Ahad, 6 Jun 2010

Rasa meloya tengok pemimpin Umno-Apco pakai 'mafla' Palestine


Semua sukarelawan Gaza dah selamat sampai ke tanah air. Mereka disambut dengan meriah oleh kaum keluarga mereka dan sahabat handai . Pm Najib turut sambut kesemua 12 orang sukarelawan tersebut dengan membawa mereka ke kediaman beliau dan liputan secara langsung dibuat oleh Tv3 dan astro awani. Gambar sebelah adalah daripada Bernama.

Sewaktu rombongan sukarelawan tersebut hendak ke Gaza tak sampai 20 orang pun yang hantar mereka. Bila pulang ramai yang menunggu mereka untuk disambut sebagai 'wira Malaysia'. Mungkin disebabkan serangan oleh Zionis Israel ke atas kapal Marvi Marmara itulah jadi punca PM Najib terjaga daripada tidur lenanya yang panjang!

Sepatutnya PM Najib turut turun demontrasi di depan Kedutaan Amerika jumaat lepas bukan hanya tunggu di kediaman beliau untuk jamu sukarelawan Gaza makan.Rakyat turun dijalanraya bantah kekejaman Zionis Israel bersama-sama pemimpin-pemimpin politik dan badan-badan NGO yang prihatin terhadap umat Islam Palestine di Gaza sedangkan PM Najib hanya menunggu di rumahnya dan kecam Israel daripada kelambu rumah beliau.Memalukan! Hanya yang berfikir saja tahu siapa yang pandai berlakon.

Jika PM Najib betul-betul bencikan kekejaman Zionis Israel, ayuh buktikan di Parlimen Malaysia Isnin ini dengan batalkan kontrak Apco Worldwide talibarut Zionis Israel yang jadi penasihat kerajaan Umno-Bn.Kita tidak boleh melupakan begitu saja kontrak RM77 juta yang diberikan kepada Apco bila PM Najib pakai 'mafla' Palestine ditengkuknya dan sambut sukarelawan Gaza dengan makanan yang enak.

Hidup rakyat Palestine! , mampoih Zionis!, mampoih Apco, mampoih rakan-rakan Apco! Baca di sini.

Berkaitan;
PM:Israel perlu minta maaf, bayar pampasan-Malaysian insider
Sukarelawan Gaza ucap tahniah-Harakahdaily
Pas bangga keberanian sukarelawan Gaza-Harakahdaily

4 ulasan:

  1. salam, orang pas pakaile plak mafla israel baru lah nampak real..he.he...

    BalasPadam
  2. Salam...
    alhamdulillah..sukarelawan Malaysia slamat pulang ke tanah air..sgt terharu bila mendengar kata2 slh seorg sukarelawan swaktu diinterview sms tiba di Airport..kami bkn wira yg sebenar..wira yg sebenar ialah rakyat yang mendoakan kami dan solat hajat demi kselamatan kami..lebih sikit kurang le ayatnye..nilah pejuang islma..walaupun tlah dianggap wira namun darjat itu xdpandang mlainkan redha Allah semata2 yg dicari..wawahua'lam

    BalasPadam
  3. mau pi hantaq orang Pas yg kaki tidoq tengah jalan kat Perak kali tu..baru la real...kasi gempaq itu zionist....ahak..ahak!

    BalasPadam
  4. Tuan pengaRANG YANG DI HORMATI....... SABAR SEMUA KITA AKAN DIHITUNG JUGA AKHIRNYA. USAHA YANG TUAN BUAT INI BAIKKKK....TAPI BERPADA LA

    BalasPadam