Jumaat, 15 Oktober 2010

Para Mufti , Ulama Umno Awat Tak Tegur ?


Kerajaan Umno-Bn seolah-olah halalkan hubungan di luar tabiie dengan tak mengendahkan bantahan persatuan Mahasiswa Islam dan Pemuda Pas yang membantah kedatangan penyanyi 'gay' Adam Lambert yang berkonsert sakan di Stadium Bukit Jalil malam tadi.Gambar sebelah Adam Lambert tengok di sini .

Kerajaan Umno-Bn pekakkan telinga buat tak tau saja dengan bantahan pemuda-pemuda Islam yang prihatin dengan gejala sosial yang semakin buruk di Malaysia.Ketika kita dikejutkan dengan pembuangan bayi yang tiada kesudahan mereka tubuhkan sekolah mengandung untuk anak luar nikah.

Di lorong-lorong Haji Taib Kuala Lumpur pondan-pondan semakin seronok cari makan dengan kerja-kerja yang pernah dilakukan kaum Nabi Lut kerana idola mereka Adam Lambert turut datang dan dapat sambutan hangat masyarakat Malaysia yang gilakan hiburan yang bercanggah dengan Islam dan budaya ketimuran yang semakin dilupakan.

Bagi kerajaan tangan kanan nak basmi gejala sosial tangan kiri galakkan hiburan yang tiada batas dan sempadan. Tunggulah bala Allah yang tidak tahu bila yang akan menimpa kita tak kira lah yang bantah atau tak bantah jika kita terus buat pekak telinga macam tak ada apa yang berlaku dengan keruntuhan moral yang semakin teruk di negara kita.

Seperti biasa para mufti dan ulama kerajaan hanya berdiam diri melihat kebangkitan anak muda Islam yang prihatin dengan gejala maksiat yang berlaku depan mata mereka.Sepatah haram depa tak tegur.Patut golongan agama duduk di depan berdemontrasi bantah kedatangan penyanyi 'gay' Adam Lambert. Takkan makan elaun duit rakyat hal ehwal agama dan gejala buruk dalam masyarakat pun tak berani tegur. Isu kalimah Allah tak boleh guna oleh bukan Islam bukan main deras lagi bersuara.

Berkaitan;
Konsert:Peserta XPDC dakwah lepasi halangan FRU-Harakahdaily
Konsert 'gay' :Pas , siswa berhimpun di stadium-Malaysiakini
300 Pemuda Pas, aktivis Islam bantah konsert Adam Lambert-THM
Konsert:Gamis bimbang masa depan rakyat-Harakahdaily

1 ulasan:

  1. salam...
    mne perginya mufti, ulama', ustaz, ustazah dan golonagan pendakwah islam yang bijak berkata tentang hukum islam tpi knp tiada tindakan yg diambil bg mharamkan perkara yg haram???akibatnya smakin bnyak gejala sosial berleluasa...ramai anak luar nikah lahir tanpa beribu dan berayah..smakin ramai muda mudi hilang pertimbangan dan menjadi modal insan liabiliti kpd agama, bangsa dan negara...wallahua'lam

    BalasPadam