Sabtu, 9 Oktober 2010

Buat apa masuk Umno kalau tak dapat apa

Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor telah menimbulkan kemarahan Puteri Umno bila Ku Nan kata Pemuda Umno dan Puteri Umno gila jawatan dan pangkat bukannya nak perjuangkan Umno.

Nak perjuangkan apa dalam Umno? Kalau pemimpin Umno yang lebih berkuasa mengumpulkan kekayaan takkan yang di bawah ni nak tengok saja tak pulun sama ? Masuk Umno kalau nak hidup susah buat apa? Kalau pemimpin Umno makan rasuah takkan takkan yang di bawah tak makan rasuah?Sebab tu Tun Mahathir kata Umno parti perasuah. Hatta pegawai pegawai kerajaan pon mentekedarah rasuah hinggga ada kakitangan imigresen dituduh terima rasuah rm60,000 sebulan jual negara kepada kepada pendatang haram! 'Bapa borek anak rintik' katakan.

Hanya yang buta dan capek politik saja dalam Umno yang tak sapu habuan politik dalam Umno. Mereka menjadi 'pak yet' kepada pemimpin Umno yang perkudakan khidmat mereka siang dan malam.Mereka digula-gulakan dengan pembohongan mempertahankan bangsa dan agama dalam masa yang sama mereka tidak sedar semua pemimpin Umno peringkat Bahagian, Negeri dan Pusat hidup kaya raya.

Kata Ku Nan “Saya sangat sedih dengan Pemuda, mereka ini tidak faham mengenai perjuangan parti kerana mereka tidak datang daripada bawah.

“Mereka ingat apabila sudah mendapat jawatan dalam parti, mereka boleh mendapat tempat dalam kerajaan. Mereka ghairah untuk mendapat jawatan.

“Begitu juga dengan Puteri yang menghadapi masalah sama,” kata setiausaha agung Umno itu.-Malaysiakini Kita bukan gila jawatan, kata Ketua Puteri Umno.

Sementara siang masih terasa panjang , masih lagi berkuasa ni, masing-masing berebut-berebut memfaraidkan harta negara untuk kekayaan anak cucu masing-masing. Esok-esok bila dah kuasa perintah negara dah terlepas kepada pihak lain bolehlah lari bersama -sama harta kekayaan yang dikumpul ke luar negara.

Umno kita kena yakin tak akan berkuasa selama-lamanya kerana parti LDP di Jepun yang berkuasa 54 tahun tu pun tumbang akibat kuasa rakyat yang berani buat perubahan! Umno sedar semua ini dan inilah ketakutan yang amat sangat bila dah tak berkuasa kelak.

1 ulasan:

  1. salam...
    hidup didunia ni ada pasang surut..umpama roda..ada masa di atas..ada masa dibawah...cma org2 yg bsyukur akan stiasa bada dlandasan yg betul...wallahua'lam

    BalasPadam