Khamis, 13 Jun 2013

Utusan Meloya Kantoi Lagi

Pembuat kereta sangkal dakwaan Utusan mengenai penurunan harga

 Pembuat kereta Volkswagen dan Peugeot kedua-duanya telah menafikan penurunan harga tahun ini seperti dilaporkan oleh akhbar milik Umno Utusan Malaysia tiga hari lalu sebagai bukti gabungan pemerintah itu menunaikan janji pilihan raya mereka.
Utusan telah melaporkan Volkswagen, Peugeot, Honda dan pembuat kereta tempatan Proton dan Perodua telah menurunkan harga sepuluh model mereka sehingga 11 peratus bermula Januari tahun ini, menyiarkan senarai harga sebagai bukti kerajaan Barisan Nasional (BN) telah menunaikan janji mereka untuk menurunkan harga kereta dalam manifesto Pilihan Raya 2013.
“Sila ambil perhatian, harga di imej itu tidak tepat. Harga Golf memang RM157,888 semenjak dilancarkan. Bukan RM169,888,” kata wakil dari Volkswagen Malaysia di akaun Facebook mereka merujuk kepada salah satu model Golf.
Seorang pengguna sebelum itu memuat naik laporan Utusan, yang mendakwa harga Golf telah dikurangkan sehingga 7.1 peratus dari RM169,888 ke RM157,888.
Bercakap kepada The Malaysian Insider, seorang pengedar untuk pembuat kereta Jerman itu mengesahkan harga Golf Mark 7 1.4 TSI yang dilancarkan sejak awal tahun ini memang berharga bermula dari RM157,888.
Peugeot Malaysia juga telah memberi respon di laman Facebook mereka mengenai dakwaan Utusan harga bagi model 308 telah diturunkan sebanyak 11 peratus dari RM115,663 ke RM102,888.
“Tanpa sebarang prejudis, tiada apa-apa dikeluarkan oleh kami, kami tidak dirujuk sebelum artikel itu dicetak dan tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan laporan berita itu. Harga yang ditunjukkan 308 Turbo pra- facelift dan 308 VTi sebenarnya merupakan dua varian berbeza dari Peugeot 308,” kata pembuat kereta Perancis itu.
Seorang pengedar Peugeot memberitahu The Malaysian Insider model facelift 308 VTi semenangnya berharga RM102,888 semenjak ianya dilancarkan pada pertengahan tahun lepas dan harga 308 Turbo adalah RM121,888.
Utusan juga melaporkan Honda Jazz Hybrid kini berharga RM89,900 selepas diturunkan sebanyak 2.5 peratus dari RM92,187. 
Semakan dengan pembuat kereta dari Jepun itu mengesahkan model versi kenderaan pemasangan tempatan (CKD) di kilang Alor Gajah sememangnya dijual pada RM89,900 semenjak dilancarkan tahun lepas. Manakala model versi kenderaan jenis diimport sepenuhnya (CBU) dilancarkan sebelum ini berharga RM94,800.
Akhbar Melayu itu juga melaporkan penurunan harga bagi model syarikat tempatan seperti Persona, Preve, Saga dan Exora dari Proton, dan Alza, Viva, dan Myvi dari Perodua.-The Malaysian Insider.
Padan muka..kalau tak menipu bukan Utusan Meloya namanya,kalau tak menipu bukan BN namanya.Lompat la sampai terkoyak seluaq lompat!lompat!
Macam mana nak turun harga kereta kalau cukai kenderaan tak turun,cukai import tak dikurangkan..buah durian kebun sendiri boleh la nak jual harga berapa pun..sapa mau rugi haha.
Cuba tengok sekarang mana janji Najib dan Muhyiddin nak bagi duit BR1M 1200?Dah tak dengaq bunyi bila BN menang lagi pru 13.Kalau tak bagi macam yang dijanjikan sila berdemo..

2 ulasan:

  1. semua syarikat berkenaan diminta saman utusan meloya... kerana berita tersebut memburukkan imej syarikat...

    BalasPadam
  2. Diorang ni melalut ke meroyan sampai sesuatu fakta sebegini pun nak diputarbelit. Apatah lagi fakta-fakta lain. Senang cerita jangan percaya kat utusan atau mana-mana media massa arus perdana sebab mungkin lebih banyak lagi berita yang dibawanya adalah berita palsu. Biar kita miskin harta tapi jangan sampai tertipu sepanjang masa

    BalasPadam