Sabtu, 14 Mac 2009

Tun Dr Mahathir Tolak Kerajaan Perpaduan

Tun Mahathir apabila ditanya pendapat beliau tentang cadangan Presiden Pas, untuk bentuk kerajaan perpaduan dengan sinis mengatakan "umno tak perlu berpakat dengan parti yang tak sama dasar perjuangan,dulu pun Pas pernah bersama bn tapi tak tahan lama".Ini berbeza dengan Muhyidin Yasin calon jawatan Timbalan Presiden Umno yang menyambut baik saranan Presiden Pas.Ketua Menteri Pulau Pinang ,Lim Guan Eng pula meminta penjelasan Dato Seri Hadi Awang mengenai cadangan kerajaan perpaduan ni,mengapa mesti pakat dengan umno-bn.Bagi Guan Eng masalah kegawatan ekonomi dan politik yang melanda negara boleh dibincang semua pihak tapi tak bersetuju untuk berpakat dengan bn. Pro dan kontra tentang kerajaan perpaduan ni di kalangan pemimpin politik terus diperdebatkan di celah2 isu bahasa dan politik Perak yang panas dan tiada kesudahan itu.Politik siapa yang akan untung dan siapa yang akan rugi dalam isu kerajaan perpaduan ni menarik minat semua pemerhati politik untuk membuat ulasan.Pakatan rakyat akan jadi porak poranda sekiranya strategi isu kerajaan perpaduan yang dicadangkan ini tidak diberikan penjelasan yang terang dan terperinci kepada semua pemimpin pakatan rakyat termasuk penyokong bawahan pakatan rakyat.Tun Mahathir turut berkata,"kerajaan tanpa pembangkang akan jadi lebih teruk kerana tidak ada "check and balance"bagi kerajaan yang memerintah. Semua orang berhak mengeluarkan pendapat, tak semestinya apa yang dikatakan Tun itu betul,dan tak semestinya apa yang dicadangkan oleh Presiden Pas itu akan jadi kenyataan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan