Isnin, 4 Mei 2009

Akhbar Harian Dah Jadi "Lidah Rasmi Pas"

Akhbar harian arus perdana seperti Utusan Malaysia setiap hari menjadikan Pas sebagai berita utama di muka depan akhbar tersebut.Berita yang disiarkan lebih mirip kepada melaga2kan sesama pimpinan Pas seolah2 wujud perbalahan besar antara kumpulan ulama dalam Pas dengan pimpinan yang bukan ulama.Aku percaya berita mengenai Pas ini di muka depan akhbar tersebut akan berterusan sehinggalah berlangsungnya muktamar agung Pas pada Jun nanti di Stadium Malawati, Shah Alam.Utusan dilihat lebih menyokong sebelah pihak yang dikatakan ada kumpulan2 tertentu dalam Pas.Mereka cuba memerangkap pemimpin2 tertentu dalam Pas supaya buat kenyataan yang berlawanan dengan pihak yang satu lagi supaya berlaku pertembungan pendapat mengenai pertandingan dua jawatan tertinggi parti iaitu jawatan Presiden dan Timbalan Presiden. Utusan seolah2 mengatur dan menunjuk arah siapa yang layak pegang dua jawatan tersebut.Samaada ulama atau bukan ulama hanya perwakilan Pas yang berhak tentukan.Perwakilan Pas, ahli Pas dan penyokong Pas yang diajar dengan tarbiah dan usrah jangan terpedaya dan tertipu dengan kerja baru Utusan yang cuba jadi "lidah rasmi"Pas itu.Begitu juga dengan akhbar harian berjenama Sinar Harian, yang juga sama seperti Utusan Malaysia, yang kadang2 nampak neutral, tapi dalam masa yang sama menghentam Pas dalam ruangan editorialnya.Akhbar2 ini secara halus menanam jarum2 yang beracun kepada pimpinan Pas dan ahli Pas yang akan buat pemilihan pimpinan baru Jun nanti. Dulu amat payah berita mengenai Pas akan diletak di muka depan akhbar mereka tapi sekarang bukan main lagi melaga2kan sesama pimpinan Pas didada2 akhbar mereka. Berita memgenai Pas dulunya hanya sebesar ruang keputusan nombor ekor saja dalam Utusan Malaysia ,nak cari pun payah.Mereka sebenarnya menjadi agen umno yang berserabut itu untuk hancurkan Pas yang memperjuangkan Islam dan tidak mahu Pas terus menerus mendapat sambutan rakyat yang berbilang kaum sekarang ini.Agen2 umno ini akan ketawa terbahak2 jika lihat Pas, Parti Islam tertua di Malaysia ini berpuak2 sesama sendiri dan hancur daripada peta politik Malaysia. Samaada pimpinan Pas daripada golongan ulama mahupun bukan ulama pimpinan Pas adalah yang terbaik jika dibandingkan dengan umno parti yang gila kuasa, rasuah dan tak beramanah dalam menjaga harta rakyat."Gajah dengan gajah berkelahi, pelanduk mati terpijak".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan