Ahad, 1 Mac 2009

Betulkah Kerajaan Perpaduan Akan Wujud???












Setelah isu Muqabalah dengan umno dapat tentangan hebat oleh ahli2 dan penyokong Pas semasa Muktamar Tahunan Pas tahun lepas kini timbul pula cadangan oleh pimpinan Pas untuk mewujudkan Kerajaan Perpaduan yang didalamnya, katanya dah tak ada pembangkang.Pendek cerita kerajaan tanpa pembangkang.Ketua wanita umno,Rafidah Aziz awal2 lagi menolak kerajaan perpaduan ni,katanya Pas dah tak laku,sokongan rakyat dah mula berubah kepada bn semula sebab itu Pas cari alternatif lain sebagai modal politik.Ali Rustam ,Ketua Menteri Hang Tuah tu pun tak layan,malah memandang sinis pelawaan nak buat kerajaan perpaduan ni.Pas yang ada 23 kerusi parlimen tu kalu aku tak silap,boleh jadi penentu nak buat kerajaan apa pun buat masa sekarang.Tapi yang aku betul2 nampak sekarang di Perak,yang betul2 wujud ialah "Kerajaan Pasola"yang buat mesyuarat bawah pokok beringin rendang macam dalam gambar P.Ramlee.Cadangan kerajaan perpaduan Pas ini mungkin wujud kalau Pak lah tak letak jawatan sebagai PM,sebab masa muqabalah dulu,Pak lah pun ada sama.Tapi Pak lah pun dah kata ,beliau akan undur ikut jadual.Dia letak jawatan sebgai Presiden umno saja ka dan kekalkankan jawatan PM itu Pak lah saja yang tau.Umno- bn yang ada 100 kerusi lebih di parlimen,kalau wujud kerajaan perpaduan pun umno lah yang akan berkuasa dan menjadi penentu dasar negara.Pas hanya akan jadi tempelan di buntut kuali umno saja tak lebih dari itu.Kalu dasar negara sama saja macam sekarang terutamanya yang berkaitan dengan agama Islam lebih baik jangan bercakap tentang kerajaan perpaduan.Pas akan ditempelak oleh sudara2 Pas dalam Pakatan rakyat,kerana terus mencuba berbaik2 dengan umno walaupun isu muqabalah dah tamat.Pas kena tanya ahli2 bawahan Pas yang menjadi tulang belakang kekuatan Pas selama ini,jangan hanya buat kertas kerja dengan orang2 atasan saja sebelum bercakap sesuatu perkara yang melibatkan agenda besar parti.Pas kena tuntut bayaran ex-gratia,ganti rugi kepada umno-bn untuk mangsa pembunuhan kejam di Memali baru boleh cakap pasal kerajaan perpaduan .Kalu dekat hakim2 yang Tun Mahathir pecat Pak Lah boleh bagi gantirugi berjuta ringgit kenapa Pas tak berani minta ganti rugi untuk keluarga mangsa2 Memali yang sehigga kini kes Memali belum selesai dibicarakan.Rusa dengan harimau tak mungkin tidur sebilik,rusa akan bermimpi harimau hendak memakannya,si rusa takkan tidur sampai siang!.Brahim Ali yang menang atas tiket Pas pun sekarang bukan main lagi maki hamun pemimpin Pas dalam sidang parlimen dengan kata2 kesat babi,bangsat sepatutnya menyedarkan pimpinan Pas dari tidur-lena yang panjang untuk berbaik2 dengan umno.Sebelum pilihanraya umum ke-12 yang lepas Brahim telah di jemput untuk berceramah di atas pentas Pas,kononnya Brahim tu dah insaf,tapi sekarang Brahim bagi racun kepada Pas sampai tok guru Nik Aziz suruh Brahim letak jawatan sebagai MP Pasir Mas.Dengan Brahim pun Pas "terkena" apatah lagi dengan harimau tua macam umno yang banyak tipu muslihat dan amat kreatif dalam menjatuhkan pihak lawan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan