Isnin, 18 Mei 2009

Umno Pukul Gendang Pas Menari-nari

Setelah berlalu isu "ulama mee celup" yang ditimbulkan oleh Nik Abduh sedikit masa lalu kini timbul pula isu rasuah wang dalam Pas yang disensasikan media arus perdana berikutan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Dewan Ulama Pas, Mohamad Daud Iraqi. Bagaimanapun hari ini Presiden Pas, Tok Guru Haji Hadi menafikan wujudnya rasuah wang sebagaimana yang dikatakan Daud Iraqi. Sebelumnya media arus perdana mewujudkan kumpulan "Erdogan" dan "Muqabalah" yang kononnya wujud dalam Pas. Adakah semua isu2 sensasi dalam Pas ini salah media arus perdana semata2 atau kesilapan sesetengah pimpinan Pas yang terlajak cakap ketika ditemuramah pihak media?Sesetengah penganalisis politik yang pro Pas menganggap apa yang berlaku dalam Pas sekarang ini hanya sekadar "ribut dalam cawan sahaja". Daud Iraqi berkata apa yang dikatakannya hanya sekadar nasihat sahaja menjelang Muktamar Tahunan Pas yang ke-55. Kenapa dahulu, Muktamar2 yang sebelumnya tidak timbul persoalan yang sedemikian? Sudah menjadi "trend" sekarang ini ada sesetengah pimpinan Pas menjadi begitu mesra dengan media arus perdana yang sengaja membesar2kan berita2 mengenai Pas untuk diputar-belit dan diperbesarkan segala kenyataan yang dikeluarkan kerana mereka mahu menghancurkan Pas yang sekarang ini begitu popular dikalangan rakyat samaada Islam mahu pun bukan Islam. Media yang menyokong umno ini mahu persepsi rakyat yang menyokong Pas menganggap Pas sama saja macam umno ada gunakan duit untuk menang dalam pertandingan jawatan tertinggi parti. Seorang Ketua Dewan Ulama Pas, seperti Daud Iraqi tak sepatutnya cepat melatah dan gatal mulut buat kenyataan yang boleh menguntungkan pihak lawan yang sentiasa mencari peluang untuk menghentam Pas sekiranya tidak ada bukti kukuh dan dalil yang kuat wujudnya rasuah dalam pemilihan pimpinan Pas. Beliau bukan orang biasa, berstatus ulama dalam Pas tak sepatutnya berkata demikian,walaupun tak lagi mempertahankan jawatan beliau. Mengapa kita pula mengikut rentak umno yang mengadu -domba sesama pemimpin mereka, fitnah-memfinah sesama sendiri untuk menang. Pimpinan Pas tak sepatutnya menjadi agen umno untuk rosak parti sendiri, menghilangkan keyakinan ahli dan penyokong Pas dalam membuat sesuatu kenyataan yang melibatkan maruah parti Islam ini kepada media. Ada cara lain untuk popularkan diri tapi bukannya dengan mensensasikan kenyataan2 yang tidak ada kebenarannya kepada media. Umno tentu gembira sekarang ini kerana mereka tidak perlu lagi bersusah payah untuk menghentam Pas kerana pimpinan Pas sendiri sudah berani menghentam parti sendiri, memporak-porandakan organ Pas yang menimbulkan kerisauan dikalangan ahli dan penyokong Pas. Jangan menari2 ikut rentak gendang yang dipalu umno kerana hanya akan menjadi duri dalam batang tubuh Pas. Umno memang patut hancur dan kehilangan kuasa kerana sudah lama mengecap nikmat sebagai pemerintah, tapi Pas yang baru saja mendapat sedikit nikmat dan kuasa sudah nampak bibit2 perselisihan yang tak sepatutnya berlaku dalam parti Islam seperti Pas. Perbezaan pendapat perkara biasa tapi bukannya mengeluarkan kenyataan yang menguntungkan Umno...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan