Rabu, 9 Jun 2010

Presiden Perkasa bernilai dua sen?

Takkan pemikiran Presiden Perkasa Brahim Ali dan yang sewaktu dengannya hanya bernilai 2 sen. 2 sen dunia hari ni nak beli apa. Maknanya apa saja yang difikirkan oleh Presiden Perkasa itu tak layak untuk jadi bahan perbincangan dalam politik dan ekonomi negara.

Dalam laporan Malaysian Insider MPM,Perkasa dakwa Rafidah hina Melayu melaporkan;

Dalam satu temu bual dengan The Malaysian Insider minggu lalu, Rafidah menggesa kaum Bumiputera supaya memfokus terhadap aspek pertumbuhan dalam MEB tanpa hanya cuba mengetengahkan agenda peribadi sendiri.

Beliau menyifatkan mereka yang menentang inisiatif MEB sebagai tindakan yang boleh mengakibatkan kesan buruk dan golongan berfikiran sempit.

“Kumpulan-kumpulan seperti Perkasa, mereka hanya melihat MEB menerusi satu perspektif. Mereka menganggap ia sebagai hak mereka untuk meletakkan (pandangan) dua sen (dalamnya) tetapi ini boleh menyebabkan kesan berlawanan,” kata Ahli Parlimen Kuala Kangsar ini.

“Saya juga seorang Bumiputera tetapi yang pertama dan paling penting sekali, saya percaya kita perlu mencapai pertumbuhan terlebih dahulu sebelum kita mengetengahkan agenda Bumiputera,” kata bekas ketua Pergerakan Wanita Umno ini.

Malah menurut Rafidah, tentangan hebat yang datang daripada kumpulan seperti Perkasa tidak menggambarkan pandangan keseluruhan orang Melayu negara ini.

“Hanya media memberikan liputan kepada seorang. Jika anda bercakap kepada semua dalam Perkasa, saya pasti anda akan mendapati bahawa bukan semua berkongsi pandangan yang sama sebagaimana dikatakan oleh presiden mereka (Datuk Ibrahim Ali),” katanya.

“Ibrahim Ali hanya satu orang. Bukan semua mahu berkongsi pandangan yang sama seperti pemimpin mereka,” katanya.-Malaysian Insider

1 ulasan:

  1. Salam...
    dia dok kata kaum bumiputra jgn cuba mengetengahkan agenda peribadi sendiri...bis tu, pemimpin bumiputra blh ke ada agenda sendiri dan tersendiri???

    BalasPadam