Ahad, 31 Mac 2013

Bekas orang Pas ..kalau tak dak duit dan sengkek sangat pun jangan la jatuhkan maruah sendiri

Pada 25/3/2013 Utusan Meloya siarkan berita yang bertajuk;
Rancang bunuh :CN Aghani mahu bertemu,mohon maaf kepada Tun Dr Mahathir.Klik dan baca malas saya nak copy paste.

Saya kenal siapa Cikgu Non Memali bukan sehari dua.Cuma saya nak kata kalau kita susah ka,sengkek sangat nak hidup jangan la sampai jatuhkan maruah diri sendiri.Kalau benci sangat dekat Pas pun jangan sampai diri sendiri hilang maruah.

Saya kini berpendapat mana-mana orang yang pernah kena tahan ISA kerana lawan Umno-BN tidak lagi saya hormati apabila maruah mereka boleh dibeli sekupang dua untuk teruskan hidup.Bertenggek atas riba Umno,berbincang nak ambik orang Umno jadi PM jika PR berkuasa semua ni menghilangkan rasa hormat saya kepada mereka.Lagi mulia penyamun dan perompak yang keluar penjara tapi insaf dan mampu hidup berdikari daripada mereka yang kena tahan ISA tapi tewas dengan habuan dunia melutut di kaki Umno.

Percayalah mereka ni laku hanya di musim pilihanraya boleh masuk tv dan media arus perdana milik Umno,dilayan macam VIP tapi apabila habis pru 13 mereka akan jadi kupang tembaga.Mereka digunakan Umno sebab mereka pernah jadi ahli Pas untuk serang Pas.Datuk Asri Muda,Nakhaie,Hasan Ali dan banyak lagi orang Pas tinggalkan Pas berapa kerat yang ikut depa?

Mesti tonton:Kenapa rakyat mesti memantau pilihanraya?




Sabtu, 30 Mac 2013

Jerat tak pernah lupa pelandok itulah BN,ingat sebelum kena

MCA parti minta sedekah,kalau orang Melayu tolak BN dah lama terjun lubuk

'Tolong jangan bagi telur pada kami'
Pengerusi MCA Selangor Donald Lim Siang Chai merayu pengundi di negeri itu agar tidak menolak terus parti itu di Selangor kerana mereka telah bekerja keras berbakti kepada rakyat sejak lima tahun lalu walaupun kalah teruk dalam pilihan raya umum 2008.

"Walaupun pengundi telah menolak kami dalam pilihan raya umum yang lalu, kami tetap meneruskan khidmat kami.
"Saya harap rakyat berilah kami sedikit undi, janganlah bagi kami telur (tiada kerusi langsung)," beliau dipetik sebagai berkata dalam wawancara dengan Oriental Daily News.-Malaysiakini


Nasib baik masih ada orang Melayu dok sokong BN kalau tidak dah lama BN terjun lubuk.Melayu luar bandar yang jadi penyokong tegar Umno masih boleh dibeli dengan wang ringgit tapi kalau mereka juga dah sedar bahawa BN dah tak layak diberi bantuan untuk terus berkuasa hanya ada satu ucapan iaitu SELAMAT JALAN!

Jumaat, 29 Mac 2013

Semua nak jadi alat Umno dan barua Umno, jual agama

Umat Islam diwajibkan taat kepada pemerintah kata Jakim
Umat Islam di negara ini diwajibkan untuk taat kepada pemerintah kerana ia merupakan salah satu daripada tuntutan agama, menurut khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini.
Khutbah yang dibaca di masjid-masjid di sekitar ibu negara ketika solat Jumaat turut menegaskan, menderhaka kepada pemimpin juga merupakan salah satu dosa besar.

“Semangat patriotisme kepada negara ini menuntut kita agar patuh dan taat kepada pemimpin secara menyeluruh,” kata khutbah tersebut yang boleh diakses melalui laman sesawang JAKIM.
“Berasaskan kepada dalil-dalil yang jelas daripada al-Quran dan hadith Rasulullah SAW, para ulama telah bersepakat mengatakan bahawa taat kepada pemerintah adalah fardhu kepada setiap muslim manakala menderhaka merupakan satu dosa besar.”-The Malaysian Insider.Baca semua di sini.
Semua nak jadi alat dan barua Umno,jual agama supaya rakyat tidak tumbangkan Umno-BN.Ini negara demokrasi rakyat boleh pilih mana-mana parti yang depa suka.Kalau pilih selain daripada Umno-BN jadi derhaka hapuskan saja parti yang lawan Umno-BN!
Dosa Besar konon..parti makan rasuah ,pemimpin Umno-BN makan rasuah macam makan nasi nak kena jilat dan taat ka?
Zalimi yang sebangsa dengan mereka,sekat bantuan dan tidak mahu bayar royalti yang jadi hak negeri Kelantan tak dosa besar ka?
Bersekongkol dengan fitnah dan siarkan video seks lucah tak berdosaka?
Ingat di akhirat esok sembunyikan kebenaran bersekongkol dengan pemimpin zalim untuk kekal berkuasa tak dijilat api neraka?
Bersekongkol dengan pembunuh Altantuya tak berdosaka?Hapuskan bantuan kepada sekolah agama rakyat tak berdosaka?Mau hapus perkataan Islam pada pertubuhan Islam nak kira lagu mana?
Sudah lupa ka di Padang Mahsyar kelak mulut tak boleh bercakap tapi anggota tubuh yang lain jadi saksi atas apa yang kamu buat.Bila terdesak guna ayat-ayat agama untuk pertahankan kuasa.

Kalau PR menang dan berkuasa berani Jakim kata jika tolak PR berdosa besar?Ada berani?Bagaimana pulak negeri-negeri yang dikuasai PR awat tak berani fatwa?

Pas Kedah:Pakat buat taik lepas tu pakat nafi

Saya sikit pun tidak menyokong mana-mana puak yang bertelagah dalam kepimpinan Pas Kedah.Cuma apa yang depa buat amat memalukan sebagai sebuah parti yang perjuangkan Islam.Mereka ingat apabila mereka pakat nafi ada berlaku krisis yang boleh merugikan parti boleh selesai macam tu saja.

Hello...ingat ahli Pas dan penyokong Pas di Kedah tunggul kayu ka?Orang pakat sibuk nak lawan Umno di Kedah hang pa di atas macam kucing dengan anjing pakat bertokak! Bila dapat kuasa pakat riuh rendah berkelahi sampai pecah sentong kain.Elokla jadi pembangkang baru tak berebut kuasa.

Berkaitan;
Tiada krisis besar di Kedah-Pharolrazi-Harakahdaily
Faktor 'Dr M',perpecahan Pas bukan halangan menang pru 13,kata MB Kedah-M'insider

"Kalau ada rasuah tangkap lah",kata MB Kedah

Faktor 'Dr Mahathir, perpecahan Pas bukan halangan menang pru 13 ,kata MB Kedah

Datuk Seri Azizan Razak yakin Pakatan Rakyat (PR) dapat mempertahankan Kedah dalam Pilihan Raya 2013, walaupun pengaruh besar Tun Dr Mahathir Mohamad dan terdapat perpecahan dalaman PAS di negeri jelapang padi itu.
Bekas perdana menteri yang memerintah negara selama 22 tahun itu dilihat bergiat aktif berkempen membantu Barisan Nasional (BN) untuk menang dalam pilihan raya akan datang termasuk bagi merampas semula negeri Kedah dan terdapat khabar angin tentang kemungkinan BN akan meletakkan anak lelaki Dr Mahathir, Datuk Mukhriz Mahathir, sebagai calon menteri besar.
“Ingatan saya sepanjang menjadi Pesuruhjaya PAS Kedah, tiada langsung impak Mahathir ini,” kata Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam satu wawancara eksklusif bersama The Malaysian Insider minggu lalu.
“Sebab orang marah kepada dia ... Mahathir, dia punya ‘time is over’. Dah lepas. Saya tau, saya ketua Kedah,” tambah beliau lagi.
Azizan walau bagaimanapun tidak gentar jika BN Kedah meletakkan timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu sebagai calon menteri besar.
“Tak dak apa-apalah Mukhriz ni. Dia buat kerja dia, saya buat kerja saya. Benda ni macam you naik kapal dalam laut, kadang ombak besar, kadang ombak kecik, biasalah,” tambah beliau.
Azizan juga tidak menganggap isu perpecahan dalaman PAS diantara kumpulannya dan kumpulan Datuk Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi, Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah, sebagai satu masalah besar yang akan menjejaskan parti tersebut.
“Semua parti ada perpecahan, Umno yang berpecah teruk sekarang ini. Berebut nak jadi MB... Kedah ni samalah, mereka cuba buat cerita,” kata Azizan.
Sebelum ini, media melaporkan timbul kemarahan bagi sesetengah pihak dalam parti tersebut kerana dikatakan PAS Kedah menghantar senarai calon baru ke Ibu Pejabat parti di Kuala Lumpur dengan mengetepikan calon-calon yang dilihat menentang Azizan termasuk mereka yang mahu menjatuhkan beliau sebagai menteri besar.
Antara yang dikatakan bakal ditukar adalah Phahrolrazi yang juga merupakan Exco kerajaan negeri, Datuk Dr Ismail Salleh (Exco); Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib (Exco) dan Datuk Dr Mohd Hayati Othman (Ahli Parlimen Pendang).
The Malaysian Insider difahamkan Phahrolrazi akan ditukarkan dari kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kundor ke kerusi Parlimen Jerlun, manakala Ismail dan Hamdan akan digugurkan, termasuk Mohd Hayati kerana memberi laluan kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, untuk bertanding di kerusi parlimen Pendang.
Apabila ditanya kepada Azizan mengenai perkara ini, dengan bersahaja beliau menjawab: “Saya pun tidak tahu lagi, esok panel pencalonan akan keluar dari PAS Pusat,” katanya merujuk kepada senarai calon yang akan dikeluarkan oleh Ibu Pejabat PAS tidak lama lagi.
Sepanjang lima tahun mentadbir negeri Kedah selepas 8 Mac 2008, terdapat beberapa perkara yang dilakukan oleh kerajaan pentadbiran Azizan yang beliau dirasakan akan menjadi sebab rakyat akan terus menyokong PR untuk mentadbir negeri tersebut.
“Bersih rasuah. Rasuah tak ada di Kedah, kalau ada tangkaplah. Saya bagi bantuan kepada rakyat tanpa mengira kaum, saya menggunakan sistem ‘Kifaalah’... semua orang mati, Melayu, Cina, India semua dapat,” kata beliau yang juga merupakan ADUN Sungai Limau itu.
Sistem Kifaalah merupakan skim insuran warga emas diperkenalkan untuk memberi perlindungan insuran kepada seluruh warga emas di negeri Kedah tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Sistem ini dimulakan oleh kerajaan negeri PAS di Kelantan.
“Saya bagi pendidikan, bantuan pendidikan … kemudiaan saya perkenalkan agenda pertanian Kedah.”
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekali lagi mengulangi pendiriannya baru-baru ini Azizan akan terus memimpin PAS Kedah sebagai Pesuruhjaya dan tidak ada sebarang pertukaran untuk menghadapi Pilihan Raya 2013.
“Semua pimpinan PAS negeri termasuk dewan diminta menumpukan kerja dalam menghadapi PRU13 yang bakal dihadapi dalam waktu terdekat ini,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Politiknya pada 24 Mac lepas.-The Malaysianinsider

Khamis, 28 Mac 2013

Mai makan kenduri

Kejadian berlaku di Sabah 24 mac di Kota Kinabalu, Pusat konvensyen Star City

Contoh mudah Umno hina Melayu dan Islam

Kenapa saya kata Umno hina Islam dan Melayu?
Mohamed Hanipa Maidin,28 Mac 2013
Yang dihormati Pengacara Majlis, Ketua Kampung Pulau Meranti, Ketua Cawangan PAS, Sahabat saya YB Abdullah Sani, Ahli Parlimen PKR Kuala Langat dan para pimpinan Pakatan Rakyat dan Tuan Puan yang saya kasihi sekelian.

Alhamdulillah dapat saya bertemu dengan penduduk di sini di malam yang bertuah ini. Ini kali pertama saya sampai di sini.

Saya percaya mungkin saudara saudari yang masih belum menyokong Pakatan Rakyat  (PR) di kampung ini merasa sangsi dengan PR.

Tuan Puan mungkin sangsi adakah hak dan kepentingan Islam akan terbela jika PR berkuasa?

Tuan Puan mungkin sangsi adakah hak dan kepentingan Melayu akan terus dipelihara jika PR berkuasa di Putrajaya?

Kesangsian ini adalah suatu yang normal kerana sejak Merdeka, Kerajaan Pusat tidak pernah diperintah selain dari Barisan Nasional ( BN ). Manusia secara fitrinya susah nak terima benda baru.

Inilah yang dihadapi oleh para anbiya a.s dan para Rasul a.s apabila mereka mengajak kaum mereka untuk buat perubahan.. kaum para Nabi selalu memberi dalih kami lebih selesa dengan yang lama ..ajaran tok nenek oyang mereka..  meskipun tradisi lama itu tradisi yang tidak baik dan menyimpang dari ajaran Tuhan ..mereka tetap kata inilah pilihan kami dulu kini dan selamanya..

Kesangsian ini juga diwujudkan oleh BN melalui tuduhan tuduhan yang tidak berasas dan juga fitnah yang jahat ke atas perjuangan PR.
Asas kesangsian mereka yang belum menyokong PR ini adalah dalam Pakatan ada DAP iaitu parti yang bermajoriti orang Cina maka dibuat satu anggapan bahawa DAP akan menjadi penghalang kepada pembangunan Islam dan Melayu.

Tidak ada masalah untuk sangsi. Yang menjadi masalah adalah kita tidak mahu mencari jawapan kepada kesangsian itu. Untuk mendapat jawapan bagi menghilangkan kesangsian tersebut tuan puan tidak boleh mendapatkan jawapannya daripada Umno dan jentera penerangan mereka. Ini kerana Umno dan jentera penerangan mereka menjadi  pihak yang mewujudkan kesangsian itu. Jawapan bagi kesangsian itu hendaklah didapati dari PR, dari media PR seperti Harakah, akhbar Suara Keadilan atau akhbar Roket atau media media alternatif dan juga ceramah- ceramah anjuran PR seperti malam ini.

Saya ingin ulas dulu tentang kesangsian tuan puan tentang isu Islam tadi. Bagi saya kesangsian tentang sama ada Islam akan terbela jika PR memerintah menunjukkan tuan puan mengambil berat tentang Islam. Ini satu perkara yang baik.

Kami ingin nyatakan seperti mana tuan puan kami khususnya PAS juga mahukan Islam terbela. Sebab itu sejak awal lagi PAS ditubuhkan. PAS ditubuhkan antara lain untuk membangunkan Islam dalam semua aspek kehidupan. Islam sebagai al -Deen. PAS ditubuhkan antara lain kerana ulama tidak bersetuju tindakan Umno menghalalkan judi yang Allah haramkan. Jika PAS tidak ambil berat Islam sudah tentu ulama PAS hanya berdiam diri apabila Umno benarkan judi di negara ini.

Apabila Umno mencanangkan Islam tidak akan terbela jika PR perintah Putrajaya, kita juga berhak bertanya adakah Umno benar-benar membela Islam sepertimana yang Islam kehendaki atau ajar? Adakah selama berpuluh tahun Umno memerintah negara ini Islam benar benar terbela?

Saya boleh bagi banyak contoh tentang jenayah Umno terhadap Islam.. lulus lesen judi, tipu dan rasuah dalam pilihanraya seperti didedahkan dalam RCI iaitu projek beri kad pengenalan kepada bukan warganegara atau dikenali projek Dr M di Sabah.  Hatta dalam pemilihan parti dia sendiri pun Umno rasuah seperti kes Tan Sri Isa samad yang disabitkan bersalah oleh Badan Disiplin Umno terbabit dengan politik wang .. nama lain bagi rasuah.

Yang lebih peliknya tuan puan Isa Samad yang Umno kata dia rasuah dipilih pula untuk jaga Felda.. lubuk wang ringgit negara ini. Macam mana wang negara tidak habis..Umno lantik orang rasuah jaga wang ..bukankah ini seperti kata pepatah Arab ibarat kita minta serigala jaga kambing sedangkan tujuan jagaan itu untuk lindungi kambing dari dimakan serigala!!

Umno juga banyak melakukan kezaliman sedangkan di dalam Al Quran nyatakan " Janganlah kamu cenderung kepada kezaliman nanti kamu akan disentuh api neraka." Tangkap orang tanpa bicara tak zalim kah?

Macam mana Umno kata dia bela Islam sedangkan dia rompak wang royalti rakyat Kelantan dan Terengganu. Umno tidak hormat perjanjian.. dalam surah al-Maidah ayat 1 Allah memerintahkan orang-orang beriman untuk tunaikan janji. Adakah Umno patuhi tuntutan ayat Allah ini?

Isu salah guna kuasa seperti isu lembu Sharizat, isu pembelian kapal selam,  isu pembaziran wang rakyat seperti kes panggil artis Korea Psy yang dikatakan telan belanja RM2 juta untuk persembahan beberapa minit.. isu pemimpin Umno hina hukum Islam.. seperti ucapan Mahathir, Najib dan lain lain. Pokoknya Umno lah yang gagal membela Islam malahan menghina Islam  pula.

Mari kita lihat apakah yang dilakukan oleh Umno (sebagai pihak yang mendakwa Pakatan tidak akan jaga Melayu) terhadap kepentingan melayu?

Apa dia kepentingan Melayu..? Dari segi Perlembagaan Persekutuan, kepentingan Melayu adalah Bahasa Melayu ..iaitu Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Siapakah yang persetankan kedudukan bahasa Melayu dalam Perlembgaaan melalui PPSMI...Dap atau Umno?

Hak istimewa orang Melayu seperti tanah rezab Melayu ..Perkara 153 Perlembagaan.  Biasiswa untuk orang melayu.. adakah masih terjamin.. apa yang ada PTPTN yang rakyat kena bayar dan jika tidak bayar akan disekat pergerakan .. tak boleh ke luar Negara.

Kepentingan orang Melayu termasuk institusi Raja Raja Melayu.. siapakah yang menjatuhkan imej Raja Raja Melayu dan siapakah yang menyerang institusi Raja Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan.. Siapa larikan anak Raja Melayu, siapakah yang nak lantik Raja Melayu baru ganti Sultan Kelantan, siapakah yang menyebabkan website kesultanan Perak diserang dalam isu Perak dulu. Siapakah yang galakkah pembaziran dengan membina Istana Baru dalam keadaaan istana lama masih cantik dan masih boleh digunakan?

Siapakah yang menyebabkan kepentingan ekuiti orang Melayu makin tiris ? Siapakah yang menyebabkan dasar DEB gagal.. adakah DEB menolong Melayu atau Bumiputra yang benar benar perlu ditolong atau DEB menolong Umnoputra atau kelompok kelas melayu tertentu yang dapat projek hasil amalan kronisme dan nepotisme . Tidakkah kita ingat isu bailout MAS yang rugi yang diterajui oleh Tajuddin Ramli kroni pemimpin Umno. Umno selamatkan Tajuddin Ramli seorang melayu kaya dengan salah guna wang rakyat termasuk wang orang-orang melayu yang miskin seperti kita semua tuan puan.

Jika Umno benar benar ingin jaga Melayu kenapakah Kelantan tidak ditolong seperti isu royalti, isu pembinaaan lebuh raya. Kenapakah semasa Umno ada dua pertiga kuasa di Parlimen tidak ditambah kerusi Parlimen dan Dun-Dun di Kelantan, Trengganu dan Kedah.. tidakkah 3 negeri ini majoritinya Melayu yang jika ditambah kerusi Parlimen dan Dun di tiga negeri tersebut nescaya akan bertambah kerusi Melayu/Islam di sana. Kerana bencikan PAS, Umno tidak mahu tambah kerusi di tiga tiga negeri tersebut ketika mereka ada kerusi dua pertiga di Parlimen.

Apa yang Umno buat bagi jaga akhlaq remaja/belia Melayu/ Islam. Semasa Umno buat Hari Belia Negara 2012 anjuran Kementerian Belia Dan Sukan yang Menterinya Melayu dan Islam , apa yang mereka buat?

Tahukah kita melalui surat bertarikh 21 Mei 2012 dari Stadium First Sdn Bhd kepada Ketua Setiausaha Kementerian Belia Dan Sukan, Dato Mohid Mohamed, syarikat tersebut tuntut belanja sebanyak RM15 juta bagi kos program tersebut. Secara tepatnya kosnya RM5,155, 175.60 untuk belanja kos program laghah tersebut. Dari perincian kos itu tuan puan, RM2.040.56 juta adalah kos memanggil artis wanita Korea yang dikenali sebagai K -Pop.

Bayangkan tuan puan Kerajaaan Umno sanggup hidangkan belia dan beliawanis kita dengan artis wanita luar negara yang berpakaian seksi dan sanggup pula belanja RM2.04 juta .. inikah cara Umno jaga akhlak dan moral remaja Melayu/ Islam? Yang lebih hebat PM yang tuduh PAS berdosa 7 dosa besar boleh berdiri sepentas dengan artis wanita Korea K Pop yang hanya berpakaian seluar pendek .. tak berdosa pula Sahibus Samahah Al fadhil Ustaz Najib !

Tak cukup K-Pop , dipanggil pula artis Korea PSY di Penang.. berapa lama persembahan PSY? 10 minit ... berapa dibayar ..RM2 juta tuan puan.. lepas tu Najib minta pula orang sokong BN..

Sekarang kita lihat adakah tuduhan BN bahawa DAP anti Islam dan Melayu betul atau tidak? Kita lihat negeri Pulau Pinang yang Ketua Menterinya dari DAP. Kita lihat apa yang Lim Guan Eng ( LGE ) buat di sana? Contohnya tentang isu pendidikan agama. Adakah tuan puan ahli Umno tahu bahawa Lim Guan Eng belanja lebih banyak untuk Sekolah Agama Rakyat (SAR) dari SRJK (T) dan SRJK (C). SAR diberi bantuan per kapita sebulan puratanya RM97, 000 sedangkan sekolah Tamil hanya dapat RM 63 ribu sebulan manakala Sekolah Cina hanya dapat RM60 ribu sebulan. Macam mana Umno kata LGE anti Islam?

Umno bukan sahaja tarik balik bantuan per kapita SAR malahan fitnah pula SAR dengan tuduh SAR tidak ajar agama sebaliknya ajar pelajar jadi pengganas ..sebab itu Umno tarik balik bantuan per kapita SAR...

LGE juga sediakan tanah untuk bina SAR. LGE juga mahukan lebih ramai huffaz , penghafaz Al Quran di Pulau Pinang dengan memberi bantuan dan hadiah. LGE nak tiru cara pemerintahan Umar Abd Aziz r.a dan itu pun Umno marah! Kita pun pelik Umno marah ..tak kan nak suruh LGE tiru pemimpin Umno .. adakah pemimpin Umno yang LGE boleh tiru

Sebab itu saya katakana tuan puan yang hina Islam dan Melayu ni Umno dan BN bukannya PAS dan Pakatan Rakyat.

(Transkrip ucapan ceramah Mohamed Hanipa Maidin di Pulau Meranti, Sepang pada 27/3/2013.)-Harakahdaily.net


Hari ini dalam sejarah

Tengah malam tadi maka terbubarlah secara automatik DUN Negeri Sembilan dan wujudlah kerajaan sementara (caretaker goverment).Najib dok tunggu berapa negeri lagi terbubar dengan sendiri baru nak umum bubar parlimen?

Ini bukan soal siapa kalah dan siapa menang pilihanraya tapi soal maruah sebagai seorang pemimpin yang sering bercakap BN akan menang besar dengan majoriti dua pertiga di parlimen dalam pru 13 tapi Najib tak berani umum nak bubar parluimen.

Keadilandaily.com melaporkan; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ampangan, Rashid Latiff menyifatkan pembubaran automatik ini ekoran ketakutan Perdana Menteri membubarkan Parlimen awal untuk berhadapan PRU 13.
“Bukan saja dalam sejarah Negeri Sembilan, malah di Malaysia, tak pernah terjadi DUN terbubar dengan sendiri. Ini kerana Datuk Seri Najib Razak tidak yakin untuk memenangi pilihan raya.
“Mungkin tempoh lima tahun sejak 2008 masih tidak cukup untuk menunjukkan prestasi pemerintahan beliau (Najib),” sinis Rashid mengulas perkara itu.
Naib Presiden Pas Mahfuz Omar berkata seperti yang dilaporkan harakahdaily;
"Hari ini sudah genap lima tahun 19 hari sejak mandat diberikan rakyat.  Walaupun dari sudut undang-undang ia akan terbubar 28 April ini, bagi saya mandat yang diberikan hanya lima tahun, bukan lima tahun 19 hari," kata beliau pada sidang media, di Pejabat Agung PAS, hari ini.

Tambah beliau, sepatutnya tempoh lima tahun yang diberikan kepada rakyat sejak 2008 lalu telah dikembalikan kepada rakyat untuk memberi mandat baru.

Dalam pada itu, Mahfuz melahirkan kebimbangan sekiranya kerajaan banyak membuat keputusan yang melibatkan implikasi kewangan dalam suasana mandat rakyat sudah berakhir.

"Saya menuntut kerajaan untuk memaklumkn apa-apa projek, pembinaan yang telah diluluskan selepas 8 Mac lalu, termasuk di Lima, Langkawi.

"Bagi saya, tidak wajar perkara seperti ini (projek selepas 8 Mac lalu). Kerajaan 'caketaker' pun tidak boleh meluluskan sebarang projek, sebaliknya sekadar menjalankan apa yang sudah ada sebelum ini," tegas Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Beliau juga menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) segera mengumumkan tarikh penamaan calon bagi Negeri Sembilan memandangkan Dewan Undangan Negeri Sembilan akan terbubar dengan sendiri berkuatkuasa tengah malam tadi.
Baca juga;
SPR pantau kerajaan sementara-Sinar harian online

Rabu, 27 Mac 2013

Perang bendera di Trengganu walaupun parlimen tak bubar

Ni beberapa video yang sempat dirakam di negeri Trengganu sekitar Marang,Rusila dan Chendering walaupun Najib masih membisu dan tutup mulut bila nak bubar parlimen.

Hari niTun Madey perli Najib dengan berkata, "Kalau saya PM dah lama parlimen dibubarkan".Tun juga kata, "Najib kena turun jika prestasi pru buruk." .Tun terlupa kalau Najib kalah teruk sampai hilang Putrajaya macam mana nak jadi PM.Ada penyokong setia Umno kata kat saya, "Najib sengaja lambatkan bubarkan parlimen kerana mahu cipta sejarah!"Pandai la hang pa putar alam!Dah 12 kali kita hadapi pilihanraya umum siapa yang jelas takut kalah?Saya kata kat penyokong Umno tu ,"dulu hang pa kutuk Pak Lah sebab lemah tapi Pak Lah tak la sampai takut macam Najib."

Mai pakat tengok video aku pun tak tau nak tulih apa hari ni







Selasa, 26 Mac 2013

Memang sahih Najib takut kalah,Najib syok jadi PM mandat Pak Lah

Takut kalah pilihanraya punca Najib tak bubar2 parlimen-Anwar

 Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak Datuk Seri Najib Razak yang sehingga kini masih belum membubarkan Parlimen, walaupun tempoh mandat BN mentadbir Kerajaan Persekutuan melepasi tempoh lima tahun, selepas pilihan raya 2008.
Najib gerun jika Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih tempatnya di Putrajaya. Lebih parah, hanya tinggal sehari lagi sebelum satu Dewan Undangan Negeri (DUN) akan terbubar secara automatik iaitu DUN Negeri Sembilan, diikuti negeri kelahiran Perdana Menteri – DUN Pahang pada 7 April.
Ketua Umum KEADILAN berkata, keengganan Perdana Menteri membubarkan Parlimen kerana percaya Umno BN langsung tidak yakin untuk memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
“Sebab itu sehingga sekarang Najib masih belum bubarkan Parlimen,” katanya pada wawancara bersama Radio Free Malaysia (RFM), malam tadi.
Anwar berkata, Umno BN tahu mereka tidak yakin dapat meraih sokongan walaupun setiap hari pelbagai pemberian kerajaan diumum untuk diberikan kepada rakyat.
“Kalau Najib yakin, walaupun sedikit bahawa Umno BN boleh memenangi PRU, sudah tentu dia bubarkan Parlimen sebelum 8 Mac lalu.
“Dari segi undang-undang, tidak salah Umno BN memerintah, tetapi dari segi moral, hak Umno BN untuk teruskan pemerintahan harus berakhir pada 8 Mac, selepas genap lima tahun mandat,” katanya.
Beliau mempertikai Umno BN yang sekarang baru memikirkan soal rakyat ketika nyawa parti itu hampir luput.
“Selama lima tahun sebelum ini apa yang Umno BN fikirkan?
“Sekarang baru fikir nak beri Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), naikkan  bonus dan elaun kakitangan, beri permit teksi tetapi sebelum ini semua permit itu diberikan kepada kroni Umno BN,” bidas Anwar.
Sambungnya, selepas BR1M diagihkan, defisit negara akan meningkat dan menyebabkan cukai naik.
“Kesannya Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan diumumkan. GST inilah akhirnya akan menambah beban kepada rakyat terbanyak dan kos sara hidup lebih parah,” ujarnya.
Parlimen akan terbubar secara automatik pada 28 April depan.
Manakala pada 22 April (Selangor), 24 April (Perak), 26 April (Melaka), 28 April (Perlis dan Kelantan), 29 April (Sabah), 2 Mei (Penang dan Kedah) dan 5 April (Terengganu). – NS-Keadilandaily.com
Pergilah ke mana pun rakyat pakat tanya bila parlimen nak bubar?Rakyat seronok nak mengundi Najib pulak macam tak mau mengundi syok jadi PM mandat Pak Lah haha
Rakyat tak tanya duit BR1M bila lagi nak bagi tapi rakyat dok tunggu bila parlimen nak bubar?

Isnin, 25 Mac 2013

Cakap bohong dan merapu boleh jadi menteri

RCI Lahad Datu tak ditangguh,kata menteri
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan tanggapan bahawa penubuhan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berhubung pencerobohan Lahad Datu ditangguhkan ke tarikh lain.
“Tidak... Kita menimbang kedua-dua cara, RCI dan kertas putih atau mencari mekanisme lain untuk memastikan kebenaran terserlah.

“Tapi pada masa sama, perkara utama adalah memastikan Sabah selamat... bukan sahaja rakyat di Lahad Datu dan Semporna tetapi keseluruhan Eastern Sabah Security Command (Esscom),” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Hishammuddin pada hari Sabtu lalu berkata Najib akan mengumumkan penubuhan RCI tersebut semalam sambutan Hari Polis ke-206 hari ini.

Najib bagaimanapun hari ini hanya mengumumkan penubuhan Zon Selamat Sabah Timur atau Eastern Sabah Safety Zone (ESSZONE) di kawasan timur Sabah yang merangkumi 10 daerah.

Menurutnya, EZZZONE itu antara lainnya untuk memberi asas perundangan kepada ESSCOM, memelihara hak demokratik serta proses demokrasi untuk penduduk Sabah serta mengukuhkan keselamatan di kawasan terbabit.

Najib juga hari ini mengumumkan bahawa kerajaan akan memindahkan penduduk dari kawasan yang dianggap terdedah kepada pencerobohan pihak asing.-Malaysiakini

Sebelum berperang dengan penceroboh Sulu di Lahad Datu ,Hishamuddin kata penceroboh Sulu bukan pengganas.Tak habih2 cakap bohong dan merapu

Dah tercirit pun Dun Negeri Sembilan tak bubar

Memang kali ini satu sejarah parlimen tak dibubarkan lebih awal walaupun parlimen masih boleh bertahan hingga April ini.Najib masih menjual janji pilihanraya seolah-olah kalau bubar parlimen Najib tak boleh lagi menjual janji.Sejak Najib ambil mandat Pak Lah sebagai PM dah berapa banyak Najib menjual janji takkan masih sibuk jual janji sampai takut nak bubar parlimen?Gila..memang gila.Najib menunggu negeri PR bubar Dun sementara negeri PR pulak dok tunggu Najib bubar parlimen Hahahaha

Negeri Sembilan lagi teruk hingga MB Negeri Sembilan Mat Hasan pulak berlagak jadi pakar undang-undang dan perlembagaan dan tidak mahu bubar dun Neg. Sembilan yang tamat tempoh Rabu ini.Kata kuat dan sokongan kepada BN meningkat awat tak bubar lagi?
Dun Negeri Sembilan sah hingga tengah malam Rabu ini
 Dewan Undangan Negeri (Dun) Negeri Sembilan akan terbubar dengan sendiri Khamis ini jika tidak dibubarkan dan bukannya esok, kata Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan petang ini.

Beliau berkata, terdapat kekeliruan membabitkan perjalanan Dun yang menurut Undang-Undang Tubuh Negeri Sembilan di bawah Fasal 56(3) menyebut Dewan akan berjalan selama lima tahun dari tarikh mesyuarat pertama.

“Jadi secara automatik ia akan dibubarkan selepas itu kecuali dibubarkan terlebih dahulu.

“Masalahnya ialah bagaimana untuk menentukan tempoh lima tahun itu bermula atau telah tamat dan dalam dalam hal ini, kita guna Akta Interpretasi 1984 dan 1967,” kata beliau pada sidang media diadakan di kediamannya di sini.

Menurutnya, dalam akta itu dinyatakan, di bawah Seksyen 54(1) "in computing time for the purposes of any written law (a) a period of days from the happening of any event or the doing of any act or thing shall be deemed to be exclusive of the day on which the event happens or the act or thing is done."

Mohamad berkata, ia bermaksud bahawa apabila mengira waktu atau tarikh bermulanya bila dalam akta itu, hari kejadian tidak dikira sebagai hari bermula, sebaliknya hari esoknya.

“Jadi dalam hal pembubaran Dun secara automatik hari kejadian atau hari wakil rakyat mengangkat sumpah iaitu pada 27 Mac 2008 tidak dikira sebagai hari pertama Dun berjalan.

"Ia dikira pada hari keesokannya iaitu pada 28 Mac 2008. Merujuk perkara itu, umur Dun kita akan sampai 27 Mac 2013 pada 12 tengah malamnya dan genaplah lima tahun serta terbubar pada 28 Mac 2013,” katanya.

Beliau berkata, selepas itu kerajaan sementara akan ditubuhkan dan jika Yang Dipertuan Besar, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir mahu membubarkan Dun berdasarkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri di bawah Fasal 56(2), maka tarikh akhirnya ialah 27 Mac ini.-Sinar harian 

Ahad, 24 Mac 2013

'Pasang bendera bulan tapi nampak biru'

Ketika berita ni ditulih saya berada di Marang Terengganu.Saja jalan-jalan sempena cuti sekolah.Saya sempat rakam beberapa gambar di sekitar jambatan Sungai Marang,Bukit Gasing yang kini dalam mood pilihanraya.Sepanjang jalan daripada Kemaman ke Marang banyak bendera Pas dan BN yang berkibar sepanjang jalan.
Banyak bendera BN yang pekat biru berbanding bendera Pas.Maklumlah bendera BN dapat percuma dan upah pasang pun ada!Bendera Pas kena beli dan pasang fisabilillah.
Saya diberitahu ahli Pas dan penyokong Pas mereka pasang bendera Pas di jambatan Sungai Marang dan berkawal tiga syift.Saya tanya kenapa kena kawal sampai macam tu.Jawab mereka kalau tak jaga bendera ni nanti kena khianat dengan parti lawan dan pihak berkuasa tempatan!Mereka penduduk di situ yang jadi penyokong Pas memang berani dan sanggup berdepan dengan sebarang kemungkinan termasuklah ditahan pihak berkuasa, bagi mereka kalau kena tangkap disebabkan kes politik itu perkara biasa!
Ahli Pas turut pasang backdrop di tepi Jambatan Sungai Marang yang menujukkan salah laku dan skandal kerajaan negeri Terengganu yang diperintah Umno-BN.
Saya bertanya kepada ahli Pas di situ macam mana dengan peluang untuk Pas kembali berkuasa di Terengganu.Depa jawab,"Berat bohh..mu tengok bendera bulan kat jambatan tu tapi nampak biru, nampak duit BR1M!Kite apa pong kalah ke menang ke bendera kat jambatan tu kite kene gi menang!"

Jumaat, 22 Mac 2013

Kalau penyokong Umno boleh mengundi dua kali sampai mati BN menang!

Terbukti bahawa SPR memang bermasalah walaupun SPR acapkali nafi berat sebelah dan berkata bahawa badan itu benar-benar bebas tidak memihak mana-mana parti tapi dakwaan terbaru Papagomo blogger seks Umno boleh mengundi di dua lokasi berbeza banyak menimbulkan salah sangka bahawa adakah SPR benar-benar bebas bukannya jadi barua dan pencacai Umno supaya BN terus berkuasa.

Tu belum lagi isu warga asing diberikan IC untuk sokong BN yang tidak lagi boleh dinafikan sesiapa pun hingga Tun Madey sendiri mengaku buat kerja tu.Kalau Tun Madey sendiri sanggup jadi pengkhianat kepada negara tambah la pihak lain!

Sampai mati kita dok lawan BN tak akan menang yang pakar dalam bab tipu helah untuk menang pilihanraya.Ni baru satu kes yang libatkan Papagomo penyokong tegar Umno yang bermasalah itu macam mana dengan senarai 120,000 lebih pengundi baru di Selangor yang tak dikenali.Sampai bila kita nak kena tipu dengan Umno dan talibarut mereka yang bijak berlakon dan berdrama?

Papagomo pengundi hantu,daftar di 2 lokaliti


(Penyata SPR tentang tempat mengundi Papagomo sebagai anggota polis)

PETALING JAYA: PKR mendakwa, pengendali blog Papagomo, Wan Muhammad Azri Wan Deris adalah  bekas anggota polis trafik berpangkat koperal yang kini bakal mengundi di dua tempat, sebagai anggota polis dan pengundi awam.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa, Wan Muhammad Azri tersenarai sebagai pengundi pos di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Ampang.

Papagomo juga, katanya, turut tersenarai sebagai pengundi biasa dengan menggunakan kad pengenalan 830121-03-5019.

"Dengan menggunakan kad pengenalan itu, Papagomo disenaraikan sebagai pengundi di Parlimen Wangsa Maju," dakwa Rafizi.

Papagomo yang lebih dikenali sebagai blogger seks Umno sebelum ini didedahkan sebagai bekas pesalah rasuah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas didapati bersalah meminta suapan dari orang awam.

Semakan PKR mengesahkan nombor pengenalan polis Papagomo yang bernombor RF142863.

Dengan nombor tersebut, pasukan KEADILAN telah menyemak pula rekod Papagomo dengan sistem semakan daftar undi SPR.

Hasil semakan sangatlah mengejutkan kerana Papagomo yang telah pun tidak lagi berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia kerana kesalahan rasuah masih lagi tersenarai sebagai pengundi pos di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Ampang.

Oleh kerana tarikh lahir yang berbeza digunakan di dalam sistem semakan daftar undi SPR, pasukan PKR kemudiannya menyemak pula alamat-alamat yang pernah digunakan oleh Papagomo dalam dokumen-dokumen rasmi.

"Saya mengesahkan bahawa kami ada dokumen yang membuktikan bahawa Papagomo memang menggunakan dua alamat yang berbeza secara seiringan di dalam dokumen-dokumen rasmi bersabit peguam dan mahkamat seperti berikut:

Alamat Pertama dalam Parlimen Wangsa Maju yang kini didiami:

F-1-9, Villa Danau Apartment, Jalan 5/23E, Taman Danau Kota, 53300 Kuala Lumpur


Alamat Kedua dalam Parlimen Ampang:

SD6, Jalan Nilam, Taman Bukit Ampang, Ampang, Selangor.


"Penemuan ini membuktikan bahawa pengundi hantu memang wujud di dalam daftar pengundi apabila Papagomo dibenarkan mengundi dua kali," kata Rafizi.

Kehadiran pengundi-pengundi hantu seperti Papagomo ini perlu dijawab sepenuhnya oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) kerana rakyat mahu tahu berapa ramai lagi petugas Umno seperti Papagomo yang mempunyai pendaftaran berganda di dalam daftar pemilih, tegas Rafizi.

"Saya juga menyeru rakyat Malaysia supaya menolak individu yang bankrap moral dan akhlak seperti Papagomo yang bukan sahaja seorang penerima rasuah, tetapi menjadi penyebar fitnah utama di dalam masyarakat kita.

"Rakyat Malaysia juga perlu menolak budaya Umno yang mendokong dan menggunakan individu seperti Papagomo untuk menyebarkan fitnah terhadap musuh politik kerana Umno tidak berani berdepan dalam isu rakyat seperti ekonomi, pendidikan, keselamatan dan lain-lain.

"Sekiranya SPR tidak menjawab pertuduhan ini, ia hanya menguatkan persepsi masyarakat bahawa SPR sedang bertungkus lumus cuba memastikan kemenangan Umno/BN melalui daftar undi yang tidak bersih," tambah beliau.-Harakahdaily.


Khamis, 21 Mac 2013

Pemimpin Umno sila standbye 9 negeri di jangka tumbang

Setiap yang bernyawa pasti akan mati.Ini ketentuan Allah SWT sejak azali lagi.Tak kurang seminit dan tak lebih seminit malaikat Izrail akan cabut nyawa kita.Macam mana pulak dengan denyut nadi nyawa Umno-BN dalam pru 13 akan datang?

Pemimpin Umno banyak yang kaya raya.Jadi pemimpin Umno bahagian saja rumah mewah dan kereta mewah sorang 3-4 biji.Ada yang dok ikut pungkoq pemimpin Umno kata kat saya,"Kalau aku pun tak kaya macam depa buat apa aku ikut.Tambah-tambah dekat pilihanraya ni la nak buat duit pun."

Kaya hasil titik peluh sendiri tanpa melalui pintu belakang kita cukup bangga.Tapi kalau melalui songlap wang rakyat jadi kaya raya hang pa banggaka?Kereta 3-4 biji ,rumah mewah cukung yang sponsor untuk dapat projek berjuta ringgit hingga sanggup jual bangsa ,agama dan negara hebat ka orang macam ni?Jika kuasa sudah tidak ada di tangan ingat cukung begitu bodoh nak tolong lagi?

Pakatan Rakyat pulak jangan syok sangat nak menang nanti kalau jadi terbalik tak tidoq malam haha.Cuma kita dah 12 kali kalah pru  di peringkat pusat tak la terasa sangat kalau terus kalah.Apa pun sebagai orang Islam kita banyakkan berdoa kepada Allah SWT Yang Maha Esa agar kita diberikan kemenangan di Putrajya.Kita merancang tapi perancangan Allah itulah yang lebih baik.Cukup-cukuplah 55 tahun kita dijajah Umno-BN.

Najib berada dalam keadaan yang cukup tertekan dan sanggup biarkan rakyat tertanya-tanya bila tarikh pembubaran parlimen akan diumumkan.Najib sedang memikirkan apakah selepas pru 13 beliau masih lagi seorang PM.BN menang dan tidak dapat 2/3 majoriti Najib terpaksa angkat kaki sebagai PM.Kalau BN kalah teruk tak payah cakap la sekali dengan Muhyidin melopong biji mata tak dapat jadi PM.

PRU 13: 9 Negeri akan jatuh kepada Pakatan Rakyat
Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Dr Hatta Ramli menjangkakan sembilan negeri akan jatuh kepada Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.

Katanya, keadaan inilah antara faktor yang menghalang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membubarkan parlimen, yang kini sedang ditunggu-tunggu oleh rakyat.

Malah Hatta percaya, rakyat negara ini memang tidak sabar hendak mengundi kerana mereka akan membuat perubahan yang besar dalam PRU itu nanti.

"Saya yakin penantian rakyat untuk menunggu tarikh pembubaran parlimen satu penyiksaan buat mereka, penyiksaan yang  tidak tertanggung.

"Sebab itulah, apabila mereka mendapat berita pembubaran semalam, terus menarik nafas lega kerana ia memang ditunggu-tunggu mereka. Masing-masing menyatakan kekecewaan bila dapat tahu ianya tidak jadi," katanya kepada Harakahdaily. 

Katanya, dalam hal ini kerajaan tidak boleh hendak salahkan rakyat Malaysia kerana pengumuman yang ditunggu begitu lama.

Bagaimanapun Hatta menyeru rakyat dan penyokong Pakatan Rakyat agar meneruskan persediaan jentera pilihan raya sementara menanti tarikh rasmi dengan persiapan yang sepatutnya. 

"Jangan terlalu kecewa dengan waktu dan tarikh pembubaran sehingga menjejaskan gerak kerja kita," katanya.

Apabila diminta tarikh yang akan dipilih Najib Tun Razak, Hatta menjangkakan pembubaran parlimen akan berlaku pada hujung bulan sama ada 28 hingga 30 Mac ini.

Terkini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menjalankan sisatan berhubung penyebaran maklumat atau berita palsu menerusi internet dan SMS ekoran maklumat palsu mengenai pembubaran Parlimen yang tersebar di beberapa laman sosial semalam.

Berita palsu yang memetik kononnya kenyataan itu dikeluarkan oleh perdana menteri, tersebar di laman-laman sosial kira-kira 12.30 tengah hari, selepas perdana menteri dilihat keluar daripada Istana Negara pagi semalam.

Ekoran berita palsu itu, Pejabat Perdana Menteri menafikan khabar angin kononnya Dewan Rakyat dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 diadakan.-harakahdaily

Hishamuddin Hussein patut bertanding di parlimen Silam atau Dun Lahad Datu

Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein patut bertanding dalam pru 13 di Sabah di parlimen Silam yang juga terletak Dun Lahad Datu dan juga Dun Tungku .Ini kerana Hishamuddin Hussein pernah berkata 'Penceroboh Sulu Bukan Pengganas'
Umno kini jadikan isu Lahad Datu sebagai modal politik kotor mereka tuduh sana tuduh sini kata orang lain sebagai dalang Lahad Datu.Tak habih-habih nak berlakon!

Tak jadi bubar parlimen pon pencacai Umno dah goyang,kecut perut

Salam semua moga kita semua diberkati Allah SWT.Berdoalah siang dan malam supaya kuasa Umno-BN selama 55 tahun  dihapuskan .Semalam 20-3-13 media baru dan alternatif buat gempar kata Najib bubar parlimen hingga menyebabkan pejabat perdana menteri,TV3 suku dan pencacai mereka ketaq perut dan goyang.Media Umno terus buat penafian tak henti-henti.Tapi kalau hari ni pulak 21-3-13 bubar parlimen berlaga la pulak dengan tarikh besdey saya lagi syok haha

Tu baru senda gurau dan bersandiwara bubar parlimen depa dah kecut perut.Tapi depa tak rasa apa pun apabila Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein bersandiwara kata penceroboh Sulu bukan pengganas.


Jangan sebar berita palsu pembubaran parlimen, tindakan undang-undang boleh diambil, kata SKMM

KUALA LUMPUR, 20 Mac — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menyiasat laporan mendakwa terdapat berita palsu berkaitan pembubaran Parlimen yang disiar beberapa laman sosial hari ini. 

Pengerusi SKMM Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata suruhanjaya itu dengan kerjasama polis sedang menyiasat laporan itu. 

"Jika didapati (terdapat pihak) melanggar undang-undang, mereka yang terlibat akan dikenakan tindakan mengikut undang-undang yang sedia ada," katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Mereka yang didapati bersalah mengikut Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan berdepan hukuman denda RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya, katanya. 

"Orang ramai diperingat supaya tidak menyebar maklumat atau berita palsu melalui SMS atau media sosial kerana maklumat sedemikian, jika diangkat di dalam blog contohnya, boleh mengganggu-gugat keselamatan negara, kesejahteraan masyarakat dan merupakan pengaruh buruk terhadap kedudukan ekonomi masa kini," katanya. — Bernama

Rabu, 20 Mac 2013

Parlimen tergantung siapa bakal jadi PM,Muhyiddin Yaasin ,Ku Li,Anwar atau TGHA?

Kawan saya sms kat saya ;
Nomura Economics Research kata BN akan menang pru 13 tak lebih daripada 124 kerusi parlimen.Jika PR menang pru 13 tak lebih daripada 120 kerusi parlimen.Parlimen dijangka berada dalam keadaan tergantung 20%.Saya pun cari laporan penuh tu ada di sini;
The Edge/Sun Daily: Nomura Economics Research said the upcoming general election (GE), which is likely to be held on a weekend between April 6 and 20, 2013, could make or break its relatively positive economic outlook on Malaysia.
"Our baseline scenario is for the ruling Barisan Nasional (BN) to win, but by a smaller majority of 120-124 seats, which is lower than what we had previously penciled in, partly because recent surveys show an emboldened and well-organised opposition," said Nomura in its "Asia Special Report: Southeast Asia" dated March 6, 2013.
"This raises uncertainty over whether there would be an orderly transition of power, whether Prime Minister Datuk Seri Najib Abdul Razak remains in power and whether the much-needed economic reforms can continue," it added.
Nomura has painted three potential election scenarios and their impacts on the economy.
The first scenario is that the ruling coalition will win a smaller majority of 120-124 seats out of 222. BN currently holds 137 seats.
"Although there is scope for some relief on this baseline result because a small minority of the market sees the opposition actually winning the election, we believe this will be short-lived owing to the immediate implications of a small majority.
"A simple majority in parliament calling a no-confidence vote could emerge when parliament convenes for its first session 60 days after the election. This would raise political and economic uncertainty," said Nomura.
The second scenario is that the number of seats won by the opposition and the ruling coalition are marginally less than 120 seats, which would likely be an accelerated ousting of the prime minister.
Nomura said within this 20% probability, there is a small chance of the election leading to a hung parliament.
"The risk of such an outcome includes policy paralysis, potential protests, calls for a recount or even an annulment of the election results, which can be called within three weeks of the election announcement," said Nomura.
Risk of a no-confidence vote from the opposition on the prime minister will also be even greater, while internal party pressure could also lead to a change in Umno leadership.
"Currently, Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin is seen as a potential replacement for Najib and viewed by the market as somewhat hard-line. This change could emerge earlier than the planned October/November 2013 party elections.
"With the negative political backdrop and economic risks, as well as possible delays in investment projects, these could lead to a sovereign rating downgrade," the research firm said.Baca di sini.
Najib pada masa tu dah tak ada harapan untuk jadi PM.Orang Umno sendiri akan halau beliau turun tahkta sebagai PM.Rosmah menangis tak berlagu.Rosmah la ni syok promosi diri macam orang tak ada dosa hinggakan buku beliau akan diedarkan keseluruh sekolah di Malaysia. Muhyiddin gelak sampai telinga kerana Umno akan tabalkan beliau sebagai PM baru.

