Rabu, 13 Oktober 2010

'Mayat Aminulrasyid dalam kedudukan aneh'

Dalam seminggu ni saya dah tengok tiga kematian yang berdekatan dengan tempat saya berlaku. Malaikat maut telah cabut nyawa manusia yang sudah ditetapkan ajalnya tidak kurang sesaat dan tidak lebih sesaat. Itu adalah ketentuan yang sudah ditetapkan Allah SWT. Bermula dengan peristiwa sahabat saya yang kehilangan anak kesayangannya pada tarikh 10-10-10 yang juga telah meragut nyawa 12 orang mangsa kemalangan ngeri di km 223 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat berdekatan Rembau, Negeri Sembilan.

Seterusnya pada 11-10-10 Isnin yang lalu anak jiran saya pulak mengalami keguguran menyebabkan bayi yang berusia 4 bulan dalam kandungan yang dilahirkan kembar tidak dapat diselamatkan. Pada hari ini pulak Rabu 13 -10-10 satu lagi kematian orang yang saya kenali berusia 63 tahun seorang ibu kepada 4 orang anaknya pergi meninggalkan mereka semua. Takziah buat semua keluarga! Esok lusa belum tahu siapa yang akan diambil nyawa oleh Malaikat maut yang hanya jalankan suruhan Allah SWT.

Hari ini juga kita dikejutkan dengan kes kematian adik Aminulrasyid yang ditembak polis di Mahkamah Tinggi Shah Alam mengenai kedudukkan mayat adik Aminulrasyid dalam kereta samaada telah diubah daripada kedudukkan asal atau tidak selepas ditembak polis.

'Mayat Aminulrasyid dalam kedudukan aneh'-Malaysiakini;

Paramedik menemui mayat Aminulrasyid Amzah dalam kedudukan yang aneh, dengan mukanya tersembam di tempat duduk pemandu, manakala sebahagian lagi badannya terkulai di luar kereta yang dipandunya.

Paramedik Muhammad Sahid Abdul Karim Shah (kanan) berkata beliau nampak pintu di sebelah tempat duduk pemandu terbuka dan tubuh mangsa terkulai di tanah, tetapi kepala mangsa tersembab di tempat duduk pemandu.

Dalam keterangannya di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini, Sahid berkata beliau memerika Aminulrasyid dan mendapati mangsa tidak bernyawa lagi.

Menjawab soalan DPP Dusuki Mohd Mokhtar, Sahid berkata beliau dapat memeriksa bahagian belakang Aminulrasyid dan tidak menemukan sebarang kecederaan.

Tetapi ketika cuba untuk memeriksa dahi mangsa, beliau dihentikan oleh polis.

Selepas ini, saksi itu berkata, beliau cuba mendapat maklumat dari anggota polis di situ mengenai apa yang telah berlaku dan sama ada mayat itu telah dialih.

Bagaimanapun, katanya, beliau diminta menunggu sehingga pegawai penyiasat tiba.

1 ulasan:

  1. salam...
    mga Allah tunjukkan kebenaran dlm kes ini..amin ya Rabb

    BalasPadam