Khamis, 23 April 2009

"Tiga Abdul" : Siapa Terpilih?

Muktamar Agung Pas Pusat yang akan diadakan pada jun nanti di Stadium Malawati, Shah Alam
dijangka agak panas kerana akan ada pertandingan jawatan tertinggi parti. Tumpuan semestinya pada pertandingan jawatan Timbalan Presiden. Aku tak nak sebut perkataan "perebutan" kerana perebutan itu lebih sesuai pada parti umno. Calon2 hebat dan popular sudah didedahkan akhbar harian dan akhbar pro Pas iaitu Siasah keluaran terbaru bil 0146 dan Sinar Harian hari ini iaitu Nasarudin Mat Isa, Husam Musa dan Mat Sabu. Masing2 mempunyai pengaruh yang besar dikalangan ahli dan penyokong Pas. Di Kelantan dan Kedah dilaporkan ada kawasan yang mencalonkan Husam Musa. Di Selangor dan selatan tanah air ada yang mencalonkan Nasarudin Mat Isa. Mat Sabu pun ada kawasan yang berminat untuk mencalonkan beliau. Walaupun pencalonan jawatan tertinggi parti tidak ada unsur2 politik wang atau rasuah macam umno, jawatan Timbalan Presiden sedang ditunggu2 oleh semua pihak dalam Pas dan luar Pas untuk melihat siapa yang akan memegang jawatan tersebut.Lobi melobi mungkin ada untuk memenangkan calon pilihan masing2, tapi dasar Islam yang dibawa Pas mesti menjadi keutamaan dalam memilih pemimpin tanpa merosakkan perjuangan Islam yang dibawa Pas.Pas jangan jadi macam umno dalam memilih pemimpin yang dikotori dengan unsur2 rasuah wang kepada perwakilan, budaya fitnah memfitnah sesama pemimpin menjelang pemilihan jawatan tertinggi parti, jika ini berlaku parti Pas akan diperlekehkan, dipandang hina dan bercakap tak serupa bikin oleh rakyat yang sedang menyokong Pas sekarang ini. Minta simpang malaikat 44, dijauhkan Allah semua ini! Pas memang terbuka dalam memilih pemimpin, semua perwakilan berhak mengundi siapa saja yang dianggap layak memegang jawatan Timbalan Presiden. Selama ini siapa saja yang memegang jawatan Timbalan Presiden secara automatik akan dipilih memegang jawatan Presiden parti. Kali ini perkara tersebut mungkin tidak berlaku seandainya Nasarudin Mat Isa kalah jawatan tersebut kepada lain2 calon yang bertanding jawatan Timbalan Presiden.Kesinambungan oleh pemilihan yang lalu mungkin tidak akan wujud lagi.Inilah demokrasi ada yang menang ada yang kalah semua pihak wajib terima hakikat, bila bertanding mesti ada kalah menang.Mungkin ada pihak2 tertentu yang menghidupkan cerita muqabalah , kerajaan perpaduan dan "kumpulan erdogan"untuk merosakkan perpaduan yang wujud dalam Pas. Mereka2 ini memang mau bagi Pas hancur, punah dan pecah belah supaya orang Melayu dan bukan Melayu menjauhi dasar Islam yang menjadi kekutan Pas selama ini menjadi lemah di mata rakyat. Penulis2 upahan diakhbar harian dan pro Pas cuba menaikkan pemimpin2 tertentu untuk meraih sokongan perwakilan Pas memilih pemimpin yang mereka mau supaya menang. Mereka secara halus melaga2kan pemimpin Pas didada2 akhbar mereka. Inilah pertama kali pemilihan jawatan parti dipertandingkan selepas Pakatan Rakyat menguasai 5 negeri, sekarang dah jadi 4 negeri. Mungkin dah ada pemimpin Pas yang dah jadi senang dan mewah tapi jangan lupa ahli Pas , penyokong Pas dan akar umbi parti sedang menilai kepimpinan Pas ini yang hidup di zaman yang separuh menang ini! Pemimpin yang cuba menggadai maruah Pas mungkin akan dinilai kepimpinannya samaada boleh terus memimpin atau dipimpin kebawah secara baik dan berhemah untuk terus berjuang bersama rakyat yang menyokong Pas. Selagi dasar Pas yang menjadikan Al-Quran dan hadis sebagai ikutan tidak berubah ,insyaAllah Pas akan terus hidup dan subur di bumi Malaysia ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan