Selasa, 19 Oktober 2010

Takkan sampai tua , bongkok tiga nak 'berTuhankan' Umno

Apa yang disebut bekas veteran Umno di Sabah Datuk Karim Ghani ada benarnya. Kata beliau ketika mengulas janji Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim yang kata jika PR menang Sabah akan diberi kuasa autonomi ;

"Jangan cakap di mulut sahaja. Masukkanlah dalam manifesto. Barulah kita dapat buat keputusan.

"Kalau lepas (tempoh mandat) lima tahun tidak buat juga, kita tukarlah balik (kerajaan)," kata Karim ketika ditanya sama ada janji itu memikatnya untuk menyertai parti gabungan dalam Pakatan.-Malaysiakini Autonomi Sabah:Anwar jangan 'janji mulut'.

Beliau dilaporkan keluar Umno kerana bosan dengan janji palsu Umno untuk bantu rakyat Sabah yang rata-ratanya hidup miskin. Veteran Umno pun keluar Umno , tak mau mati dalam Umno kerana banyak pembohongan yang beliau nampak dilakukan Umno terhadap rakyat Sabah.

Tu di Sabah lain-lain negeri yang dikuasai Umno takkan orang Melayu belum sedar bahawa Umno yang tak dak kerja lain asyik menipu orang Melayu dengan mengatakan jika Umno tak berkuasa orang Melayu dah tak dak apa dah, hilang tempat bergantung masih belum sedar dengan isu Melayu yang tiada kesudahan yang dimainkan Umno.

Orang Melayu kena berani tukar kerajaan, jatuhkan kerajaan Umno-Bn di peringkat pusat lepas tu kalau PR pulak buat tak betoi kita pakat ramai-ramai jatuhkan pulak kerajaan PR bila menyeleweng. Kita bukan sokong membabi buta, kuasa ada di tangan kita untuk jatuhkan kerajaan yang ada. Takkan sampai tua , bongkok tiga nak 'berTuhankan' Umno.

Ingat yang menjahanamkan bantuan sekolah agama rakyat(SAR), tragedi pembunuhan di Memali, nak buang perkataan Islam kepada pertubuhan dan parti politik , bukan kerja gila kaum lain tapi kerja zalim Umno yang mengaku berjuang untuk bangsa Melayu.

Perhimpunan agung Umno betoi macam Ku Li kata hanya penuh dengan gelak ketawa, di penghujungnya ada la sikit-sikit pakat keriau (menangis) buat muka sedih untuk ditayangkan kepada perwakilan yang akan turut sebak sebab pemimpin depa pakat menangis kononnya hak bangsa Melayu dah tergadai.Yang betoi dok sedih projek di Selangor dan lain-lain negeri yang jatuh ke tangan PR dah tak dapat nak sapu.Yang menangis seronok pun ada sebab dalam bajet 2011 banyak projek mega yang akan menguntungkan kroni Umno.Sama-sama kita tengok nanti.

Baca juga;
Fokus AGM Umno: 1Malaysia atau Ketuanan Melayu-Malaysiakini
Model politik baru dijangka fokus usaha bersihkan imej Umno-THM

1 ulasan:

  1. salam...
    rakyat kena berani bt perubahan...kalo xbt mane rakyat nak tahu PR memerintah mcm mne..tpi skrg ni pun da terbukti pemerintahan PR mengutamakan hak rakyat di negeri2 yg ditadbir oleh PR...semua wang rakyat..dkembalikan kpd rakyat...wallahua'lam

    BalasPadam