Jumaat, 18 Februari 2011

Orang Sarawak kena tipu lagi

Timbalan Presiden Umno yang juga Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yaasin semakin melalut-lalut bercakap kepada orang Sarawak yang dah dekat dengan pilihanraya negeri.Muhyiddin pi Sarawak tibai MB Selangor kata tak reti buat kerja perintah Selangor.

“Sokongan rakyat Sarawak pada BN satu kewajipan yang harus kita pegang dan laksanakan agar negeri ini lebih maju, dan sehubungan itu, kita perlukan pimpinan kerajaan yang sudah lama tetapi berpengalaman.

“Tidak guna kalau kerajaan yang baru yang buat kerja pun tidak reti, macam Menteri Besar Selangor (Tan Sri Khalid Ibrahim), macam-macam masalah yang timbul sehingga pentadbiran tunggang langang di negeri Selangor.

“Berdasarkan kajian yang dibuat sebuah universiti baru-baru ini, ramai kakitangan kerajaan tidak puas hati kerana pentadbiran di Selangor tidak mencapai sasaran dan tidak menepati kehendak rakyat,” katanya pada majlis pecah tanah projek Jalan Tuie-Supa-Manggut bernilai RM72 juta di sini hari ini.

Muhyiddin berharap penduduk di Sarawak tidak mudah terpedaya dan termakan janji-janji manis pakatan pembangkang yang cuba meraih undi sehingga menghancurkan masa depan negeri itu.

“Jangan disebabkan dipujuk dan dirayu pembangkang, rakyat menyokong mereka. Jangan dengar suara-suara yang membawa risalah yang tidak baik.

“Dengan adanya BN di sini, kita akan terus tingkatkan semangat dan komitmen untuk menjadikan Sarawak sebuah masyarakat yang berjaya dan maju. Kerjasama rapat kerajaan pusat dan kerajaan negeri Sarawak akan membawa kemajuan dan meningkatkan taraf hidup penduduk di negeri ini,” katanya.

“Jangan disebabkan dipujuk dan dirayu pembangkang, rakyat menyokong mereka. Jangan dengar suara-suara yang membawa risalah yang tidak baik.

“Dengan adanya BN di sini, kita akan terus tingkatkan semangat dan komitmen untuk menjadikan Sarawak sebuah masyarakat yang berjaya dan maju. Kerjasama rapat kerajaan pusat dan kerajaan negeri Sarawak akan membawa kemajuan dan meningkatkan taraf hidup penduduk di negeri ini,” katanya.

Muhyiddin meminta penduduk di luar bandar khususnya memanfaatkan usaha kerajaan yang menyediakan kemudahan asas seperti jalan raya, air bersih dan elektrik di kawasan luar bandar untuk meningkatkan taraf sosioekonomi mereka.

“Dengan adanya jalan raya yang menghubungkan pekan-pekan dan bandar-bandar utama ia akan merancakkan perkembangan aktiviti ekonomi terutamanya apabila hasil-hasil pertanian dapat dipasarkan dengan mudah dan cepat untuk meningkatkan pendapatan dan taraf hidup penduduk luar bandar,” katanya. — Bernama

Ini semua modal lama, taktik lama jaja pembangunan dari Perlis hingga Sabah/Sarawak daripada dulu sampai sekarang tak habis-habis dengan politik basi pembangunan.Orang Dayak percaya, Melanau percaya, Iban percaya, Bumiputera Sarawak percaya kalau tak percaya Umno-Bn dah tumbang di Sarawak..ha ha. Ini janji pembangunan takut orang Sarawak tak undi BN.

Nak bagi tau rakyat Sarawak yang kaya minyak tapi negeri miskin kalau BN menang lagi di Sarawak minyak Sarawak BN sedut lagi kayakan kroni BN di Sarawak dan Kuala Lumpur.

Nak bagi tau rakyat Sarawak MB Selangor tak reti perintah Selangor tapi boleh bagi air 20 meter padu percuma untuk rakyat Selangor.Hanya orang bodoh saja tolak tuah tak mau guna air percuma.Umno dok bising-bising pun dapat air free kat Selangor tu pun tak sedar diri 5o tahun Umno-Bn perintah Selangor tak boleh bagi air percuma.Bising ja lebih.Bila dah tak ada kuasa mengaum kata hak Melayu hilang..nak tipu Melayu tapi orang Melayu mula sedar yang hilang bukan hak Melayu tapi yang Umno dok sapu 50 tahun dah hilang!

Ada pilihanraya janji macam-macam pada rakyat Sarawak puluh juta pecah tanah.Apa macam pecah tanah di Manek Urai, Galas sudah cacak tiang belum?

Ketua Menteri Sarawak dah 30 tahun berkuasa di Sarawak sama macam Mubarak di Mesir yang dah tumbang takkan rakyat Sarawak terus ditipu dengan projek pembangunan Muhyiddin dan BN untuk Ketua Menteri Sarawak terus berkuasa.

Muhyiddin kata BN berpengalaman perintah Sarawak berpuluh tahun tapi sampai sekarang kemudahan asas kawasan kampung tak ada.Pilihanraya sampai baru cakap nak bagi jalan tar dan bekalan elektrik. Rakyat Sarawak kena tipu hidup-hidup dengan 'Bapa Janji Pembangunan'' Muhyiddin Yaasin.

Baca juga;

Kempen:Anak muda tidak 'makan' mi segera-Harakahdaily

Umno Mahathir dengan Umno Najib tak sama


Mantan PM Tun Mahathir yang cuba menampakkan dirinya sebagai pejuang Melayu tulen sebenarnya sudah terlebih lajak daripada apa yang PM Najib perjuangkan sekarang 1Malaysia.
Najib mahu jadikan negara ini satu bangsa yang dinamakan bangsa Malaysia macam Indonesia yang bergelar bangsa Indonesia.Tun banyak bercakap nasionalisme Melayu bila dah tak ada kuasa.

Umno Mahathir dengan Umno Najib nampak macam berlaga dah tak sama dah.Tun bebai macam manapun nak perjuangkan Melayu Tun dah tak dak apa dah.Boleh bercakap ja tapi belum tentu laku.Tun Mahathir masih menaruh harapan jambatan bengkoknya dibina bersama wawasan 2020 sementara Najib dengan konsep 1Malaysia yang semakin huru hara.Yang nampak sama tang makan rasuah, seleweng duit rakyat, dulu kini dan selamanya sama...

Bolehkah Malaysia jadi macam Indonesia?Satu sekolah satu bangsa. Kita ada macam -macam sekolah.Sekolah Tamil, sekolah Cina , sekolah kebangsaan dan juga agama yang dah bertapak sejak awal kemerdekaan lagi.Semua ni dah tak boleh ubah dah ..sampai bila pun dok lagu tu la.

Kita juga tak sama macam rakyat Indonesia dan Mesir yang hanya satu bangsa.Rakyat Indonesia yang jumlahnya lebih 220 juta amat menakutkan pemerintah yang berkuasa.Rakyat Indonesia bangun berdemontrasi tumbangkan Presiden Soharto.Begitu juga bangsa Arab Mesir yang satu bangsa yang jumlahnya 80 juta penduduk menggerunkan Hosni Mubarak sehingga beliau berundur.

Rakyat Malaysia jumlah penduduknya hanya 27 juta orang ada macam-macam bangsa pulak .Jumlah sebanyak ini dengan berbilang agama dan bangsa tidak menggerunkan pemerintah yang ada untuk terus berkuasa.

Zaman Mahathir wawasan 2020, zaman Pak Lah Islam Hadhari dan kini Najib 1Malaysia.Ini semua slogan-slogan ni hanya sekadar untuk Umno-Bn terus berkuasa saja tak lebih daripada itu.Yang pasti kerajaan BN tak akan tumbang dijalanraya macam Indonesia, Tunisia dan Mesir.

Umno pandai main politik di hadapan orang Melayu cakap Ketuanan Melayu, di hadapan orang Cina dan India cakap kita semua 1Malaysia.
Baca juga;
NGO:Jatuhkan BN agenda bersama-Harakahdaily
Tidak mustahil BN boleh jatuh , kata Mahathir-TMI

Tutup tol Batu Tiga dan Sungai Rasah

Kerajaan Persekutuan hari ini mengumumkan penurunan kadar tol di Plaza Tol Petaling Jaya Selatan 2 (PJS) Lebuhraya Baru Pantai (NPE) daripada RM1.2o kepada RM1.Penduduk dan pengguna lebuhraya berkenaan tentu rasa gembira dengan kadar baru tol tersebut.

Bagaimana pula dengan Tol Batu Tiga dan Sungai Rasa di Shah Alam? Dua tol ini sepatutnya ditutup terus terutama Tol Batu Tiga yang menggunakan jalan asal Lebuhraya Persekutuan semasa jalan tersebut dinaiktaraf sejak tahun 90-an lagi.

Tol Batu Tiga dan Tol Sungai Rasa benar-benar bebankan rakyat yang menggunakanlebuhraya tersebut setiap hari yang menghubungkan bandar Klang, Shah Alam dan Kuala Lumpur.Kerajaan dah banyak untung dan terlebih untung hasil kutipan di dua tol berkenaan.

Khamis, 17 Februari 2011

Depa guna jalanraya tumbangkan pemimpin kita pilihanraya

Demontrasi Di Algeria

Demontrasi di Libya
Demontrasi Di Bahrain

Rakyat di dunia Arab dan Afrika, Yaman, Libya, Bahrain, Algeria tua- muda, remaja, lelaki dan wanita berdemontrasi setiap hari setelah tumbangnya Presiden Tunisia Ben Ali dan Presiden Mesir Hosni Mubarak.Mereka bangkit tuntut perubahan malah desak pemerintah yang berkuasa letak jawatan.Ada yang mati ditembak dan beratus-ratus yang cedera.Mereka bukan pengganas tapi warganegara yang ada kesedaran bahawa mereka telah lama ditipu dan kena kelentong dengan pemerintah mereka.

Mereka gunakan jalanraya untuk jatuhkan pemimpiin mereka tak tunggu dah pilihanraya. Yang ada dalam fikiran mereka hanya satu matlamat pemimpin yang dah berkulat-kulat berkuasa mesti ditumbangkan.Pemimpin kumpul harta berbilion dolar mesti ditumbangkan.

Orang kita tak makan saman habaq pi la apa pun dok lagu tu la sampai tua .Habaq kata barang naik depa kata kelapa sawit mahai, getah mahai apa nak heran naik pi la.Hat dok dalam bandar hidup jadi lagi teruk pada penoreh getah dan pemilik kebun kelapa sawit.

Cakap kata pengaliran keluar wang haram negara berjumlah RM888 bilion pun tak pa lantak pi la.Bukan ambik duit aku tibai pi la sapa nak tibai..Malaysia di tangga ke 5 antara negara paling tinggi pengaliran keluar wang haram daripada 125 negara sejak tahun 2000-2008.

Peluang rakyat jatuhkan BN dalam pilihanraya yang ke 13 terbuka luas bukannya melalui jalanraya tapi pilhanraya.Adakah melalui pilihanraya yang tidak telus selalu saja macam dacing senget sebelah bolehkah BN tumbang?

Rakyat Arab jadikan facebook/blog sebagai senjata yang cukup berkesan untuk jatuhkan pemimpin mereka yang zalim dan ingin berkuasa buat selama-lamanya.

Takziah buat keluarga Hj Mohamad Sabu AJK Pas pusat atas kematian ibu beliau.Semoga Allah SWT ampunkan segala dosa ibu beliau dan ditempatkan di sisi orang2 yang beriman.

Ini banner tradisi membela rakyat


Dalam kekalutan 'perang' media baru rakyat masih tak dapat lupa kenaikan harga barang yang sudah tak dapat dikawal lagi.Kita disogok dengan macam-macam isu termasuk Ketuanan Melayu, dasar untuk perkasakan bangsa Melayu, nak jaga Melayu tapi tang naik barang kita rakyat kena dulu..tak kira apa bangsa semua kena.Yang kata berjuang nasionalis pun kena yang kata berjuang Islam pun kena tak kira sapa bila barang naik.

Yang untung bila ada kematian wakil rakyat projek mee maggie sampai ke kawasan kampung-kampung.Orang kampung dapat tar baru, longkang baru, dapat bot baru,jamban baru cuma yang tak dapat bini baru.Menteri pulak datang umum projek berpuluh juta melopong biji mata orang kampung yang dengar .Ada yang fikir ada yang tak fikir betul ka tidak apa yang menteri umum nak bagi projek kira juta.Janji prk Manek Urai, Galas, Hulu Selangor dan lain-lain tempat belum tertunai yang penting yang mendengar percaya.Ini yang penting..

Nak dengar ajaran Tun atau perintah Allah SWT

Hari ini media Umno berlumba-lumba siarkan serangan Tun Mahathir terhadap Tok Guru Nik Aziz kononnya itulah saja point untuk bunuh apa yang dikatakan Tok Guru terhadap Tun Mahathir. Tak pa la pakat lawan hujah antara mereka berdua.

Bagaimanapun bila Tun Mahathir kata bapa munafik Abdullah Bin Ubai juga berjasa kerana buat Masjid Dhirar sudah tentu timbulkan persoalan.Kata Tun:

"Apakah Abdullah bin Ubay di zaman Rasulullah tidak berjasa kepada Islam apabila dia membina Masjid Dhirar? Jika membina sekolah agama tidak bermakna UMNO berjasa kepada Islam, kenapakah saya dikecam apabila peruntukan kepada sekolah agama ditarik balik setelah sekolah dijadikan pusat mengembangkan ideologi PAS untuk membenci UMNO?"

Apakah Tun Mahathir tidak sedar bahawa masjid yang didirikan Abdullah Bin Ubai itu diperintahkan Allah SWT diruntuhkan seperti yang difirmankan Allah SWT dalam surah AT Taubah ayat 107-110 yang bermaksud;

"Dan (di antara orang-orang munafik juga ialah) orang-orang yang membina masjid dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang-orang Islam), dan (menguatkan) keingkaran (mereka sendiri) serta memecah-belahkan perpaduan orang-orang yang beriman, dan juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan RasulNya sebelum itu. Dan (apabila tujuan mereka yang buruk itu ketara), mereka akan bersumpah dengan berkata:" Tidaklah yang kami kehendaki (dengan mendirikan masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-mata ". Padahal Allah menyaksikan, bahawa sesungguhnya mereka adalah berdusta." -ayat 107

"Jangan engkau sembahyang di masjid itu selama-lamanya, kerana sesungguhnya masjid (Qubaa' yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin)."- ayat 108

"Maka adakah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di atas dasar taqwa kepada Allah dan (untuk mencari) keredaan Allah itu lebih baik, ataukah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di tepi jurang yang (hampir) runtuh, lalu runtuhlah ia dengan yang membangunkannya ke dalam api neraka? Dan (ingatlah) Allah tidak akan memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang zalim."-ayat 109

"(Keruntuhan masjid) yang dibina oleh mereka yang munafik itu sentiasa menjadi penyakit syak dan keluh-kesah (lebih daripada yang sedia ada) dalam hati mereka, (dan tidak akan habis) kecuali (apabila) hati mereka hancur-luluh (dalam tanah). Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana."-ayat 110- Walalhu a'lam.

Ketika para ulama, tuan guru dan ustaz menceritakan perihal Abdullah bin Ubai sebagai bapa munafik kenapa Tun pulak kata Abdullah Bin Ubai ada buat jasa kerana bina masjid yang diperintah Allah SWT diruntuhkan ?

Begitu juga Tun turut memuji Kamal Atartuk kerana berjaya menyelamatkan negara Turki daripada orang Greek walaupun Kamal Atartuk menjadikan Turki sebuah negara sekular . Presiden Mesir Anwar Sadat yang mati ditembak juga seorang naisonalis Arab telah berperang dengan negara haram Israel tapi akhirnya Anwar Sadat buat perjanjian Camp David dengan Israel.Ini kerja orang nasionalis.

Tun juga kata yang dibunuh di Memali sebagai pengganas dan polis juga turut terbunuh;

"PAS tidak harus lupa di Memali enam orang anggota polis ditembak mati oleh pengganas Memali. Itulah sebabnya polis terpaksa tembak balas.
"

Siapa pengganas di Memali? Demi untuk halalkan pembunuhan al-marhum Ibrahim Libya dan anak muridnya yang belajar agama lalu dituduh sebagai pengganas.Adakah layak pengganas disahkan mati syahid oleh pihak Majlis Agama Islam Kedah? Kalau pengganas takkan Sultan Kedah nak ziarah kubur Ibrahim Libya dan lain-lain mangsa yang dibunuh pihak polis.

Umno mungkin berjasa kepada orang Melayu dan jadikan pemimpin Umno kaya raya tapi adakah Umno dianggap berjasa kepada Islam jika hukum Islam yang berdasarkan Quran dan hadis jadi barang mainan pemimpin Umno.Pemimpin Umno sanggup jual isu negara Islam di hadapan orang kafir dengan harga yang cukup murah.Menakut-nakutkan orang kafir dengan hukum Islam.Adakah ini dianggap berjasa kepada Islam?

Kenapa Tun Mahahtir jadikan Abdullah Bin Ubai dan Kamal Atartuk sebagai idola dan contoh orang yang berjasa? Tak dak orang lain ka?

Amah muda umur 18 tahun boleh kerja di Malaysia

Putrajaya digesa benar ambil pembantu rumah 18 tahun-The Malaysian Insider

Jawatankuasa Kerja Agensi Pembantu Rumah memohon kerajaan membenarkan pengambilan pembantu rumah seawal usia 18 tahun berbanding 21 hingga 41 tahun yang menjadi polisi sebelum ini.

Pengerusinya Datuk Raja Zulkepley Dahalan berkata langkah itu mampu meningkatkan kemasukan sebanyak 30 peratus pembantu rumah, sekaligus mengatasi kekurangan 60,000 pembantu rumah yang diperlukan ketika ini.

Pengambilan pembantu rumah di peringkat usia itu lebih praktikal kerana mereka belum dibelenggu masalah seperti perkahwinan, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat ketiga jawatankuasa itu yang disertai 100 agensi pembantu rumah dari Perak, Selangor dan Kuala Lumpur di sini semalam.

“Kita juga mengambil ketetapan, jika perkara ini tidak dapat diselesaikan dalam tempoh dua minggu (dari sekarang) jawatankuasa bersama 120 agensi akan berjumpa dengan Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein) bagi mendapatkan taklimat kedudukan mutakhir memorandum persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Indonesia berhubung penghantaran pembantu rumah ke negara ini,” katanya dipetik Bernama.

Raja Zulkepley berkata cadangan mengenai perkara itu pernah disuarakan kepada kerajaan menerusi memorandum kepada KDN dan Jabatan Tenaga Kerja pada November tahun lepas, namun tiada sebarang maklum balas diterima sehingga kini.

Beliau berkata pihak agensi menghadapi pelbagai masalah seperti didakwa tidak profesional, selain menjadi sasaran kemarahan majikan berikutan kekurangan pembantu rumah untuk dibekalkan kepada mereka yang memerlukan.

Raja Zulkepley berkata jika cadangan yang tidak bertentangan dengan undang-undang buruh membenarkan seseorang berumur 18 tahun diambil bekerja itu diterima, masalah yang dihadapi agensi dapat diatasi, selain dapat menyelesaikan kesulitan mendapatkan pembantu oleh majikan, terutamanya wanita bekerja.

“Kita harap kerajaan dapat timbangkan permohonan ini selain memberi keutamaan kepada memuktamadkan perjanjian MoU antara Malaysia dan Indonesia berhubung penghantaran pembantu rumah ekoran pembekuan yang diputuskan mereka sejak Jun 2009,” katanya-Tmi

Lagi muda lagi bagus bisa buat majikan tak keluar rumah.Sebaya dengan anak majikan ha ha..ini kisah amah amat sensitif hingga blogger Din Binjai kena saman dengan Pak Menteri, gara -gara isu amah kata ada Pak Menteri pelokoh amahnya yang cuma copy n paste daripada Harakahdaily dan Wikileaks.

Amah muda bisa rumahtangga tunggang langgang, isteri bekerja pun takut nak tinggalkan rumah takut si suami 'pulang makan tengahari'..

Rabu, 16 Februari 2011

Kisah Nora Reformasi dalam penjara

Kau ni gundik Anwar ke Nik Aziz? kata pegawai penjara kepada Nora-Keadilandaily.com

Norazimah Mohamad Nor atau lebih dikenali sebagai ‘Nora Reformis’ kesal dengan sikap biadap beberapa pegawai Unit Khas Penjara (UKP) sepanjang tempoh tahanannya di penjara Kajang.

“Walaupun bertudung, pegawai penjara wanita mempunyai sikap yang teruk. Mencarut dan memaki hamun menjadi ‘makanan’ kami dalam penjara.

“Mereka turut bertanya kepada saya, ‘Kau ni gundik Anwar ke, Nik Aziz? Berapa mereka bayar kau…?” kata Nora menceritakan pengalamannya kepada Keadilandaily.com.

Nora ditahan di penjara itu selama dua malam sebelum dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini atas dakwaan terbabit dalam demonstrasi pada 2008. Beliau dibebaskan dengan ikat jamin RM2,000.

Menceritakan pengalamannya ketika ditahan, Nora berkata pegawai terbabit mengugut melakukan tindakan lebih keras selepas mengetahui kes berkaitannya adalah kes demonstrasi.

Ketika melalui rutin pemeriksaan tubuh, pegawai UKP tersebut turut menendangnya kerana tidak mengikut arahan. Bahkan Nora didenda untuk membuat ‘lompat bintang’ berpuluh kali, sekiranya soalan yang dijawabnya tidak memuaskan hati para pegawai terbabit.

Nora mendedahkan, kebanyakan tahanan penjara Kajang terdiri dari kes jenayah dan imigresen. Justeru, beliau mempersoalkan tindakan pegawai terbabit yang seolah menyamakannya dengan penjenayah.

“Saya turut dimaki dengan perkataan bodoh, bengong dan bebal. Apa mereka ini tidak ada perikemanusiaan?Baca lagi di sini.

Anak Tun Mahathir antara terkaya di Malaysia

Hanya 3 Melayu antara 20 individu terkaya di Malaysia-Malaysiakini

Jumlah kekayaan terkumpul 40 individu terkaya di Malaysia meningkat 30 peratus disebabkan oleh pasaran saham yang aktif dan pengembangan ekonomi negara, lapor majalah perniagaan
Malaysian Business.

Menurut majalah terbitan 16 Februari itu, jumlah kekayaan terkumpul mereka pada 21 Januari tahun ini RM206.27 bilion berbanding RM156.7 bilion setahun lalu.

Peningkatan itu selaras dengan kenaikan 20 peratus di FBM KLCI.

Jumlah bilionaire bagi tahun ini juga meningkat iaitu 27 orang - lima lebih ramai berbanding tahun lalu.

Daripada 20 individu terkaya itu, hanya tiga adalah golongan bumiputera.

Mereka adalah Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dari Yayasan Albukhary Foundation yang menerajui Kumpulan DRB-Hicom. Beliau menduduki tangga ketujuh dengan kekayaan RM8.84 bilion.

