Khamis, 5 Mac 2009

Seluar Najib Dah Nak Terlondeh


Perhimpunan Agung Umno semakin dekat.Jawatan PM untuk Najib juga semakin dekat.Pencalonan untuk jawatan Presiden Umno pun hanya Najib sorang yang dapat.Adakah Najib merasa gembira untuk melakar diri sebagai Presiden umno dan seterusnya memegang jawatan PM secara rasminya selepas perhimpunan tersebut?Aku rasa tidur Najib pun sekarang ini tak berapa nyenyak selepas satu persatu tuduhan keatas Najib dilondehkan media tempatan dan luar negara.Sebelumnya

semasa perbicaraan kes Raja Petra,peguam beliau Gobindeo Singh mendedahkan dalam mahkamah bahawa Najib dilihat bersama Altantuya di hotel mandarin di Singapura sambut harijadi Altantuya.Najib juga dituduh terlibat dalam urusniaga beli adun2 Perak untuk melompat parti seperti yang disebut dalam akuan bersumpah Fauzi pemimpin PKR Perak bernilai 50 juta ringgit.Terkini Najib dituduh bersama Altantuya dan Razak Baginda di sebuah kelab malam di Paris oleh akhbar negara berkenaan.Pertemuan tersebut dikatakan berlaku pada tahun 2005,lapor oleh malaysiakini.Semua ini menguatkan lagi kata2 tertuduh koperal Sirul dalam mahkamah bahawa beliau "dikambinghitamkan" mungkin ada benarnya.Nampak gaya mungkin butang seluar najib boleh tercabut selepas ini hanya Tuhan saja yang maha mengetahui.Najib mungkin berfikir adakah peluang beliau untuk jadi PM jadi kenyataan atau sebaliknya sekiranya media barat dan dalam negara terus menerus menyerang beliau dengan mencari bukti2 baru untuk tatapan umum.Sekiranya apa yang dilaporkan media benar, Najib sememangnya tidak layak untuk jawatan PM.Memalukan rakyat Malaysia mempunyai PM yang dituduh dengan pelbagai skandal seperti itu.Sudahlah kegawatan ekonomi dunia makin menjunam,kegawatan politik Malaysia pun semakin teruk sampai mensyuarat dun pun boleh bersidang di bawah pokok gara2 tindakan polis dan samseng2 umno yang melarang adun2 pakatan rakyat masuk ke dalam dewan.Di Malaysia sekarang khidmat "security"orang dah tak pakai untuk jaga bangunan kerajaan,khidmat kaki pukul,samseng lebih bernilai seperti apa yang berlaku di bangunan parlimen dan dun Perak tempohari!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan