Sabtu, 21 November 2009
Biar Tok Guru Selesaikan Sendiri
"PAS Kelantan tidak pernah membincangkan soal ini kerana ia bukan perkara politik sebaliknya ia masalah pentadbiran yang boleh diselesaikan sendiri Tok Guru (Nik Aziz) selaku Menteri Besar," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat badan perhubungan parti itu di kediaman rasmi Menteri Besar, JKR 10 di sini, pada Sabtu.-Bernama di sini
Korek Jangan Tak Korek
Untung keluarga Teoh kerana masih dapat cari keadilan untuk cari apa sebenarnya yang menyebabkan Teoh mati. Dr Pornthip wakili Kerajaan Selangor manakala SPRM pula upah pakar patalogi daripada Britain untuk tengok punca kematian Teoh.
Bagaimana pula keadilan untuk keluarga Altantuya yang mati kena bom c4? Jika mayat Altantuya tidak berkecai sudah tentu pakar patologi boleh buat kajian punca kematian Altantuya yang sebenar. Altantuya hanya jumpa abu mayat sudah tentu pakar mana pun tak dapat buat andaian yang sebenar. Hanya kenyataan demi kenyataan P. Balasubramaniam penyiasat persendirian yang menimbulkan semula ingatan rakyat Malaysia kepada pembunuhan Altantuya.Siapa pembunuh sebenar Altantuya?Siapa perancang utama bunuh Altantuya?
Pahang Mau Royalti Tak Mau Wang Ihsan
Wujud Konspirasi Terhadap Saya-Husam
Khabar angin mengenai langkah menggugurkan Husam sebagai Exco mula timbul ekoran dakwaan Syed Azidi bahawa Nik Aziz akan mengumumkan keputusan letak jawatan Ariffahmi, semalam.
“Saya tahu bahawa Tok Guru tidak akan berbuat demikian kerana beliau seorang pemimpin yang waras,” tambah Husam yang merupakan Exco Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kerajaan Negeri.
Bagaimanapun Husam juga enggan mengesahkan sama ada Ariffahmi merupakan individu di belakang dalam usahanya untuk menggulingkan beliau daripada kerajaan negeri.
“Mereka adalah pihak luar, berusaha untuk menyerang, tetapi sasaran mereka ialah Tok Guru dan kemudian mereka akan bergerak untuk menggulingkan kerajaan PAS,” kata Husam lagiExco Kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa mendakwa sudah wujud konspirasi untuk menggulingkan beliau daripada pentadbiran kerajaan negeri itu.
“Terdapat usaha untuk mencetuskan perbalahan antara saya dan Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan),” akui beliau kepada The Malaysian Insider hari ini.
“Saya sedar tentang kewujudan konspirasi (pihak tertentu) terhadap saya,” kata beliau lagi.
Malaysian Insider- Baca Di sini
Jumaat, 20 November 2009
SPR Nak Tegak Benang Basah
Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin menetapkan tarikh itu selepas mendengar penghujahan panjang lebar daripada Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaluddin Md Said, yang mewakili SPR, dan Sulaiman Abdullah, peguam bagi Speaker DUN Kedah Datuk Dr Abdul Isa Ismail.-Bernama
Sebenarnya SPR dah malu kepada rakyat Malaysia kerana dah buat keputusan mengatakan Dun Kota Siputeh tidak kosong tapi bila Hakim Mahkamah Tinggi kata DUN tersebut kena buat pilihanraya semula tu yang SPR pulun nak pertahan apa yang ia sebut sebelum tu. Maka merayu-rayulah SPR macam orang angau atau gila talak.Cuba kita tengok apa kata hujah Peguam Kanan Persekutuan yang wakili SPR;
Dalam penghujahannya, Kamaluddin memberitahu mahkamah bahawa jika permohonan penangguhan itu ditolak, ia akan membawa kepada satu lagi pilihan raya kecil yang membabitkan banyak wang dan SPR telah pun membelanjakan RM200,365 pada pilihan raya umum lepas di DUN Kota Siputeh sahaja.
"Ia merupakan pembaziran wang pembayar cukai selain akan mengakibatkan ketidakadilan yang sangat besar kepada suruhanjaya berkenaan," tegas Kamaluddin.
