Khamis, 6 Jun 2013

Pemimpin pun kurang ajaq rakyat lagi kurang ajaq

Kit Siang persoal mengapa Zahid tidak dikenakan tindakan jenayah

Penasihat DAP Lim Kit Siang hari ini membangkitkan persoalan mengapa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak dikenakan tindakan mahkamah ekoran tindakannya memukul seorang ahli perniagaan pada 2006.

Lim mendakwa Ahmad Zahid pernah disaman oleh Amir Abdullah Bazli kerana didakwa menumbuknya di muka pada 16 Januari 2006 di Kelab Rekreasi Country Heights, Kajang sehingga menyebabkan beliau mengalami kecederaan tulang hidung dan bengkak di mata.
“Najib perlu menjelaskan sama ada beliau mengetahui perkara itu, yang mana Zahid ketika itu adalah timbalan menteri penerangan, dan sama ada perdana menteri telah menyiasat mengapa polis tidak mendakwa Zahid kerana tindakannya itu,” tegas Lim merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu turut mendakwa Ahmad Zahid telah menafikan perkara itu dan memohon Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur supaya menolak kes berkenaan yang mana telah dilakukan pada 21 April 2010.
Ahmad Zahid kemudiannya dakwa Lim telah mengemukakan saman balas atas alasan mengalami rasa malu dan trauma emosi disebabkan tuduhan tersebut.
Namun tahun lalu jelas Lim, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan menolak cubaan Ahmad Zahid dan mengarahkan beliau membayar RM5,000 kos, dan menggesa beliau memberikan maklum balas terhadap tindakan berkenaan.
“Kes ini dibangkitkan bagi menjawab persoalan mengapa Ahmad Zahid tidak didakwa di mahkmah oleh polis kerana perlakuan jenayah.
“Ia menimbulkan persoalan adakah Malaysia mempunyai penjenayah sebagai Menteri Dalam Negeri?” kata Lim.
Beliau turut menambah “adakah Najib atau Ahmad Zahid bersedia menjelaskan berhubung isu ini dan kesesuaian beliau memegang jawatan Menteri Dalam Negeri dengan kes berkenaan.”
Veteran DAP itu turut menuntut penjelasan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low sama ada beliau bersetuju Ahmad Zahid harus meletak jawatan sebagai usaha “integriti” dan “tatakelola kerajaan yang baik” sehingga beliau membersihkan dirinya daripada dakwaan kes berkenaan.-The Malaysian Insider
Komen aku,,beberapa individu telah ditangkap kerana didakwa menghina Raja.Dalam masa yang sama tidak ada sebarang tangkapan ke atas sesetengah pemimpin tak kira Islam dan bukan Islam yang bersepah-sepah hina hukum Islam secara terang-terangan tidak ditangkap.Pemimpin jugak yang ajaq rakyat jadi kurang ajaq bukan orang lain!

Bukan takat hina Islam ada jugak yang jadi pemimpin politik macam Zul Noordin yang hina agama Hindu tapi tak didakwa.Jadi ajak rakyat jangan hina Raja ,kena taat kepada pemimpin tapi apabila jadi pemimpin pon kurang ajaq tak ada adab ingat rakyat kayu ka tak nampak apa yang pemimpin lakukan.

Pihak polis jugak didakwa membunuh tahanan di dalam lokap..di tempat awam pulak kejadian bunuh orang berlaku setiap hari.Sapa kita nak ambik jadi contoh dan tauladan yang baik kalau semua satu spesis yang merosakkan negara?

2 ulasan:

  1. zahid tak kenakan tindakan kerana dia zahid komidi maksukndya ameno bahalol akan kata dia kurang siuaman dibawak akta bn banggang negara

    BalasPadam
  2. Inilah salah satu sebab mengapa kita mesti humban UMNO/BN ke dalam tong sampah sejarah! Biar anak cucu kita tahu dan diberitahu bahawa pada suatu waktu dahulu di Malaysia ni,ada sebuah parti yang menjadikan negara ini sebagai syarikat milik keluarga dan keturunan. Dan semua yang ada di dalam parti ini kebal dari undang-undang walaupun tumbuk orang sampai patah tulang hidung dan rahang, yang letupkan orang pun lepas bebas, yang sembunyikan menantu yang di cari interpol pun lepas bebas dan macam-macam keistimewaan lagi. Tapi malangnya kerana ramainya melayu yang bangang, maka parti yang korup ni terus diberi kuasa( cara tipu pilihanraya)sampai hari ini

    BalasPadam