Sebelum prk Bukit Gantang, MB Nizar dianggap oleh pemerhati politik sebagai mendaki bukit yang licin apabila dipilih menjadi calon Pas dan pakatan rakyat di parlimen Bukit Gantang .MB Nizar bukanlah orang tempatan di Bukit Gantang berbanding calon umno-bn , Mail Pian yang berasal dari Bukit Gantang.Tapi sekarang Nizar bergelar ahli parlimen dan wakil rakyat dalam dun Perak yang bercelaru itu.Krisis Perak yang menjatuhkan kerajaan pakatan rakyat di Perak sehingga berlaku rasa tidak puas hati rakyat yang menyokong pakatan rakyat telah ditunjukkan oleh pengundi parlimen Bukit Gantang bahawa jalan penyelesaian krisis Perak ialah dengan membubarkan dun Perak supaya satu pilihanraya baru dapat diadakan.Para pengundi di seluruh negeri Perak yang berhak tentukan siapa yang akan perintah kerajaan Perak yang baru, bukannya mahkamah dan taktik kotor umno-bn yang perjatuhkan kerajaan pakatan rakyat secara haram.Benih kebencian rakyat Perak tak pernah padam terhadap umno-bn selagi dun Perak tak dibubarkan.Tukarlah PM baru pun,jemputlah Mahathir turun padang keseluruh negeri Perak buat "road show", panggillah semua jemaah menteri yang baru untuk tabur janji yang manis2 kepada rakyat Perak, semua itu tak akan datangkan kesan kepada semua rakyat Perak yang cintakan keadilan, bencikan kerajaan perompak yang wujud di Perak.Sepatutnya kerajaan haram di Perak ambil iktibar atas kekalahan umno-bn di Bukit Gantang dengan kembalikan kuasa penentu kepada rakyat Perak untuk memilih samaada Pakatan rakyat atau umno-bn perintah Perak.Kalau MB Nizar sanggup perjudikan nasibnya dengan jadi calon di Bukit Gantang, kenapa Zambry tidak berani untuk jumpa Sultan Perak bagi tau supaya kuasa penentu kerajaan Perak dikembalikan kepada rakyat sebagai penentu.Umno-bn yang menghina MB Nizar dengan menuduhnya sebagai penderhaka, menjadi boneka Cina dan bermacam2 lagi tuduhan liar tidak mampu untuk kalahkan MB Nizar di Bukit Gantang. Tak malukah kamu Zambry kepada rakyat Perak dengan keputusan prk Bukit Gantang yang menolak umno-bn itu?Kenapa Zambry yang tersengeh2 macam kera dapat bunga tu jadi diam dengan keputusan prk Bukit Gantang?Kamu berpakat dengan pemimpin umno jatuhkan kerajaan pakatan rakyat sehingga 3 adun pakatan terpaksa menjadi pelacur kepada umno-bn dan huru harakan seluruh Perak, dan kamu tuduh MB Nizar penderhaka, aibkan maruah beliau, jatuhkan kedudukan beliau dengan cara yang penuh kehinaan, sekarang kenapa kamu diam saja?Tuhan itu maha kaya, Maha Pemurah dan Maha Penyayang keatas orang yang sabar, berakhlak seperti MB Nizar dan Tuhan sudah tunjukkan betapa kehinaan yang MB Nizar dapat sudah tertebus di Bukit Gantang, menang dengan penuh sokongan padu rakyat tanpa mengira agama dan bangsa. Mb Nizar boleh lawan di mana saja, tuahnya ada dimana2 hatta kalau dicampak ke Pulau Pangkor pun benihnya akan tumbuh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan