
Sesungguhnya Sultan Perak harus melihat, menimbang dengan seadil2nya tentang apa yang berlaku hari ini dalam dun Perak untuk bubarkan dun Perak supaya rasa tidak puas hati rakyat Perak, gelisah dan resah yang tiada kesudahan ini akan tamat sekiranya satu pilihanraya baru dapat diadakan.Semua yang berada dalam sidang dun yang dah jadi rojak tu harus di lihat Sultan dengan sebijak2nya sebagai Sultan bagi seluruh rakyat Perak yang adil bagi semua samaada pakatan rakyat mahupun umno-bn. Sekarang dalam dun Perak semua pihak tak mau mengalah masing2 mengaku kuasai kerajaan pemerintah Perak. Speaker pun dah jadi dua, MB dah lama ada dua apa nak jadi kalau masing2 tak mau mengalah?Kalau Speaker dun Perak ada dua, yang mana satu halal yang mana satu HARAM? Begitu juga dengan MB Nizar yang tak mau berganjak dari kerusi MB dalam sidang dun , menyebabkan MB Zambry duduk di tempat lain. Adegan yang tak ingin dilihat seperti di Taiwan akan dapat ditonton oleh semua rakyat Malaysia iaitu tumbuk menumbuk, tendang menendang dan sepak -menyepak tak lama lagi dalam dun Perak sekiranya segala keputusan yang berlaku dalam sidang dun hari ini tidak ada penyelesaian dan memuaskan hati kedua2 pihak dicapai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan