Ahad, 13 Jun 2010

Kaki pembohong nak bawa orang muda bersama BN

Berdegar-degar semalam tengok PM Najib bercakap dalam stadium Bukit Jalil yang menghimpunkan belia-belia katanya sampai 10,000 orang. PM Najib pun kutuklah Israel dan akan bawa usul ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya Israel dikenakan tindakan kerana merampas kapal misi kemanusiaan dan bunuh sukarelawan ke Gaza.

Nampak macam baguih ucapan Najib. Tapi kita kena ingat dalam masa yang sama kerajaan Umno-Bn telah memberikan kontrak kepada talibarut Israel , Apco Worlwide berjumlah RM 77 juta dan telah lantik Apco sebagai penasihat pentadbiran kerajaan Umno-Bn. Pemimpin Umno hidup dua alam.Depan ribuan rakyat kutuk Israel di belakang mereka ada hubungan sulit. Kapal dagang Israel bebas keluar masuk di pelabuhan Malaysia.Pemimpin Umno diam tak kata apa.

Begitu juga dalam isu judi bolasepak Piala Dunia 2010. Timbalan Menteri Kewangan ,Awang Adek kata lesen judi bola dah lulus, PM Najib pula kata belum lulus. Mana satu betoi? Bill Clinton bekas Presiden AS jatuh dan tak diterima rakyat AS kerana berbohong dalam isu skandal seks dengan pembantunya Monica Lewinski. Rakyat AS tak boleh terima seorang Presiden yang berbohong. Kita lagi banyak pemimpin cakap bohong dan berbelit makin dipuja dan dipuji untuk bawa anak muda maju bersama BN! Hang pa nak sokong hang pa punya pasai.Jika pemimpin cakap bohong generasi akan datang juga akan terus ada pemimpin yang suka berbohong ! Negara akan lingkup. Sokongan berterusan kepada Umno-Bn akan bawa sokongan yang bawa rebah.

Seorang Menteri JPM Idris Jalla kata Malaysia akan bangkrap tak berapa tahun lagi jika subsidi untuk rakyat diteruskan , PM Najib kata Malaysia tak akan bangkrap. Kalau tak bangkrap eokonomi pun Malaysia sekarang dan bangkrap politik , bangkrap akhlak kerana Malaysia dipimpin kaki putarbelit bila bercakap.

Baca juga;
Malaysia akan usul sidang khas PBB kecam keganasan regim Zionis-Najib
-Bernama
Khairy gesa k'jaan beri penjelasan-Malaysiakini
BN anjur program tarik sokongan orang muda-Malaysiakini
Najib tertekan disanggah Vincent Tan-Suara-keadilan

2 ulasan:

  1. Salam...
    xelok bermuka2...depan ckp lain..blkg ckp lain..demi nakjaga kepentingan masing2..dosa pahala xdipedulikkan lg...yg penting kuasa yg dipegang teruskukuh ditangan dlm menguasai negara..skali2 tgk cam ctehindustan pun ada..wawahua'lam

    BalasPadam
  2. saya x kenal ziani zain, tapi ziana zain kenal sy

    BalasPadam