Rabu, 27 Oktober 2010

Puteri Umno Beronggeng di Galas , hutang negara RM362.39 Bilion

Ketika Puteri Umno sedang beronggeng sakan (klik) semasa penamaan calon di Galas kita dikejutkan dengan laporan Hutang negara: Setiap rakyat tanggung RM14,000 beban hutang negara pada tahun lalu berjumlah RM362.39 bilion.

PAS merasa kesal terhadap pendedahan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang bahawa hutang negara pada tahun lalu berjumlah RM362.39 bilion, iaitu paras yang paling tinggi dalam tempoh lima tahun.

Hutang kerajaan di dalam negara (domestic debt) pada tahun lalu adalah RM348.60 bilion atau 96.2 peratus keseluruhan hutang Kerajaan Persekutuan.

“Ini bermakna setiap rakyat Malaysia seramai 26 juta menanggung hutang sebanyak RM14,000 setiap orang,” ujar Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

PAS, katanya menganggap bahawa hutang yang meningkat dengan mendadak kerana ketirisan dan rasuah.

Menurutnya, pendedahan Ketua Setiausaha Negara, mengatakan bahawa negara kerugian akibat rasuah setiap tahun RM10 bilion.-Harakahdaily.(Klik)

Rakyat di kampung-kampung seronok dengan kenaikkan harga getah , harga kelapa sawit tapi apa yang berlaku kepada laporan audit negara yang banyak berlaku penyelewengan dan kerugian wang rakyat adakah mereka ambil berat dan mengetahuinya?

Berkaitan;
Pulau Pinang catat hasil paling tinggi-Malaysiakini
KTMB catat kerugian RM1.45 Bilion sehingga 2008-Malaysiakini
Laporan Audit:SPRM siasat 32 kes, meningkat meningkat 7 berbanding 2008-TMI
Hub hiburan :Pemuda Pas sifatkan mundur , jahiliah-Harakahdaily

1 ulasan:

  1. salam...
    xsangka sungguh..stiap org menaggung hutang RM 14,OOO..ni bermaknak anak2 kecil jgk sdh berhutang tanpa disedari..nilah sogan yg slalu dsebut rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan...ckp xserupa bikin...wallahua'lam

    BalasPadam