Isnin, 11 Oktober 2010

Najib merayu-rayu kepada kelompok Cina bodek kaw-kaw

Pm Najib mau menang besar, menang bergaya dalam pru 13 macam Pak Lah menang besar dalam pru ke 11 2004. Sebab tu PM Najib bodek kaum Cina di negara ini supaya kembali sokong BN. Najib kata kaum Cina bukan kaum pendatang di negara ini sedangkan dalam masa yang sama pegawai-pegawai kerajaan yang Umno totok kata kaum Cina kaum pendatang.

Kata PM Najib : Saya perlukan sangat kemenangan pru 13-The Malaysian Insider

“Itu sebab saya nak sangat kemenangan pada pilihan raya umum ke-13.

“Kita tidak boleh mentransformasi (negara ini) kecuali kita mendapat mandat baru (daripada rakyat) dalam pilihan raya umum ke-13.

“Ini merupakan sebahagian daripada usaha mentransformasikan Malaysia,” kata Perdana Menteri ketika merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan MCA Ke-57 di Wisma MCA di sini.

Najib berkata, rakyat Malaysia keturunan Cina bukan pendatang sebaliknya merupakan warga setia negara ini.

Kata-kata hinaan dan sentimen negatif seperti itu perlu dikikis, kata Najib yang juga Presiden Umno dipetik Bernama.

“Saya setuju dengan anda bahawa kaum Cina Malaysia tidak boleh digambarkan sebagai kaum pendatang.

“Itu mungkin bagi beberapa generasi sebelum ini tetapi hari ini, anda adalah warga Malaysia yang setia,” kata beliau yang mendapat tepukan gemuruh daripada perwakilan.

2 ulasan:

  1. Salam...
    nak menang undi kaum lain..knalah bmulut manis..dlm hati dok kutuk depa..spa tau...wallahua'lam

    BalasPadam
  2. Kelakar juga (dari berita TV)PM berucap dlm perhimpunan tu guna bahasa Inggeris, Chua Soi Lek guna bahasa melayu aje walau pun majoriti ahli dewan adalah Cina...

    BalasPadam