Ahad, 24 Oktober 2010

SPM lawan DR di Galas siapa yang akan menang?

Kedua-dua parti yang bertanding di prk Galas Umno dan Pas sudah mengumumkan nama calon yang akan bertanding di Galas.

Pas mempertaruhkan seorang calon yang mempunyai kelulusan dalam bidang perubatan iaitu Dr Zulkefli Mohamed .

Dr Zulkefli dilahirkan pada tanggal 16 Januari 1966 bertempat di Guchil 3, Kuala Krai.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Banggol Guchil, Kuala Krai. Kemudian meneruskan pengajian di peringkat menengah di Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra.

Kecemerlangannya dalam pelajaran terbukti apabila mendapat tawaran belajar di Universiti Malaya dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan tahun 1992.

Pengalamannya sebagai seorang doktor kerajaan di Hospital Taiping, Perak (1992) kemudian berpindah ke Hospital Besar Kota Bharu (1993) dan Pusat Kesihatan Ciku 3 Gua Musang; telah mendidik beliau menyayangi masyarakat dan memahami kesusahan hidup rakyat.

Justeru itu, beliau mengambil keputusan membuka klinik sendiri di Ciku 3, Gua Musang sebagai meneruskan khidmat dan merapatkan lagi hubungannya dengan rakyat.

Dr Zulkefli mula aktif dalam PAS apabila terlibat dengan cawangan ketika berkhidmat di Ciku 3, sehinggalah beliau terpilih untuk jawatan Yang Dipertua PAS Kawasan Gua Musang.

Beliau juga pernah bertanding dalam pilihan raya umum 2004 di Dun Galas dan pilihan raya umum 2008 bagi Parlimen Gua Musang.-sumber Harakahdaily.

Umno-Bn pula mencalonkan Abdul Aziz Yusof (gambar di copy daripada Malaysiakini) Pengurus Pejabat operasi RPT Kesedar Sungai Terah yang berkelulusan SPM.Baca di sini.

The Malaysian Insider melaporkan; Muhyiddin berkata walaupun latar belakang pendidikan Aziz jauh lebih rendah berbanding calon PAS, namun pucuk pimpinan parti yakin ia bukan satu isu yang besar.

“Saya tak fikir satu kesalahan... dari segi keupayaan dan kebolehan serta bakti yang dicurahkannya selama ini, beliau layak mewakili parti apatah lagi disokong dengan faktor BN sendiri yang mempunyai kemampuan yang lebih besar untuk melakukan pembangunan.Baca di sini.

Sebab tu Umno awal-awal lagi tidak mahu serang peribadi calon parti lawan kerana calon depa tak cukup makan nak lawan daripada segi akademik dan pendidikan. Sewaktu prk Manek Urai dulu Umno bukan main lagi hina calon Pas Mohamad Fauzi Abdullah (Abe Uji) yang hanya bekerja sebagai pemborong ikan.Pas menang di prk Manek Urai hanya dengan majoriti 65 undi.

Umno cari jalan buat fitnah melulu dengan mengatakan calon Pas Dr Zul pernah berkhalwat dengan isterinya sebelum kahwin sebaik saja Pas umumkan Dr Zul calon Pas di Galas beberapa hari yang lalu.Fitnah Umno yang kelam kabut itu pulak terbalik nama. Nama isteri jadi nama ibu Dr Zul.Baca di sini.

Siapa yang akan menang di Galas parti penabur fitnah atau Pas? Hanya rakyat yang jadi penentu.Kuasa rakyat tak ada siapa yang dapat menghalang baik di Galas ataupun tawan Putrajaya yang Umno kata akan pertahan walau dengan apa cara sekalipun.Kalau dah kalah nak pertahan apa?

1 ulasan:

  1. salam...
    UMNO bt sumenya xslh...org PAS atau Pakatan Rakyat buat walaupun baik depa kata salah...xhbis2 bdengki...nike pari yg rakyat nak pilih???...wallahua'lam

    BalasPadam