Adakah begitu mudah untuk Muhyiddin jadi PM baru?Haha Bagaimana jika berlaku undi tidak percaya dalam parlimen?Bagaimana jika berlaku pakatan dalam gelap antara Pas,Umno dan PKR siapa pulak yang akan jadi PM?Adakah Ku Li,Anwar dan juga TGHA?Bagi yang syok dengan Ku Li Gurkha Umno tu tentu akan lakukan sesuatu agar Ku Li ditabalkan sebagai PM.Dalam politik macam-macam boleh jadi.Belum menang lawan hangit dah dapat kerusi jadi pengkhianat.

Hingga kini Najib belum umumkan pembubaran parlimen.Ketakutan Najib amat jelas.Menang tipis tak dapat jadi PM kalau kalah teruk lagi malu.Duit dah banyak habis untuk beli undi rakyat sokong BN.

Dalam keadaan sekarang yang patut jadi pilihan anda ialah PR bukan BN!Tumbangkan BNdalam pru 13!

"Jika dakwaan Deepak dan Americk benar kenapa tak tangkap Nazim,Rosmah,Cecil dan Najib?"

Isu Altantuya:Pendedahan tanpa pendakwaan
Memang banyak perkara yang tidak kena dalam isu Altantuya. Rakyat sudah didedah dengan pelbagai pendedahan dari beberapa individu yang mengetahui isu pembunuhan gadis Mongolia tersebut. 

Mendiang Bala dan Deepak telah mendedahkan secara terperinci bagaimana mendiang Bala diarahkan untuk membuat akuan bersumpah kedua yang palsu dengan tujuan menafikan akuan bersumpahnya yang pertama. 

Yang terbaru peguam Bala, Americk Sidhu mendedahkan peguam yang menderaf akuan bersumpah kedua Bala iaitu Cecil Abraham telah mengaku kepada Americk bahawa Najib adalah individu yang mengarahkan Cecil menderaf akuan bersumpah palsu Bala yang kedua itu.

Akuan bersumpah Bala yang pertama menurut Bala adalah cerita sebenar tentang pembunuhan Altantuya. Menurut Bala apa yang dinyatakan di dalam akuan bersumpah pertamanya adalah sama dengan keterangannya kepada polis apabila beliau disoal siasat oleh polis dalam kes pembunuhan Altantuya.

Menurut Bala apa yang dinyatakan di dalam akuan bersumpah pertamanya adalah cerita sebenar manakala akuan bersumpah yang kedua adalah palsu.

Akuan bersumpah pertamanya mendedahkan penglibatan Najib Tun Razak dalam pembunuhan Altantuya. Najib dikatakan menghantar sms kepada Razak Baginda bahawa beliau (Razak) tidak perlu risau kerana Najib akan berjumpa Ketua Polis Negara dan semuanya akan diselesaikan. 

Menurut Bala, Razak telah tunjukkan sms Najib itu kepada beliau. Disebabkan pendedahan berani Bala, Najib telah mengarahkan peguam senior, Cecil Abraham menderaf akuan bersumpah Bala yang palsu dan Bala telah diperdaya dan diugut untuk menandatangani akuan bersumpah palsu tersebut dan kemudianya dilarikan ke India.

Bala mendedahkan nama Deepak dan adik Najib, Nazim sebagai pihak yang terlibat mengugut, melarikan beliau dan keluarga beliau dan memberikan wang kepada beliau. 
Menurut Bala semasa beliau berjumpa Nazim, isteri Nazim iaitu bekas pengacara Nona di Tv3 yang ketika itu sedang hamil juga hadir bersama-sama.

Baru-baru ini isteri Nazim tersebut menelepon peguam di firma saya bagi mendapatkan khidmat nasihat kes syariah beliau. 

Deepak mengesahkan pendedahan Bala dan sebagai tambahah Deepak mendedahkan pula penglibatan Rosmah Mansor dan peguam senior Cecil Abraham. Peguam Bala, Americk Siddhu pula mendedahkan pengakuan Cecil Abraham baru baru ini bahawa Najib terlibat dalam isu akuan bersumpah palsu Bala yang kedua. 

Sehingga kini peguam Cecil Abraham dan Najib masih berdiam diri - tidak mengiya atau menafikan.

Pendedahan telah dibuat . Isunya mengapakah tiada sebarang tindakan dari polis untuk menyiasat pihak yang terbabit? 

Adakah polis telah menyoal siasat Deepak, Nazim, Rosmah, Cecil Abraham, Americk Siddhu dan Najib sendiri? Jika sudah mengapa sehingga kini tiada pendedahan tentang status penyiasatan tersebut?  Jika belum siasat mengapa tidak disiasat? 

Adakah Bala, Deepak dan Peguam Americk Sidhu membuat kenyataan palsu atau menipu atau memfitnah? Jika mereka menipu atau membuat kenyataan palsu atau memfitnah, mengapa Deepak dan Americk Sidhu tidak ditangkap dan didakwa? Jika mereka membuat kenyataan yang benar mengapa pula Nazim, Rosmah, Cecil Abraham dan Najib tidak ditangkap dan didakwa?  

Jika Deepak dan Americk Sidhu memfitnah Najib, Rosmah, Cecil Abraham dan Nazim mengapa mereka yang kaya raya ini tidak mahu membersihkan nama mereka dengan menyaman Deepak dan Americk Sidhu di Mahkamah sivil atas tuntutan fitnah?  

Pokoknya salah seorang daripada penama-penama itu boleh didakwa atau disaman berdasarkan senario yang saya bentangkan di atas. Ketiadaan pendakwaan ke atas mana mana individu itu adalah suatu yang amat pelik dan ganjil. 

Adakah Negara ini tiada pendakwaraya atau tiada undang-undang? Adakah polis dan Ghani Patail juga tidak dibenarkan menyiasat dan mendakwa mana mana penama tersebut? 

Sekiranya Deepak Dan Americk Sidhu memberi kenyatan palsu atau menipu atau memfitnah adakah Kerajaan BN merasakan pendakwaan ke atas mereka ditakuti akan mendedahkan lagi banyak pekung isu Altantuya sekaligus meranapkan impian Najib dan Umno untuk terus berkuasa di Putrajaya? 

Sekiranya Deepak dan Americk Sidhu bercakap benar, adakah Peguam Negara berani mendakwa Cecil Abraham tanpa Najib terkena tempiasnya? 

Adakah Peguam Negara berani mendakwa Nazim tanpa Rosmah pula terkena tempiasnya? Adakah Peguam Negara berani mendakwa Rosmah tanpa Najib pula terkena tempiasnya?   

Adakah Peguam Negara berani mendakwa Najib tanpa jawatan, kedudukan dan keselesaan Ghani Patail tidak terkena tempiasnya? Terlalu banyak bocor di sana sini yang menyaksikan tempias di sini sana.

Bayangkan jika Anwar Ibrahim didakwa terbabit dalam isu Altantuya ..sudah tentu polis dan pejabat Peguam Negara akan berkerja 25 jam sehari...

Yakinlah Kerajan BN tidak akan berani membuat pendakwaan di atas pendedahan Bala, Deepak dan Americk Sidhu. Penyelesaian bagi kemelut ini hanya satu..Kerajaan baru Pakatan Rakyat di Putrajaya sahaja yang boleh diharapkan menyelesaikan kemelut ini sama ada pendakwaan dibuat kepada mereka yang terlibat dengan jenayah tersebut atau Suruhanjaya DiRaja dibentuk bagi menyiasat semula isu Altantuya sehinga ke akar umbi. Hanya dengan cara itu keluarga Altantuya dan Bala berharap ruh mereka berdua akan aman dan selesa.-Mohamed Hanipa Maidin (Harakahdaily)