Khamis, 14 Oktober 2010

Kalau Pas dan Umno turut rayakan demokrasi macam PKR agak-agak jadi lagu mana?

Elok juga apa yang berlaku dalam pertandingan dan perebutan jawatan dalam PKR sekarang ini daripada berlaku semasa dah dekat nak pilihanraya.Ada taiko-taiko blogger kata apa yang berlaku dalam PKR di mana satu ahli satu undi mengundang jembalang bermaharajalela dalam parti itu.

Biaqpila hantu raya ka , jembalang tanah ka yang berada dalam PKR tapi depa seronok sungguh sekarang ini merayakan demokrasi sampai baling-baling kerusi, selerakkan kertas undi sebab depa syok terlampau sebab semua ahli boleh undi untuk pilih pemimpin mereka!

Kalau Pas dan Umno pun turut rayakan demokrasi macam PKR agak-agak nak jadi lagu mana? Tambah-tambah yang jadi ahli Pas seumur hidup tentu nak rasa juga pilih pemimpin Pas walaupun tak jadi perwakilan. Saya agak la kalau dalam Pas buat pemilihan satu ahli satu undi mungkin pemimpin-pemimpin tertinggi Pas ada yang jatuh tergolek ke bawah . Mungkin akan ada yang pengsan kerana tak percaya boleh kalah di tangan ahli -ahli yang sekian lama memendam rasa!

Dalam Umno lagi la sapa duit banyak dan kaya raya boleh rasuah ahli akar umbi untuk menang. Pemimpin Umno mana ada hidup miskin duit tak jadi masalah. Umno sanggup habis berjuta , duit mai mana , dari mana tu tak jadi persoalan yang penting menang.Yang Umno dok kacau duit bagi kat orang miskin dianggap haram dan subahat tapi kalau pemimpin Umno bagi rasuah kepada ahli untuk menang jawatan itu bukan satu dosa.Nak masuk tembolok sendiri itu halal!

Seorang pemimpin PKR yang juga ahli parlimen Padang Serai Gobala mungkin akan ikut jejak langkah kawan-kawannya keluar parti sebab dah banyak kali dok ugut nak keluar parti. Baguihla bergaduh dalam parti nak ugut keluar parti . Elokla segala sampah sarap cepat-cepat keluar daripada PKR lagi cepat lagi baguih.

Baca juga;
MP Gobala ugut keluar PKR jika proses pemilihan terus dinoda-The Malaysian Insider
BN siap sedia untuk pilihanraya mengejut, kata Anwar-Malaysiakini

1 ulasan:

  1. salam...
    sume pemimpin pakat nak kuar parti bila lupa matlamat yg nak dperjuangkan sebelum menang pilihanraya...wallahua'lam

    BalasPadam