Ini bukan soal rugi untung ini soal undang-undang tubuh Dun Kedah yang Umno sendiri buat sejak perintah Kedah 51 tahun lalu bukan baru buat semasa PR perintah Kedah sejak Mac 2008 yang lalu. Nak kira rugi , KTM beli Tren buruk pada harga RM30 juta lagi rugi , itu juga wang rakyat yang bayar cukai, bukan beli dengan duit Umno-Bn.
Rasuah Tak Kenal Parti
Enam Pemuda Umno Kota Tinggi Ditahan Disyaki Rasuah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan enam anggota Pemuda Umno bahagian Kota Tinggi hari Jumaat atas dakwaan rasuah.
Mereka didakwa cuba menawarkan rasuah kepada tiga daripada 18 bekas anggota jawatankuasa bahagian itu yang meletakkan jawatan Ahad lepas berikutan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan ketua pemudanya.
Dipercayai, ekoran peletakan jawatan beramai-ramai itu suspek dipercayai cuba berunding dengan seorang bekas anggota jawatankuasa sayap itu bagi mengelakkan pemilihan untuk sayap itu diadakan.
Keenam-enam suspek berusia antara 30 dan 40 tahun, ditahan pada pukul 2 pagi di rumah bekas anggota jawatankuasa sayap itu selepas didakwa cuba memujuknya agar menarik semula peletakan jawatannya dengan menawarkan RM40,000.
Difahamkan kesemua suspek kini disoal siasat di ibu pejabat SPRM negeri.
Pengarah SPRM negeri Simi Abdul Ghani enggan memberi komen berhubung tangkapan itu.
Ketua Umno bahagian Kota Tinggi Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata biarlah SPRM menyiasat perkara itu.
-- BERNAMA
TGNA Di Tangga Ke 42 Muslim Paling Berpengaruh Di Dunia
PAS mendapat penghormatan dunia Islam apabila Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah disenaraikan antara '50 tokoh Islam paling berpengaruh di dunia'.
Menteri Besar Kelantan itu, disenarai di tempat ke 42 dalam senarai '500 Muslim yang Berpengaruh Tahun 2009'.
The Royal Islamic Strategic Studies Center untuk pertama kalinya menerbitkan buku “The 500 Most Influential Muslims In The World” tahun 2009.
Para tokoh muslim dari seluruh dunia yang terpilih masuk dalam daftar itu adalah kalangan Muslim yang dianggap memiliki kemampuan untuk mempengaruhi keadaan kemanusian dan mampu membawa perubahan dalam kehidupan ramai orang.
“500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia” sepanjang tahun 2009 itu, dibahagi dalam 15 katagori, antara lain katagori ulama, politik, cendekiawan, perempuan, pemuda, ilmu dan teknologi, media sampai kategori muslim radikal.
Tokoh Muslim dunia lainnya yang masuk dalam daftar 50 tokoh peringkat teratas dimulai dengan, Raja Saudi, Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud; pemimpin spritual Iran, Syed Ali Khamenei; PM Turki Recep Tayyib Erdogan; Imam Besar Masjid Al-Azhar dan Pimpinan Universitas Al-Azhar, Kairo, Dr Muhammad Sayyid Tantawi; Syaikh Yusuf Al-Qaradawi; Pimpinan Ikhwanul Muslimin Mesir Syaikh Mohammad Mahdi Akef, Sekjen Hizbullah, Syed Hassan Nasrallah dan Pimpinan Hamas, Khaleed Mishal.
Nama Anwar Ibrahim turut disenaraikan di dalam lis 450 “Honourable Mention” di dalam pencapaian di bidang masing-masing dan diantara tokoh Islam yang signifikan di dalam dunia.
Nama Anwar Ibrahim tersenarai di bidang politik berserta dengan nama Tun Dr Mahathir Mohammad tetapi nama Mahathir tidak disenaraikan di dalam “Honorable Mention”.
Dari kalangan cendekiawan, daripada Malaysia yang tersenarai ialah Prof Emeritus Datuk Osman Bakar, Timbalan Naib Chancellor, Universiti Malaya dan Professor Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof. Dr. Mohammad Hashim Kamali.
Mohideen Abdul Kadir, Naib Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang di dalam kategori Pembangunan sementara Kumpulan Raihan turut tersenarai di dalam katagori Seni dan Budaya.
Dalam pengantar buku yang diterbitkan untuk membantu dan membuka wawasan tentang pengaruh umat Islam di dunia saat ini dan beragamnya kelompok-kelompok Islam yang ada di seluruh dunia.