Di tangga kesebelas adalah Tan Sri Azman Hashim daripada Kumpulan Arab-Malaysian dengan kekayaan RM3.9 bilion manakala anak mantan perdana menteri, Datuk Mokhzani Mahathir dari Kenchana Petroleum di tangga ke-19 dengan RM1.6 bilion.
Terus mendahului senarai itu adalah Tan Sri Robert Kuok, dengan kekayaan RM50.04 bilion manakala Tan Sri T Ananda Krishnan di tangga kedua dengan RM45.78 bilion.

Tan Sri Teh Hong Piow dari Public Bank pula naik ke tangga ketiga dengan kekayaan diramalkan pada RM12.77 bilion. Tempat keempat adalah pemilik IOI Corporation Bhd - Tan Sri Lee Shin Cheng dengan kekayaan RM12.74 bilion.

Kedudukan Tan Sri Lim Kok Thay dari Kumpulan Genting kekal pada tangga kelima pada nilaiRM10.89 bilion manakala pemilik Kumpulan Hong Leong - Tan Sri Quek Leng Chan menduduki tangga keenam pada RM10.75 bilion.

Wael Ghonim pencetus revolusi rakyat Mesir

Ini kisah seorang blogger, facebook, twitter Wael Ghonim yang dikatakan jadi salah satu sebab pencetus gelombang kebangkitan rakyat Mesir berjaya tumbangkan diktator Hosni Mubarak daripada tampuk kuasa setelah 30 tahun berkuasa.

Ini bukan kisah blogger Din Binjai yang kena saman dengan Rais Yatim dalam isu 'rogol amah' yang didedahkan pada mulanya oleh Wikileaks, blogger Rocky Bru dan Harakahdaily.Nasib blogger tu tak baik dalam banyak-banyak blogger dan media antarabangsa dan tempatan yang dedah akhirnya Din Binjai yang kena saman dengan Rais Yatim.Kepada Din Binjai semoga tabah hadapi dugaan dan ujian yang menimpa.Apa isu pun boleh kata semua blogger pakat cedok , paste n copy daripada semua media lain ni dah tak dapat elak kalau tidak nak buat komen macam mana , bukan jadi wartawan akhbar dan portal berita web yang ada gaji yang memang tu kerja depa.Blogger Din Binjai jadi mangsa keadaan...Rais Yatim nampak kuman seberang laut gajah depan mata Rais tak nampak.Blogger Tukar Tiub lagi hebat cerita isu amah tapi tak kena saman.

Google 'amat bangga' pencetus revolusi rakyat Mesir-Berita Harian Online

Google hari ini menyatakan pihaknya 'amat, amat bangga' dengan aktivis siber, Wael Ghonim, seorang eksekutif muda di Google yang muncul sebagai pencetus utama gerakan pembaharuan di Mesir, kata Ketua Eksekutif Google, Eric Schmidt.

Ghonim, yang mengetuai bahagian pemasaran Google untuk rantau Asia Barat dan Utara Afrika, menjadikan akaun Facebook miliknya untuk menaikkan semangat dan gerakan penentangan rakyat terhadap regim Presiden Hosni Mubarak.

Eksekutif berusia 30 itu juga tampil di kaca televisyen dalam satu temubual yang penuh beremosi selepas dia dibebaskan daripada tahanan polis selama 12 hari sebaik demonsrasi jalanan tercetus di Mesir.
“Kami amat amat bangga dengan apa yang dilakukan Wael Ghonim di Mesir," kata
Schmidt dalam satu majlis meraikan pengamal industri telefon bimbit di Barcelona.

“Mereka kini boleh menggunakan teknologi baru termasuk Facebook, Twitter dan media sosial lain sebagai landasan menyuarakan rasa hati rakyat.

"Dan ini salah satu contoh terbaik mengenai ketelusan. Kami mengucapkan mereka agar berjaya.
"Saya sudah bercakap dengannya (Ghonim) dan kami amat, amat berbangga dengannya," katanya.

Dalam temubual bersama stesen CBS “60 Minutes” yang disiarkan Ahad lalu, Ghonim berkata gerakan penunjuk persaaan yang membawa kepada kejatuhan Mubarak mungkin tidak akan menjadi kenyataan tanpa wujudnya rangkaian laman sosial.

“Sekiranya tiada rangkaian laman sosial, ia tidak akan tercetus," katanya.

“Ini kerana apa yang berlaku sebelum revolusi adalah perkara yang amat kritikal. Tanpa Facebook, tanpa Twitter, tanpa Google, tanpa You Tube, ini tentu tidak akan berlaku,” katanya. - AFP

Wael Ghonim embraces the mother of  dead businessman Khaled Said in Tahrir Square, 8 February
Wael Ghonim met the mother of dead businessman Khaled Said in Tahrir Square on 8 February. Baca juga di sini .

Nora Reformasi didakwa di mahkamah hari ini.

Ini wajah wanita yang tidak pernah kenal erti takut dalam berhadapan dengan pihak berkuasa dalam setiap demontrasi yang disertainya.

Hari ini 16 Feb 2011 beliau akan dihadapkan ke mahkamah seksyen 6 Jalan Duta , Kuala Lumpur seperti yang dilaporkan Amin Iskandar dalam blog beliau :Nora akan dibawa ke mahkamah Jalan Duta Jam 2 Petang.Menurut saudara Amin 'Nora Reformasi' sudah 3 hari ditahan di Penjara Kajang .

Selasa, 15 Februari 2011

Warga Aceh dan penduduk setempat meriahkan sambutan Maulidurrasul di dun Seri Muda

Sambutan maulidurrasul di Masjid Al-Falah ,Seri Muda, seksyen 25 Shah Alam dapat sambutan hebat masyarakat setempat yang bersatu dengan kira-kira 2000 warga Aceh jayakan sambutan maulidurrasul 1432 H.Perarakan turut diadakan disekitar pekan Seri Muda dengan kerjasama pihak polis.

Sebanyak 5 ekor lembu dan 3 ekor kambing dijadikan korban untuk jamuan yang bermula sejak malam Selasa hingga ke hari sambutan maulidurrasul yang disumbangkan warga Aceh sekitar Shah Alam dan Kuala Lumpur.

Ceramah agama juga turut diadakan dengan menampilkan pendakwah bebas Ustaz Nik Bakri dan ustaz Dr Badrulamin yang dipengerusikan oleh Ustaz Husni bekas imam masjid TTDI Jaya U2 Shah Alam.

Ustaz Nik Bakri dalam ceramahnya menyatakan umatIslam janganlah menipu diri sendiri dan bermuka-muka menyambut maulidurrasul sedangkan dalam masa yang sama menolak hukum Allah SWT. Nabi Muhammad SAW membawa rahmat sekelian alam, cinta nabi dapat rahmat , nak dapat rahmat Allah ialah dengan ikut apa yang nabi tinggalkan kepada seluruh umat manusia.Beliau menyeru seluruh umat Islam kembali kepada ajaran Islam
secara total dan menyeluruh.

Sementara Ustaz Dr Badrulamin pula berkata umat Islam bukannya kena tiru bentuk tubuh nabi Muhammad SAW tapi akhlak baginda nabi Muhammad SAW.

Ustaz Dr Badrulamin juga berkata, "Umat Islam tidak perlu takut dengan hukum hudud.Orang yang takut dengan hukum potong tangan ialah si pencuri, orang yang takut dengan hukum sebat kerana minum arak ialah si peminum arak , orang yang takut dengan hukum zina ialah si penzina." Tanya beliau lagi," adakah kita semua si pencuri, si peminum arak kerana takut dengan hukum hudud?"

Turut hadir dalam majlis maulidurrasul di Masjid Al-Falah ialah ahli parlimen Kota Raja Dr Mariah dan adun Seri Muda Shuhaimi Hj Shafie.