).

Mereka didakwa mengikut Seksyen 186, Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama Seksyen 34 kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim, dibantu oleh Khairul Fairuz Rahman dan Ahmad Razali Muhamad Nazri, manakala Mohamad dan sembilan rakannya diwakili oleh peguam Hanipa Maidin, Aminuddin Zulkifli dan Yusnita Yusof.

Ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, Mohamad melahirkan rasa gembira dengan keputusan itu dan menganggap ia satu kemenangan dalam menegakkan perjuangan.

“Terima kasih atas usaha peguam-peguam kami yang telah bertungkus-lumus mencari bukti dan berhujah membela kami untuk menang dalam kes ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Menteri Lim Guan Eng yang hadir untuk memberikan sokongan kepada Mohamad dan rakan-rakan juga melahirkan rasa gembira dan berpuas hati dengan keputusan yang dibuat.

Tahniah kepada barisan peguam yang telah berusaha memastikan kemenangan bermakna ini, katanya.

Turut hadir memberi sokongan ialah Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir Salleh Man dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya Utiliti (Tenaga, Air, telekom), Pengangkutan (Udara, Laut dan Keretapi) negeri Lim Hock Seng. — Bernama

'Mat Bisul' kata tahan penderhaka Sultan bawah kanun keseksaan

Utusan meloya kutip pandangan 'Mat Bisul' yang dibuang parti PKR untuk bagi pandangan kata penderhaka Sultan ditahan bawah kanun keseksaan. Woit ! ini lawan Khusrin la bukan lawan Sultan. Pandai auta, pandai goreng sikit hari ada pru mana tempat lu mau lawan. Itu hutang tak ada bayar masa pru apa macam mau kira?Akta cakap bohong, putar alam 1Malaysia apa pasal tarak cakap?Sendiri punya busuk kasi simpan mau kasi sapa makan?

Ini 'Mat Bisul' tak ada kerja sekarang jadi 'follower' Utusan Meloya , sebab lain tempat sudah tak laku. Sepuluh cakap satu pun orang dah tak percaya.Kata pepatah 'sekali dua menipu orang percaya bila dah banyak kali diri sendiri saja yang percaya' ha ha. Nak bela Raja konon Raja Kapoor bole la.

Dakwa Penderhaka Sultan Di Bawah Seksyen 121 Kanun Keseksaan- Meloya

Ahli Parlimen Kulim- Bandar Baharu, Zulkifli Noordin hari ini mencadangkan beberapa tindakan tegas diambil ke atas pihak yang menghina serta menderhaka kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung pelantikan Datuk Muhammed Khusrin Munawi.

Beliau yang juga seorang peguam berkata, semua pihak yang mengugut dan menentang perkenan Sultan Sharafuddin dalam isu tersebut perlu didakwa di bawah Seksyen 121 Kanun Keseksaan kerana ‘Perbuatan memerangi Raja-Raja Melayu’ yang jika sabit kesalahan, hukumannya gantung sampai mati.

Selain itu katanya, pertuduhan alternatif juga boleh dibuat di bawah Seksyen 121 (1B) kerana ‘merancang, mengada-ada, mereka-reka atau berusaha akan pemecatan atau perlucutan raja pemerintah sebuah negeri’ yang jika sabit kesalahan, hukumannya pula adalah penjara seumur hidup.

“Ini bukan perbuatan yang boleh dibiarkan, apatah lagi bertolak ansur, kerana amat biadab lagi kurang ajar bagi mana-mana rakyat di negeri Selangor melakukan perbuatan derhaka seperti itu. Jangan biarkan mereka ini terus memaki-hamun dan mempertikai kedudukan sultan kerana kelak ia menjadi barah.

“Bagi maksud ini, teman (saya) mencadangkan kepada mana-mana rakyat Selangor supaya membuat laporan polis menurut Seksyen 121 atau Seksyen 121 (1B) supaya tindakan segera boleh diambil. Kita tidak mahu sejarah membaringkan diri di bawah kereta sultan berulang lagi,” katanya.

Anak-anak belajar bagi pandai jangan kena tipu dengan Umno

Ini gambar hari pertama persekolahan sekolah rendah di Shah Alam .

Hari ini sesi persekolahan baru telah bermula bagi tahun 2011. Ramai ibubapa mengambil cuti untuk hantar anak mereka yang baru masuk alam persekolahan bagi darjah satu.

Semasa hari suaikenal murid darjah satu pada hari jumaat yang lalu pihak sekolah telah memberi buku teks percuma kepada murid-murid darjah satu . Isteri saya memberitahu Gurubesar berkata kepada ibubapa yang hadir,"Kita patut bersyukur, bersyukur, bersyukur."

Saya bertanya kepada isteri saya, "kepada siapa gurubesar suruh bersyukur?". Isteri saya kata, "tah dia cuma kata suruh bersyukur saja." Adakah nak kena bersyukur kepada Umno-Bn? Bagi buku percuma bukan duit Umno tapi duit rakyat.

Sudahlah rakyat dibebankan dengan kenaikan harga barang kini kerajaan naikkan lagi cukai perkhidmatan daripada 5% kepada 6%. Anda beli apa barang di pasaraya, tukar tayar kenderaan, beli alat tukar ganti kereta ,sakit masuk hospital, siaran tv berbayar ,makan dalam MC Donald, makan di KFC semua kena caj 6% mulai 1 januari 2011. Harga barang yang dah naik akan naik lagi.Kerajaan untung setahun duit caj perkhidmatan yang dikenakan kepada rakyat beratus juta setahun.

Anak- anak yang masih kecil belajarlah pandai-pandai jangan kena tipu dengan Umno-Bn .Besar nanti anda jadilah manusia yang pandai membezakan antara yang hak dan batil.

Khusrin punya hal pun mau guna ISA ka?

Inilah Umno parti yang sudah hilang akal dan tidak waras. Hanya kerana kerana PR tolak Khusrin sebagai SUK negeri Selangor lalu dikatakan derhakanya PR kepada Raja. Umno parti yang cabut kuasa Raja dan Sultan kata tahan saja Adun Sri Muda Shuhaimi di bawah ISA! Gila memang Umno dah gila.Tapi mana ada orang gila kata dia gila.

Pandangan profesor Dr Aziz Bari ada benarnya;

Aziz juga memberitahu, krisis semasa di Selangor adalah akibat tindakan pentadbiran Mahathir pada 1994 apabila beliau meminda Perlembagaan Persekutuan dan memperkukuh kuasa eksekutif dengan mengehadkan kuasa istana.

“Sekarang ini undang-udangnya – malah perlembagaan berkata, selepas mempertimbangkan nasihat (daripada perdana menteri atau menteri besar), Agong atau Sultan mesti menerima nasihat itu,” kata beliau lagi.

“Sekarang, Umno cuba menggunakan raja-raja untuk mensabotaj negeri-negeri diperintah Pakatan.

“Umno sudah lupa bahawa, satu hari ia akan jatuh; dan kesemua pendekatan yang ia ambil untuk memperkukuhkan kuasa kerajaan (BN) akan mengheret mereka ke bawah(jatuh),” tambah beliau.Baca di sini.

Isu Khusrin dilantik Khusrin sebagi SUK Selangor menjadi senjata kepada Umno untuk putar belit apa saja termasuk mengheret Sultan untuk dilaga-lagakan supaya nampak kata PR dilihat derhaka Raja.

Laporan media Umno , Utusan Malaysia Online begitu meloya dibaca bagi yang mahu berfikir.

'Tahan Shuhaimi di bawah ISA';

UMNO Selangor mahu Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan tegas terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Muda, Shuhaimi Shafiei ekoran kenyataan yang didakwa menghasut rakyat menentang institusi beraja di negeri ini.

Ketua Penerangannya, Abdul Shukor Idrus berkata, tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) harus dikenakan terhadap wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu kerana kenyataannya yang dibimbangi boleh menggugat sistem pentadbiran dan keselamatan negara.

Katanya, negara ini mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan dengan kedudukan sultan atau raja diiktiraf sebagai ketua bagi sesebuah negeri.

Justeru beliau menegaskan, sebarang kenyataan atau tindakan oleh mana-mana individu yang mempertikaikan kedudukan serta bidang kuasa institusi itu merupakan satu pengkhianatan terhadap prinsip-prinsip Perlembagaan apatah lagi mengajak rakyat menentang asas perundangan negara.

"Kita memandang serius perkara tersebut atas dasar menjaga kedudukan Perlembagaan serta keselamatan negara ini. Tindakan Shuhaimi seolah-olah mahu mewujudkan fahaman anarki dalam masyarakat khususnya di Selangor.

"Ini amat membimbangkan dan kita mahu KDN mengambil tindakan tegas terhadapnya termasuklah ISA sekiranya perlu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.-Utusan Online.

Baca pula apa yang disebut adun Sri Muda dalam blognya srimuda.blogspot.com Pandangan saya berasaskan undang-undang tubuh kerajaan negeri Selangor 1959.

Umno begitu pengecut dan dayus terpaksa bergantung kepada akta zalim ISA untuk tutup segala kelemahan dan sifat pembohongannya kepada rakyat agar nampak Umnolah parti pembela Raja dan orang Melayu. Hanya Melayu yang jadikan media Umno sebagai kitab rujukan saja percaya dengan pembohongan yang dilakukan Umno untuk kembali berkuasa di Selangor.

Berkaitan;
SUK baru Khusrin masuk pejabat 6.45 pagi tadi-The Malaysian Insider
Khusrin daftar masuk, MB mengadap Sultan-Malaysiakini
SUK:Khir langgar perlembagaan , KSN abai pentadbiran bijak-Harakahdaily


Ahad, 2 Januari 2011

Lagi projek 'merogol' Melayu bila barang naik melambung

Ahmad Maslan :Tema 'Umno Dahulukan Rakyat' Diperkasakan Pada 2011-Bernama


Slogan “Umno Dahulukan Rakyat” akan diperkasakan pada 2011 bagi memberi mesej jelas bahawa Umno sentiasa mahu melakukan yang terbaik dalam hal pembangunan rakyat dan negara, kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.

Pelaksanaannya akan digiatkan melalui program Juara Rakyat yang akan dianjurkan sepanjang tahun dan disuntik dengan “gaya baru” dengan tema berbeza setiap bulan, katanya.

“Tema (program Juara Rakyat) untuk bulan Januari ialah pendidikan dan program ini akan bemula dengan gaya baru dengan mengadakan ceramah juara rakyat ketika aktiviti sedang berjalan.

“Ianya tidak seperti biasa yang hanya melibatkan pameran dan lawatan sahaja seperti sebelum ini dan ini dilakukan bagi memberikan penerangan yang jelas kepada peringkat akar umbi,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Program Juara Rakyat pada bulan Februari akan membawa tema “kebajikan” sebelum diteruskan dengan tema-tema lain selepas itu, katanya.-Bernama.

Lagi banyak slogan lagi banyak Melayu kena tipu dengan Umno. Umno memang juara , juara bohong rakyat .Kaya dengan slogan , orang Melayu dihimpit dengan kenaikkan harga barang yang melambung tinggi . Bulan Januari kos belanja meningkat untuk persekolahan takkan kita hanya boleh selesai masalah hanya dibuai lagu slogan yang macam-macam. Lagi banyak slogan lagi banyak barang naik harga. Terimaksih BN!

Ini slogan macam pembikin filem malah kalahkan pembikin filem yang hanya keluarkan dua tiga filem setahun.Bulan ini filem 'menteri rogol amah', bulan depan buat filem 'PR derhaka Raja', bulan Mac buat filem nostalgia 'menteri kaki raba punggung', bulan April buat filem seks 'Chua Soi Lek' ha ha.Macam-macam ada ini filem kalau buat kasi pecah panggung, 'box office' boleh kaut untung berjuta .Kalu buat filem 'Khusrin' lagi laku! Melayu mudah lupa saja terpedaya dengan Umno.

Kata Dr Asri "Kerakusan peniagaan akan merosakkan merosakkan negara dalam jangka masa panjang dan akhirnya tiada pihak yang dapat hidup senang. Bagi yang muslim, hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dalam urusan perniagaan mereka," katanya sambil menyeru media massa turut aktif menentang kenaikan harga barang.

Mengulas peranan rakyat pula, Dr Mohd Asri berkata, jika golongan itu tidak memprotes dari awal, tahun baru ini bakal menyaksikan kenaikan harga barang yang membimbangkan.

"Kesannya akan dirasai oleh rakyat bawahan terutama mereka yang berpendapatan rendah. Para peniaga di pelbagai peringkat akan mengambil kesempatan dalam hal ini."

Beliau juga menekannya beberapa perkara dalam kenyataannya itu, antaranya:

  • Jika kerajaan tidak mengambil langkah yang berkesan dalam mengawal kenaikan harga barang, bererti slogan 1Malaysia: "Rakyat didahulukan" bermaksud rakyat didahulukan menanggung beban hidup, sedangkan pembesar negara dan istana terus kemewahan.
  • Rakyat juga mesti menjadi pengundi yang bijak dan bersedia menghukum pihak yang membiarkan kenaikan harga barang dan 'mengumpulkan' kekayaan negeri atau negara dalam kalangan mereka sahaja.
  • Rakyat mesti menjadi pembeli yang bijak memilih kedai atau pasaraya.Baca di sini.
Barang naik rakyat jadi susah, jadi semput tapi bila 'barang menteri naik minyak' amah indon pun kena rogol.Maukah anda terus bergelumiang dan bersubahat dengan buruknya perangai pemimpin Umno-Bn yang suka merogol undang-undang, merogol harta rakyat, merogol mahkamah, merogol SPRM , merogol SPR, merogol PDRM dan 1Malaysia kena rogol dengan Umno-Bn.Jangan biarkan otak kita terus dirogol Umno-Bn.

Sesiapa ada akaun FB sila tengok komen-komen di sini 'Amah Indone Didahulukan, Syok Diutamakan'.

Isu Rogol:One Malaysia One Israel


Semalam tengok berita tv astro awani interview tiga orang mak cik felda di dun Tenang, Johor. Ketiga-tiganya puji parti Umno .Kata mereka,"Umno bagi jalanraya, bagi longkang apa lagi kita nak,semua dah ada."

Mak cik felda tak tahu kata ada menteri perogol dalam kabinet Umno-Bn. Mak Cik felda dah hidup senang, makan senang, tidur senang tapi menteri perogol hidup tak tenang.Mak cik oii itu jalanraya, longkang kat Thailand ada, Gambia ada, Papua ada ,kat Monggolia pun ada , mana-mana pun ada.Tapi ini kisah menteri rogol amah ada di Malaysia, Bekas Presiden rogol rakyatnya ada di Israel. Ha ha ini baru betul betul 'One Malaysia One Israel'! Mak Cik felda di dun Tenang juga sudah lupa siapa itu Chua Soi Lek Presiden MCA bekas pelakon hebat dari Labis. Ini kisah moral dalam Umno pun ada dalam MCA pun ada. Abang -adik maa..

Media Umno tutup lubang isu menteri didakwa rogol amahnya, belum jawab apa-apa tak berani usik kerana yang didakwa kaya dengan adat dan budi bahasa. Takut hilang undi di dun Tenang, yang berani batu api kata pemimpin kerajaan negeri Selangor derhaka Raja dalam isu Khusrin dilantik SUK Selangor. Yang tak derhaka Raja hanyalah Umno parti yang cabut kuasa Raja dan Sultan.Berapa kali mau ulang daa..Ini semua untuk bangangkan orang Melayu supaya percaya apa saja yang Umno cakap.

Kalau Umno guna Raja ,batu api Raja untuk terus berkuasa rakyat juga boleh minta Raja bersihkan kabinet daripada menteri perogol!

Sabtu, 1 Januari 2011

Isu Khusrin: Nak Pakai Cakap Dr Gigi Atau Pakar Perlembagaan

Khir Toyo: Panel pilih SUK tidak sah -The Malaysian Insider

Bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendakwa tindakan kerajaan negeri Pakatan Rakyat campur tangan dalam pelantikan pegawai tertinggi perkhidmatan negeri dengan mengadakan jawatankuasa pemilihan sebagai langkah yang tidak sah.

Dr Khir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang menekankan pendirian kerajaan pusat bahawa soal pelantikan ketua pegawai perkhidmatan kerajaan negeri adalah prerogatif Ketua Setiausaha Negara.

“Pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri adalah sah apabila Ketua Setiausaha Negara menyatakan persetujuan,” kata Dr Khir kepada The Malaysian Insider hari ini.

Dr Khir juga membidas Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim kerana mengadakan proses pemilihan sendiri untuk memilih calon Setiausaha Kerajaan Negeri, yang menurutnya ia satu tindakan tidak yang sah.Baca lagi di sini.

MB Selangor dinasihat cabar kemelut SUK di mahkamah-The Malaysian Insider

Seorang pakar perlembagaan berpendapat peluang terbaik yang ada pada Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim bagi menyelesaikan kemelut pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri baru ialah dengan membawa pertikaian itu ke mahkamah.

“Undang-undang, sebagaimana termaktub, memihak Menteri Besar Khalid dan pentadbiran Pakatan Selangor,” kata Profesor A Aziz Bari kepada The Malaysian Insider hari ini.

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa ini memberitahu, peruntukan berkaitan sangat jelas dalam perlembagaan kerajaan negeri.

“Di bawah perlembagaan, kuasa untuk melantik anggota ‘ex-officio’ Exco termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri terletak pada Sultan,” kata Aziz.

“Tetapi baginda (Sultan) perlu mempertimbangkan nama-nama yang dipersembahkan oleh suruhanjaya perkhidmatan yang berkaitan, dan sebelum baginda melakukannya, Sultan mesti mempertimbangkan nasihat Menteri Besar,” kata beliau lagi.

Menjelaskan lanjut, Aziz berkata, “melihat pada kontroversi yang berterusan, kemungkinan jalan terbaik bagi Menteri Besar Khalid ialah membawa perkara ini ke mahkamah dan melihat bagaimana hakim-hakim akan menari kelak, sama ada mereka ada akrobatik perundangan baru untuk tunjuk kepada kita.”

Beliau juga menyebut keputusan-keputusan mahkamah selepas pilihan raya umum 2008 yang dengan jelas menunjukkan memihak Umno, parti teras dalam Barisan Nasional (BN).

Aziz juga memberitahu, krisis semasa di Selangor adalah akibat tindakan pentadbiran Mahathir pada 1994 apabila beliau meminda Perlembagaan Persekutuan dan memperkukuh kuasa eksekutif dengan mengehadkan kuasa istana.

“Sekarang ini undang-udangnya – malah perlembagaan berkata, selepas mempertimbangkan nasihat (daripada perdana menteri atau menteri besar), Agong atau Sultan mesti menerima nasihat itu,” kata beliau lagi.

“Sekarang, Umno cuba menggunakan raja-raja untuk mensabotaj negeri-negeri diperintah Pakatan.

“Umno sudah lupa bahawa, satu hari ia akan jatuh; dan kesemua pendekatan yang ia ambil untuk memperkukuhkan kuasa kerajaan (BN) akan mengheret mereka ke bawah(jatuh),” tambah beliau. Baca semua di sini.

Kenduri tak dipanggil tak dipelawe tapi mau makan kenduri. Sendiri mau ingat.Toyo juga kata dulu dia jadi MB semua ok tak ada masalah dengan kakitangan kerajaan.

Ha ha mau tak ok semua boleh sapu boleh songlap bagi penyapu last-last dapat sial hilang satu negeri.

Mau tak ok dapat buat banglo RM24 juta, dapat kroni beli tanah mahal jual sama Toyo harga pasar borong, harga runtuh. Beli RM6.5 juta jual sama Toyo RM3.5 juta.Ini macam punya orang cakap boleh pakai ka?

Cerita rogol merogol babitkan menteri dan timbalan ketua Umno Perlis

Kisah rogol merogol di kalangan orang kenamaan di Malaysia semakin panas dan bisa buat berdiri bulu romaku bila baca dakwaan posting sabahkini.net- Pak Lah halalkan rogol, Umno halalkan zina?.Berikut laporan sabahkini.net;

Oleh: MALAYSIALEAKS

TINDAKAN Mantan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Badawi (Tun) bersubahat menyembunyikan kes 376 Kanun Keseksaan yang dilakukan oleh Menteri Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, (Februari 2006 sehingga 15 Februari 2008) Datuk Seri Utama Rais Yatim pada 2007 merupakan tindakan tidak bermaruah Perdana Menteri ketika itu.

Selain kes Datuk Rais Yatim, Pak Lah juga menyembunyikan kes perzinaan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim dengan membenar beliau bertanding dalam pilihanraya umum ke 12 telah menandatangani watikah perlantikan Shahidan sebagai Menteri Besar Perlis sekalipun tanpa persetujuan Raja Perlis.Baca lagi klik tajuk diatas.-Lapor http://sabahkini.net.

Ini bukan kisah rogol merogol di kalangan penjenayah biasa tapi golongan VIP yang berada dalam parti gerombolan. Parti yang mendabik dada , mendepa tangan kata perjuangkan Islam dan Melayu.Bekas Presiden Israel Moshe Katsav telah dijatuh hukum 16 tahun penjara kerana merogol kakitangan kerajaan dalam tahun 1998.

Kepada kelab pencinta Umno yang nak sangat perpaduan Melayu dengan Umno hentikan segera agenda mengarut dengan parti gerombolan yang diambang kejatuhan.

Berkaitan;
Laman web dedah gambar mangsa rogol menteri-Harakahdaily
Raja diminta bersih kabinet daripada menteri perogol-Harakahdaily
Gambar mangsa rogol menteri-modern2talking.blogspot

Ini berita tentu Khusrin suka

Ini berita yang diterima;

Mensyuarat Agung Tahun 2010 Masjid Al-Falah , Tmn Sri Muda , seksyen 25 Shah Alam semalam telah pecah rekod dirasmikan oleh seorang sarjan polis yang juga ketua balai polis seksyen 25 .

Sarjan Abdul Halim (gambar) kata ini pertama kali beliau rasmi mensyuarat agung masjid dalam hidupnya. Dalam ucapannya yang serba ringkas beliau berkata kawasan Sri Muda yang dulunya 'black area' dah bertukar wajah menjadi lebih aman daripada dulu dan banyak kemudahan infrastruktur di Sri Muda.Beliau juga meminta kerjasama ahli kariah masjid bekerjasama dengan pihak polis banteras kegiatan jenayah dan gejala sosial di kalangan anak muda dan remaja.

Ada yang terkejut pada mulanya dengan kehadiran anggota polis dalam mensyuarat agung masjid tersebut ingatkan untuk jaga keselamatan jamaah yang hadir untuk mensyuarat takut-takut ada adegan 'baling kerusi' rupa-rupanya jadi perasmi majlis.

Ini berita tentu Khusrin, bekas pengarah JAIS suka, AJK dan Pengerusi Masjid boleh dapat anugerah daripada Khusrin. Yang Khusrin tak suka ialah mazhab syiah, orang bukan Islam PR masuk masjid, panggil orang politik PR rasmi majlis di masjid.