Jumaat, 3 April 2009

Kilang Cetak Suara Keamanan Dan Hujjah Kena Serbu





















Tahniah Najib dah pun jadi PM yang baru.Moga Najib tidak bertindak mengikut nafsu tapi bertindak mengikut akal yang waras dan berperikemanusiaan dalam melakukan sesuatu yang melibatkan kepentingan rakyat.Najib dah pun umumkan membatalkan penggantungan dua akhbar berpengaruh Suara Keadilan dan Harakah berkuatkuasa serta malam ini.Mungkin ini satu perkembangan yang sihat pada permulaan karier Najib sebagai PM.Siang tadi sebuah kilang percetakan telah diserbu sebanyak dua kali kerana didapati mencetak akhbar Suara keamanan dan Hujjah keluaran pertama minggu ini.Ini mungkin sisa2 arahan Hamid Albar yang jaga KDN.Menteri yang berkepala botak itu mungkin menerima tamparan hebat atas tindakan Najib yang membatalkan penggantungan 3 bulan permit penerbitan dua akhbar tersebut.Semua gambar di atas aku rakam di tempat kejadian di sebuah tempat di Shah Alam.Pegawai KDN daripada Cawangan Negeri Selangor Shah Alam seramai 6 orang terdiri daripada 4 lelaki dan 2 wanita bertindak merampas plate pakai buang dua akhbar berkenaan sebagai bahan bukti.Serbuan pertama jam 12 tengahari dan serbuan kedua kira2 jam 3.15 petang berakhir jam 4 petang.Serbuan pertama tuan punya kilang tersebut tidak ada kerana solat jumaat.Alasan yang diberikan kerana mencetak suratkabar tersebut tanpa permit.Surat kabar tak berkala tidak memerlukan permit, alasan yang diberikan oleh tuan punya kilang.Aku minta agar Najib pecat saja menteri yang berkepala botak itu daripada terus jadi menteri KDN.Lagi pun Hamid Albar memang muka tak malu sebab dah kalah jawatan AMT umno tapi tak mau letak jawatan sebagai menteri.Zaman dalam kegawatan ekonomi ni KDN jangan sesuka hati nak ugut tokeh2 kilang nanti kalu tak dak keja kena cetak duit palsu pulak baru padan muka hang pa KDN.Zaman dah maju , orang tak baca surat kabar, orang buka blog,buka berita on line kat internet tak dak sapa nak boleh gantung , cuba hang pikir sikit Hamid jangan dok kira nak rampas surat kabar dan ugut tokeh kilang printing saja.Otak tu jangan letak kat kepala lutut kalu nak jadi menteri.Kepada pengundi Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang AII teruskan bagi undi anda kepada pakatan rakyat, jangan percaya gula2 madu Najib nanti kena "kencing Manis".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan