Jumaat, 17 April 2009

"Team Tok Guru" Dan "Team Presiden" Tak Wujud


Sinar Harian melaporkan "dalam Pas tidak ada "team A" dan "team B" atau "team tok guru".Sebaliknya kedua2nya adalah sama."team tok guru" adalah "team Presiden" dan "team presiden" adalah "team tok guru",kata tok guru Nik Aziz. Aku sokong kata2 tok guru tu. Pas jangan jadi macam umno parti yang tengah uzur dan daif itu dalam memperjuangkan Parti Islam yang tertua di Malaysia ini.Pilih lah pemimpin yang boleh bawa Pas kemercu kejayaan bukan pilih pemimpin yang boleh menghancurkan Pas yang sedang meniti zaman kejayaan seperti
sekarang. Suara2 yang melaga2kan pemimpin Pas sekarang ini mesti dihancurkan dan diatasi dengan penuh kecerdikan jika mau melihat Pas menjadi teladan yang baik kepada rakyat yang cintakan Islam dan keadilan, dalam memilih pemimpin. Jika Pas terperangkap dengan jarum2 halus yang cuba melagakan pimpinan Pas, Pas akan jadi sama macam umno. Adalah menyedihkan di zaman Pas diterima rakyat pelbagai kaum hasil usaha pimpinan Pas daripada dahulu hingga sekarang adanya suara2 sumbang membahagikan Pas kepada dua kumpulan yang mau berkawan dengan umno dan satu lagi kumpulan yang menolak kerjasama dengan umno.Mungkin ada pimpinan yang cuba mengintai2 tingkap umno yang dah nak tercabut itu, mereka mencari paku untuk membetulkannya, tapi dapat dipatahkan oleh pimpinan yang merasakan tingkap umno itu tak perlu diperbetulkan kerana dah reput dimakan anai2.Kata tok guru lagi dalam Sinar Harian "saya nak bagi amanat beginilah, saya nak ulang balik amanat sebelum pergi umrah, pemimpin yang akan kita pilih untuk memimpin masyarakat dan kawasan mestilah orang yang selalu berjemaah, selalu datang berusrah, dan bukan perokok dan tidak menghisap rokok. "Saya tidak mahu peristiwa tahun 70-an berulang lagi. Masyarakat menolak Pas sebab dianggap parti ini sama dengan umno. Sebab itulah kita nak pilih pemimpin yang betul2 layak", kata tok guru. Tok guru tak suruh pilih pemimpin yang banyak wang, kaya raya, hidup bermewah, lobi sana lobi sini, ada body guard 5-6 orang, sedangkan tok guru sendiri hidup penuh kesederhanaan dirumah beliau sendiri. Tok guru takut budaya bermewah ini akan menjerumuskan pemimpin Pas kepada kelupaan untuk mendekati rakyat. Itu yang tok guru bimbangkan. Demokrasi pilih pemimpin masih subur dalam Pas walaupun ada sedikit jangkitan penyakit berpuak2 tapi masih terkawal dan mesti dihindarkan supaya tidak menjadi barah yang merbahaya. Tidak mungkin pemimpin melobi untuk menjadi calon jawatan tertinggi parti dengan menggunakan "politik wang" untuk menang, jika ini berlaku Pas akan hancur dan musnah malah lebih teruk daripada nasib yang menimpa umno.Kepercayaan rakyat sekarang ini kepada Pas mesti dipertahankan malah perlu diperkuatkan,dimajmukkan kepada seluruh kaum tanpa membezakan warna kulit, agama dan bangsa, jika Pas mau memerintah Malaysia. Rakyat yang bagi sokongan kepada Pas sekarang ini sedang memerhatikan pimpinan Pas, halatuju Pas samaada mau meniti jambatan umno atau terus bersama pakatan rakyat. Rakyat yang mengundi Pas berhak menyuarakan pendapat dan kritikan kepada Pas sekiranya Pas melelong dan cuba berbaik2 dengan umno yang menendang Pas daripada perikatan dulu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan