Isnin, 14 Jun 2010

Nak takut apa dengan propaganda Umno!

Orang Melayu memang sensitif perkara yang ada kaitan dengan agama . Dulu Umno mainkan isu kononnya Tengku Razaleigh Hamzah pakai tengkolok berlambang salib Kristian semasa berada dalam parti Semangat 46 . Ramai orang Melayu yang percaya dengan isu tersebut walaupun itu hanyalah propaganda Umno. Bila Ku Li kembali kepada Umno isu Salib dah jadi halal dalam Umno. Umno memang pakar propaganda tambah-tambah sekarang penasihat kerajaan Umno-Bn ialah Apco talibarut Israel.

Adakah Ketua Pemuda Pas turut termakan propaganda Umno yang kata Pas dah abaikan orang Melayu yang setia dengan parti itu bila berkawan dengan bukan Islam? Buat apa nak bimbang kerana itu memang kerja Umno dulu, kini dan selamanya! Demi untuk terus berkuasa Umno jadikan senjata perkataan 'Melayu' supaya parti itu terus disokong oleh orang Melayu. Hakikatnya Umno dah 53 tahun bersama-sama dengan bukan Melayu di kalangan MCA dan MIC untuk terus bolot kekayaan negara.

Selagi isu Melayu laku selagi itulah Umno dapat sapu kekayaan negara. Bagi Umno yang berhak jadikan kaum lain selain Melayu sahabat mereka ialah Umno . Bila Pas pulak disokong oleh bukan Melayu , ini yang merisaukan Umno!
Umno mahu tutup isu judi bola dan jadikan Apco sahabat mereka kini dan selamanya dengan mainkan isu Melayu. Hanya Melayu mudah lupa akan terus sokong Umno yang halalkan judi bola dan jadikan agen Yahudi sahabat mereka.
Berkaitan;
Jangan ambil ringan propaganda Umno-Malaysiakini
Hubungan kerjasama Pas dengan bukan Islam berbeza dengan Umno-Harakahdaily

1 ulasan:

  1. Salam..
    nak bt cam ne..org melayu ni mdh sgt ditipu dan cepat termakan pujuk rayu...UMNO -APCO bijak memainkan peranan mereka shinggakan sgala ksilapan mereka dianggap betul lagi2 oleh pengundi saluran 1 yg taat setia dgn perjuangan melayu..wawahua'lam

    BalasPadam