Selasa, 15 Jun 2010

Kalau nyanyuk termakan taik sendiri , itu hak Tun...

Tak menghairankan bila mantan PM Tun Dr Mahathir turut jadikan judi sebahagian daripada sisa-sisa hidup beliau yang dah tak lama lagi. Walaupun Mahathir akui Umno dah busuk hingga ke ususnya ,bau macam air longkang tapi apa boleh buat Mahathir tak boleh keluar lagi daripada kepompong Umno.Mahathir bersama 'Melayu Bangkit' , depan 'Melayu Bangkit' kata pemimpin politik yang lawan judi bola hanya atas dasar politik bukan betoi-betoi nak lawan judi.

Atas apa dasar sekalipun tak kira la atas dasar politik, kepentingan politik yang pasti judi haram dalam Islam.Mahathir tahu semua itu tapi disebabkan masih ada NGO yang mengusung beliau ke sana kemari dan NGO2 ni pulak hanya boleh kumpul orang untuk bersama mereka jika guna Mahathir , jadi Tun pun bantailah sapa yang lawan judi. Eloklah tu Ngo2 tu guna Tun, Tun pun guna Ngo untuk usung beliau ke hulu dan hilir.

Sepatutnya Tun Mahathir habiskan sisa-sisa hidup beliau dengan mendekati mana-mana Masjid yang indah-indah yang dibina zaman beliau jadi PM untuk beriktikaf dan solat berjamaah bukannya berkawan dengan 'budak-budak tua' yang tak ketawan kepala ekoq. Sepatutnya Tun bersama -sama orang Melayu bangkit lawan judi bukan sokong judi! Hujah Tun tentang judi pun dah tak boleh diterima. Kata Tun tentang judi;

"Saya berpendapat bahawa ada lesen ataupun tidak, judi memang ada di negara kita ini kerana orang Cina memang suka berjudi.

"Tetapi kalau dia berjudi tanpa lesen, tidak ada cara untuk kita menentukan perjudian itu tidak berleluasa," katanya menyokong cadangan kerajaan itu.

Tambahnya, orang Cina yang ingin berjudi tidak boleh dihalang bagi melakukannya kerana ia "hanya haram bagi orang Islam"

"Orang Islam jangan berjudilah. Kalau dia pergi berjudi, tangkaplah. Sama juga (bila) orang Islam tidak makan babi.

"Kalau orang bukan Islam hendak makan juga, itu hak dialah," katanya.Baca di sini.

Hukum Syarak mesti diatas bukan cakap ikut loyar buruk jadi sandaran.Tapi nak kira apa , Mahathir pun pernah kata Nabi Muhammad SAW yang dikasihi tak cukur janggut sebab tak ada pisau cukur...Kalau nyanyuk termakan taik sendiri itu hak Mahathir tapi kalau sengaja loyar buruk , main-main dengan hukum Tuhan boleh merosakkan akidah..

1 ulasan:

  1. Salam...
    sbg pemimpin...perlu menegakkan kebenaran..pemimpin akan dipertanggungjawab ke atas org yg dipimpin..wawahua'lam

    BalasPadam