Penyusunan buku ini melibatkan pengamat dunia Islam yang namanya sudah dikenal secara meluas di dunia antarabangsa, Profesor John Esposito dan Profesor Ibrahim Kalin sebagai editor utama.
Harakahdaily
Musuh Menyelinap Masuk Dalam Pas-Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim tak sebut pula siapa 'musuh' yang menyelinap masuk dalam Pas untuk cetus isu dalaman Pas. Kata Tuan Ibrahim;
"Jadi itu yang saya timbulkan ada usaha untuk musuh menyelinap masuk di kalangan kita dan mencampakkan idea dan kita pun penat bergelut sesama kita.
"Dalam PAS ada dan dalam DAP pun ada," kata beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PAS sambil menambah, kepimpinan parti itu menghabiskan masa dengan cuba menyelesaikan isu-isu yang sengaja dicetuskan
"Saya fikir begini, kita habis masa, tenaga dan wang ringgit kita habiskan kepada isu-isu yang berlaku ini meletihkan kita dalam perjuangan," kata Tuan Ibrahim.
Justeru Tuan Ibrahim berkata, mulai sekarang pemimpin-pemimpin PAS perlu memberi perhatian terhadap agenda perubahan iaitu masa depan menghadapi pilihan raya umum ke-13.
"Apa persiapan kita? Saya bimbang kadang-kadang kerana kita berbincang dan kritik sama-sama kita, kita gagal memberi tumpuan kepada soal-soal asas pilihan raya ini.
"Sebagai contoh daftar pemilih, soal pengundi, jentera dan sebagainya. Ini benda-benda asas, kalau kita gagal beri perhatian nanti dia akan merosakkan tumpuan kita," kata beliau dalam temu bual dengan Sidangonline.
Tuan Ibrahim kini berada di Mekah untuk menunaikan haji.
"Sebenarnya isu ini isu mereka, perpecahan dalam Umno, MIC, MCA, PPP tapi isunya ... sepatutnya kita tidak habiskan masa yang panjang dalam isu ini.
"Mudah-mudahan tidak ada lagi selepas ini kenyataan-kenyataan yang membuatkan ahli kita rasa letih dan kepimpinan kita habis tenaga kepada perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Jadi sebab itu kita tidak punya masa yang panjang," katanya lagi.
Dalam temu bual itu, Tuan Ibrahim juga berkata, beliau "cukup bimbang dalam konteks parti" ekoran wujudnya elemen-elemen berpuak di kalangan ahli dan pemimpin.
"Saya harapkan supaya ahli-ahli parti tidak cuba mewujudkan kelompok atau kumpulan dalam parti. Kita boleh berbeza pendapat tetapi kita kena menghargai nilai-nilai akhlak jamaah kita kena utamakan nilai-nilai akhlak berjamaah.
"Kita tegur, kita kritik sahabat kadang-kadang 'over' sangat, lebih daripada kita kritik musuh kita.
"Apa pun kita kita kena muliakan sahabat mungkin kerana usianya, kedudukannya... jadi perkara-perkara itu perlu kita hargai," kata Tuan Ibrahim.
Mengambil kira pendekatan Islam, tegas beliau, ada etika dan adab yang mesti dipatuhi oleh semua ahli parti.
"Jadi jangan kerana kita tidak bersetuju dengan sekumpulan lalu kita membelakangi akhlak-akhlak berjamaah," kata Tuan Ibrahim lagi sambil menambah, "jadi saya fikir mungkin parti juga kena lihat supaya banyakkan majlis-majlis yang bersifat lebih merapatkan ukhuwah."
Mengenai Jawatankuasa Disiplin, Tuan Ibrahim menjelaskan ia perlu diperkasakan sehingga menjadi satu badan dalam parti yang dihormati oleh ahli-ahli.
"Hingga setakat ini alhamdulillah, beberapa kes kita buat kenyataan baru-baru ini boleh reda. Sikap hormat ahli itu ada.
"Sebagai contoh bila kes kerajaan perpaduan... bila saya arahkan supaya semua diam dan minta jangan dibangkitkan sebarang kenyataan kontroversi, semua diam," katanya.-
copy n paste- malaysian insider
Moga Tuan Ibrahim dapat haji mabrur. Bila pulang nanti dapat buat keputusan yang adil sebagai Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Pas Pusat yang sedang menyiasat Pas Selangor.
P.Bala Kaitkan Adik PM Najib
Pendedahan nama Datuk Mohamed Nazim Razak dibuat dalam bahagian akhir wawancara bekas anggota polis Cawangan Khas itu - yang pernah bertugas dengan Abdul Razak Abdullah Baginda, kenalan rapat Najib - dalam laman web Malaysia Today hari ini.
"Beliau di sana bersama isterinya yang sedang sarat mengandung. Walaupun saya tidak bercakap dengannya (wanita itu), saya mengenalinya sebagai seorang personaliti TV.
"Saya rasa beliau (isteri) pernah menjadi pengacara rancangan Nona (di TV3)," Balasubramaniam dipetik berkata.
Penyiasat persendrian itu menggemparkan negara pada 3 Julai tahun lalu apabila muncul di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya dan mengumumkan akuan bersumpahnya yang mengaitkan Najib, waktu itu timbalan perdana menteri, dengan wanita Mongolia itu yang mati dalam pembunuhan luar biasa.
Keesokannya, 4 Julai tahun lalu, beliau menarik balik kenyataan dalam akuan sumpah awal melalui akuan kedua di sidang media yang diadakan secara tergesa-gesa dan kelam-kabut sebelum menghilangkan diri secara misteri di luar negara.
Dalam bahagian kelima wawancara ini, beliau turut mendakwa ahli perniagaan permaidani yang dikenali Deepak, orang tengah yang terlibat dalam perancangan membawanya ke luar negara, memberitahunya isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor gembira dengan tindakannya membuat penafian pembabitan Najib-Altantuya dan "ingin bersarapan dengannya".
Najib menafikan pembabitannya dengan wanita tersebut, sementara Abdul Razak pula dibebaskan daripada pertuduhan bersubahat membunuhnya.
malaysiakini
Agenda Melayu Tak Perlu Jadi Keutamaan
Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang Saari Sungib berkata, realiti politik dalam pilihan raya umum ke-12 menunjukkan majoriti pengundi Melayu di beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di Selangor tidak berpihak sepenuhnya kepada Pakatan Rakyat (PR).
Mana-mana kawasan yang majoriti pengundinya adalah Melayu, lebih 83 peratus, dikuasai oleh Umno dan Barisan Nasional (BN), kata beliau ketika ditemui di sini.
“Oleh itu, ADUN PAS dan PKR daripada kalangan Melayu tidak perlu menjadikan agenda Melayu sebagai keutamaan dan keterlaluan kerana mereka masih lagi berpihak kepada Umno,” kata beliau lagi.Baca Di sini -malaysian insider
P. Balasubramaniam Manusia Istimewa
Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua berkata, penyiasat persendirian itu dikesan sudah tiga kali kembali ke negara ini selepas ‘hilang’ tahun lalu.
Katanya, dalam jawapan bertulis daripada Jabatan Perdana Menteri yang diterimanya Isnin lalu, jelas tertulis kerajaan hanya mengetahui kedudukan Balasubramaniam di Bangkok, Thailand, dan tidak mengetahui kedudukannya selepas menghilangkan diri.
“Nazri menjelaskan siasatan sudah selesai seperti yang beliau cakap dalam Dewan Rakyat, tetapi beliau menjelaskan tidak dapat mengambil tindakan lanjut kerana tidak dapat mengambil kenyataan Balasubramaniam yang hilang hingga kini.
“Jawapan seperti ini langsung tidak masuk akal kerana kedudukan terakhir Balasubramaniam yang diketahui kerajaan bukannya di Bangkok tetapi Kathmandu, Nepal,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen, semalam.
Tian Chua, yang juga Ahli Parlimen Batu, turut menjelaskan pergerakan Balasubramaniam diketahui kerajaan dan 'kehilangannya' tahun lalu penuh dengan tanda tanya.
“Bagaimana pasport Balasubramaniam dan seluruh keluarganya berjaya disiapkan dalam sehari sahaja dan selepas itu beliau hilang.
“Selain itu, kedutaan kita di negara yang dilawati Balasubramaniam sedar perkara ini. Jadi alasan tidak dapat mengesan kedudukan Balasubramaniam amat tidak boleh dipercayai,” katanya
Sinar Harian
Khamis, 19 November 2009
PI Bala-Dari Bangkok Ke Kathmandu Dan Delhi
| |
Baca di sini (KLIK) Dari Bangkok Ke Kathmandu Dan Delhi-malaysiakini
Juga Di Sini (KLIK) Part 4- Bala-malaysia today